Tuesday, February 5, 2013

MU tidak lebih dari sekadar Jaguh Kampung: Analisis, Teori dan Fakta yang mengejutkan tentang MU


Jangan Terperanjat Pemain No. 13 merupakan bekas pemain Chelsea

Hari ini saya membuat satu analisis, teori dan fakta tentang MU yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh mana-mana penyokong MU.

Apabila menyebut Jaguh ia merujuk kepada individu. Individu bermaksud >> Pemain. Salah satu sebab mengapa saya mula menyedari tentang hal ini ialah ketika menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah tahun 2009 dan 2011 menentang Barcelona. Saya begitu hairan mengapa MU yang mempunyai 19 Kejuaraan Liga kelihatan tidak bermaya ketika menentang “Pasukan terbaik dunia” itu. MU bukannnya calang-calang pasukan, mereka ketika itu Juara Inggeris. Adakah kerana strategi Fergie silap? Namun bagaimana Fergie silap dua kali? Dia masih gagal mencari jalan untuk menewaskan Barcelona. Diperingkat “Tertinggi” anak-anak buah Fergie masih gagal membuktikan potensi mereka. Maka saya membuat perbandingan satu lawan satu, saya terkejut kerana jurang pengalaman dan kualiti yang besar antara pemain MU dan Barcelona. Dengan kata lainnya ialah Fergie berjaya membentuk “Pasukan” yang hebat namun gagal membentuk “Pemain” yang hebat. Jika dibandingkan pemain MU yang paling berpengalaman sekalipun seperti Ryan Giggs namun dia masih ketinggalan di belakang pemain Barca seperti Andres Iniesta dari aspek pengalaman antarabangsa serta kualiti individu. Jadi mengapa ini berlaku? Sila baca fakta-fakta dibawah:

1.       Semenjak zaman Alex Ferguson, MU memiliki 3 sahaja pemain atau bekas pemain yang memenangi Piala Dunia (termasuk pemain simpanan) iaitu Fabian Barthez, Laurent Blanc (Piala Dunia 1998) dan Jose Kleberson yang menjuarai Piala Dunia 2002 bersama Brazil. Berbanding kelab-kelab lain Chelsea (7), Arsenal (5), Liverpool (4),  Man City skuad baru dengan 1 pemenang (David Silva). Skuad 2012/2013 pula MU tiada seorang pun pemenang Piala Dunia Chelsea (2), Man City (1), Liverpool (1). Mungkin penyokong MU merasakan itu tidak penting. Namun sejak bilakah pula Piala Dunia tidak penting dari 19 Kejuaraan Inggeris? Bak kata Lionel Messi dia sanggup menukarkan 4 Ballon D`or yang dimenanginya untuk satu Piala Dunia. Kata Jose Mourinho Liga Juara-Juara lebih penting dari Piala Dunia ini juga tidak tepat.

Kleberson yang dilupakan oleh peminat MU dan Rahmat Dhany


Mengapa Piala Dunia penting?

·         Piala Dunia adalah kejohanan sukan yang paling berpengaruh di dunia lebih power dari sukan Olimpik sekalipun. Jika tidak mengapa semua orang dilanda demam bola apabila piala dunia bermula. Semua orang di setiap pelusuk dunia tidak kira negara miskin, kaya, aman, bergolak, pakcik, makcik, datuk, nenek, mak saudara, bapak saudara, cucu cicit, sekalipun tidak mahu ketinggalan menonton Piala Dunia. Inilah istimewanya Piala Dunia mengatasi sempadan jaringan satelit, geografi, politik dan kebangsaan.
·          Selain daripada itu Piala Dunia juga merupakan tempat pencari bakat (Scout) kelab-kelab ternama memancing pemain-pemain.  Piala Dunia ialah medan terbaik melahirkan Superstar sebenar dan lagenda agung bola sepak. Malah jika tanpa Arsene Wenger, mungkin Perancis tidak akan memenangi Piala Dunia 1998, kerana 4 (Vieira, Petit, Pires, Henry) anak didiknya didalam skuad Les Blues. Bagi setiap pemain bola sepak, tiada gunanya jika mereka menang sebanyak mana piala bersama kelab, namun gagal memenangi piala yang diperbuat daripada emas itu. Kerana dengan cara itu sahaja nama mereka akan abadi
·         Pemain yang memenangi Piala Dunia secara automatik potensi dan kualitinya akan dipandang tinggi oleh komuniti bola sepak. Maka apabila pasukan memiliki mereka secara mudahnya mempunyai pemain yang berkualiti. Skuad Piala Dunia Sepanyol contohnya setiap pemain mereka dianggap amat bernilai dalam bola sepak, dan mereka akan dipandang “gah” kerana menang piala dunia. Siapa yang tak bangga bila dipanggil secara eksklusif “World Champion” oleh komentator?
4 dari skuad Perancis merupakan pemain Arsenal


