Sunday, March 24, 2013

Bagaimana FIFA menjahanamkan kredibiliti Ballon d`Or

 Jose Mourinho mendedahkan perkara sebenar mengapa beliau enggan datang ke majlis anugerah Ballon d`Or. Beliau mendakwa terdapat penipuan dalam pengundian tersebut. Bekas anak didiknya Goran Pandev Kapten Negara Macedonia mendakwa undian beliau telah diubah. Ini merupakan kontroversi terbaru yang menyelubungi FIFA. Ada yang mendakwa FIFA terlalu Pro-Sepanyol, atau Pro-Barcelona atau juga Pro La Liga anti-EPL dan sebagainya. Adakah benar dakwaan ini?

Kertas undian Goran Pandev

Blatter memang benci bola sepak Inggeris. Shup up botak!!

Saya pernah menulis artikel terawal saya sebagai blogger bola sepak tentang betapa saya terkejutnya saya apabila Wesley Sneijder yang memenangi 3 kejuaraan bersama Inter Milan pada musim 2009/2010 serta beraksi di Final Piala Dunia tidak ada langsung didalam top 3 pemain terbaik anugerah Ballon d`Or. Itu merupakan tahun pertama FIFA menggunakan nama anugerah tersebut setelah anugerah tersebut pada asalnya milik sebuah Majalah Bola Sepak Perancis. Sebelum tahun 2010 terdapat dua anugerah berbeza iaitu Ballon d`Or untuk pemain terbaik Eropah dan Pemain Terbaik Tahunan FIFA.

Alasan FIFA ialah mereka mahu satu jenis anugerah sahaja supaya tidak ada dua anugerah pada tahun yang sama. Sungguhpun mereka akhirnya mengadakan anugerah buat pemain Eropah iaitu UEFA Best Player in Europe pada 2011. Alasan kedua pula mereka berpendapat anugerah Ballon d`Or yang asal tidak dinilai oleh golongan profesional, iaitu diundi oleh para wartawan sukan. FIFA mahukan pemain terbaik dinilai oleh golongan yang layak seperti jurulatih serta pemain bola sepak profesional dan wartawan dari setiap negara. Jadi apa yang anda boleh fahamkan ialah FIFA sebenarnya hanya menggunakan populariti anugerah tersebut. Meminjam nama dan jenama mereka yang berprestij.

Sungguhpun terdapat beberapa isu dan pertikaian tentang anugerah tersebut sebelum tahun 2010, namun apa yang dialami oleh FIFA kini lebih membingungkan. Pada tahun pertama pengenalannya telah menimbulkan banyak persoalan dan pertikaian tentang kontroversi Wesley Sneijer dan sistem pengundian. Jadi mari kita lihat bagaimana sistem pengundian ini berlaku.

1.  Kapten pasukan kebangsaan dari 162 negara
2. Jurulatih pasukan kebangsaan dari 162 negara
3. Wartawan terpilih dari setiap negara

Mereka dikehendaki menamakan siapa pemain dan jurulatih (Disenarai pendek) yang mereka rasakan terbaik pada tahun tersebut. Mereka hendaklah meletakkan pilihan pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori. Contohnya

Hugo Lloris (Kapten Perancis)

1. Iker Cassilas
2. Radamel Falcao
3. Didier Drogba

Roy Hodgson (Jurulatih England)

1. Pep Guardiola
2. Roberto Di Matteo
3. Jurgen Klopp

Manakala bagi FIFpro pula sistem pengundiannya lebih kompleks dimana membabitkan

1. Ahli Lembaga FIFpro
2. World Player`s Union
3. Pemain-pemain bola sepak profesional

Mereka dikehendaki menamakan Pasukan impian mereka yang mereka rasakan terbaik bagi setiap posisi pada tahun tersebut.

Cuba habaq kat Chek lagu mana Alves @ Marcelo lebih baik dari Ashley Cole??

Sebelum itu saya ingin menjelaskan bahawa saya faham maksud Jose Mourinho, bukan kerana dia bekas jurulatih Chelsea namun kerana berkata benar tentang sistem pengundian memang berat sebelah. Pengundian Ballon d`Or menjadi satu lawak jenaka dan lebih bersifat politikal. Kenapa?

1. Manusia memang mempunyai sifat Bias (berat sebelah) sebagai contoh jika anda adalah John Terry sudah semestinya anda mengundi pemain Chelsea atau pemain England.

2. Wartawan yang datang dari beberapa kawasan tertentu akan berat mengundi 'orang mereka' Contoh wartawan Scotland, Wales, atau Ireland akan lebih gemar memilih calon dari EPL, kerana mereka lebih terdedah kepada bola sepak EPL.

3. Jurulatih pasukan kebangsaan pula lebih cenderung mengundi pemain dari negara mereka dari benua mereka @ pemain yang dilatih oleh mereka. Conton Joachim Low yang memilih 1. Ozil 2. Neuer 3. Xavi.

Vicente tanpa ragu-ragu memilih anak2 ikannya....

4. Terdapat negara-negara terpencil  Antigua and Barbuda, Azerbaijan, Bhutan, Cayman Islands, Chad, Faroe Islands, Moldova, Mongolia,  Sao Tome e Principe, Trinidad and Tobago, dan Vietnam. kemungkinan besar tidak menonton Serie A, Bundesliga, League 1 apakan lagi Liga-liga di Amerika Selatan. Jadi kebanyakan dari mereka tidak kenal siapa itu Wesley Sneijer. Hasilnya Kapten-kapten dari negara tersebut merupakan antara yang mengundi mengikut ranking pemenang iaitu: 1. Messi 2. Ronaldo 3 Iniesta.

5. Ada juga orang yang suka menjadi lain dari yang lain iaitu tidak mengundi satu pun dari 3 pemain tersebut. Contohnya Marko Vucinic Kapten Montenegro yang mengundi 1. Buffon 2. Pirlo 3. Ibrahimovich

Tahniah! Kerana menjadi lain dari yang lain


6. Sesiapa juga boleh mengundi dan mampu mengubah keputusan. Dalam kes di negara Zimbabwe dimana Kapten pasukan mereka telah digantung, maka mereka  melantik pengarah teknikal ZIFA Nelson Matongorere untuk mengundi sebagai Kapten, namun beliau menafikan beliau mengundi mahupun menandatangani kertas undian tersebut. Maka siapa yang sebenarnya mengundi? Maka dalam kes Goran Pandev juga boleh jadi undian tersebut diubah, dimana-mana sama ada pihak Macedonia mahupun di pejabat FIFA. 

