Wednesday, September 5, 2012

Apa pasal Munyet dengki sangat dengan Manchester City? THE CITIZENS juga layak untuk disayangi


Tajuk: Apa pasal Munyet dengki sangat dengan Manchester City? THE CITIZENS juga layak untuk disayangi

Manchester City dan Chelsea tidak pernah ada sebarang sejarah rivalry. Kita ada background yang lebih kurang sama, ada owner yang termasuk dalam golongan billionaire, kita kelab orang-orang kaya yang goyang kaki dalam Suite mewah. Tapi hari ini saya ingin bercerita tentang kedengkian Munyet terhadap kelab anda. Dan kelaharan mereka sendiri.

# Kata mereka City menyebabkan bola sepak jadi gila disebabkan pembelian pemain secara skala besar-besaran dengan harga yang tidak munasabah. Chelsea juga pernah dikritik sama.

Kata kau: Sebenarnya Munyet tuh, telah pun dikenali sebagai kelab kaya yang menguasai pasaran perpindahan pemain, sejak era 1993/1994 lagi, kelab lain takde chan langsung sebab mereka takde duit, takde pasaran & jenama yang kukuh mcm Munyet. Mereka membeli Roy Keane pada harga 3.7 juta pada 1993 dan harga tersebut paling giler pada zaman tersebut. Dibawah senarai player mahal yang dibeli oleh Munyet:

Yorke: 12.6 mill, Stam 10.7 mill, Van Nistelrooy 19.0 mill, Veron 28.1 mill (gagal), Ferdinand 27.5 mill, Rooney 27.0 mill, Berbatov 30.7 mill (gagal), RVP 24 mill, De Gea 18.9 mill.

Munyet2 memang tak sedar diri, mereka membeli Rio Ferdinand pada harga yang luar biasa pada zaman itu, dan harga dia mengatasi mana2 defender didunia ketika itu. "Judas" gelaran yg diberi oleh penyokong Leeds United kepada Rio Ferdinand yang dikatakan tamak duit. Dia kata City curi player orang sedangkan ingatkah anda kemarahan penyokong Everton apabila mengkhianati janjinya "Once blue always a blue". Mereka kononnya melahirkan star bukan membeli star? Ceh! persetankan sahaja mereka itu!!! Sebab itulah kehadiran Roman Abramovich tidak disenangi oleh Fergie, sebab Roman datang dengan kuasa kewangan yang kukuh, dan Sheikh anda pula kuasa wang yang unlimited. Chelsea dan City datang untuk menamatkan dominasi pasaran Munyet. Kata mereka Robinho yang dibeli dengan harga 32.5 juta gagal, sedangkan mereka lupa pada Dmitar Berbatov dan Juan Veron yang juga gagal, termasuk juga Fabian Barthez, Taibi, Diego Forlan. Fergie buat-buat tak nampak saje. Dia kan pandai cover line.

# Kata mereka City tidak akan jadi seperti Munyet, City perlukan 100 tahun untuk jadi seperti mereka. Gary Neville kata tak payah la berlagak sangat City tuh.

Kata Kau: Dia saje pejam mata pasal history Liverpool yang lebih hebat. Liverpool pun takde berlagak macam tuh. Yang penting skrg City telah melakukan revolusi, dan sedang maju kedepan. City menawarkan gaji yang tinggi ini menarik lebih ramai lagi player berkualiti. Munyet? Takde siapa pun nak pergi kelab dia, gaji pun kemut, main pun macam cipan, asyik2 si Fergie sahaje, tak reti nak bersara ke?? Orang lain semua dah maju ke depan, tapi Munyet masih mcm tu gak, sebab tu la Ronaldo, Beckham, Tevez pun blah.

# Kata mereka Munyet tak payah pun melabur banyak sangat duit, tapi Munyet tetap yang terbaik, kami pakai player akademi saja, akademi kami yang terbaik di England.