2.       Sebab kedua ialah MU tidak memiliki ramai pemain bertaraf antarabangsa. Memang anda akan mempertikaikan tentang “Taraf antarabangsa” itu. Setiap pemain yang mewakili negara juga dilabel sebagai antarabangsa. Maka untuk tidak mengelirukan semua orang, pemain taraf antarabangsa ini ialah:
Piala Idaman setiap pemain bola sepak


a)      Pemain yang pernah tersenarai dalam skuad Piala Dunia (termasuk pemain simpanan). Piala Dunia ialah tempat menguji pemain di tahap yang paling tinggi. Maka pengalaman yang mereka kutip di Piala Dunia amat berharga apabila mereka pulang ke kelab masing-masing. Maka pemain yang tidak beraksi di Piala Dunia akan ketinggalan atau kerugian yang amat sangat kerana tidak dapat merasakan persaingan di peringkat tertinggi yang menguji keupayaan sebenar pemain. Dalam Piala Dunia 2010, MU mempunyai 9 pemain yang dipanggil ke Piala Dunia, namun pasukan lain seperti Man City (13), Chelsea (13), Arsenal (10), Liverpool (10) mempunyai lebih ramai pemain dalam skuad Piala Dunia. Ini adalah kerana Man City dan Chelsea dikenali sebagai kelab yang mengumpulkan pemain dari pelbagai negara berbeza. Maka kerana itu MU gagal di final Liga Juara-Juara 2011 kerana Cuma 8 dari 11 pemain kesebelasan utama pernah dipanggil ke Piala Dunia. Berbanding Barcelona kesemua 11 pemain mereka pernah beraksi di Piala Dunia. Itupun tidak mengambil kira pemain simpanan.
b)      Pemain yang pernah dipanggil ke kejohanan peringkat benua contohnya Euro, Africa Cup of Nations, Copa America dan sebagainya.
i.                     Di Euro 2012, MU mempunyai 6 pemain yang dipanggil sama dengan Man City namun, 50 peratus pemain MU yang tersenarai ialah dalam skuad England. Manakala lain-lain Arsenal (10), Liverpool (8), Chelsea (7).
ii.                   Di Copa America 2011 Man City dan Chelsea,dan Liverpool mempunyai 2 pemain, MU (1), Arsenal tiada
iii.                  African Cup of Nations 2013 Dengan Man City dan Chelsea mempunyai 2, Arsenal (1), Liverpool dan MU pula tiada seorang pun.
iv.                 Cuma kelebihan MU ialah mereka mempunyai pemain yang beraksi di Piala Emas CONCACAF iaitu Javier Hernandez, dan Piala Asia 2011 iaitu Park Ji Sung.

Skuad 2012/2013 MU tiada pemenang Euro mahupun Copa America, Chelsea (2), Liverpool (2), Man City (1), Arsenal (1)

Luis Suarez pemain paling berharga di Amerika Selatan. Mampu?


Setelah meneliti semua fakta mari kita lihat mengapa ini berlaku?

