Kebencian datang dari hati, dan ia juga amat subjektif utk
dibicarakan. Diatas padang
bola sepak mengumpulkan pelbagai jenis manusia, karenah, dan personaliti.
Pemain bola sepak dilahirkan sebagai atlit dan juga manusia biasa, adakala
baik, adakala buruk perangainya. Kadang kala mereka dibenci kerana “lemah
gemalai” pantang diterjah asyik jatuh saja, ada juga dibenci kerana perangai
buaya darat, ada juga dibenci kerana sombong juga kerana asyik membebel spt
emak-emak kpd setiap keputusan pengadil. Berikut merupakan 10 individu paling
dibenci dalam bola sepak
10. Adrian Mutu
Pemain harapan pasukn Romania , tapi menghancurkan karier
sendiri. Berada dalam senarai ini kerana masalah penyalahgunaan dadah semasa
bermain untuk Chelsea ,
tapi bukan sekali, lebih dari dua kali. Ingat dah insaf rupanya “banana fruit
twice” seperti kata Adnan Sempit.
Madah-madah kebencian: “Saya rasa ini keras hukuman, beliau
berkata “ia nampak terlalu banyak. Saya sangka kurang kerana, ya, silap telah
dilakukan ia berhak untuk dibayar tapi tidak terlalu banyak”
![]() |
| Yang penting bini aku cantek!!! |
9. Diego Maradona
Anda mungkin menyatakan Maradona seorang lagenda dan
digemari semua orang. Tapi soal kehebatannya telah lama berlalu, kita dah masuk
alaf baru!! Kebencian terhadap Maradona meluap-luap semasa menjadi jurulatih
Argentina, ada sahaja pelbagai karenah peliknya, dan ke”over”an melampaunya,
kemudian degil dan perasan dia coach yg bagus, tak mahu dengar nasihat orang
lain. Semua orang tahu awak pemain terbaik sepanjang zaman, tapi tak bermakna
awak boleh buat perangai sesuka hati!
Madah-madah kebencian: “Saya benci semua yang datang dari
Amerika, saya membenci dengan seluruh kekuatan saya”
![]() |
| Nasib baik kau kena pecat..kalau tak haru.. |
8. Didier Drogba
Pemain yang amat popular dalam senarai pemain dibenci, pada
awal kariernya di Chelsea
dia amat dibenci oleh penyokong sendiri kerana sering amat suka “terjun” dalam
kotak penalti. Pastu tak cukup dengan itu dia juga banyak songeh dan gemar
komplen dengan setiap keputusan pengadil. Siapa boleh lupakan peristiwa dia
menerkam pengadil semasa perlawanan separuh akhir dengan Barcelona , mcm harimau kumbang woo!!
Madah-madah kebencian: “Saya penyokong Arsenal, dan saya
benci lelaki ini dan berhajat dia mampus” “Penerjun nafas anjing harus dibuang
keluar dari bola sepak titik noktah”
![]() |
| Dah la dibenci pastu disamakan dgn uruk hai pulak?? |
7. Marco Materazzi
Pemain yang tiba-tiba mencapai kemuncak populariti bukan
kerana menjadi wira Piala Dunia Itali, tapi kerana insiden ditanduk oleh
Zinedine Zidane yang menyebabkan pemain lagenda itu dibuang padang . Kemudian Materazzi dikatakan telah
mempersendakan Zidane dan mengejek keluarganya. Tak cukup lagi? Pemain ini juga
terkenal dgn beberapa insiden keganasan diatas padang, dan pemain yang sinonim
dengan kad merah di Serie A.