Maka dalam hal tersebut mereka semua hanyalah manusia biasa, membuat keputusan mengikut gerak hati atau dibawah pengaruh tertentu. Maka bukan salah mereka juga, ia ialah SALAH sistem pengundian tersebut. 

Bukan niat memperkecilkan tapi....Abidal lebih banyak menghabiskan masa merawat penyakitnya


Berikut merupakan beberapa perkara GILA yang terjadi dalam proses pengundian Ballon d`Or tahun 2012

1. Kapten Burundi mengundi Neymar, Abidal dan Benzema
2. Kapten Malta meletakkan Wayne Rooney diatas Lionel Messi (Eh??)
3. Kapten Pakistan meletakkan Tomas Muller sebagai pemain terbaik
4. Aaron Hughes kapten Northern Ireland meletakkan Lionel Messi untuk nombor 1-3
5. Jurulatih Cameroon mengundi semestinya Samuel Eto`o. 
6. John Terry mengeluarkan Ronaldo dan memasukkan Rooney
7. Eric Abidal mendapat 11 undian, David Silva mahupun RVP tiada sebarang undian (Kuang..kuang...kuang...)
8. Yaya Toure yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika tidak mendapat sebarang undian, manakala Eto`o yang tidak tersenarai mendapat 25 undian
9. Cristiano Ronaldo tidak mengundi maka memberikan kuasa kepada Bruno Alves cuba teka siapa yang diundi sebagai pemain terbaik?? sudah tentu Cristiano Ronaldo!!! (CR pasti tidak mahu mengundi diri sendiri)

Kelakar?? Ye memang kelakar...

Maafkan kami Leo..kami tak berniat untuk menyinggung perasaan anda...


Mengapa ini semua berlaku? Adakah semua orang telah fed-up dengan FIFA maka mensabotaj FIFA dan merosakkan pengundian???

Tidak jawapannya ialah FIFA sendiri yang menjahanamkan anugerah tersebut. Sistem pengundian yang dikatakan 'adil' dan 'sama rata' tersebut tidak adil seperti yang diangan-angankan. Mengapa FIFA membenarkan mereka mengundi siapa yang mereka suka? Bagaimana dengan statistik tahunan? prestasi semasa pemain? Jumlah jaringan, jumlah Piala yang dimenangi? Inilah silapnya apabila FIFA tidak meletakkan sebarang syarat untuk mengundi. Jadi ia sudah menjadi undi populariti, macam Akademi Fantasia atau Bintang Popular.

Maka ada beberapa cadangan agar undian Ballon d`Or boleh diperbaiki pada masa akan datang. Oleh


1. Pemenang harus ditentukan melalui proses saintifik atau teknikal bukan hanya undi populariti semata-mata. Kerana tidak ramai orang yang memerhatikan setiap aspek teknikal ini. FIFA mungkin boleh melantik ahli panel yang spesifik kepada menganalisis aspek teknikal pemain bola sepak. 

2. Mengadakan pemain terbaik bulanan, dan pemain terbaik dinilai berdasarkan siapa yang mendapat anugerah paling banyak sebagai pemenang tahunan.

3. Menyimpan statistik dari semua aspek termasuk Hantaran lengkap, terjahan yang berjaya, hantaran lintang, defensif blok, menyelamatkan percubaan oleh GK, bantuan gol dan lain2 agar ia lebih adil dan sama rata. Sekian lama kita tidak pernah melihat Penjaga Gol memenanginya. Adakah Penjaga Gol tidak layak?

4. Kriteria tertentu atau anugerah khas seperti Pemain Terbaik dari benua Luar Eropah. Kerana memang mustahil untuk pemain dari luar Eropah memenanginya. 

5. Mengecualikan Kapten dan Jurulatih, mahupun wartawan mengundi pemain dari negara sendiri atau rakan sepasukan sendiri. Seperti Pemain terbaik PFA yang melarang pemain mengundi rakan sepasukan mereka.

6. Memperbanyakan pilihan pengundian. Seperti Liga Besbol yang membenarkan memilih 10 pemain terbaik. Pemain mendapat undian tertinggi memenangi anugerah tersebut.

7. Memberi hak mengundi kepada peminat bola sepak. Mungkin anda merasakan penyokong tidak bertauliah. Namun siapa yang paling banyak menonton aksi bola sepak secara kerap jika bukan penyokong? Mereka berhak untuk mengundi dan harus diberi peratus pengundian. 

Kesimpulannya ialah sebelum anda membuat pentafsiran bahawa FIFA Pro-La Liga, atau Pro-UEFA adalah lebih baik kita mengkaji logik disebaliknya. Saya tidak mempertikaikan kemenangan Lionel Messi atau Vicente Del Bosque mereka sememangnya terbaik, namun ada orang yang lebih layak dan harus dinilai secara adil dan saksama. 

Apa kata kita Like Page ni ramai-ramai??

Ketelusan haruslah diutamakan. 

Keadilan haruslah ditegakkan. 

Integriti wajar dijulang

 Analsis pengundian Ballon d`Or

Pengundi hantu di Zimbabwe 

undian penuh siapa mengundi siapa 





Wednesday, March 6, 2013

MESEJ KHAS BUAT FANS MU: SAYA SUKA APABILA SAYA BETUL


Media Sepanyol langsung tak peduli pasal ombak rindu MU. Heart of champions kata mereka

Merujuk kepada artikel kontroversi saya yang berjudul: MU tidak lebih dari sekadar jaguh kampung telah menerima kutukan yang amat teruk dari fans MU. Macam-macam mereka katakan termasuk membuat serangan berbentuk peribadi, memanggil saya dengan pelbagai perkataan tidak enak bagi seorang wanita seperti saya. Anda boleh baca sendiri komen mereka dalam artikel dibawah, malu saya ingin menyebut semula apa yang mereka katakan.


 Mereka dengan mudah sahaja membuat kesimpulan bahawa saya kaki kelentong, “Cakap kosong”,takde fakta. Sedangkan saya mencari dan merujuk internet malah majalah bola sepak bagi melihat semula pemain-pemain bagi skuad Big Five, skuad Piala dunia dari 1998-2010, dan lain-lain sekurang-kurangnya untuk  rekod 14 tahun lamanya. Namun ternyata apa yang saya ramalkan didalam artikel tersebut benar belaka. Apabila mereka kalah kepada Real Madrid semalam. 

