Wednesday, April 27, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan separuh akhir: Barcelona lwn Real Madrid

Alah..aku sorang pun boleh lawan diorang tau...



Huahhhh!!! Real ibarat Jerung menunggu mangsa??
Suku akhir:

Barcelona:
Menentang Shakhtar ibarat seperti durian runtuh buat mereka, dan juga malapetaka buat pasukan lawan, mungkin kedengaran seperti kejam, sungguhpun mereka tidak bermain dgn sepenuh hati mereka masih mampu menang.

Real Madrid:
Menentang pasukan yang bersemangat seperti Tottenham Hotspurs merupakan ujian hebat buat pasukan Mourinho, dan mereka melakukan dengan penuh bergaya secara tiba-tiba meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan.

Rekod 5 perlawanan terakhir:

Barcelona
Menang 3, seri 1, kalah 1

Real Madrid
Menang 4, seri 1

Perbandingan Pengurus:

Pep Guardiola Lwn Jose Mourinho
Pertarungan yang dianggap paling tegang pada musim ini, sungguhpun Mourinho menang musim lepas ketika mengendalikan Inter. Namun pasukan Guardiola ibarat seperti pahlawan handal apabila menang besar 5-0 di tempat sendiri. Kelihatan seperti jurang yang amat besar antara kedua pasukan. Namun semuanya berubah apabila Real mencipta kejutan dengan merampas Piala Copa Del Rey. Ternyata Mourinho yang terkenal dgn kehandalan taktikalnya, telah membuat pendekatan offensive dan menyeru pemainnya menggunakan taktik psikologi ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya. Namun Guardiola pula tidak kurang hebat dengan kepercayaan terhadap falsafah Total Football dan juga pakar dalam memotivasikan pemainnya.

Pemain penting:

Lionel Messi lwn Cristiano Ronaldo
Memang aneh apabila kedua-dua pemain berkelas tinggi ini mejaringkan jumlah gol yang hampir serupa, mereka seperti bersaing sesama sendiri walaupun tidak secara rasmi. Perlawanan ini akan menentukan siapa jaguh dan Raja Gol sebenar. Messi tidak pernah mengecewakan pasukannya dan amat dipercayai oleh rakan-rakannya. Setakat ini pelbagai cara dicari untuk mengatasi pemain ini, namun pemain ini ternyata kreatif dan tidak kering dengan idea, kemaraan yang sukar dihalang. Ronaldo pula kekal menjadi penyerang yang sentiasa boleh diharapkan, kini semakin digemari sebagai penyerang sejati walaupun pada mulanya seorang pemain sayap, kerana rekod jaringan dan bakat semula jadinya beliau telah ditranformasikan sepenuhnya. Sekiranya Puyol diturunkan dalam perlawanan ini, mungkin akan menyukarkan Ronaldo untuk bergerak.

Siapa akan memenanginya?
Dalam pertemuan mereka yang terbaru, kedua-dua pasukan telah dikritik hebat kerana corak permainan yang agresif, dan tidak bersikap professional, atau dengan kata lainnya bermain seperti “neraka” terutamanya pasukan Real Madrid yang menggunakan psikologi sedikit kekerasan, dan menggunakan kelebihan fizikal pemainnya. Ini membuatkan pasukan Barcelona tertekan terutamanya apabila mereka gagal menjaringkan gol. Namun, saya secara peribadinya memilih Barcelona untuk menang berdasarkan permainan berpasukan mereka dan semangat enggan kalah dalam diri pemain mereka. Namun dengan syarat mereka tidak harus melayan karenah dan psikologi yang digunakan pemain Madrid, mereka harus bertenang dan fokus kepada permainan dan mengelakkan diri menjadi mangsa provokasi. Walau apapun, perlawanan ini pastinya menjanjikan saingan menarik, drama tanpa batasan melibatkan perseteruan paling dasyat dalam sejarah bola sepak Eropah.

Ramalan Keputusan:
Barcelona 3 Real Madrid 2.