1.       Polisi pembelian Alex Ferguson, beliau amat berhati-hati dalam soal perpindahan pemain. Beliau jarang membeli nama-nama besar atau pemain sekurang-kurangnya dikenali di peringkat antarabangsa. Sungguhpun Arsene Wenger juga membeli pemain tidak dikenali, namun beliau mula berubah, dan ramai pemain yang dididik olehnya berjaya tersenarai dalam pertandingan antarabangsa.

2.       Alex Ferguson beranggapan pemain yang beraksi kerap di peringkat antarabangsa akan menjejaskan kecergasan pemainnnya sekaligus menganggu prestasi pasukannya. Kerana itu Fergie tidak menggalakkan pemainnya beraksi kerap, kerana takut dilanda kecederaan, selain keletihan. Contohnya Paul Scholes yang bersara awal pada usia 29 tahun, kerana ingin menumpukan kariernya bersama kelab. Pernah berlaku insiden Fergie menghalang Cristiano Ronaldo dari mewakili pasukan Portugal dalam sukan Olimpik. Kerana itu banyak jurulatih mengalami masalah memanggil pemain MU kerana terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi MU.  Dalam kata lain Fergie bijak menjaga pasukannya, namun pemainnya kelihatan jauh berbeza apabila berdepan skuad yang lebih ramai pemain antarabangsa contohnya Bayern Munich.

3.         Pemain MU lebih suka mencari masalah apabila beraksi di peringkat antarabangsa. Contoh Roy Keane yang dikeluarkan dr skuad Republik Ireland ketika Piala Dunia 2002, dimana dia berselisih faham dengan jurulatih. Pemain-pemain MU juga pernah menyatakan mereka tidak suka pemain Liverpool, menyebabkan terdapat dakwaan dari Paul Scholes tentang pengasingan dalam skuad England. Selain dari kes terkenal Patrice Evra yang enggan turun berlatih dan tidak menghadiri sesi media semasa Piala Dunia 2010. Wayne Rooney menyalahkan cara pengendalian Fabio Capello yang dikatakannya tidak faham dengan bahasa Inggeris Capello menyebabkan punca kegagalan England. Dan siapa boleh melupakan Rio Ferdinand yang mengutuk Roy Hodgson kerana tidak memilihnya ke Euro 2012. Semua kes diatas mungkin menyebabkan jurulatih skuad kebangsaan tidak mahu memanggil pemain MU.

4.  Ramai pemain antarabangsa meninggalkan MU. Ini termasuk David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez. Pemain ini pergi atas sebab peribadi mahupun merasakan tiada masa hadapan di MU. Mereka beranggapan Fergie tidak akan berubah, dan kegagalan Fergie membawa masuk pemain bertaraf bintang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada kekuatan skuad MU.

Nistelrooy Juga angkat kaki

Kesimpulannya skuad MU Cuma hebat dalam kejohanan domestik, namun di peringkat antarabangsa mereka tidak setara dengan Gah mereka di England. Fergie cemerlang membentuk pasukan yang hebat, namun gagal membentuk pemain yang hebat dalam bola sepak peringkat dunia.

Sungguhpun begitu, ada sesuatu yang positif tentang ini iaitu MU mempunyai rekod yang baik apabila bertemu pasukan dari EPL di peringkat Eropah kerana pengalaman luas, kearifan taktikal pasukan Inggeris Fergie jadi MU mempunyai kelebihan. Namun mereka tenggelam apabila menentang pasukan besar dalam Liga Juara-Juara termasuklah Real Madrid (1999/2000, 2002-2003), Bayern Munich (2000/2001, 2009/2010), dan AC Milan (2004/2005).

Dalam perlawanan dengan Real Madrid minggu depan dalam keadaan keributan yang melanda Real, MU merupakan favorite dalam match ini. Namun berita kurang baik ialah Real Madrid mempunyai 18 pemain antarbangsa dengan 6 pemenang Piala Dunia, manakala MU 14 pemain antarabangsa. 

11 comments:

  1. kau tengah period ke time nie??? hahaha...lepas ni kau nak salahkan apa pulak?? Refferee? FA? FIFA? FAM? Budak kutip bola? nak letak Jaguh ape pulak lepas nie?? Kampong Boy? Boboiboy? Motor Jaguh?? hahahaha...kau mabuk nie??kaki minum Todi nie.....

