Albert Einstein berkata: “Whoever is careless with the truth in small matters cannot be trusted with important matters”
Sebagai fans Chelsea amat memahami perasaan penyokong Liverpool selepas mereka menjadi mangsa pengadil yang amat bias itu. Hilang satu pemain setelah Shelvey dibuang padang, dengan tackle yang satu kaki.Yang tackle dua kaki dapat kad kuning saje. Lepas tu, punyelah banyak mintak penalti, satu pun dia tak layan. Tapi bila MU terus dapat penalti. Mana adil mcm nih??
Pastu penyokong MU pulak, mudah membuat kesimpulan janji kami dapat 3 mata. Janji kami menang. Mereka tidak pernah menjadi mangsa ketidakadilan pengadil, memang mudah bagi mereka, kalau ada pun mesti Fergie dan meroyan kat press conference.
Kata JK Rowling Penulis buku Harry Porter: “If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors, not his equals.”
Kami juga pernah menjadi mangsa Rompakan ketika match 2009, semasa menentang Barcelona. 4 permintaan penalti langsung bo layan oleh pengadil Ovrebo. Yang menyebabkan Didier Drogba hilang akal, dan Chelsea tersingkir dari Liga Juara-Juara. Kata mereka Chelsea main parking bus mana layak? Biarlah kami main parking bus pun, yg penting kami menang secara fair kan. Anda tengoklah sendiri, kami fans Chelsea dah malas nak mengungkit pasal ni.
Untuk apa kita menang jika integriti dibuang ke longkang?
Integriti bukan sekadar menolak rasuah.
Integrity ialah: adherencetomoralandethicalprinciples;soundnessofmoral character honesty.
Maksudnya mesti patuh prinsip etika dan moral. Memang kita selalu gelakkan kerajaan menampal etika berkerja di dinding bangunan-bangunan kerajaan. Atau kita tak faham, kenapa nak buat aku janji sebelum masuk universiti. Apa jadahnya semua ini? Jika tidak ada etika, mana wujudnya manusia yang maju, dan tidak jahil. Sebab itu adanya undang-undang, jika tidak semua manusia akan bertindak ikut suka abah dia. Senang cerita integriti ini ialah cakap mesti serupa bikin.
Kata Spencer Johnson: Integrity is telling myself the truth. And honesty is telling the truth to other people
Buat apa suruh RESPECT pengadil kalau mereka tak respek kepada
permainan bola sepak? Buat apa FIFA suruh Fair Play, kalau Fairnya di
letakkan dibawah lutut. Memang nak cerita pasal FA, UEFA dan FIFA memang
berbakul-bakul kutukan dan makian yang tidak berkesudahan. Kenapa kita
tak boleh mencontohi mereka-mereka ini?
Adakah anda seorang yang ada integriti?
# Bernard Levin, wartawan Britain, menceritakan bagaimana seorang Polis di US, menang loteri 6 juta dolar. Dia memberikan separuh dari wang kemenangannya kepada seorang pelayan kedai kopi yang sering dikunjunginya. Bila ditanya kenapa, beliau menjawab dia sering bergurau dengan pelayan itu, jika dia menang loteri dia akan memberi separuh wang kemenangan kepada pelayan itu. Baginya janji mesti dikotakan.**
p/s: Tapi orang Islam main loteri itu haram.
# Seorang pemain racquetball bernama Ruben Gonzalez yang membuat satu pukulan yang dikira sah oleh pengadil. jika dia berdiam diri, dia akan menjadi juara dalam tahun pertamanya sebagai pemain professional. Tetapi dia memberitahu pengadil dan pembantu pengadil bahawa pukulannya tidak boleh dikira kerana sudah terkena lantai dahulu sebelum mencecah dinding. Dengan pengakuan jujur itu, lawannya mengambil semula servis dan menang pertandingan itu. Bila ditanya mengapa dia menolak mata kemenangan itu, dia menjawab itu sahajalah yang dapat menjaga integriti dan harga dirinya kerana tahu bola itu tidak sah.**
Ini Bukan Ruud Gullit
# Lagenda Liverpool Robbie Fowler melakukan sesuatu yang jarang dilakukan oleh pemain professional yg lain. Dalam perlawanan dengan Arsenal, dia telah jatuh dalam kotak penalti dan pengadil meniup wisel memberikan penalti, namun Fowler bergegas kepada pengadil mengatakan dia tidak dijatuhkan pemain lawan, dia cuma tergelincir sendiri. Integriti Fowler sebagai pemain tetap utuh sehingga kini. **
RESPECT
** Cerita ini adalah petikan dari buku berjudul Saya Pun Melayu tulisan Datuk Zahid Ibrahim. Terbitan ZI publications. 2009. # Costin Lazar, pemain Rapid Bucharest yang terjatuh dalam kotak penalti dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukannya, menolak dan membetulkan kesalahan pengadil.
Memang kami takde bukti Fergie bayar pengadil. Tapi perlukah korang bangga dengan kemenangan korang tuh? Dan juga hanya selepas Fergie buat kenyataan tentang sokongan terhadap tragedi Hillsborough? Janji 3 mata? Bukan ke lebih baik dengan Janji Ditepati?
Kepada fans Liverpool, ambik positif dari kekalahan itu, Chelsea berjaya membalas dendam ketidakadilan pengadil itu 3 tahun kemudian. Dan menjuarai Piala Eropah pada 2012. Jangan risau, jika anda berada dipihak yang benar, pasti kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
Kata Malcom X: “If you don't stand for something you will fall for anything.”
Mengaku sahaja, kebanyakan kita diMalaysia
hanya memandang SERIUS perkara rasis dalam bola sepak ketika Kes Luis
Suarez-Patrice Evra menjadi tajuk-tajuk utama di akhbar-akhbar bahagian
sukan di Malaysia.
Begitu juga kes John Terry-Anton Ferdinand, yang menjadi panas apabila Rio
Ferdinand MUnyet masuk campur. Ditambah lagi media England
yang suka buat heboh, dengan penglibatan pasukan berprofil tinggi macam MUnyet,
serta ditambah perisa garam lagi dengan penglibatan media sosial FB dan Twitter..
