Chelsea tidak
ada sejarah yang hebat seperti Manchester United, mahupun Liverpool,
Real Madrid, AC Milan, atau Barcelona.
Dimana setiap pemain mereka amat bangga dapat menyarung jersi pasukan mereka.
Semua pasukan juga memandang tinggi kepada mereka, dan juga amat digeruni
sungguhpun perlawanan belum bermula. Kebanggaan dan maruah kelab ini sesuatu yang
tidak pernah wujud di Chelsea. Mereka hanya dipandang sebagai kelab kaya, yang
‘membeli’ kejayaan, dan mempunyai pemilik Russia
yang gila memecat orang. Tidak pernah ada yang menghormati Chelsea,
sungguhpun Chelsea telah memenangi
banyak piala dan antara pasukan paling konsisten dalam Liga Juara-Juara. Namun
Chelsea tidak mendapat pengiktirafan dan penghormatan yang sewajarnya. Misi
Chelsea sebenarnya bukan hanya memenangi piala, namun mengubah mentaliti orang
ramai tentang mereka. Dan kini tibalah masanya Chelsea
menunjukkan kepada semua, mereka adalah pasukan yang hebat. Kerana mereka
sememangnya layak.
Tanggal 18 April, selepas Chelsea
membuat comeback paling sensasi dalam perlawanan dengan Napoli.
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh penyokong Chelsea
dan juga penyokong pasukan-pasukan Liga Inggeris yang lain, perlawanan Mega
Chelsea lawan Barcelona. Semua
orang ingin menyaksikan bagaimanakah Chelsea
akan ‘diajar’ oleh Barcelona, dan
adakah akan ada kontroversi yang berlaku seperti 3 tahun lepas? dan adakah Chelsea
akan berjaya membalas dendam terhadap Barcelona?
Misi mustahil Chelsea seperti yang
dikatakan oleh sesetengah pengkritik, dan Chelsea
hanya dijadikan bahan ketawa apabila kami percaya yang kami boleh menang. Chelsea
yang pada mulanya nampak terancam apabila Alexis terlepas dari kawasan penalti,
namun sepakannya terkena palang. Dan kemudian serangan Barcelona
datang bertubi-tubi, namun Chelsea
dan Cech masih mampu bertahan. Pada mulanya semua sudah maklum yang Barcelona
akan menjadikan Chelsea sebagai
‘lauk’. Namun sekian lama, Barcelona
masih gagal mencari gol, sungguhpun peluang terhidang didepan mata, namun Chelsea
terus bertenang dan bersabar dengan keadaan mereka langsung tidak dapat
memegang bola. Dan kesabaran mereka akhirnya terbalas, apabila pemain Chelsea
yang sentiasa menjadi Silent killer kepada Barcelona, iaitu Frank Lampard
mencuri bola daripada kaki bukan daripada sesiapa tapi Lionel Messi pemain
terbaik dunia 3 kali, Lampard melihat ruang kiri yang kosong, menghantar bola
cantik kepada Ramires, dan beliau menghantar bola ke kawasan Barcelona yang kosong
dan seterusnya disudahkan oleh pemain yang mengamuk di Stamford Bridge 3 tahun
lalu, Didier Drogba. Dan mengejutkan Barcelona
dan seluruh dunia yang sedang menyaksikannya. Pemain yang digelar Singa Afrika
itu memberi tabik hormat kepada penyokong Chelsea
yang kegembiraan tidak terkata. Dan jaringan itu ditakdirkan sebagai jaringan
tunggal perlawanan, dan Barcelona
yang terus mengasak kubu Chelsea
namun masih gagal mencari penyudah. Chelsea
memaksa mereka berada dalam tekanan yang amat tinggi, dan semakin kecewa. Chelsea
yang dibimbing oleh John Terry terus enggan mengalah. Dan apabila wisel penamat
dibunyikan, seluruh bumi telah menjadi saksi bahawa Impossible is nothing.
Namun masih ada yang menganggap Chelsea
cuma bernasib baik. Namun mereka tidak tahu ada lagi yang Chelsea
belum tunjukkan kepada dunia.