Kata Kau: Hanya beberapa kerat sahaja player akademi diorang tuh? De Gea, Evra, Rio, Vidic, Rooney, Valencia, Carrick, Kagawa, RVP, Chicarito tu semuapun dibeli jugak. Player akademi mereka semua pun dia jual Pogba, Fabio, Gibson, Richardson. Sheikh Al Mansour tu punye personal fortunes sahaje 4.9 Billion, lebih banyak lagi dari bajet tahunan Munyet, kalau Barcelona nak jual Lionel Messi, pejam mata saje Al Mansour tu keluar duit. Munyet? Glazer apa yang ada? Nak bayar gaji Wesley Sneijder pun dah banyak bunyik. Sergio Aguero adalah pembelian paling mahal City, memang kenalah dengan harganya, pemain yang memberikan piala EPL pertama buat City.

# Kata mereka: Ferguson yang baru sahaja terlepas juara Liga, tiba2 emosi mana aci pengadil bagi lebih masa? Kalau tak bagi lebih masa, takdela Aguero skor, mesti ada konspirasi nih.

Kata kau: Penyokong City menggelarkan ‘Fergie time’ merujuk kpd perbuatan Fergie yang sering menghimpit pengadil ke-4 @ Fourth official untuk memberi lebih masa kepada Munyet. Sehinggakan masa match City-United Michael Owen menjaringkan gol yang memberi kemenangan 4-3 kepada Munyet. Memang dasar Setan Durjana!!

#Kata mereka: Kelab Manchester hanya ada satu, hanya Manchester United la kelab sejati Manchester.

Kata kau: Fans City menggelakkan saje konon stadium Old Trafford tu ‘Theater of dreams’. Mana ada stadium lain ada gelaran even stadium Anfield pun takde. Penyokong Munyet tu kebanyakan bukannya datang dari Manchester pun. Pas semusim mereka pun dibeli oleh orang diluar Manchester. Munyet juga dilaporkan tidak kisah mendapatkan penyokong baru dari luar Manchester. Inilah sebab mereka digelar Glory Hunter. Mana ada penyokong yang masih bersorak masa pasukan anda dimalukan 6-1 di hadapan penyokong sendiri? Kalau kat Malaysia dah kena baling botol. Memang benarlah kata fans City, ‘Manchester is blue’

# Kata mereka: Penyokong City tu bukannya penyokong sejati, mereka bila City dah terror saje baru nak sokong.

Kata kau: Liverpool yang memang ramai penyokong sejati sejak era 80-an lagi. Tapi mereka pun tak pernah kisah pun anda nak sokong bila. Tak kisah anda nak menyokong macam cara sekalipun, yang penting anda juga sukakan bola sepak, menghargai sukan bola sepak itu sendiri lebih penting dari kelab masing-masing. Jadi suka hatilah anda nak sokong bila sekalipun. Yang penting anda enjoy bola sepak.

# Kata mereka City takkan mendapat pengiktirafan dari bola sepak dunia, Manchester City membeli kejayaan.

Kata kau: Jika anda lihat pemain Manchester City yang berjuang berhabis-habisan Vincent Kompany yang bagai nak rak bertahan dan penat lelah Joe Hart menangkis serangan, Sergio Aguero yang tampil bagaikan pahlawan tidak berputus asa sehingga wisel penamat dibunyikan. Adakah pemain-pemain ini bermain kerana wang? Apakah motivasi mereka sehingga tingginya semangat mereka untuk terus berjuang? Mereka ingin memajukan pasukan The Citizens, adakah pemain Munyet sahaja yang layak dipuji? Pemain City juga seperti pemain-pemain yang lain, mereka juga manusia. Pasukan Manchester City sememangnya layak menjuarai Liga Inggeris kerana anda hebat dan paling konsisten, kesabaran mereka terbukti membuahkan hasil, kerana ini semua adalah usaha dan kerja keras mereka. Persetankan saje mereka yang mendakwa City menang sebab nasib semata-mata dan hanya menang kerana perbezaan jaringan saje? Munyet memang tidak layak, dan The Citizens anda berhak berada di mana anda sekarang.

Mereka kata City bukan BIG Club. Sekarang anda juara BPL, anda dah masuk kategori Big Club. Kami juga mengalu-alukan welcome to the BIG Club.

Jadi Apa kata kita yang juga anti-Munyet menendang keluar jauh dari atmosfera bumi Kerajaan Setan itu? MANCHESTER IS BLUE.

No comments:

Post a Comment