Tapi sebenarnya isu Rasis telah lama berada dalam bola sepak.
Mari kita tengok dahulu apakah itu Rasis?
“Racism in association footballis the abuse of players, officials
and fans because of their skin colour, nationality, religion or ethnicity. Some
may be targeted (also) because of their association with an opposing team.
However, there have been instances of individuals being targeted”
Maksudnya disini, kutukan terhadap seseorang kerana warna
kulit, warganegara, agama atau etnik, ada yang menjadi sasaran kerana perkaitan
(permusuhan) terhadap pasukan lawan, namun selalunya individu menjadi sasaran. Jika
dianalisis perkara diatas, memang ia terlalu umum, serta tidak jelas maksudnya.
Kita fahamkan macam ni je la,
sebarang kata-kata atau perbuatan yang menjurus kepada warna
kulit, keturunan seseorang, memberi gelaran kurang enak seperti
üMonyet (Bukan MUnyet)
üBanana (Pisang),
üHitam @ Black
üNegro
Atau menambah pernyataan negatif tentang bangsa seseorang
seperti
üMuslim Terrorist
üNegro C**T
Atau melalui perbuatan seperti
üMembaling Pisang,
ümenyanyikan lagu menghina sesuatu
kaum seperti “We don’t want the Nigger”
ümembawa kain rentang seperti “Neo
Nazi”
ümembuat bunyi Monyet.
*Nigger bermaksud perkataan negatif atau perkauman,
perhambaan (sejarah) terhadap kaum berkulit hitam.
*Neo Nazi ialah ideologi Nazism termasuk Rasis,
Xenophobia (benci kepada Negara lain), Homophobia, Militant, Nationalism, anti
Semitism (diskriminasi terhadap keturunan Jewish Yahudi).
Ya memang kita rasa ini kelakar SERIUS, sila SERIUS. Kerana
kita tidak mengalaminya sendiri. Di Malaysia takde siapa akan baling pisang kat
anda, tapi anda mestinya marah kepada TEAM
Indonesia yang panggil kita MALAYSIAL, tapi kita tidak menyatakan
protes secara terbuka. Tapi cuba anda bayangkan jika anda tinggal di Amerika,
dan ada orang yang anti Islam atau Anti Asia ke, mereka tak suka anda pakai
Kopiah, atau berjambang, bertudung, pastu kata anda Terrorist lebih teruk lagi
tak suka semua orang Asia. Memang benar siapa yang tak naik angin?. Sebelum
kita emosi kat Evra atau Ferdinand dulu apa kata kita letakkan
diri kita sebagai orang Kulit Hitam.
# Di Perancis, pada 2008, pemain Abdeslam Ouaddu kelab
Valenciennes telah dikutuk berbaur perkauman oleh penyokong Metz,
menyebabkan dia berang dan cuba confront dengan fans-fans tersebut
# Di Jerman, semenjak 1992, kumpulan neo-Nazi
telah menggunakan bola sepak untuk menjalankan agenda mereka mengutuk komuniti
tempatan, timur Eropah, terutamanya bangsa Turkish dan kaum pelarian.
# Di Serie A, pula pemain berkulit hitam seperti Ruud
Gullit, Aron Winter dan Paul Ince telah menjadi mangsa kutukan perkauman antara
1992-1997.
# Di England Paul Canoville pemain Chelsea dikutuk
oleh penyokong sendiri, Garth Grooks menjadi mangsa lagu berbaur
perkauman dari penyokong lawan ketika bermain di Spurs, Cyrille Regis
mangsa penyokong Newcastle membuat bunyi Monyet, semasa bermain untuk West
Brom, dan juga pernah menerima peluru apabila dipanggil untuk pasukan
kebangsaan England
# 1987, John Barnes diambil gambarnya (palsu) back
heel pisang ketika perlawanan Liverpool-Everton, dan penyokong menyanyikan
‘Everton is white’. Pada 2004 Ron Atkinson meletak jawatan sebagai pengulas setelah mengeluarkan
kenyataan “Desailly is
what is known in some schools as a fucking lazy thick nigger” tanpa
menyedari mikrofon terpasang. Mido beragama Islam menjadi mangsa lagu Islamofobia
oleh fans Newcastle. Pada 2007,
pengurus Chelsea Avram Grant
warganegara Israel
telah menjadi mangsa kutukan Anti-Semitic oleh penyokong Chelsea
dan menerima ugutan bunuh juga. Pada 2012, seorang penyokong Arsenal ditangkap
selepas mengutuk perkauman pemain Newcastle
Cheik Tiote.
# Kes berpofil tinggi Luis Suarez dan Patrice Evra:
Kenyataan dari Patrice Evra berbunyi:
Suarez bercakap dalam bahasa Sepanyol,
Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Kerana kamu hitam
Evra: Kalau kamu cakap lagi saya tumbuk kamu!
Suarez: Saya tidak bercakap dengan orang Hitam. Baik la
Negro, negro, negro.
Kemudian Suarez mendekatkan lengannya dengan lengan Evra.
Evra komplen pada pengadil kata “dia panggil saya F***ing black”
Kenyataan Luis Suarez
Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Ia biasa dan mengangkat bahu.
Evra: Saya akan tendang awak
Suarez: Diamlah
Suarez menyentuh lengan Evra seperti mencubit, dia tidak
pernah guna perkataan Negro.
Bila pengadil meniup wisel,
Evra: Jangan sentuh aku orang Amerika selatan
Suarez: Kenapa Negro?
Dengan menggunakan perkataan Negro, FA sudah cukup
mendakwa Luis Suarez, namun Luis Suarez mendakwa dia tidak tahu Negro
adalah perkataan bermaksud lain.
# Kes John Terry dan Anton Ferdinand
Anton mendakwa dia rasa dia terdengar perkataan
berulang kali F***ing Black C**t dari John Terry. Ashley Cole
yang menjadi saksi berkata, Anton menunjukkan penumbuk kpd John,
mungkin berasakan John seperti bercakap Black atau Bridgey.