Punca kekalahan MU bukannya terletak kepada Nani mahupun Pengadil. 

Mungkin beberapa fans MU yang tak tahu CR dah main di Real Madrid. Awww!!

Tetapi 2 sebab utama iaitu:

1.       Strategi Alex Ferguson

2.       Jurang pengalaman antarabangsa antara mereka dan pemain Real Madrid. 

Apa yang Fergie silap dalam match tersebut?

A.      Fergie kononnya ingin membuat kejutan buat Mourinho apabila tidak menurunkan pemain penting mereka iaitu Wayne Rooney sebaliknya meletakkan “Outcast” Nani. Jika Rooney yang bermain mungkin Nani tidak dibuang padang, dan MU juga selamat hendaknya.

B.      Fergie lambat membuat respons apabila pasukannya kehilangan seorang pemain. Nani dikenakan kad merah pada minit ke 56, namun Fergie yang emosi ombak rindu mungkin terlupa untuk fokus pada permainan dengan tidak memasukkan pemain gantian. Sehingga pada minit ke 73 iaitu 17 minit selepas itu. 

C.      Dalam tempoh tersebut Real Madrid menjaringkan 2 gol, dimana orang yang tak reti bola sepak pasti tahu, apabila anda hilang satu pemain anda harus menjadi lebih defensif bukan lebih attacking tambahan lagi anda sedang mendahului. 

D.      Nani yang menjadi cover buat Evra di posisi belah kiri, ternyata celaru apabila Nani tiada. Dimana Real Madrid mengambil kesempatan dengan kebanyakan menyerang dari sebelah kiri. Gol kedua jaringan Ronaldo datangnya dari sebelah kiri. Jose Mourinho cukup bijak mengeluarkan pemain pertahanan utk menambah satu lagi pemain serangan iaitu Modric. 

E.       Selepas itu baru Fergie terhegeh-hegeh membuat substitution dimana Rooney, Valencia, dan Young (semuanya pemain menyerang), tetapi sudah terlambat. 

18 hari sebelum:" Suku akhir di tangan kami". Atuk hang!


Ada peminat MU yang beranggapan permainan Parking Bas Chelsea season lepas sebagai sesuatu yang pengecut atau memalukan. Sedangkan Mereka tidak sedar Chelsea berlawan dengan pasukan terbaik dunia ketika itu, di tempat lawan dan juga sekarang mendahului La Liga. Sekurang-kurangnya gol Chelsea dijaringkan oleh pemain Chelsea sendiri bukannya pemain pasukan lawan.

 Peminat MU mengatakan “Sekurang-kurangnya kami tak main parking bas”. Tetapi siapa yang main untuk kalah? Semua orang main untuk menang. Orang hanya ingat siapa yang menang, bukannya betapa cantik anda bermain atau berapa banyak shot on target dalam satu perlawanan. 

Memang benar untuk menang perlawanan terutamanya kehilangan pemain memang perkara yang hampir mustahil. Namun tidak bermakna anda harus berhenti bermain dan putus asa. Dimana Chelsea berjaya melakukannya pada musim lepas, dimana keazaman dan disiplin menyebabkan mereka bertahan dalam tempoh lebih dari 50 minit dengan kurang satu pemain. Ini bukan soal kalah bermaruah atau pun tidak tapi soal fighting spirit. Pemain MU ternyata kecewa apabila mereka hilang satu pemain dan berputus asa.  Fergie juga lebih memikirkan amarahnya kepada pengadil bukannya menumpukan kepada kemenangan pasukannya. 

Menurut Penulis Bola sepak Jamie Jackson yang menjawab soalan seorang peminat berkata:
"Saya bukan seorang peminat Chelsea, tetapi Chelsea melalui 54 minit menentang Barcelona dengan 10pemain  Kerana kekalkan kesabaran mereka, mengubah taktik mereka dan membuat penyesuaian kepada bentuk pasukan. Fergie lebih menumpukan kemarahan daripada membuat anjakan taktikal. merit pasukan yang terbaik dinilai dalam kesusahan dan Man U gagal ujian yang malam tadi."

    Ini adalah pemerhatian yang hebat: Chelsea berjaya menentang Barcelona selepas John Terry telah dibuang padang

    'Merit pasukan terbaik diadili dalam kesusahan dan Man U gagal malam itu ujian terakhir' disamping SAF akan belajar dari kesilapan.
Mana ada orang main nak kalah ye tak? Mampus la parking bus sekalipun


Dalam kes MU, mereka gagal menunjukkan semangat melawan dan meresap tekanan yang hebat dalam match yang begitu besar. Anak-anak buah Fergie terus diragui sama ada mereka mampu menangani tekanan hebat dalam perlawanan bertaraf tinggi. Kenapa ini berlaku??

Sebabnya ialah jurang pengalaman antarabangsa antara pemain MU dan Pemain Real Madrid.

Dibawah perbandingan satu lawan satu.

De Gea yang dikatakan bakal pengganti Cassilas, kemungkinan besar tiada peluang selepas persembahan cemerlang Diego Lopez semalam


MU
1.       De Gea
Cap antarabangsa: Tiada
Kejohanan Antarabangsa: Tiada

2.       Evra
Cap antarabangsa: 48
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia, Euro

3.       Rafael
Cap antarabangsa: 2
Kejohanan antarabangsa: Tiada

4.       Vidic
Cap antarabangsa: 56
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia

5.       Ferdinand
Cap antarabangsa: 81
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia

6.       Carrick
Cap antarabangsa: 26
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia


7.       Cleverly
Cap antarabangsa: 7
Kejohanan antarabangsa: Tiada

8.       Giggs
Cap antarabangsa: 64
Kejohanan antarabangsa: Tiada

9.       Nani
Cap antarabangsa: 62
Kejohanan antarabangsa: Euro

10.   Van Persie
Cap antarabangsa: 71
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

11.   Welbeck
Cap antarabangsa: 15
Kejohanan antarabangsa: Euro

Kagawa yang dikatakan legend berada dibangku simpanan salah siapa??


Pemain Simpanan yang digunakan:
A.      Rooney
       Cap antarabangsa: 79
       Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

B.      A. Young
Cap antarabangsa:: 27
Kejohanan antarabangsa: Euro

C.      Valencia
Cap antarabangsa: 58
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Copa America

Mengambil dari inspirasi Gol Super Frankie masa Lawan Brazil tempoh hari Modric menjaringkan gol yang sangat superb!!