    ReplyDelete
  2. ko ni siuman ke x..?bodoh ke cerdik...?kalau rase diri tu x cukup ilmu bola sepak lain kali belajar,baca sumber2 yang sahih, tgk game bola tu kat tv..bukan hanyer tgk game chelshit je.. klu ko nak tau perancis yg mng worldcup 98 tu 2 org je yg main arsenal..pemain no 13 brazil yg mng worldcup 2002, mase tu dia main kat sao paulo.. join chelshit pun lepas barca dh xnak taik macm dia.lain kali klu xtau jgn la ko tulis panjang2 mcm ni...buat malu ko aje...org ramai mgutuk penulisan ko ni....

    ReplyDelete
  3. bodo kalo setakat player world cup je ramai dlm team tu tpi tetap sampah gak mcm celshit pn xguna jgak..

    ReplyDelete
  4. Jika pun kita bencikan 1 pasukan tu...jgn gunakan sumber maklumat yg salah..ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri,hujah dan fakta biar tepat...jadilah blogger yg bijak..meminati 1 pasukan tidak bermakna kita juga handal fakta..

    ReplyDelete
  5. fakta yg x relevan..kualiti individu?MU satu-satunya kelab EPL yg pernah melahirkan pemain terbaik dunia iaitu Cristiano Ronaldo.. dan ini satu kejayaan bersejarah bg EPL diperingkat antarabangsa..kelab EPL len ado?xyah cite lg la kejayaan MU yg lain2..status kelab terkaya dunia dsb..lg mabuk ko nnt..apapun den ucap tahniah la sobab chelsea berjaya menjadi kelab juara bertahan UCL pertama yg tersingkir awal..tu mmg MU xleh buek la..Fergie pn x terfikir leh buek rekod tu..mmg chelsea 'full of quality players' dan deretan manager2 pencen..respek