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan separuh akhir: Mancheshter United lwn Schalke 04

Osama juga peminat MU??
Inilah dikatakan makin tua makin menjadi

Perlawanan Suku akhir:
Manchester United:
Mencatat persembahan cemerlang menewaskan musuh dan juga pesaing utama mereka, Chelsea adalah satu pencapaian hebat. Mereka juga menyingkirkan satu lagi pasukan pilihan kejohanan.

Schalke 04:
Ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi kepada mereka, tetapi ternyata pasukan Underdog yang dikehendaki dalam kejohanan ini telah membelasah juara bertahan Inter Milan merupakan detik bersejarah.

Rekod 5 perlawanan terakhir:

Manchester United

Menang 4, Seri 1, Kalah 0

Schalke 04 

Menang: 2, Seri: 1, Kalah: 2

Perbandingan pengurus:

Alex Ferguson Vs Ralf Rangnick

Otai lama dalam bola sepak Ferguson terkenal dengan kedegilan, sifat enggan mengalah, dan juga bijak dalam taktikal, manakala lawannya Rangnick yang tidak mempunyai senarai kejayaan yang panjang seperti Fergie. Namun sudah tentu seluruh Eropah mendengar cerita sentuhan ajaibnya, membawa pasukannya layak ke separuh akhir dengan agregat 7-3 dalam masa hanya seminggu dilantik. Namun Ferguson dijangka akan menunjuk-nunjuk kekebalannya dan menang dengan yakin.

Pemain penting:

Raul Gonzalez Vs Javier Hernandez
Tiada siapa menyangka penyerang lagenda yang dikatakan telah tamat kariernya  membuat kejutan dengan persembahan mengagumkan dan berjaya memimpin pasukannya dalam liga juara-juara. Ternyata pemegang rekod penjaring terbanyak dalam liga juara-juara Eropah tidak mensia-siakan pengalamannya. Manakala Hernandez yang mempunyai musim sensasi dalam liga juara-juara pertamanya telah mula membuka mata kelab-kelab besar di Eropah, mereka pasti akan berhati-hati dengan kelibatnya. Menjadi faktor penting buat kecemerlangan Manchester United dalam liga Inggeris mahupun di peringkat Eropah. Saingan Eropah ternyata tidak membuatnya gentar, menggunakan naluri jaringannya yang luar biasa dan gerakannya amat mengelirukan pihak lawan.

Siapa akan menang?

Pilihan saya semestinya Manchester United berdasarkan pengalaman pengurus, pemain serta kualiti persembahan mereka, mereka juga terkenal dengan sikap bangkit pada saat akhir mampu membunuh sesiapa sahaja, namun kita tidak harus memandang rendah keupayaan pasukan Schalke.

Ramalan keputusan:
Manchester United 4 Schalke 1

Wednesday, April 6, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Barcelona Lwn Shakhtar Donetsk

Mungkin ini senjata rahsia Shakthar

Ninja di Barcelona????



Perlawanan pusingan 16 terakhir

Barcelona:
Walaupun pada mulanya dikejutkan dengan kekalahan di Emirates, namun mereka ternyata terlalu unggul buat “kembar Inggeris’ mereka Arsenal.

Shakhtar Donetsk:
 Pasukan Underdog paling digemari pada tahun ini memperbudak-budakan pasukan bermasalah As Roma pasti suatu kenangan manis buat mereka.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Victor Valdes lwn Rustam Khudzamov

Pertarungan tahap yang amat jauh. Valdes amat bernasib baik masih kekal sebagai pilihan utama Guardioala kerana tiada saingan buatnya. Valdes masih belum mencapai tahap kemuncaknya sungguhpun telah memenangi pelbagai trofi. Khuzamov pula walaupun dlm nada berbeza, beliau beraksi dengan baik di peringkat kumpulan dan juga perlawanan menentang Roma. Namun lawannya nanti bukan calang-calang pemainVilla, Messi dan rakan-rakan.