Real Madrid
1.       Diego Lopez
Cap antarabangsa: 1
Kejohanan antarabangsa: Tiada

2.       Arbeloa
Cap antarabangsa: 45
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala Dunia dan Euro

3.       Varane
Cap antarabangsa: Tiada
Kejohanan antarabangsa: Tiada

4.       Ramos
Cap antarabangsa: 99
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala Dunia dan Euro

5.       Coentrao
Cap antarabangsa: 32
Kejohanan antarabangsa:Piala Dunia dan Euro

6.       Khedira
Cap antarabangsa: 37
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

7.       Alonso
Cap antarabangsa: 106
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala Dunia dan Euro

8.       Ozil
Cap antarabangsa: 44
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

9.       Di Maria
Cap antarabangsa: 36
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Copa America

10.   Higuain
Cap antarabangsa: 31
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Copa America

11.   Ronaldo
Cap antarabangsa: 101
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

Pemain simpanan yang digunakan:

1.       Ricardo Kaka
Cap antarabangsa: 85
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala Dunia dan bermain di Copa America

2.       Modric
Cap antarabangsa: 63
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro

3.       Benzema
Cap antarabangsa: 55
Kejohanan antarabangsa: Euro

Bakal didenda oleh UEFA itulah Choco Ice lagi??


A.      MU mempunyai 7 pemain antarabangsa (Pernah beraksi di Piala Dunia atau Kejohanan peringkat benua), berbanding Real Madrid 9 pemain. 4 pemain MU yang bukan pemain antarabangsa ialah De Gea, Rafael, Cleverly dan Giggs. Manakala Real Madrid Varane dan Diego Lopez.

B.      MU tiada seorang pun pemenang Piala Dunia mahupun pemenang kejohanan Benua (seperti Euro, African Cup of Nations, Copa America). Dimana Real Madrid mempunyai 3 pemenang Piala Dunia dan Euro. Pemain Real Madrid ternyata lebih berpengalaman dan lebih ramai Star berbanding MU. Dimana jurang pengalaman antarabangsa amat ketara sekali. 

Yang menghairankan dimana RVP dalam game tersebut??


Saya tahu peminat MU akan menggunakan pelbagai alasan tentang kekalahan mereka terutamanya melahar team lain yang tak main Champions League pun. Tapi ada aku kesah??

Yang Penting saya berjaya membuktikan teori saya itu betul.
 
Saya suka apabila saya betul.

Tuesday, February 5, 2013

MU tidak lebih dari sekadar Jaguh Kampung: Analisis, Teori dan Fakta yang mengejutkan tentang MU


Jangan Terperanjat Pemain No. 13 merupakan bekas pemain Chelsea

Hari ini saya membuat satu analisis, teori dan fakta tentang MU yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh mana-mana penyokong MU.

Apabila menyebut Jaguh ia merujuk kepada individu. Individu bermaksud >> Pemain. Salah satu sebab mengapa saya mula menyedari tentang hal ini ialah ketika menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah tahun 2009 dan 2011 menentang Barcelona. Saya begitu hairan mengapa MU yang mempunyai 19 Kejuaraan Liga kelihatan tidak bermaya ketika menentang “Pasukan terbaik dunia” itu. MU bukannnya calang-calang pasukan, mereka ketika itu Juara Inggeris. Adakah kerana strategi Fergie silap? Namun bagaimana Fergie silap dua kali? Dia masih gagal mencari jalan untuk menewaskan Barcelona. Diperingkat “Tertinggi” anak-anak buah Fergie masih gagal membuktikan potensi mereka. Maka saya membuat perbandingan satu lawan satu, saya terkejut kerana jurang pengalaman dan kualiti yang besar antara pemain MU dan Barcelona. Dengan kata lainnya ialah Fergie berjaya membentuk “Pasukan” yang hebat namun gagal membentuk “Pemain” yang hebat. Jika dibandingkan pemain MU yang paling berpengalaman sekalipun seperti Ryan Giggs namun dia masih ketinggalan di belakang pemain Barca seperti Andres Iniesta dari aspek pengalaman antarabangsa serta kualiti individu. Jadi mengapa ini berlaku? Sila baca fakta-fakta dibawah:

1.       Semenjak zaman Alex Ferguson, MU memiliki 3 sahaja pemain atau bekas pemain yang memenangi Piala Dunia (termasuk pemain simpanan) iaitu Fabian Barthez, Laurent Blanc (Piala Dunia 1998) dan Jose Kleberson yang menjuarai Piala Dunia 2002 bersama Brazil. Berbanding kelab-kelab lain Chelsea (7), Arsenal (5), Liverpool (4),  Man City skuad baru dengan 1 pemenang (David Silva). Skuad 2012/2013 pula MU tiada seorang pun pemenang Piala Dunia Chelsea (2), Man City (1), Liverpool (1). Mungkin penyokong MU merasakan itu tidak penting. Namun sejak bilakah pula Piala Dunia tidak penting dari 19 Kejuaraan Inggeris? Bak kata Lionel Messi dia sanggup menukarkan 4 Ballon D`or yang dimenanginya untuk satu Piala Dunia. Kata Jose Mourinho Liga Juara-Juara lebih penting dari Piala Dunia ini juga tidak tepat.

Kleberson yang dilupakan oleh peminat MU dan Rahmat Dhany


Mengapa Piala Dunia penting?

·         Piala Dunia adalah kejohanan sukan yang paling berpengaruh di dunia lebih power dari sukan Olimpik sekalipun. Jika tidak mengapa semua orang dilanda demam bola apabila piala dunia bermula. Semua orang di setiap pelusuk dunia tidak kira negara miskin, kaya, aman, bergolak, pakcik, makcik, datuk, nenek, mak saudara, bapak saudara, cucu cicit, sekalipun tidak mahu ketinggalan menonton Piala Dunia. Inilah istimewanya Piala Dunia mengatasi sempadan jaringan satelit, geografi, politik dan kebangsaan.
·          Selain daripada itu Piala Dunia juga merupakan tempat pencari bakat (Scout) kelab-kelab ternama memancing pemain-pemain.  Piala Dunia ialah medan terbaik melahirkan Superstar sebenar dan lagenda agung bola sepak. Malah jika tanpa Arsene Wenger, mungkin Perancis tidak akan memenangi Piala Dunia 1998, kerana 4 (Vieira, Petit, Pires, Henry) anak didiknya didalam skuad Les Blues. Bagi setiap pemain bola sepak, tiada gunanya jika mereka menang sebanyak mana piala bersama kelab, namun gagal memenangi piala yang diperbuat daripada emas itu. Kerana dengan cara itu sahaja nama mereka akan abadi
·         Pemain yang memenangi Piala Dunia secara automatik potensi dan kualitinya akan dipandang tinggi oleh komuniti bola sepak. Maka apabila pasukan memiliki mereka secara mudahnya mempunyai pemain yang berkualiti. Skuad Piala Dunia Sepanyol contohnya setiap pemain mereka dianggap amat bernilai dalam bola sepak, dan mereka akan dipandang “gah” kerana menang piala dunia. Siapa yang tak bangga bila dipanggil secara eksklusif “World Champion” oleh komentator?
4 dari skuad Perancis merupakan pemain Arsenal