    ReplyDelete
  6. Apa kau merepek der..haha analisis cap ayam

    ReplyDelete
  7. bangang gila betina ni. hahaha. kelakar btl la dia ni. jgn la sbb ko benci sgt kt MU, ko jd bodoh mcm ni. x elok utk kesihatan. haha. ko kena tau, MU x mng lwn barca sbb ap, barca tu main negatif football, tp dlm bentuk bijak. hold2 bola, passing kaw2, smpai game FINAL jd bosan. tp aku x ckp yg diaorg x hebat, diaorg sgt hebat sbb bole main gitu n stay main gitu. ko tgk stoke main, tu negatif jgk tu, sanggup defending drpd score goal n bg diaorg, seri da cukup. barca x mcm tu, diaorg passing2 smpai lebam, then out of sudden attack kaw2, n mmg akn buat mcm tu je. ko nk ckp chelsea power sbb mng dgn diaorg? haha. puihh. 9-0-1? even Messi pun ckp team paling dia benci ialah chelsea sbb main dgn cara pengecut. tu pun hampir2 bolos tu, aku yakin semua fans chelsea da ketar lutut da masa tu. ko ni x prnh main bola ni. ko x merasa lari atas pdg 90mnt. so jgn la comment benda bodo2. spatutnya ko malu tau tulis gini sbb team ko tu sdg jd team bahanan je skrng ni. ko gi attack MU, bg gelaran jaguh kmpg? haha. season lps biar aku bgtau skit. MAN CITY SHOPPING PLAYER, BUKN BELI TAU TP SBB TRANSFER WINDOW DIAORG TU X NORMAL, BYK STAR2 YG DIBAWA MASUK DGN FULU$$$$$$, KO TGK MU BELI SIAPA PLAK. HAHAHA. TP AP RESULTNYA? YES, MU BERADA DI TEMPAT KEDUA. TAPIIIIIII, HANYA BEZA GD JE. HAHAHA. MCM MANA KO BOLE CKP MU JAGUH KAMPUNG? HAHAHAHA. aku duk perati je penulisan2 ko yg taraf2 cap ayam ni. full of shit weh. KOSONG. aku cabar ko buat penulisan psl chelsea plak. aku nk tgk mcm mana ko huraikn mikel, toress, moses n lain2 yg tgh flop skrng. haha. eee, bodo la ko ni. fyi, RVP, Suarez, Rooney, Dzeko, Aguero, Tevez, Mario Balo, Giroud, Podolski, semua ni lg gempak dr toress skrng. hahaha. ko buta ekk? x nmpk? ko nmpk kelemahan org lain tp kelemahan sendiri ko kaburkn? kelemahan sendiri yg mmg budus2. top striker, striker pilihan tiap minggu tp hanya score 7 gol? hahahaha. sbb tu aku panggil ko bodo, sbb ko comment benda ngarut2. chelsea ad oscar, hazard, mata, tp ap kes? keeper bg aku world top 3 selepas casillas n neuer, ap jd? bek kiri mantap(cole) , ap jd? duit ad, belanja beli player sakan tp? haaa skrng br bole guna antara ayat2 ko kt atas tu, TACTICAL TARAKKKK. ni baru la tactical lemah. bg aku stamford bridge patutnya kebal, sbb ap? pdg tu kecik, cukup2 size yg disyaratkn fifa. n tu pdg diaorg, da biasa main pdg kecik. dgn swansea pun bole kena 2 bijikk? hahaha. tu jaguh ap tu? aku sokong chelsea season lps time lwn barca sbb aku benci cara negatif football barca, even Real Madrid yg dianggotai SUPER PLAYERS pun kena main dgn tactical diaorg tu. aku rasa Brazil fifa champ 2002 pun kalau jumpa barca skrng ni kalau disimulate, brazil akn kalah. hahaha. jgn la nk ckp psl kalah dgn barca, sbb chelsea pun mng nasib. aku supoort chelsea smpai ke final tp tgk2 fans mabuk takbur mcm ko ni ad, geram plak aku nengok. baru sekali, jgn la takbur sgt. menang pun cara gitu. adoi. MU prnh jgk kalahkn barca, x igt ke game ucl 2008? alar yg terry nangis x score penalty tu. haha. lawan barca tu kt semi. mng n gi final seterusnya memenangi final. MU jumpa barca lebih drpd chelsea jumpa barca. tgk2 x smpai brapa tahun, game play barca berubah mendadak, mmg kena la MU. hanya satu team saje yg aku rasa akn relax n berani 100% apply open game lawan barca yg skrng iaitu ARSENAL. yg mmg confirm2 xkn main 9-0-1. hahaha. jgn la nk bangga sgt. tgk season ni ap dpt? hahaha. terus out dr group. defending champ ke tu? isk3. awal2 season duk atas terus belagak. amik skali ap jd? aku main bola, n aku jgk ad sijil kejurulatihan. kalau ko gi bagi haters MU yg dikalangan player2 bola sepak malasia ni pun ko mmg kena maki weh. memalukannn. kalau ayat aku menyinggung perasaan ko, sorry tp ko telah menunjukkn ketonggongan ko. baik ko buat entry psl resepi ke ap ke selain drpd ko ulas psl bola. sbb sumpah out of 10, aku kasi 0.5 je. hahaha. ok im done. aku jarang type karangan gini tp aku harap sgt ianya memulihkn ketonggongan ko. hahhahahaha. k bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku comment ni menyeluruh akibat drpd kebencian ko dkt MU yg membabi buta tu. ahahahaha. so x pyh rasa out of topic ke ap, sbb comment aku ni jwpn kepada ketonggongan2 ko pd entry ni n entry2 sebelumnya. hahaha

      Delete
  8. Terima kasih la pada orang-orang yang care pasal penulisan orang bodoh macam saya nih. Tapi takpe bila masanya nanti saya tahu apa yang akan saya buat. Tunggu aje.... Heh..heh...

    ReplyDelete
  9. kau mmg bkn pemikir yg hebat... hahaha...
    apa punya serr laa...

    ReplyDelete