Pertahanan

Gerard Pique lwn Dmytro Chygrynskiy

Pernah sesiapa terfikir untuk membandingkan mereka? Pique dianggap begitu mudah membiasakan diri dengan saingan Liga, Eropah mahupun peringkat antarabangsa walaupun baru dipertengahan usia. Manakala Chygrynskiy pula pemain antarabangsa Ukraine ini juga dianggap pemain harapan negaranya dan kelab. Namun perlawanan dengan Barcelona mungkin akan memberinya pengalaman berguna.


Tengah

Andres Iniesta lwn Jadson Da Silva

Iniesta amat sinonim dengan repustasi sebagai pemusnah atau lebih tepat “pembawa malapetaka”. Menyerlah disaat pasukan amat memerlukannya, dan ancaman apabila di dalam tekanan. Jadson satu lagi pemain berbakat dari Brazil pernah mewakili Brazil dan juga salah penyumbang gol dalam perlawanan menentang Roma. Mungkin pertahanan Barcelona perlu memberi perhatian kepadanya. Siapa pemenang? Iniesta sudah tentu.

Serangan

David Villa lwn Eduardo Da Silva

Villa antara segelintir penyerang yang berbakat semulajadi, kerana itu setiap tindakannya adalah diluar jangkaan. Peranan barunya di Barcelona sebagai pembantu Messi mengurangkan bahayanya, namun dia masih pemain penting dalam jentera serangan Barcelona. Eduardo bekas pemain Arsenal ini semakin menjadi semenjak meninggalkan kelab London itu. Mungkin kerana dihargai dan diberi tempat kesebelasan utama berjaya menyerlahkan naluri “pembunuhnya”. Villa seperti biasa pemain yang boleh disandarkan. Namun kelibat Eduardo mungkin tidak boleh dipandang rendah.

Kesimpulan:

Dalam keempat-empat perlawanan suku akhir, perlawanan ini dikatakan amat jelas kelihatan pemenangnya. Barcelona dijangka menang mudah, dan akan menunjukkan mereka berada di kelas mereka sendiri. Jika berlaku sebaliknya, kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara telah berlaku.

Ramalan keputusan:
Barcelona 4 Shakhtar Donestk 0

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Chelsea Lwn Manchester United

Eleh..orang tua ni takut dengan aku la tu

Singa bakal menyelamatkan manusia dari disesatkan Si Setan?


Perlawanan pusingan 16 terakhir

Chelsea:
Dalam keributan yang berlaku di Stamford Bridge, mereka masih mampu menang perlawanan  dengan FC Copenhagen yang pada mulanya diramalkan sukar buat mereka.

Manchester United:
Walaupun mereka berada di prestasi tertinggi merea, mereka pada mulanya diragui apabila seri tanpa jaringan dengan Marseille, namun Chicharito menjadi penyelamat.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Petr Cech lwn Edwin Van Der Sar

Satu pertarungan yang sama handal. Jika dinilai dari segi prestasi semasa, Cech kelihatan semakin yakin dengan menyelamatkan pelbagai percubaan merbahaya. Van Der Sar pula membuktikan usia tidak menjejaskan kepercayaan pasukan kepadanya, namun dia tidak segagah dulu pada musim ini. Cech pasti memiliki motivasi lebih utk menang Piala Eropah, dan beliau pasti tidak mahu melakukan apa-apa kesilapan

Pertahanan

David Luiz lwn Nemanja Vidic

Mungkin suatu perbandingan yang berat sebelah, namun Vidic masih lagi cemerlang di posisinya dan dianggap antara terbaik didunia. Namun apa yang diragui ialah rakan gandingannya nanti, tanpa Ferdinand dan Evans. David pula pendatang baru yang semakin meningkat popularitinya selepas persembahan “menyeronokkan” bulan lepas, kehadiran pemain ini memberi nafas baru kepada Chelsea. Berdasarkan perbandingan ini Luiz pasti meneruskan kejutannya di saingan peringkat Eropah.