Kemudian Anton enggan berjabat dengan John, menyebabkan John
bertanya kenapa, kemudian Cole bertanya kepada Anton adakah
apabila John berkata Black C**t maknanya dia rasis? Anton menjawab
tidak. Kemudian mereka berjabat tangan.
Namun dalam kes Suarez-Evra itu tadi, Suarez
hanya didakwa kerana perkataan Negro, kerana kenyataan dari kedua-duanya
bercanggah dan tidak tahu yang mana sahih atau tidak. Tapi jika melihat
kenyataan Evra tadi memang agak keterlaluan (pandangan peribadi),
sejujurnya adakah lelaki seperti Suarez mengeluarkan kenyataan seperti
itu? Tapi mungkin juga kita tidak memahami pengalaman pahit Evra yg
sering menjadi mangsa kutukan perkauman menyebabkan dia hilang sabar dengan
orang rasis ni.
Dalam kes Ferdinand pula, memang benar Anton
tidak ada bukti yang kukuh untuk mendakwa John, sebab itu Terry dilepaskan.
Tapi yang menjadi panas ialah masuk campur Rio Ferdinand pemain MUnyet,
menyelar Ashley Cole yg menjadi saksi membuat Tweet ‘Choc Ice’ (Ashley
Cole), dan bertambah lagi dengan tindakan Anton yg tidak matang enggan
bersalam dengan Ashley serta di ikuti oleh Park Ji Sung juga
bekas MUnyet. Apakah ini semua maknanya PROPAGANDA Setan dimana-mana?
“Kelab yang didapati berlaku Rasis, Homophobic, atau
bersikap jijik boleh dikenakan denda 3 mata bg kesalahan pertaman, 6 mata bagi
kesalahan kedua. Untuk kesalahan ketiga akan disingkirkan ke divisyen bawah,
tidak dibenarkan bertandingan melibatkan kejohanan tempatan, antarabangsa,
termasuk Liga Juara-Juara, dan semua bentuk kejohanan”
Jika benarlah FIFA melaksanakan hukuman diatas
mengapa kes seperti Penjaga Gol Gillingham, Jason Brown telah
dikutuk perkauman di Chesterfield tidak dikenakan denda potongan mata
dan sebagainya, ini adalah kerana FA lebih banyak mengambil tindakan individu. Semestinya
badan disiplin tidak mengambil tindakan terhadap individu membawa kain rentang
bertulis perkataan offensive. Ini bermakna penguatkuasaan tidak berlaku
mengikut undang-undang. Atau dengan kata lain tidak berkesan langsung.
# Pada satu ketika dulu isu Rasis memang perkara yang Taboo
untuk dibincangkan. Dahulu pernah Pasukan West Brom kelab inggeris
pertama yang memiliki 3 pemain kulit hitam, masuk ke padang kemudian berduyun-duyun
penonton membaling pisang, dan pemain mereka diboo setiap kali memegang bola. Peminat
masa kini lebih matang namun, tidak dapat dinafikan Rasis ada dan hidup
dimana-mana sahaja didunia.
# Kekeliruan tentang apakah rasis dan apakah yang tidak
rasis. Kerana setiap budaya manusia berbeza. Seperti kes Luis Suarez, di
negaranya panggilan Negro itu tidak bermaksud perkauman. Tapi jika
fikirkan semula, apabila kita marah, kita akan mengeluarkan perkataan yang
tidak enak kepada sesiapa sahaje tidak mengira apa juga warna kulit mereka.Jika
fikirkan secara rasional pemain-pemain berkulit hitam yang sering dibenci
seperti Didier Drogba atau Mario Balotelli, tidak mungkin tidak ada
pemain lawan yang pernah memanggil mereka Negro atau Black (Apabila
bergaduh). Dalam hal ini, adalah tentang sikap individu bukan apa bangsa
mereka. Contohnya jika Joey Barton berkulit hitam atau putih akan adakah perbezaan? Dia tetap dilabel sebagai pemain bermasalah. Stan
Collymore bekas pemain Aston Villa yang berdarah campuran pernah
menerjah pemain yang mengeluarkan perkataan rasis kepadanya “Your mother
sleeps with a Coon” sehingga Steve Harkeness tercedera dan
dikeluarkan. Is all about ATTITUDE.
*Coon bermaksud perkataan
perkauman terhadap orang kulit hitam atau bermaksud Anjing Raccoon.
Yang Tersirat
# Diskriminasi sebenarnya masalah yang lebih besar. Perhatikan
memang sukar untuk menemui pengurus berkulit hitam dia Liga Inggeris.
Negara Brazil
pula jarang menjumpai pengurus berkulit putih. Berapa ramai pengurus berbangsa Perancis
yang berkulit hitam selain Jean Tigana dan Antoine Kambouare?. Pengurus
Belanda yang bukan berkulit putih hanya Ruud Gullit dan Frank Rijkaard.
Serie A tidak pernah ada pengurus berkulit hitam. Pengadil berkulit
hitam juga jarang sekali. (yang terakhir ialah Uriah Rennie). Seperti
pengakuan Sol Campbell bekas lagenda Arsenal, pernah berputus asa
ketika berusia 17/18 tahun, dimana dia menyaksikan pemain berkuit putih yang
tidak berapa bagus mendapat gaji yang lebih tinggi. Diskriminasi ini jelas.
Namun ia tidak bermaksud anda seorang Rasis
# Stereotaip pula dikaitkan dengan kebiasaan yang
lazimnya terdapat pada seseorang berdasarkan bangsanya atau perkerjaannya.
Seperti mengapa amat sukar sekali kita menemui penjaga gol berkulit hitam di Eropah?
Kerana pemain berkulit hitam sering dikaitkan dengan atletik, kuat, tinggi dan
sasa iaitu sinonim dengan peranan seorang penyerang. Atau Scout pernah
disuruh supaya tidak mencari bakat dari benua Asia
kerana:
a)Mereka bukan pemain bola sepak
yang baik
b)Tidak berminat bermain bola
sepak
c)Budaya mereka tidak sesuai
dengan bola sepak.