Madah-madah kebencian: “Milan, Juve, Roma peminat benci
Materazzi, Itali peminat benci Materazzi, Perancis peminat benci Materazzi,
Zidane peminat benci Materazzi, dan Inter peminat benci Materazzi”
![]() |
| Aku dapat gak piala ni korang ade ke?? |
6. John Terry
Madah-madah kebencian: “Kenapa saya benci John terry?
pertama Tanya Wayne Brigde dari Manchester City kedua dia memberi UCL 2007-2008
kepada Man Utd walaupun mereka layak”
![]() |
| Dah 3 tahun berlalu korang masih belum habis ke? Hu..hu.... |
5. Jose Mourinho
Apalagi yang boleh dikomen pasal lelaki yang terkenal dengan
madah berbisanya? Semasa tiba di Chelsea, (Chelsea lagi?) dia telah membuat media di England
membencinya dan pengurus-pengurus lain tidak berpuas hati dengannya, kerana
sikap angkuhnya, dan sering menganggap dirinya begitu istimewa. Namun media
amat menyukai sikap berterus terangnya, dan tidak peduli apa org lain kata “Who
Caress??” Antara madah-madah terkenalnya ialah “Anda patut takutkan wabak
selsema burung bukan apa yang berlaku kepada pasukan saya” “Ini rancangan bola
sepak bukan? anda harus bertanya soalan berkaitan bola sepak sahaja.”. Gelaran
The Special one juga pada mulanya diberikan olehnya sendiri.
Madah-madah kebencian: “Dalam 5 tahun saya tidak pernah
punya perlawanan mana pasukan saya punya kurang penguasaan daripada lawan”
![]() |
| Apa mesej yg cuba disampaikan?? |
4. Cristiano Ronaldo
Jika Drogba ialah Raja “Terjun” ini adalah Maharaja Terjun.
Kebencian terhadapnya setibanya di Old Trafford, peminat menggemari aksi
“tarian” diatas padang
yg membuatnya terkenal. Namun begitu sikap angkuh, sombong, gemar membuat
larian deras agar diterjah oleh pemain lawan, pandai berlakon, pernah membuat
provokasi mnyebabkan Rooney dibuang padang ,
juga beranggapan pasukannya berjaya kerana dirinya. Sering diejek oleh
penyokong namun dia kata “ada aku kesah?”, juga seorang kaki perempuan. CR7
merupakan ikon kepada superstar tapi angkuh, pendek kata superstar sebenar.
Madah-madah kebencian: “Saya benci Ronaldo ialah salah satu
frasa paling popular di Google dalam 2007 telah didedahkan, Pemain Manchester
United itu teratas dalam undian benci”
![]() |
| Okey gak kalau join olimpik kan?? |
3. Wayne Rooney
Walaupun ramai individu didalam senarai ini terlibat dalam
pasukan “Sang Singa Biru Stamford.” Namun dua pemain Manchester United berada
dlm 5 paling dibenci didunia. (Motif??) anak emas Si Setan merah, dianggap
jelmaan Pele walaupun jurang yg amat ketara antara kedua2 mereka. (Papan catur
warna apa??). Pada awalnya Rooney tidak tersenarai, namun apabila kronologi
kisah daripada sindrom bercakap tentang “Rooney The best player in the world”
kepada maki hamun penyokong England ketika Piala Dunia setelah diejek bermain
seperti mengigau si siang hari, kepada skandal seks dengan pelacur semasa
isterinya hamil, kepada membuat perangai mengada-ngada dan merengek seperti
budak darjah 1 semasa ingin memperbaharui kontraknya, kepada meraikan jaringan
Hat-rick di Upton Park dengan sumpah seranah dan F*** words kepada berjuta-juta
penonton diseluruh dunia!! Tarik nafas sekejap... entah apalagi karenahnya
selepas ini menjadikannya semakin popular dimuka hadapan akhbar-akhbar tapi
bukan cerita kehebatannya.
Madah-madah kebencian: “Saya benci Rooney meraikan gol, atau
ia kerana dia adalah Rooney” “Jangan Bimbang Wayne Rooney itu bukan anak awak
tapi Adebayor ” Lagu anti-Rooney.
![]() |
| Uwekkk!!uwekk!! |
2. Mario Balotelli
Jika anda bertanya kepada pakcik Google nescaya anda akan
menemui lebih byk perkara negatif daripada perkara positif tentang dirinya.