Tengah
Frank Lampard lwn Nani

Frank yang kembali pulih selepas kecederaan panjang tidak menunggu masa yang lama untuk kembali ke prestasi konsistennya. Nani pula telah membuktikan beliau menjadi tunggak penting buat United, larian mengelirukan, hantaran lintang yang sempurna serta keberanian melakukan percubaan, pemain ini akan menjadi ancaman buat mana-mana pasukan jika beliau meneruskan komitmennya. Dalam pertarungan ini Nani memenanginya, namun Lampard tidak perlu beraksi cemerlang utk berasa diatas padang kerana kebolehannya tetap diperlukan.

Serangan

Wayne Rooney lwn Nicolas Anelka

Rooney kelihatan semakin yakin setelah menjaringkan Hat-rick minggu ini, dan diabermain dengan cemerlang semasa perlawanan dengan Chelsea. Jika Chelsea pasti berwaspada dengan kegembiraan Rooney baru-baru ini. Anelka pula beberapa kali menjadi penyelamat Chelsea di peringkat Eropah. Malah dia bermain lebih cemerlang daripada Drogba, mungkin beliau tidak akn menjaringkan gol, namun dia amat terkenal sebagai supporting striker yang berguna. Dalam situasi ini Rooney memenanginya berdasarkan bahagian serangan Chelsea yang tumpul.

Kesimpulan:

Ini adalah pertarungan yang amat dinanti-nantikan, apabila bertembung pasti menimbulkan pelbagai drama dan kontroversi, semua peminat bola sepak seluruh dunia pasti mengharapkan pertarungan klasik Inggeris ini bertukar menjadi pertarungan bersejarah Eropah. Atas pandangan peribadi, perlawanan pasti amat sengit, namun yang akan menentukan ialah bukan sekadar jumlah jaringan, namun juga pertahanan mana yang mampu bertahan. Dalam situasi ini saya menyatakan Chelsea akan memenanginya.

Ramalan keputusan:
Chelsea 2 Manchester United 1

Tuesday, April 5, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Inter Milan Lwn Schalke 04

Apadaa....? Mana aci cam ni?


Bukak mata besar sikit ha...Raul is coming!!

Perlawanan pusingan 16 terakhir

Inter Milan:
Tiada siapa menyangka Inter Milan yang goyah diperingkat kumpulan berjaya mengatasi pasukan handal Bayern Munich. Ternyata Inter masih “hidup”.

Schalke 04:
Sungguhpun pada mulanya Schalke dijangka tewas kepada Valencia. Namun keupayaan pasukan Jerman tidak boleh dipertikaikan.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Julio Caesar lwn Manuel Neuer

Dua penjaga gol yang berada dalam situasi amat berbeza, Caesar antara penjaga gol yang paling cemerlang musim lepas. Neuer pula dianggap generasi hebat penjaga gol Jerman menyerlah di Piala Dunia. Dari aspek prestasi dalam Liga Juara-Juara Neuer lebih baik, namun persembahan hebat Caesar dlm perlawanan dgn Bayern mungkin dinafikan Kedua-dua mereka mungkin menjadi faktor penting Namun tahap kesukaran dihadapi oleh Neuer (penyerang E to`o, Milito, Sneijder) akn memberi perbezaan.

Pertahanan

Maicon lwn Christoph Metzelder

Maicon antara pemain yang mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, pada masa yang sama bertahan dengan hebat. Metzelder yang sekian lama pupus di peringkat antarabangsa namun pengalamannya mungkin berguna. Namun Maicon bukan sahaja tunggak pertahanan penting, namun juga tunggak serangan Inter.

Tengah

Wesley Sneijder lwn Jose Manuel Jurado

Satu lagi perbandingan bagai “langit dan bumi” namun pasukan masing-masing amat bergantung kepada mereka. Jurado pemain Sepanyol yang tidak dikenali dan “sesat” di Liga Jerman, mula mendapat perhatian remai dengan idea dan skill mengelecek hebat. Namun Sneijder seperti “Raja” dibahagian midfield, hanya pemain bertaraf tinggi seperti Xavi, Lampard sahaja yang boleh dibandingkan dengannya.