Contoh yang lain pula, pemain kulit hitam sering dikaitkan
tidak bersiplin, kaki mabuk,kelakuan ganas. Terdapatnya pembahagian pemain
dalam skuad CrystalPalace,
dimana klik Afro-Carribean yang gemar muzik R&B dan Hip Hop tidak
bercampur dengan pemain kulit putih yang mempunyai hobi bermain golf dan
kriket. Stereotaip adalah biasa, namun tidak semestinya mereka rasis.
# Adanya perbezaan antara berkelakuan Rasis dan Rasis.
Orang yang membawa kain rentang offensive, membuat bunyi monyet,
memanggil orang Nigger, atau menyumpah orang kulit hitam seperti F***ing
Black adakah mereka ini Rasis? Mereka ini berkelakuan Rasis, namun mereka
bukannya Rasis. Kelakuan adalah sesuatu yang amat jelas dan boleh dikenal
pasti. Bukan hanya mengenakan denda sahaja atau tiada sesiapa yang membaling
pisang maknanya tiada rasis. Maka apakah maksud Rasis sebenarnya? Ia perkara
yang lebih ekstrem lagi, dan tidak semestinya ditunjukkan secara terbuka. Sebagai
contoh jika anda tidak membenarkan anak anda dating dengan bangsa lain,
atau anda enggan menaikan pangkat seseorang kerana bangsanya atau agamanya,
atau juga anda mengharapkan orang dari bangsa tertentu tidak duduk disebelah
anda di dalam bas. Jika anda begini maknanya anda seorang rasis menurut
definisi. Dan ia adalah masalah yang lebih besar selain mendenda mereka yang
membuat bunyi monyet kepada Mario Balotelli atau Shaun Wright Phillips. Oleh
kerana itu, Patrice Evra juga bersetuju bahawa Suarez bukannya
Rasis.
Morgan Freeman pernah berkata, bagaimana untuk
menghentikan Rasis, ialah dengan berhenti bercakap tentangnya. Sebelum anda
ingin memanggil seseorang itu Rasis atau tidak seperti “John Terry Racist
Prick” Baik anda berfikir dahulu sama ada dia Racist atau Racist
Behavior. Yang pasti kita harus faham ialah dimana-mana didunia terdapat
penindasan terhadap golongan minoriti kerana Human Is Political Animal.
MUnyet mampoo bangkit 3-0 difinal dan lawan pasukan terbaik Eropah ketika itu?
Keresahan penyokong The Reds tidak dapat dipujuk
dengan apa jua kata-kata. Dengan 2 kekalahan dan 2 seri, dan meletakkan Liverpool
berada ditangga ke 17 Liga (Sehingga pagi ini 16 September). Memang benar sukar
untuk menerima hakikat bahawa kelab terbaik dalam sejarah bola sepak England,
berada dalam kondisi sekarang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul. Memang benar penyokong Liverpool berhak
untuk bermuram, kerana permulaan musim yang meragukan. Terutamanya penyokong
MUnyet yang nampaknya bergembira kerana musuh utama mereka semakin lemah. Namun
apa kata jika kita ketepikan semua emosi dan ketidakpuasan hati itu? Kerana
manusia apabila emosi mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Sebenarnya
apakah masalah Liverpool?
# Setiap pengurus mempunyai cara tersendiri, ini mengambil
masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Dan anda harus bertimbang-rasa kepada
pengurus muda seperti Brendan Rodgers yang kekurangan pengalaman. Mereka
akan lebih baik semasa ke semasa.
# Kurang sokongan dan perhatian dari pihak pengurusan. Ini
bukan dari aspek dana, tetapi sokongan moral. Kerana kejayaan Chelsea
bukannya datang dari wang Roman Abramovich tetapi kerana sokongan dan
kesungguhannya untuk memajukan kelab. Namun jika anda fikir dari segi logiknya,
FSG sports group sebenarnya memandang kepada keuntungan yang boleh
diperolehi dari kelab, mereka juga sama seperti pemilik-pemilik yang lain. Jika
lebih banyak kejayaan yang dirangkul, lebih banyak sokongan moral dan kebendaan
yang diperoleh oleh kelab, atau win-win situation.
# Permainan short-passing seperti Barcelona
yang ingin diperkenalkan oleh BR mungkin kurang sesuai diadaptasikan
kepada pasukan teknikal seperti Liverpool (cuba
anda membayangkan pasukan Chelsea
tiba-tiba bertukar kepada tiki-taka football, banyak masalah akan timbul
kerana ia lebih sesuai dengan skuad yang lebih ringan dan fizikal lebih kecil),
dan bukan semua pemain dapat membiasakan diri dengan taktikal baru ini. Namun
ia tidak mustahil dilaksanakan, tetapi hanya masa yang menentukan, dalam tempoh
ini peminat hendaklah bersabar. Jika BR yakin dengannya, jadi biar dia
melakukan tugasnya.
# Persembahan beberapa pemain-pemain senior kurang
memberangsangkan, mungkin kerana mereka struggle untuk membiasakan diri dengan
taktikal baru. Steven Gerrard juga tidak seperti yang sering kita lihat,
begitu juga dengan Pepe Reina. Adakah sudah masanya kedua-dua pemain
senior ini digugurkan? Mungkin ya, mungkin tidak. Penjaga gol kedua Liverpool
iaitu Brad Jones boleh dikatakan agak bagus, Jonjo Shelvey
semakin membayangi Stevie G,. Jamie Carragher juga diketepikan oleh Agger
dan Skrtel. Namun pemain senior sebenarnya adalah sumber kekuatan Liverpool,
kerana motivasi dan semangat jati Liverpool telah lama
mengalir dalam darah mereka. Ini sama juga seperti The Old Guard Chelsea
yang menjadi watak penting kepada kebangkitan luar biasa musim lepas. Mereka
ini adalah nyawa pasukan. Namun mereka akan kembali ke tempat kelas asal mereka,
kerana mereka adalah tentang kelas bukannya prestasi.