2.       Sebab kedua ialah MU tidak memiliki ramai pemain bertaraf antarabangsa. Memang anda akan mempertikaikan tentang “Taraf antarabangsa” itu. Setiap pemain yang mewakili negara juga dilabel sebagai antarabangsa. Maka untuk tidak mengelirukan semua orang, pemain taraf antarabangsa ini ialah:
Piala Idaman setiap pemain bola sepak


a)      Pemain yang pernah tersenarai dalam skuad Piala Dunia (termasuk pemain simpanan). Piala Dunia ialah tempat menguji pemain di tahap yang paling tinggi. Maka pengalaman yang mereka kutip di Piala Dunia amat berharga apabila mereka pulang ke kelab masing-masing. Maka pemain yang tidak beraksi di Piala Dunia akan ketinggalan atau kerugian yang amat sangat kerana tidak dapat merasakan persaingan di peringkat tertinggi yang menguji keupayaan sebenar pemain. Dalam Piala Dunia 2010, MU mempunyai 9 pemain yang dipanggil ke Piala Dunia, namun pasukan lain seperti Man City (13), Chelsea (13), Arsenal (10), Liverpool (10) mempunyai lebih ramai pemain dalam skuad Piala Dunia. Ini adalah kerana Man City dan Chelsea dikenali sebagai kelab yang mengumpulkan pemain dari pelbagai negara berbeza. Maka kerana itu MU gagal di final Liga Juara-Juara 2011 kerana Cuma 8 dari 11 pemain kesebelasan utama pernah dipanggil ke Piala Dunia. Berbanding Barcelona kesemua 11 pemain mereka pernah beraksi di Piala Dunia. Itupun tidak mengambil kira pemain simpanan.
b)      Pemain yang pernah dipanggil ke kejohanan peringkat benua contohnya Euro, Africa Cup of Nations, Copa America dan sebagainya.
i.                     Di Euro 2012, MU mempunyai 6 pemain yang dipanggil sama dengan Man City namun, 50 peratus pemain MU yang tersenarai ialah dalam skuad England. Manakala lain-lain Arsenal (10), Liverpool (8), Chelsea (7).
ii.                   Di Copa America 2011 Man City dan Chelsea,dan Liverpool mempunyai 2 pemain, MU (1), Arsenal tiada
iii.                  African Cup of Nations 2013 Dengan Man City dan Chelsea mempunyai 2, Arsenal (1), Liverpool dan MU pula tiada seorang pun.
iv.                 Cuma kelebihan MU ialah mereka mempunyai pemain yang beraksi di Piala Emas CONCACAF iaitu Javier Hernandez, dan Piala Asia 2011 iaitu Park Ji Sung.

Skuad 2012/2013 MU tiada pemenang Euro mahupun Copa America, Chelsea (2), Liverpool (2), Man City (1), Arsenal (1)

Luis Suarez pemain paling berharga di Amerika Selatan. Mampu?


Setelah meneliti semua fakta mari kita lihat mengapa ini berlaku?

1.       Polisi pembelian Alex Ferguson, beliau amat berhati-hati dalam soal perpindahan pemain. Beliau jarang membeli nama-nama besar atau pemain sekurang-kurangnya dikenali di peringkat antarabangsa. Sungguhpun Arsene Wenger juga membeli pemain tidak dikenali, namun beliau mula berubah, dan ramai pemain yang dididik olehnya berjaya tersenarai dalam pertandingan antarabangsa.

2.       Alex Ferguson beranggapan pemain yang beraksi kerap di peringkat antarabangsa akan menjejaskan kecergasan pemainnnya sekaligus menganggu prestasi pasukannya. Kerana itu Fergie tidak menggalakkan pemainnya beraksi kerap, kerana takut dilanda kecederaan, selain keletihan. Contohnya Paul Scholes yang bersara awal pada usia 29 tahun, kerana ingin menumpukan kariernya bersama kelab. Pernah berlaku insiden Fergie menghalang Cristiano Ronaldo dari mewakili pasukan Portugal dalam sukan Olimpik. Kerana itu banyak jurulatih mengalami masalah memanggil pemain MU kerana terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi MU.  Dalam kata lain Fergie bijak menjaga pasukannya, namun pemainnya kelihatan jauh berbeza apabila berdepan skuad yang lebih ramai pemain antarabangsa contohnya Bayern Munich.

3.         Pemain MU lebih suka mencari masalah apabila beraksi di peringkat antarabangsa. Contoh Roy Keane yang dikeluarkan dr skuad Republik Ireland ketika Piala Dunia 2002, dimana dia berselisih faham dengan jurulatih. Pemain-pemain MU juga pernah menyatakan mereka tidak suka pemain Liverpool, menyebabkan terdapat dakwaan dari Paul Scholes tentang pengasingan dalam skuad England. Selain dari kes terkenal Patrice Evra yang enggan turun berlatih dan tidak menghadiri sesi media semasa Piala Dunia 2010. Wayne Rooney menyalahkan cara pengendalian Fabio Capello yang dikatakannya tidak faham dengan bahasa Inggeris Capello menyebabkan punca kegagalan England. Dan siapa boleh melupakan Rio Ferdinand yang mengutuk Roy Hodgson kerana tidak memilihnya ke Euro 2012. Semua kes diatas mungkin menyebabkan jurulatih skuad kebangsaan tidak mahu memanggil pemain MU.