Jika di Malaysia kita ada Si tanggang, dia pula Tanggang versi Afrika diambil
sebagai anak angkat oleh pasangan kaya Itali. Namun begitu beliau tidak tahu
bersyukur dan sikap angkuhnya semakin menjadi-jadi. Walaupun dianggap sebagai
bakat besar buat pasukan Itali, namun kebencian peminat Itali tidak dapat
dibendung lagi. Semasa di Inter pernah diejek oleh penyokong kerana enggan
mengejar bola, pernah didenda oleh pengurus Itali kerana melanggar etika,
selain Mourinho juga fed-up dengannya dan sudah banyak kali ditegur namun masih
tetap dengan perangainya., di Manchester City, mendatangkan lebih byk masalah 2
kali dibuang padang, pergaduhan telah menjadi rutin hariannya, selain
mengeluarkan kata-kata angkuhnya spt tidak mengenali Jack Wilshere, dan
mempersendakan Rooney (Kau fikir kau bagus kah??), didenda kerana membaling dat
ke arah pemain skuad remaja, dan yang terbaru membuat lawak meraikan kemenangan
dihadapan penyokong Manchester United semasa perlawanan piala FA. Adakah anda
tidak cukup membencinya lagi??
Madah-madah kebencian: “Hanya ada seorang pemain lebih sedikit
kuat daripada saya ialah Messi, pemain lain semuanya dibawah saya”
![]() |
| Aku super mario!! tentulah aku paling hebat!! |
1. Sepp
Blatter
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa beliau berada di tangga
pertama? Siapa yang tahu apa itu sukan bola sepak, maka anda wajib mengenali
siapa itu Blatter, sedari saya mengenali sukan bola sepak, Presiden masih
dipegang olehnya hingga kini. Kenapa dia begitu dibenci? Kerana dialah punca
kepada segala masalah berkaitan dengan bola sepak sama ada etika kejohanan,
perundangan, pengadilan. Jika anda amat bencikan mutu pengadilan yang Lahar
(Singkatan untuk lakhanat), juga undang-undang yang tidak masuk akal, mahupun
sistem pengundian pemilihan pemain terbaik, dan kadangkala mengenakan hukuman
yang tidak sepatutnya. Sudah semestinya anda berkata YA! jika ingin mengungkit
peristiwa yang mempertikaikan FIFA, semestinya akan berbakul-bakul komplen
anda, malah tidak akan cukup untuk satu entri blog. Contoh yang paling ketara
ialah teknologi garisan gol selepas kontroversi penjaga garisan gagal mengesan
gol Frank Lampard, namun FIFA buat bo-layan, sekejap kata akan dipertimbangkan,
sekejap kata tidak Ahhh!! Bangang sungguh! Malah banyak kali FIFA diminta guna
teknologi video tidak diendahkan, kononnya menjaga kredibiliti pengadil! Ahhh!!
Benci aku!!!.Ini belum masuk lagi komplen tentang pengadil-pengadil FIFA, siapa
boleh lupakan betapa Gaya Mutu dan
Keunggulan pengadilan perlawanan Piala Dunia 2002?? ramai mempertikaikan,
namun hingga ke piala dunia 2010, masalah belum selesai, Bengap!! Bengap!!
Bagaimana pula reaksi FIFA semasa begitu ramai pihak hairan bagaimana Wesley
Sneijder tidak berada dalam senarai 3 calon Ballon D`or, beliau menjawab sistem
pengadilan mmg adil. Jika Tanya kepada budak umur 3 tahun pun tahu Sneijder mmg
layak. Selagi orang tua ini masih berada dalam FIFA, bagaimanakan kita dapat
menikmati bola sepak dengan tenang??
Madah-madah kebencian: Bila Thiery Henry menjaringkan gol
menggunakan tangan, reaksi bodoh Blatter ialah “Ireland tidak akan mendapat pampasan
wang tapi mereka seharusnya mendapat pampasan moral”
![]() |
| Aku dah bagi duit kopi pun masih nombor 1 jugak?? |