# Masalah penjaring gol boleh diatasi seperti yang dilakukan
oleh Arsenal selepas mereka kehilangan RVP. Bukan hanya Luis Suarez
mampu, Borini juga mampu (jika dia lebih kehadapan), begitu juga Shelvey,
Gerrard (jika kembali menemui sentuhannya), Glen Johnson, Jordan
Henderson, Stewart Downing malah juga Raheem Sterling,
Nuri Sahin. Kenapa tidak? Ini semua adalah tentang keberanian dan
keyakinan. Kerana itu Arsene Wenger tidak gusar melepaskan RVP,
kerana dia yakin dengan kebolehan pemain-pemain yang lain.
# Masalah motivasi ialah masalah pokok Liverpool,
kerana mereka tidak percaya kepada diri masing-masing (dengan kemasukan pemain-pemain
baru), mereka lebih TAKUT untuk KALAH daripada berusaha untuk MENANG.. Jadi
ini adalah berbalik kepada keupayaan seorang pengurus. Jika kita mengambil
iktibar daripada kes Fernando Torres, yang pernah mengalami zaman
kegelapan selepas berpindah ke Chelsea
dia bangkit apabila Di Matteo menghantarnya ke pakar psikologi. Masalah Torres
ialah dia keliru dengan persekitaran dan rakan-rakan pasukan baru, semua ini
tentang masalah mentaliti. Apa yang anda boleh ambil pengajaran disini ialah,
sokongan pengurus amat penting, dan juga minda positif faktor kritikal kepada Liverpool
sekarang. Semuanya tentang mentaliti. Begitu juga dengan penyokong Liverpool,
perlulah berfikiran positif. Dari aspek positifnya anda dapat lihat beberapa
nama baru yang meningkat naik seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling, Joe Allen,
Martin Kelly.
Jika Arsenal mampu untuk bangkit dari kekalahan memalukan
8-2 pada awal musim, kehilangan pemain-pemain penting mereka dan akhirnya mereka
berada di tangga-3 pada akhir musim? Jika Chelsea yang mengalami malapetaka
akibat Andre Vilas Boas musim lepas mampu menghabiskan musim dengan 2
piala? Malah Manchester
City yang berabad lamanya berada
dibawah bayang-bayang MUnyet, akhirnya suatu hari berada diatas MUnyet? Dan
juga betapa hebatnya pasukan yang bangkit dari ketinggalan 3-0 menentang
pasukan terbaik didunia ketika itu, seterusnya memenangi Piala Eropah di
Istanbul? Ia pernah berlaku dan hanya Liverpool sahaja
yang mampu melakukannya. Liverpool bukan mahu
menunjuk-nunjukkan sejarahnya tetapi mereka ingin di iktiraf dan dihormati dan Never
Ever Forgot Them. Setiap pemain berbangga memakai jersi The Reds,
inilah keunikan Liverpool, yang tidak ada pada pasukan
lain. TEAM OF PRIDE itulah Liverpool,
The think is all over? They were wrong!
p/s: Merindui zaman permusuhan Chelsea-Liverpool dalam Liga
Juara-Juara yang dahulu. Ingat lagi? Liverpool amat liat
untuk dikalahkan sama juga Liverpool yang sekarang masih
liat untuk ditundukkan oleh Chelsea.
COME ON! Bangkitlah The Reds!
Sama anda benci atau tidak anda pasti tidak dapat menafikan kehebatan Didier!
Memang ramai penyerang yang mempunyai tubuh sasa, dan
penjaring gol yang bagus. Namun tiada siapa pun antara mereka yang dapat
menyamai Didier Drogba. Pada suatu ketika dahulu banyak jurulatih ingin
penyerang yang mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu. Tinggi lampai yang memberi
kelebihan ketika bola tinggi, tubuh kuat dan sasa bagi mudah melepasi pemain
pertahanan, dan juga kepintaran tanpa batasan. Namun disebabkan peredaran zaman,
kemunculan penyerang hebat seperti Gerd Muller, Miroslav Klose, Dennis Bergkam,
mahupun Thierry Henry. Ciri-ciri penyerang yang diidamkan seolah-olah tidak
penting lagi. Kerana kebanyakan penyerang dipilih berdasarkan kepada keupayaan
mereka bukan fizikal semata-mata. Namun tidak dinafikan fizikal merupakan salah
satu ciri yang penting buat seorang penyerang.
Kemunculan Singa Afrika di Stamford Bridge
Kemunculan Didier Drogba dari Olympique Marseille yang
dibeli oleh Jose Mourinho ke Liga Perdana Inggeris pada mulanya tidak disambut
dengan meriah. Dia dimaki dan dicemuh kerana kegemarannya menjatuhkan badan
apabila disentuh oleh pemain lawan. Malah penyokong Chelsea
sendiri pun tidak suka padanya. Pada ketika itu Chelsea bergantung kepada Eidur
Gudjohnsen, Adrian mutu, Kezman, dan Crespo, namun Mourinho tetap merasakan
penyerang-penyerang tersebut tidak cukup menggentarkan pasukan lawan. Maka
beliau melihat bakat Drogba dengan kekuatan fizikal, dan penyudah yang tajam,
serta perwatakan yang tersendiri amat berguna untuk pasukannya. Namun penyokong
Chelsea mula mengubah pemikiran
mereka apabila penyerang itu mula mempertingkatkan permainannya menjaringkan
gol yang penting buat pasukan, terutamanya di Wembley, dia seperti dilahirkan
untuk bermain disitu. Penyokong Chelsea mula melihat keistimewaan Drogba,
pemain itu bukan sahaja bertubuh sasa, dan Drama King, namun dia juga bijak,
dan amat berbahaya apabila berada di kawasan serangan. Gemar melakukan kejutan
dan luar dugaan, membuatkan pemain lawan pening dengannya.
Gandingan Duet dengan Frank Lampard
Gandingan paling berbahaya dalam sejarah Chelsea, siapa setuju??