4.  Ramai pemain antarabangsa meninggalkan MU. Ini termasuk David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez. Pemain ini pergi atas sebab peribadi mahupun merasakan tiada masa hadapan di MU. Mereka beranggapan Fergie tidak akan berubah, dan kegagalan Fergie membawa masuk pemain bertaraf bintang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada kekuatan skuad MU.

Nistelrooy Juga angkat kaki

Kesimpulannya skuad MU Cuma hebat dalam kejohanan domestik, namun di peringkat antarabangsa mereka tidak setara dengan Gah mereka di England. Fergie cemerlang membentuk pasukan yang hebat, namun gagal membentuk pemain yang hebat dalam bola sepak peringkat dunia.

Sungguhpun begitu, ada sesuatu yang positif tentang ini iaitu MU mempunyai rekod yang baik apabila bertemu pasukan dari EPL di peringkat Eropah kerana pengalaman luas, kearifan taktikal pasukan Inggeris Fergie jadi MU mempunyai kelebihan. Namun mereka tenggelam apabila menentang pasukan besar dalam Liga Juara-Juara termasuklah Real Madrid (1999/2000, 2002-2003), Bayern Munich (2000/2001, 2009/2010), dan AC Milan (2004/2005).

Dalam perlawanan dengan Real Madrid minggu depan dalam keadaan keributan yang melanda Real, MU merupakan favorite dalam match ini. Namun berita kurang baik ialah Real Madrid mempunyai 18 pemain antarbangsa dengan 6 pemenang Piala Dunia, manakala MU 14 pemain antarabangsa. 

Sunday, January 20, 2013

Analisis semasa dan masa hadapan Chelsea: Yang perlu Diakur dan yang perlu Dibangkang


Stamford Bridge yang aman makmur


Sebelum menyinggung mana-mana pihak tulisan ini adalah pandangan peribadi semata-mata.

“Chelsea is the world`s most frustrating club to support”

Ini adalah kata-kata dari salah seorang penyokong Chelsea.

Apa yang dimaksudkan oleh penyokong diatas ialah, merujuk kepada Roman Abramovich dan pengurusannya yang bertindak berlawanan dengan kehendak penyokong. Dan mungkin juga Chelsea sering menjadi mangsa malang yang bertimpa-timpa. Namun penyokong Chelsea tidak pernah berpaling dan berterusan memberi sokongan walau apa jua yang berlaku sekalipun. Bersama-sama menghadapi cabaran dan tekanan dari pihak luar dan pihak dalam Chelsea itu sendiri.

Kata orang cinta itu buta anda tidak akan nampak apa jua kelemahan dan kekurangan mereka apabila anda cinta. Jika anda penyokong begini, maknanya anda cintakan Chelsea. Ada beberapa isu yang perlu kita bincangkan untuk menjadikan Chelsea pasukan yang lebih baik, dan juga menjadikan anda lebih faham dan berfikir dengan lebih logik tentang apa yang berlaku di Chelsea.
  1. Yang perlu Diakur: Chelsea adalah pasukan yang menerima tekanan media massa yang paling dahsyat.

Ini adalah kerana reputasi Chelsea sebagai kelab mewah yang berbelanja mahal, mempunyai pemilik yang dikenali ramai, serta mencipta kontroversi seperti kerap memecat pengurusnya, serta masalah peribadi pemain. Ini adalah anda perlu akui, setiap kali perpindahan dibuka banyak media yang sibuk ingin mengetahui perancangan siapa yang dibeli oleh Chelsea sehingga hampir setiap pemain terbaik di atas planet dikaitkan dengan Chelsea. Jadi anda jangan hairan mengapa pihak media sering menjadikan Chelsea sebagai sasaran untuk mendapatkan cerita sensasi. Dan mereka juga bersikap agak bias kepada Chelsea.

Yang perlu Dibangkang: Tekanan media begitu dahsyat tidak bermakna penyokong juga perlu mengikut arus yang sama.

Kadang-kala kita terlalu mengikut emosi dan keterlaluan mengkritik taktikal, pemilihan pemain utama serta urusan jual beli pemain. Chelsea sudah cukup menerima tekanan anda cuba elakkan agar menambah tekanan tersebut. Fungsi penyokong adalah menyokong. Dan mempertahankan kelab anda apabila penyokong pasukan lain mengkritik pasukan anda. Dan yang paling penting ialah jangan terpengaruh dengan dakyah media tersebut.

  1. Yang perlu Diakur: Chelsea adalah pasukan baru.

Jika anda mengikuti Chelsea semenjak zaman Empayar Roman, Chelsea mengalami 3 fasa revolusi iaitu: Generasi Jose Mourinho 2004-2007, generasi selepas Jose Mourinho 2008-2012 dan generasi selepas The Champions of Europe (sekarang). Generasi ke-3 ini sama ketika Roman membeli 14 pemain semasa dia mula-mula menakluki Stamford Bridge. Kejayaan tidak datang dengan segera, ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk Chelsea mula mengutip piala untuk dijadikan koleksi. Namun sama tapi tak serupa, ketika permulaan era Roman tersebut Chelsea hanyalah kelab klasik London yang usang, dimana tiada siapa yang memandang tinggi kepada Chelsea ketika itu berbanding sekarang. Chelsea kini adalah Juara Eropah, dan kelab elit yang mempunyai berjuta-juta penyokong di seluruh dunia. Ternyata malam di Munich tersebut adalah suatu permulaan bukannya suatu pengakhiran.

Yang perlu Dibangkang: Jangan kecewa (jika) kita tidak berjaya musim ini.

Ia adalah suatu proses yang panjang sebelum kita boleh bermimpi indah untuk mengutip piala dan menjadi kelab dihormati didunia. Dimana saya percaya kita akan sampai kesitu suatu hari nanti. Anda buat tak peduli saja atau buat tak reti jika ada penyokong pasukan lain yang mengejek anda apabila kita terlepas 3 piala musim ini. Mereka tidak faham, banyak yang menanti dimasa hadapan. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Sekurang-kurangnya kita telah memulakan langkah kehadapan.

