Individu yang mendapat paling banyak perhatian sepanjang tahun 2011.
Sama ada kerana kecemerlangan atau kerana keburukan yang dicetuskan
![]() |
| Kenapa diorang ni dengki dgn aku?? |
![]() |
| Ha..ha..kejar la kalau dapat |
![]() |
| Apa masalah kome nih? Jeles dgn gigi aku? |
![]() |
| Phewitt!!! |
![]() |
| Auwww!! |
10 Yang terbaik
1. Lionel
Messi
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Mendapat pujian melambung kerana gol dijaringkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara,
pemenang Ballon D`or 2011, menyerlah dalam El Classico, juga kerana perdebatannya
dengan lagenda Brazil,
Pele.
2.
Sir Alex Ferguson
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Memenangi kejuaraan liga yang ke-19 untuk mengesahkan status sebagai pengurus
paling berjaya dalam sejarah. Menyambut ulang tahun ke 25 mengekalkan legasi Ferguson
di Old Trafford.
3.
Luis Suarez:
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Kontroversi perkauman, mengetuai revolusi kebangkitan The Reds dalam Liga
Inggeris, pembelian terbaik liga Eropah, Pemain terbaik dan penjaring terbanyak
Copa America 2011.
4.
Roberto Mancini
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Berjaya meletakkan skuad bintang Manchester City di tangga teratas Liga
Inggeris, Berjaya mengawal karenah pemain-pemain, Menamatkan kemarau piala dgn
menang piala FA, Menang besar 6-1 ke atas Man United
5.
Mario Gotze
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Menjadi faktor utama kejuaraan Bundesliga Borussia Dortmand, pemain muda paling
menarik perhatian kelab-kelab gergasi Eropah, menampilkan kemahiran dan
keyakinan mengagumkan dalam usia masih muda.
![]() |
| Siapa pulak budak gemuk ni?? |
![]() |
| Hensem jugak aku nih.. |
![]() |
| Oppss ini bukan anak aku.. |
![]() |
| Macam mana diorang boleh jumpa gambar nih? Buruk gile sweater tuh.. |
![]() |
| Bola sepak lebih tajam daripada pedang |
6.
David Silva
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Mengetuai kebangkitan Man City dgn meletakkan City ditangga pertama Liga
Inggeris, aksi kelas dunia dalam liga Inggeris, senjata rahsia City yang
mencipta kejutan menewaskan Man United 6-1.
7.
Neymar
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Pemain muda yang diletakkan harapan tinggi oleh bola sepak Brazil, menunjukkan
aksi kelas dunia dalam liga Brazil, di intai oleh kelab-kelab Eropah, Dikatakan
pemain yang lebih baik drp Messi oleh Pele.
8.
Sergio Aguero
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Perpindahan Ke Man City dengan yuran perpindahan yang mahal. Menyesuaikan diri
dengan bola sepak Inggeris dgn cepat. Mengesahkan statusnya sebagai penyerang
terbaik dunia.
9.
Andre Vilas Boas
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Menjuarai liga Portugal
dan Liga Europa bersama Porto dalam usia hanya 33 tahun.
Dilantik sebagai pengurus kelab Chelsea
dan dicanang sebagai ‘Mourinho Muda’. Pengurus termuda dalam sejarah Liga
Inggeris.
10.
Cristiano Ronaldo
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Menjaringkan gol tunggal Real Madrid yang memberi Piala Emas Sepanyol dgn
menewaskan Barcelona. Menewaskan
Messi sebagai penjaring terbanyak La Liga, Menanggap pemain lain cemburu kerana
kekacakannya.
10 Yang terburuk
![]() |
| Gambar sensored.... |
![]() |
| Selamat datang ke Manchester Carlos |
![]() |
| Balotelli dan kenapa asyik aku?? |
![]() |
| Filem terbaru Roman |
![]() |
| Fabregas Juara WWF.. |
1.
Carlos Tevez
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Berterusan meminta untuk meninggalkan kelab, enggan pulang ke Man
City selepas didenda. Enggan turun
bermain selepas diarahkan oleh Mancini kerana tidak bersedia.
2.
Mario Balotelli
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Memakai T-Shirt ‘why always me?’ semasa perlawanan dgn Man United, Trick bodoh
semasa pra-musim, meraikan gol dgn muka angkuh, disoal siasat oleh Polis, Bilik
terbakar kerana mercun, bergaduh dgn Richards.
3.
Jose Mourinho
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Menyerang pembantu jurulatih Barcelona
dgn mencucuk matanya dan aksinya dirakam semasa El Clasico, mengejek pemain Barcelona
semasa berada di tepi padang. Dan
pelbagai lagi karenahnya yang dikritik hebat.
4.
Cesc Fabregas
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Menyatakan hasrat ingin keluar dari Arsenal, hasratnya berpindah ke Barcelona
tercapai, dikritik dgn teruk kerana meninggalkan Arsenal dlm keadaan krisis.
Punca pergaduhan El Classico setelah diterjah Marcelo.
5.
Samir Nasri
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Berteka-teki tentang status perpindahannya, kemudian berpindah ke Man
City yg membayar gaji lumayan,
diejek oleh penyokong Arsenal dikritik oleh bekas rakan sepasukannya.
![]() |
| Rooney dlm Harry Potter? |
![]() |
| Yang penting aku ada kapal, korang tu kapal korek pun takde |
![]() |
| Bila agaknya penjenayah ni akn ditangkap? |
![]() |
| Rupanye Torres adalah Heskey.. |
![]() |
| Ni...##@@ |
6.
Roman Abramovich
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Membeli Fernando Torres dgn harga yang dianggap luar biasa utk penyerang yang
bergelut dgn prestasinya, memecat antara pengurus terbaik dunia buat kali ke-6
dan juga mengambil risiko menggantikan Ancelotti dgn Vilas Boas.
7.
Sepp Blatter
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Memenangi jawatan Presiden FIFA walaupun diselubungi kontroversi, dikatakan
terlibat dalam rasuah. Memberi kenyataan bodoh dgn menyatakan masalah perkauman
boleh diselesaikan dgn bersalaman selepas perlawanan.
8.
Patrice Evra
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Membuat dakwaan menjadi mangsa perkauman Luis Suarez, sungguhpun hanya kerana
dipanggil ‘Negrito’ @ Negro. Dijadikan bahan lawak oleh peminat dan Mario
Balotelli menanggap Evra ‘keterlaluan’ @ ‘over sensitive’.
9.
Fernando Torres
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Membuat kejutan berpindah ke Chelsea
pada bulan Januari. Peminat Liverpool yg menyanjungnya marah dan membakar
jersinya. Bergelut untuk mendapatkan prestasinya dan mengambil masa lama utk
menjaring gol pertama.
10.
Wayne Rooney
Kenapa beliau mendapat perhatian:
Mencarut dan memaki hamun dihadapan kamera semasa menjaringkan 3 gol. Dapat kad
Merah yg ‘tidak perlu’ semasa perlawanan kelayakan Euro 2012, dan digantung 2
perlawanan semasa kejohanan itu nanti.











