Most dangerous duo in Europe, adalah
perkataan yang paling sesuai buat gandingan ini. Ketika kemuncak karier Frank
Lampard, Didier Drogba memainkan peranan yang penting buat pemain England
itu. Kerana Lampard yang dikenali sebagai pemain tengah yang menjaringkan gol,
namun bantuan atau assist yang dicipta oleh pemain itu memerlukan seorang
penyerang yang sempurna untuk menyudahkannya. Lampard yang terkenal dengan bola
tinggi atau hantaran jarak jauh, sentiasa menjumpai Didier Drogba yang menanti
dihadapan. Kemudian kita akan melihat bagaimana Drogba memperkotak-katikan
pemain pertahanan dan menyudahkannya. Memang berlaku bukan lebih dari sekali.
Dan juga kerap kali sepakan penjuru Lampard mencapai Didier Drogba. Didier
Drogba melengkapi Frank Lampard, begitu juga Frank Lampard melengkapi Didier
Drogba. Dengan adanya Drogba, Lampard berjaya mengesahkan statusnya pemain
tengah lagenda dunia, dan Dengan ada Lampard, Drogba berjaya meningkatkan
reputasinya sebagai antara penyerang paling berbisa di dunia. Dan hasilnya, Chelsea
perlahan-lahan membina nama dipentas kejuaraan peringkat tinggi Eropah. Setiap
pasukan lawan akan mempunyai sebab untuk gerun dengan gandingan duet ini. Dan
masih juga tidak berjaya dihalang simbiosis antara mereka berdua sehingga
kepada perpisahan mereka pada musim 2011/2012.
Kenapa Didier Drogba begitu dibenci dan begitu digemari?
Jika ditanya kepada penyokong bola sepak, siapakah individu
yang paling dibenci dalam bola sepak, pastinya nama Drogba tidak tertinggal
dari senarai tersebut. Perwatakan Drogba yang gemar merebahkan badan apabila
disentuh atau diving, serta berpura-pura sakit, merengek-rengek seperti hampir
mati untuk menarik perhatian pengadil. Jika benar-benar berlaku sekalipun amat
sukar sekali dibezakan sama ada benar atau tidak. Oleh sebab itu tidak
hairanlah penyokong pasukan lawan akan mengejeknya setiap kali pemain itu
rebah. Boleh dikatakan tahap diving dalam kelas yang tinggi. Penyokong Chelsea
pada mulanya tidak sukakannya, mula biasa dengan karenah pemain itu, kerana
semakin lama mereka mula faham yang Drogba sebernarnya:
* memberi kelebihan masa kepada pasukan,
*kedua mereka tidak peduli lagi kerana Drogba penyerang yang
hebat dan menghiburkan
*ketiga bukan hanya Drogba yang melakukan diving,
ia sesuatu yang biasa dalam perlawanan bola sepak.
Tiada penyokong Chelsea yang tidak menggemarinya, kerana
pemain itu yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam permainannya, kebijaksanaan,
teknikal hebat, dan rembatan derasnya dalam sepakan percuma malah perwatakannya
yang sentiasa ingin menang, dia boleh menjadi lelaki paling gembira didunia,
namun juga mampu menjadi lelaki paling bengis didunia sehingga boleh dibuang
padang dan mencarut didepan kamera apabila tidak berpuas hati dengan pengadil.
Dia seorang lelaki yang jujur dengan perasaannya, tidak pernah takut untuk
menunjukkan kekecewaannya, malah boleh menjadi lelaki sejati apabila memujuk
dan menenangkan pemain lawan yang kecewa, seperti dia memujuk Arjen Robben di
final Liga Juara-Juara 2012. Malah juga dia pemain yang paling peramah dan
mesra dengan peminat tidak pernah sombong dengan mereka, ini sebabnya penyokong
amat menggemarinya. Pemain lawan amat benci bermain menentangnya, kerana mereka
tahu mereka bukan sahaja perlu bergusti dengannya, malah mengelak daripada
menjadi mangsa lakonannya. Setakat ini, dia penyerang paling sukar dikawal,
panggillah sesiapa juga, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Carles Puyol, Gerard
Pique, Jamie Carragher, semuanya punya kenangan buruk apabila berlawan
dengannya.
Lagenda Chelsea
Memang benar perjalanan karier Drogba penuh berwarni-warni
dan begitu dramatik seperti dirinya juga. Daripada seorang pemain yang dibenci,
kepada pemain pencetus kontroversi, kepada superstar, dan akhir sekali lagenda.
Yang penting sekali ialah Pemain ini merupakan ikon kepada negaranya Ivory
Coast, beliau antara individu penting yang
menjadi faktor kebangkitan negara tersebut dalam bola sepak dunia. Beliau
merupakan pemain dari benua Afrika yang paling berjaya di Liga Perdana
Inggeris. Pemain yang menjaringkan 130 gol untuk Chelsea,
dan pasti akan dikenang sebagai lelaki yang membawa kejuaraan Eropah pertama ke
Stamford Bridge.
You won’t find anybody like Didier in any part of this
world, because he is the ONLY ONE.
He used to be Didier, now he is Didier Drogba.GONE BUT NEVER BEEN FORGOTTEN
Pada suatu hari, di Rimba Jak Uniyon, tinggal sekelompok kaum
Munyet yang diketuai oleh Moyang Ferjie. Dia bersama-sama anak-anak Munyetnya
lama hidup bersenang-lenang menakluki Rimba Jak Uniyon. Keturunan mereka tidak
pernah ketandusan bekalan pisang, sedangkan kaum lain dibiar kebulur, kaum-kaum
yang ditindas di Rimba Jak Uniyon sudah putus harapan, tidak tahan dengan
kezaliman Munyet-munyet durjana itu. Sehingga kembali Sang Singa datang untuk
menyelamatkan kaum-kaum di Rimba Jak Uniyon dari Rejim Munyet yang berperangai
tak ubah seperti Setan. Kehadiran Sang Singa tidak disenangi oleh Moyang Ferjie,
katanya ‘Lack of history’, tambahan lagi iri hati dengan Sugar Dedi mereka yang
teramat kaya, dan boleh mengimport seberapa banyak makanan untuk santapan
anak-anak singa. Moyang Ferjie juga tidak suka dengan Singa Maurinyo yang
angkuh, katanya ‘Seperti budak mentah yang datang ke Rimba mencabar Syerip tua’
lalu Singa Maurinyo membidas Moyang Ferjie dengan berkata, “Ferjie seperti
perenang yang bagus, cuba untuk mengejar saya tercungap-cungap dari belakang, tapi
dia ada sakit jantung, bila dia sampai pantai, dia meninggal”. Lalu bermulalah
permusuhan yang ketat, kelat dan sendat antara Sang Singa RAJA RIMBA dan Sang
Munyet SETAN MERAH.