Roman is The Next Machiavelli

  1. Yang perlu Diakur: Chelsea hanyalah suatu perniagaan bagi Roman Abramovich.

Chelsea adalah pembelian yang bijak bagi Roman, mendatangkan keuntungan yang besar. Apa juga tindakan beliau hanyalah semata-mata untuk perniagaannya, dan menjaga aset pemegang saham. Jadi dia tidak peduli apa juga bangkangan dari kita, bagi beliau Chelsea hanyalah salah satu (picisan) cabang perniagaan untuk keuntungan peribadi. Kita perlu menerima hakikat bahawa Roman tidak cintakan Chelsea seperti kita pihak penyokong. Dia tidak akan faham soal jiwa sentimen kita terhadap Chelsea. Namun tidak bermakna Roman tidak ambil berat (care) tentang Chelsea. Ini semua adalah hati manusia hanya Tuhan dan Roman sahaja yang tahu

Yang perlu Dibangkang: Roman berkuasa mutlak namun tidak bermakna kita perlu tunduk kepada dia dan pengurusannya.

Penyokong mempunyai hak, dan keupayaan kita sebenarnya mampu menjatuhkan kelab itu sendiri. Tanpa pelanggan tiada perniagaan. Tanpa kita Chelsea tidak akan berdiri. Apabila anda berfikir tentang Chelsea adalah milik Roman dan tiada apa yang kita boleh lakukan anda silap. Chelsea secara literalnya milik Roman, namun secara konseptualnya milik penyokong. Saya bagi contoh
Penyokong Newcastle United yang membantah penukaran nama Stadium St. James Park, akhirnya Mike Ashley akur dengan kehendak penyokong.  

Jadi jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan Chelsea, anda boleh membantah. Walaupun saya kedengaran agak radikal namun ia tidak mustahil boleh dilaksanakan. Roman adalah Diktaktor, dan menurut sejarah Diktaktor suatu hari akan digulingkan namun tidak pernah dilupakan. Ia bergantung kepada keberanian anda penyokong Chelsea. Anda tidak perlu takut bahawa Roman akan menarik segala dana dilaburkan kepada kelab. Chelsea mampu berdiri sendiri dan membangun tanpa Roman sekalipun. Kerana Chelsea adalah pasukan yang hebat ia datang dari semangat berpasukan bukannya dari tangan Roman. Roman hanyalah manusia bukannya Tuhan. Namun begitu, bilakah masanya ini semua berlaku? Tiada siapa yang mengetahui.

Boleh sesiapa tolong sekeh kepala dia nih??

  1. Yang perlu Diakur: Roman memang tidak mahukan Roberto Di Matteo pada asalnya.

Ada banyak spekulasi tentang sebab mengapa RDM dipecat. Pertama RDM pada asalnya hanyalah interim manager yang menggantikan Andre Vilas Boas. Apabila RDM berjaya Roman memang terkejut dan langsung tidak menduga dengan pencapaian beliau. Roman tidak yakin dengan keupayaan taktikal RDM. Dia mengidamkan orang yang lebih berpengalaman seperti Pep Guardiola. Kedua pengurusan Chelsea tidak sukakan RDM secara peribadinya disebabkan pengaruhnya kepada pemain amat kuat, dia tidak boleh dipermainkan. Ketiga mungkin kerana RDM sering mempertahankan The Old Guards, dimana (ura-uranya) mahu disingkir dengan segera oleh pengurusan Chelsea. Keempat ialah Chelsea tersingkir dari Liga Juara-Juara. RDM memang The Blues yang sejati namun benar kekurangan pengalaman dan pengetahuan taktikal menjadi masalah. Namun dia melaksanakan tugas yang baik (luar biasa) pada awal musim memandangkan pasukan ini baru dibentuk. Personaliti RDM yang disenangi menyebabkan penyokong amat menyayanginya. Kekalahan kepada Juventus hanyalah sebagai satu alasan untuk memecat RDM, sedangkan mereka tahu (RDM juga tahu) dia tidak akan kekal disitu.

Yang perlu Dibangkang: Pemecatan RDM ibarat mencantas pucuk yang baru tumbuh

Pemecatan RDM mungkin adalah perkara yang paling bodoh yang pernah dilakukan Roman. RDM memberikan segalanya untuk pasukannya, dan dia merupakan peminat Chelsea yang sejati dia adalah orang yang benar-benar mahu Chelsea berjaya. Kerana itu dia orang yang paling sempurna untuk membimbing Chelsea. Terdapat persamaan antara Jose Mourinho dan RDM iaitu kedua-duanya sayangkan Chelsea. Mereka menguruskan Chelsea bukan kerana harta yang ditawarkan namun kerana ia adalah tanggungjawab. Permainan menarik yang ditunjukkan merupakan idea RDM dan pembantu-pembantunya. Dan ia merupakan corak permainan terbaik yang pernah disaksikan oleh Stamford Bridge sejak sekian lamanya. Yang menghairankan mengapa Roman beriya-iya mahukan Pep Guardiola kalau bukan kerana corak Tiki-taka nya? RDM telah memulakan revolusi dengan jayanya membawa masuk pemain-pemain berbakat Oscar, Hazard, Marin, Moses. Ia adalah permulaan yang baik, ibarat pucuk yang baru tumbuh. Pemecatan RDM mengganggu proses yang baru bermula itu. Atau dengan kata lain mematikan proses tersebut buat selamanya. Pep Guardiola sekalipun amat bertuah kerana di Barcelona permainan tiki-taka tersebut telah diserapkan kepada pemain-pemain akademi mereka sejak kanak-kanak tersebut mula bermain bola sepak lagi. Apa yang cuba dibawakan oleh RDM ialah paten permainan bola sepak yang belum dijumpai lagi. Paten tersebut mungkin mampu membawa bola sepak ke era baru atau tahap seterusnya. Apabila arkitek disingkirkan, paten tersebut akan hilang atau lesap sama sekali. Memang benar keputusan lebih penting berbanding corak permainan menarik. Namun apa yang RDM lihat ialah masa hadapan, visi dan wawasan yang tidak difahami oleh Roman. Dan yang rugi ialah Chelsea sendiri, kita mungkin suatu hari akan dinamakan sebagai “The Dream Team”. Namun impian itu (mungkin) akan berkubur sahaja.