Serangan

Samuel Eto`o lwn Raul Gonzalez

Jika 8 tahun dahulu Raul dianggap antara penyerang terbaik dunia, kini beliau didalam situasi amat berbeza, namun bertanding di peringkat Eropah bukan suatu yang janggal dengan dirinya. Dan rekod penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara amat berguna buat Schalke. Namun Eto`o juag tidak kurang hebatnya, pemenang dua kali Juara Eropah dilihat tidak pernah mengecewakan. Dalam pertarungan menarik ini agak sukar menentukan akan menyerlah. Eto`o agak bertuah dikelilingi oleh ramai pemain berkualiti disekelilingnya.

Kesimpulan:

Selepas memandang rendah keupayaan Inter dalam perlawanan sebelum ini memang suatu kesilapan. Mereka membuktikan mereka masih menpunyai semangat perjuangan yang membara utk mempertahankan kejuaraan. Namun Schalke juga mampu mencipta kejutan.

Ramalan keputusan:
Inter Milan 3 Schalke 1

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Real Madrid Lwn Tottenham Hotpurs

Buat kira-kira pulak?


Spurs just have to smile.....

Perlawanan pusingan 16 terakhir

Real Madrid:
Perlawanan dengan Lyon pada mulanya agak mengecewakan di Stade Gerland, dengan seri tanpa jaringan, namun Real menunjukkan kecemerlangan di tempat sendiri.

Tottenham Hotspurs:
AC Milan merupakan lawan yang sukar, namun semangat berpasukan mereka telah memacu kejayaan mereka. Kini banyakl pasukan mula memberi perhatian kepada mereka.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Iker Cassilas lwn Heurelho Gomes

Perbandingan yang ketara perbezaannya. Iker Cassilas dijangka meneruskan kecemerlangan dgn reputasi penjaga gol bertaraf dunia. Namun Gomes kadang kala mampu menyelamatkan pasukannya. Namun Cassilas dijangka tidak menghadapi masalah berdepan penyerang Spurs yang semakin diragui prestasi mereka.

Pertahanan

William Gallas lwn Sergio Ramos

Walaupun Gallas dianggap berpengalaman, namun profil Ramos juga setanding dengan lawannya. Gallas masih boleh diharapkan namun mungkin terpaksa berkerja keras untuk menangkis serangan pemain-pemain handal Ronaldo atau Benzema. Ramos lebih gagah namun perlu berhati-hati dengan kelibat Bale.

Tengah

Gareth Bale lwn Mesut Ozil

Perbandingan pemain muda yang paling berpotensi didunia, walaupun Ozil lebih berpengalaman diperingkat antarabangsa. Ozil dianggap permata Jerman, namun belum menunjukkan kemampuan sebenar di Madrid. Bale pula pemain muda sensasi dunia, jika cergas akan mendatangakan masalah kepada pertahanan Real. Untuk perbandingan ini, kelihatan seperti Bale memenanginya.

Serangan

Karim Benzema lwn Jermaine Defoe

Kedua-dua pemain yang prestasinya seperti yoyo, naik dan turun. Dari segi pengalaman Benzema telah beberapa kali beraksi di Liga Juara-juara, Defoe pula tiada pengalaman langsung, namun beliau amat sukar dijangka. Berdasarkan peluang yang terbuka luas buat Benzema selepas kecederaan Higuain, dan Ronaldo (mungkin) akn memberinya suntikan baru utk menyerlah.

Kesimpulan:

Perlawanan yang kelihatan berat sebelah, Real Madrid mampu menang jika diambil kira pengalaman pemain dan pengurus mereka serta kualiti setiap pemain mereka, dijangka Real Madrid mampu menang, namun mungkin menghadapi sedikit kesukaran bedepan dengan pasukan yang bersemangat tinggi.

Ramalan keputusan:
Real Madrid 3 Spurs 1