#Munyet yang tersengih-sengih dek kerana pencabar-pencabar
mereka yang lain sudah mati ‘kutu’. Arsenal selepas pasukan ‘The Invincible’
mereka mengalami declining stage, dimana revolusi untuk membentuk pasukan yang
lebih muda berlaku (iaitu kemunculan beberapa pemain akademi berbakat seperti
Cesc Fabregas), manakal Liverpool bersama Gerarrd Houlier menyediakan sekelompok
pemain-pemain pasukan kebangsaan England seperti
Michael Owen, Robbie Fowler, Steve Mcmanaman Liverpool telah
cuba mencabar
namun masih gagal. Maka Fergie beranggapan ini merupakan masa terbaik untuk
pasukannya kembali merampas kejuaraan, namun mereka tersilap. Chelsea yang juga
mengalami tranformasi selepas zaman Gianfranco Zola, telah dibeli oleh Roman
Abramovich, beliau merupakan jutawan Russia dengan kekayaan dianggarkan sebanyak
19.6 Billion, kapal mewah sebanyak yang diketahui ialah 5 buah, telah melakukan
rombakan besar-besaran dengan membelanjakan sebanyak pada musim pertamanya 153.4
Juta (Untuk 17 orang pemain), termasuk pembelian penting untuk Chelsea seperti
Paulo Fereira, Arjen Robben, Petr Cech, Claude Makelele, Joe Cole, serta Damien
Duff. Pembelian bintang-bintang ini memang berbaloi dengan kejuaraan yang
mereka berikan setahun kemudian. Sudah semestinya Fergie tidak senang duduk
dengan pembaharuan mendadak yang dilakukan oleh Chelsea.
Kerana kuasa pasaran pembelian pemain yang berkualiti akan dikalahkan oleh
kuasa kewangan Chelsea. Tambahan
lagi kemunculan Jose Mourinho dengan reputasi sebagai Juara Eropah bersama Porto,
juga pasukan yang menyingkirkan MUnyet dari Liga Juara-Juara pada musim
2003/2004.
Tiada Roman Tiada Piala. LoVe You Roman!
# Chelsea sering
dilabel sebagai kelab kaya kononnya ‘There is something else money can’t buy’ Sedangkan
telah berabad lamanya bola sepak mengamalkan jual-beli pemain. Jika anda ingat
Real Madrid dengan Galacticos mereka melaburkan wang yang banyak, mengumpulkan
sekelompok pemain-pemain terbaik didunia Zinedine Zidane, Roberto Carlos,
Ronaldo 9, Luis Figo, manakala pasukan semantap Barcelona juga tidak lokek
berbelanja untuk memperkuatkan pasukan mereka. Memang benar tanpa wang, bola
sepak tidak akan bernyawa, tanpa wang juga manusia tidak mampu hidup. Senang
citer ‘no money no talk’ Maka dakwaan MUnyet bahawa Chelsea membeli kejayaan
adalah sangat kelakar, sedangkan MUnyet telah memecahkan rekod perpindahan
British sebanyak 3 kali dengan pembelian Andy Cole, Rio Ferdinand, dan Dmitar
Berbatov. Pembelian termahal Fernando Torres 50 juta, dikatakan membazir, well
kenapa tidak? Torres bukan calang-calang penyerang dengan reputasi sebagai pemenang
piala dunia dan Euro, penjaring gol yang prolifik, sungguhpun mereka melahar
tentang Andrei Shevchenko, Chelsea
tidak pernah serik seperti kata Pep Guardiola
‘Benda paling risiko yang anda ambil ialah tidak
mengambil sebarang risiko langsung’.
Namanya pun pelaburan memang ada risikonya.
# MUnyet mendakwa Chelsea
membeli ‘Star’ manakala mereka ‘create Star’, berapa banyak STARKAH yang mereka
create itu? STAR mereka juga dibeli dari
kelab lain, jika kita kecualikan skuad Treble 1999 mereka, yang benar-benar STAR
dalam pasukan MUnyet hari ini ialah Patrice Evra, Wayne Rooney, dan Robin Van
Persie, yang lain semuanya pemain tahap sederhana. Jika Chelsea membeli STAR
sekalipun? Berapa ramai? Jika dikira kebanyakan pemain Chelsea
hanya jadi STAR apabila bermain untuk Chelsea.
Contoh Frank Lampard, Didier Drogba, jika hanya STAR
yang dibeli pun cuma Fernando Torres, Ashley Cole, Andriv Shevchenko selebihnya
semua pemain yang sudah establish. Malu sikit dengan Arsenal tuh!! pemain
akademi mereka semuanya jadi rebutan kelab-kelab gergasi. Merekalah kelab yang
melahirkan STAR.
# Mereka kata kita apa ‘Lack of history’? Kita baru nak
bukak citer History Liverpool kau buat-buat tak dengar, nak citer pasal pasukan
Invincible Arsenal, kau melenting, nak citer pasal Chelsea
score 103 gol dalam satu musim kau dah angkat kaki! Kau tengok lagenda-lagenda Chelsea
kebanyakan bukan calang-calang orang:
Bobby Tambling membuat penampilan terbanyak Chelsea
dengan 795 kali, juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea
dengan 202 gol
Jimmy Greaves yang juga lagenda Spurs, merupakan anggota
skuad England Pemenang Piala Dunia 1966. Menjaringkan 5 gol dalam satu
perlawanan sebanyak 3 kali.