Pada 24 April 2012, Barcelona
yang semakin terdesak selepas tewas dalam perlawanan El Classico dengan Real
Madrid, menggunakan formasi membunuh diri atau berisiko 3-3-4. Jelas sekali mereka ingin mencari seberapa
banyak gol yang boleh, dan seperti yang dijangkakan Barcelona
dari awal lagi ingin mencari gol, dan akhirnya berjaya apabila pemain
pertahanan Chelsea yang terleka
gagal menyekat Sergio Busquet, penjaring yang tidak dijangka. Chelsea
yang tersentak, namun mereka tidak tahu ada banyak lagi kejutan yang akan
mendatang. Seperti pertembungan mereka ini sentiasa akan ada kontroversi,
Pahlawan Chelsea Terry dibuang padang,
atas kesalahan melutut peha Alexis. Sepatutnya dia hanya dikenakan kad kuning,
namun kad merah terlalu melampau. Chelsea
semakin gelabah dengan kehilangan Cahill akibat kecederaan, dan kemudian ketua
mereka. Tidak lama selepas itu, Iniesta menjaringkan gol kedua. Ketika itu
kelihatan seperti Chelsea bakal
dibelasah. Chelsea yang meletakkan
Ivanovic di pertahanan tengah bersama Bosingwa, dan Ramires diletakkan di
pertahanan kanan. Penyokong The Catalans baru saja meraikan kejayaan mereka,
namun tersentak apabila 2 minit selepas itu, Ramires yang baru sahaja mendapat
kad kuning yang akan memastikan beliau tidak beraksi di final, tiba-tiba
seperti dirasuk melakukan larian ‘berani mati’ dari sebelah kanan, memberikan
bola kepada Lampard sekali lagi menunjukkan ciri pemusnahnya, hanya perlukan
satu hantaran sahaja berbanding 169 hantaran Xavi, Lampard menjadikannya
terlalu mudah, pemain itu masih boleh melakukan hantaran sambil minum Pepsi
sekalipun masih boleh menghasilkan gol. Pemain veteran England
itu melakukan hantaran digelar ‘pass of the match’, kepada Ramires yang membuat
larian sepantas kilat, dan melambungkan bola melepasi penjaga gol Barcelona
Valdes, dan tepat masuk ke jaring. Gol yang amat cantik, kelihatan seperti
telalu mudah buat pemain Brazil
itu. Suasana stadium yang bingit menjadi sunyi sepi selepas jaringan yang pasti
dibanggakan oleh pemain Barcelona
sendiri juga. Ramires yang ‘mengorbankan’ finalnya telah menjadikan dirinya
sebagai kebanggaan Chelsea yang
pasti akan diceritakan kepada anak-anak kecil di masa akan datang. Barcelona
mendahului 2-1, namun masih ketinggalan dari segi jaringan ditempat lawan.
Pada separuh masa kedua, Barcelona
kembali untuk menyerang habis-habisan kubu Chelsea.
Sehingga Didier Drogba yang menukar posisinya sebagai pertahanan kiri,
melakukan terjahan menjatuhkan Cesc Fabregas, dan pengadil memberikan sepakan
penalti. Ketika itu semua orang percaya impian Chelsea
akan berkubur. Cech yang bertenang sedang menghadapi pemain terbaik dunia
Lionel Messi, namun Messi menyepak bola tersebut tinggi dan terkena palang.
Detik itu menyedarkan pemain-pemain Chelsea
bahawa, Tuhan sedang melindungi mereka. Dan mereka terus memasang impian ke
final, merealisasikannya menjadi kenyataan masih ada. Kemudian beberapa
percubaan Barcelona termasuk percubaan
Messi terkena tiang, dan gol mereka yang dibatalkan kerana off-side. Pemain
Chelsea terus bertahan dan enggan mengaku kalah, mereka penuh disiplin, dan
terus mempercayai satu sama lain. Pada minit ke 80 Drogba dikeluarkan
digantikan dengan penyerang yang dilupakan oleh pasukan kebangsaan Sepanyol,
Fernando Torres. Seluruh stadium Nou Camp
takut, Torres kembali dan
menghancurkan mereka seperti mana 8 jaringannya sebelum ini semasa di Athletico
Madrid. Barcelona
yang kelihatan kecewa, tertekan, dan terdesak sehingga semua 10 pemainnya
menyerbu gawang Chelsea. Kemudian
bola tinggi dari Ashley Cole mencari Fernando Torres yang keseorangan di
hadapan, membawa bola dan dengan yakin melepasi Valdes, sama seperti golnya
semasa di final Euro 2008, dan bola mencecah jaring. Roman Abramovich tahu 50
juta yang dibayarnya adalah untuk jaringan tersebut. Dan semua orang di Nou
Camp tahu, ketakutan mereka menjadi kenyataan, dengan El Nino memusnahkan
impian mereka untuk final sekali lagi. Semua pemain Chelsea
meraikan jaringan tersebut, hasil penat lelah, kesungguhan, dan semangat luar
biasa mereka terbalas. Kemudian wisel penamat dibunyikan dan bergegarlah bumi Catalonia,
menandakan perjuangan Barcelona
berakhir, dan menandakan berakhirnya era total football mereka. Chelsea
melangkah ke akhir dengan menewaskan pasukan terbaik dunia, dan mendiamkan
semua pengkritik mereka. Malam yang menjadi saksi kepada kejadian luar biasa
yang berlaku dengan pelbagai insiden dalam satu perlawanan epik yang hebat,
yang pasti menjadi cerita perjuangan yang akan terus diingati oleh semua
peminat bola sepak seluruh dunia. Dan yang paling penting sekali ialah Chelsea
telah mendapatkan kehormatan yang sewajarnya daripada komuniti bola sepak.
Walaupun Roman yang menghabiskan 1 billon untuk Chelsea,
dan tidak kira sama ada ia satu politik atau agenda peribadi, namun malam
tersebut membuktikan pasukan ini mempunyai roh dan hidup. Final? Untuk apa lagi
final, kerana kita telah menyaksikan satu perlawanan hebat, dan di final nanti Chelsea
bukannya turun untuk berjuang lagi, namun mengutip hadiah kemenangan atas
perjuangan mereka itu.






