  1. Yang perlu Diakur: Fernando Torres telah tamat.

Sebelum itu saya ingin membuat kenyataan bahawa saya bukan anti-Fernando Torres. Kita cuba meletakkan diri kita ditempat Torres. Dalam kesemua pemain Chelsea, Torres menerima tekanan yang paling hebat. Dia merupakan pemain termahal, dia merupakan penyerang tunggal kepada pasukan terbaik di Eropah, dia merupakan Juara Dunia dan Juara Eropah, dan juga dibayangi oleh lagenda Didier Drogba. Kesukaran Torres adalah kerana tekanan yang dihadapinya agak berat sebelah dan tidak adil. Kita harus fahami bebanan yang dipikul olehnya. Torres sungguhpun tidak menjaringkan gol dia masih melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai sebahagian dari pasukan. Jadi bagaimanana kita harus membantunya ialah dengan menerima dirinya seadanya. Menerima hakikat bahawa dia tidak akan menjadi seperti dahulu lagi, dia bukan lagi pemain yang sama seperti dia di Liverpool dulu. Torres telah tamat dia sudah sampai ke tahap dia tidak boleh meningkat lagi, kerana itu sahaja kemampuannya. Penyelesaian kedua ialah menjualnya (dalam kata yang lebih berhemah melepaskannya), kepada pasukan yang tidak menerima tekanan yang begitu besar seperti Chelsea. Demi menyelamatkan karier dan diri Torres sendiri.

Yang perlu Dibangkang: Melepaskan Torres penyelesaian terbaik namun bukan yang paling bijak.

Roman melaburkan wang yang banyak terhadapnya, ia adalah merupakan suatu pembaziran jika kita menjualnya. Pengalaman Torres amat berguna, dia telah beraksi diperingkat tertinggi dan pencapaian yang diperolehi olehnya merupakan idaman setiap pemain bola sepak. Adalah terlalu sayang melepaskannya pemain yang begitu berpengalaman sepertinya. Torres boleh diberi tanggungjawab yang lebih besar contoh sebagai pemain senior dan juga pemimpin, agar beliau berasa lebih selamat,dihargai, dan dipunyai. Ia mungkin membantu prestasinya diatas padang. Atau juga kehadiran Demba Ba bukan untuk singkirkan Torres namun mengurangkan beban dibahunya. Torres boleh diletakkan sebagai penyerang sokongan bukannya sebagai penyerang utama seperti semula jadinya. Namun Torres harus mengorbankan nafsu menjaringkan golnya demi pasukan. Torres perlu dibantu bukan disisihkan. Namun hanya Torres sahaja yang dapat membantu dirinya sendiri.

Pengacau keharmonian rumah tangga kita

  1. Yang perlu Diakur: Rafa Benitez merupakan genius taktikal.

Kata penyokong Liverpool, Rafa genius dalam taktikal bola sepak. Mungkin benar, beliau memang pakar mengubah taktik yang bersesuaian agar dapat menewaskan pasukan lawan. Dia juga tahu bagaimana mencari taktik yang sesuai dengan pemain. Dia tidak gentar mengambil risiko, dan berani membuat keputusan gila seperti meletakkan David Luiz di bahagian tengah. Dalam aspek ini Rafa berjaya mengubah nasib dan mood Chelsea yang berduka selepas pemecatan RDM. Rafa memang memberi kita kelebihan dan faedah daripada genius sepertinya. Jika Rafa diberi kontrak tetap sekalipun, saya tidak kisah, namun soalnya adakah Rafa mahu atau tidak?

Yang perlu Dibangkang: Niat sebenar Rafa tidak diketahui.

Rafa memang bijak dalam bola sepak dan juga bijak memperdayakan orang disekelilingnya. Rafa mungkin menjadikan Chelsea sebagai batu loncatan buatnya untuk mendapat kerja atau jawatan di kelab yang lebih baik seperti Real Madrid. Buat masa sekarang Rafa hanya melaksanakan tugasnya, dan tidak lebih daripada itu. Dia sedar dia hanya interim manager, kuasa dan masa hadapan Chelsea tidak terletak ditangannya. Dan menurut sejarah, Roman tidak sukakan pengurus sementara. Jadi kemungkinan besar Rafa tidak akan kekal lama. Kini Rafa lebih gemar berdiam diri dan tidak mengeluarkan kata-kata yang berbisa seperti dia di Liverpool dahulu. Kerana dia sedar penyokong Chelsea tidak menggemarinya. Ada beberapa aspek yang tidak saya sukai tentang Rafa seperti dia agak kuat kroni iaitu memberi kelebihan kepada pemain yang senegara dengannya. Dia gemarkan pemain dari Sepanyol, tidak hairan mengapa semasa dia Liverpool, ramai pemain Sepanyol dalam pasukan. Sama ada Rafa benar-benar ikhlas mahukan The Old Guards dalam pasukannya juga tidak diketahui, atau dia tidak peduli. Kerana jika dia dipecat sekalipun dia akan mendapat pampasan yang banyak, dan yang rugi hanyalah Chelsea. Apa yang dapat disimpulkan ialah mengambil Rafa secara tetap merupakan keputusan bijak namun risikonya perlu difikirkan. Kecuali jika sesuatu berlaku dalam tahun ini, tiba-tiba Rafa benar-benar mahu membimbing Chelsea dan menunjukkan keikhlasannya.

  1. Yang perlu Diakur: The Old Guards akan tinggalkan Chelsea juga suatu hari nanti.

Kata Frank Lampard tiada yang kekal selama-lamanya. Generasi tentera Tua Jose Mourinho akan tamat suatu hari nanti. Chelsea bukan seperti kelab lain, yang boleh menawarkan kontrak berterusan kepada pemain veteran mereka. Steven Gerrard di Liverpool juga ditawarkan bermain selama mana yang dia mahu. Sama ada dari aspek kewangan atau kuasa politik dalaman, Chelsea mahu singkirkan pemain-pemain The Old Guards tersebut. Penyokong Chelsea harus terima hakikat bahawa lagenda-lagenda kelab tidak akan berada di Stamford Bridge selamanya untuk memberi kemenangan kepada pasukan.

Yang perlu Dibangkang: Kenapa menyingkirkan mereka sekarang?

Jika memecat RDM adalah perkaran terbodoh yang dilakukan oleh Roman, menyingkirkan The Old Guards adalah di nombor 2.The Old Guards masih diperlukan. Itu kebenaran yang kita harus terima. Bukan satu kebetulan bahawa prestasi Chelsea semasa November merosot dengan kecederaan Frank Lampard dan John Terry. Chelsea perlukan pemimpin, dan apabila mereka tiada Chelsea mula hilang arah. Pemain muda dan baru terutamanya perlukan pemain yang lebih berpengalaman, agar mereka terus berada di landasan yang betul.

Apa yang saya tulis bukannya mahu anda mengikut apa yang saya katakan. Namun ia cuma membantu anda membuat analisis dan berfikir dengan logik.Maka sama ada anda dipihak yang akur atau membangkang. Semuanya ditangan anda sendiri.