Peter Bornetti, juga salah seorang penjaga gol England
semasa menjuarai Piala Dunia 1966
Peter Osgood, menjaringkan 150 gol dan penjaring hat-rik
sebanyak 13 kali antara1957-1961
Ruud Gullit kapten pasukan Belanda yang menjuarai Euro 1988
Marcel Desailly dan Juga Frank Leboeuf kedua-duanya pemenang
Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama skuad Perancis. Marcel Desailly jika
anda masih ingat punca utama mengapa Ronaldo (Bukan CR 7) iaitu Ronaldo Brazil
mati akal masa final piala dunia 1998, dimana Perancis menang 3-0.
Desailly
Leboeuf
Ini belum lagi masukan Gianfranco Zola, Ron Harris, Terry Venables,
Claude Makelele, Dan Petrescu, Roberto Di Matteo, Kerry Dixon, Gianluca Vialli,
Dennis Wise, Graham Le Saux. Siapa kata Chelsea
takde history? Ko ingat mereka pernah wakil Chelsea
ni cikai-cikai ke?
Legend MUnyet hado? Ryan Giggs tak pernah bermain di piala
dunia, begitu juga George Best dan Eric Cantona, malah Roy Keane juga lebih
banyak kes bertelagah dengan jurulatih pasukan kebangsaan Republik Ireland.
Apa ada Hal?
# Fans MUnyet kata Chelsea
menjual maruah pasukan Inggeris dengan permainan memalukan masa Champions
League musim lepas. Katanya ‘Parking bas’. Pasukan Greece
yang menang Euro 2004, dan pasukan Italy
yang menang piala dunia 2006 juga menggunakan taktik yang sama. Sebenarnya apa
taktik yang digunakan pun tetap juga dinamakan bola sepak, sebab ia sangat
subjektif, main cantik atau tidak bergantung kepada falsafah dan selera
masing-masing. Tapi aku salute pada team macam Spurs, Arsenal, Barcelona
yang ada trade mark tersendiri. MUnyet? CANTIK sangatKAH permainan MUnyet tuh?
Macam aku tak tahu je taktik Fergie tuh:
*Mesti nak buat banyak crossing, crossing sampai ke laut
*Membawak masuk seberapa banyak pemain menyerbu dalam kotak
penalti
*Pastu bila dah agak2 tak boleh score bawak masuk orang Tua
Giggs atau Scholes
*Bila nak kalah minta pengadil ke-4 bagi masa lebih.
*Kalau Howard Webb jadi pengadil mintak dia bagi 1-2
penalti.
*Bila nak menang, tunjuk jam kat tangan ‘Bila nak tiup wisel
ni ref?’
Tactik Klise Fergie
Cantik ko main? Cantik
SANGAT!!
# Dia kata kabinet trofi dia besar? Ceh! Apa aku kesah?
Kabinet trofi Liverpool pun besar jugak, kabinet AC Milan dengan 7 Piala Eropah,
Juventus dengan 53 piala, Real Madrid dengan 76 piala, Barcelona dengan 53
piala. Apa kau kecoh?
Salah satu dari trofi kabinet Real Madrid. I Iktiraf!
9 Piala Eropah
# Rekod pertemuan Chelsea-Manchester United:
*Chelsea 5-0 Manchester
United (1999)
*Chelsea 1-0 Manchester
United (2004)
* Manchester
United 1 Chelsea 3 (2005)
* Chelsea 3 Manchester
United 0 (2006)
*Chelsea 1-0
Manchester United (a.e.t) (2007)
* Chelsea 2 Manchester
United 1 (2008) (Dikenali sebagai Battle
of the Bridge iaitu selepas pergaduhan antara staff Chelsea
dan pemain MUnyet sebelum match)
*Chelsea (5) 1-1 Manchester
United (6) (2008) (Final Liga Juara-Juara yang menyaksikan John Terry dipersendakan
dengan dahsyat selepas pemain itu tergelincir dan miss penalti)
*Chelsea 2-1 Manchester United (2010)
* Pasukan Fergie juga tewas paling banyak
kepada pasukan yang bernama Chelsea
dalam 1000 match EPL iaitu sebanyak 16 kali. Kih…kih…kih…
Tak Payah Cek yang Menang, cuba tengok most Defeat dan juga Heaviest Defeat
# Diorang selalu kata perangai budak-budak Chelsea
ni cam cipan, tapi dia punye player tu alim ko?
*Bila time skandal John Terry dulu, semua orang boo dia, tapi bila Ryan
Giggs punye skandal kemain pulak korang sokong dia. Kata kau yang penting dia
main bagus, pergi lantak hal-hal luar padang
tuh. Chelsea fans pun sama, kami
tetap sayang John Terry, yang penting dia main bagus, lantak la kau nak kata
apa pun pasal dia.
* Dan banyak lagi perangai KeMUnyetan budak Munyet nih, kalau nak citer
nanti aku buat entri lain.
Kata Peter Kenyon, Chelsea akan menjadi kelab terbaik didunia pada tahun
2016, dulu kau gelakan, sekarang nampak tak mustahil, Piala Eropah di tangan
dan dengan cita-cita ingin membolot segala piala yang ada. Chelsea ada matlamat
yang jelas mereka ingin menjadi lebih kaya, ingin meningkatkan jenama kelab
Chelsea, ingin jadi pasukan paling menghiburkan, ingin menang seberapa banyak
lagi Piala Eropah, ingin bawak masuk seberapa ramai lagi bakat-bakat muda
terbaik didunia, ingin diiktiraf sebagai kelab terbaik didunia. Sebab itu Eden
Hazard pilih Chelsea bukannya
MUnyet. Yang penting kami maju kedepan, bersama-sama Arsenal, Manchester
City, dan Liverpool.
Buat masa sekarang (Sehingga Mei 2013)
Chelsea adalah The European
Champions
Reds hanyalah Liverpool
Manchester is Blue
The Invincible hanyalah Arsenal
Setan hanyalah MUnyet
P/S: Pengajaran dari kisah teladan diatas ialah: Sila hormat pada sejarah
orang lain. Sekian.