Thursday, September 13, 2012

Didier Drogba hanya ada satu, tiada yang kedua: Tribute to Didier Drogba



Sama anda benci atau tidak anda pasti tidak dapat menafikan kehebatan Didier!



Memang ramai penyerang yang mempunyai tubuh sasa, dan penjaring gol yang bagus. Namun tiada siapa pun antara mereka yang dapat menyamai Didier Drogba. Pada suatu ketika dahulu banyak jurulatih ingin penyerang yang mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu. Tinggi lampai yang memberi kelebihan ketika bola tinggi, tubuh kuat dan sasa bagi mudah melepasi pemain pertahanan, dan juga kepintaran tanpa batasan. Namun disebabkan peredaran zaman, kemunculan penyerang hebat seperti Gerd Muller, Miroslav Klose, Dennis Bergkam, mahupun Thierry Henry. Ciri-ciri penyerang yang diidamkan seolah-olah tidak penting lagi. Kerana kebanyakan penyerang dipilih berdasarkan kepada keupayaan mereka bukan fizikal semata-mata. Namun tidak dinafikan fizikal merupakan salah satu ciri yang penting buat seorang penyerang.

Kemunculan Singa Afrika di Stamford Bridge

Kemunculan Didier Drogba dari Olympique Marseille yang dibeli oleh Jose Mourinho ke Liga Perdana Inggeris pada mulanya tidak disambut dengan meriah. Dia dimaki dan dicemuh kerana kegemarannya menjatuhkan badan apabila disentuh oleh pemain lawan. Malah penyokong Chelsea sendiri pun tidak suka padanya. Pada ketika itu Chelsea bergantung kepada Eidur Gudjohnsen, Adrian mutu, Kezman, dan Crespo, namun Mourinho tetap merasakan penyerang-penyerang tersebut tidak cukup menggentarkan pasukan lawan. Maka beliau melihat bakat Drogba dengan kekuatan fizikal, dan penyudah yang tajam, serta perwatakan yang tersendiri amat berguna untuk pasukannya. Namun penyokong Chelsea mula mengubah pemikiran mereka apabila penyerang itu mula mempertingkatkan permainannya menjaringkan gol yang penting buat pasukan, terutamanya di Wembley, dia seperti dilahirkan untuk bermain disitu. Penyokong Chelsea mula melihat keistimewaan Drogba, pemain itu bukan sahaja bertubuh sasa, dan Drama King, namun dia juga bijak, dan amat berbahaya apabila berada di kawasan serangan. Gemar melakukan kejutan dan luar dugaan, membuatkan pemain lawan pening dengannya.

Gandingan Duet dengan Frank Lampard

Gandingan paling berbahaya dalam sejarah Chelsea, siapa setuju??


Most dangerous duo in Europe, adalah perkataan yang paling sesuai buat gandingan ini. Ketika kemuncak karier Frank Lampard, Didier Drogba memainkan peranan yang penting buat pemain England itu. Kerana Lampard yang dikenali sebagai pemain tengah yang menjaringkan gol, namun bantuan atau assist yang dicipta oleh pemain itu memerlukan seorang penyerang yang sempurna untuk menyudahkannya. Lampard yang terkenal dengan bola tinggi atau hantaran jarak jauh, sentiasa menjumpai Didier Drogba yang menanti dihadapan. Kemudian kita akan melihat bagaimana Drogba memperkotak-katikan pemain pertahanan dan menyudahkannya. Memang berlaku bukan lebih dari sekali. Dan juga kerap kali sepakan penjuru Lampard mencapai Didier Drogba. Didier Drogba melengkapi Frank Lampard, begitu juga Frank Lampard melengkapi Didier Drogba. Dengan adanya Drogba, Lampard berjaya mengesahkan statusnya pemain tengah lagenda dunia, dan Dengan ada Lampard, Drogba berjaya meningkatkan reputasinya sebagai antara penyerang paling berbisa di dunia. Dan hasilnya, Chelsea perlahan-lahan membina nama dipentas kejuaraan peringkat tinggi Eropah. Setiap pasukan lawan akan mempunyai sebab untuk gerun dengan gandingan duet ini. Dan masih juga tidak berjaya dihalang simbiosis antara mereka berdua sehingga kepada perpisahan mereka pada musim 2011/2012.

Kenapa Didier Drogba begitu dibenci dan begitu digemari?


Jika ditanya kepada penyokong bola sepak, siapakah individu yang paling dibenci dalam bola sepak, pastinya nama Drogba tidak tertinggal dari senarai tersebut. Perwatakan Drogba yang gemar merebahkan badan apabila disentuh atau diving, serta berpura-pura sakit, merengek-rengek seperti hampir mati untuk menarik perhatian pengadil. Jika benar-benar berlaku sekalipun amat sukar sekali dibezakan sama ada benar atau tidak. Oleh sebab itu tidak hairanlah penyokong pasukan lawan akan mengejeknya setiap kali pemain itu rebah. Boleh dikatakan tahap diving dalam kelas yang tinggi. Penyokong Chelsea pada mulanya tidak sukakannya, mula biasa dengan karenah pemain itu, kerana semakin lama mereka mula faham yang Drogba sebernarnya:

* memberi kelebihan masa kepada pasukan,
*kedua mereka tidak peduli lagi kerana Drogba penyerang yang hebat dan menghiburkan
 *ketiga bukan hanya Drogba yang melakukan diving, ia sesuatu yang biasa dalam perlawanan bola sepak.

Tiada penyokong Chelsea yang tidak menggemarinya, kerana pemain itu yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam permainannya, kebijaksanaan, teknikal hebat, dan rembatan derasnya dalam sepakan percuma malah perwatakannya yang sentiasa ingin menang, dia boleh menjadi lelaki paling gembira didunia, namun juga mampu menjadi lelaki paling bengis didunia sehingga boleh dibuang padang dan mencarut didepan kamera apabila tidak berpuas hati dengan pengadil. Dia seorang lelaki yang jujur dengan perasaannya, tidak pernah takut untuk menunjukkan kekecewaannya, malah boleh menjadi lelaki sejati apabila memujuk dan menenangkan pemain lawan yang kecewa, seperti dia memujuk Arjen Robben di final Liga Juara-Juara 2012. Malah juga dia pemain yang paling peramah dan mesra dengan peminat tidak pernah sombong dengan mereka, ini sebabnya penyokong amat menggemarinya. Pemain lawan amat benci bermain menentangnya, kerana mereka tahu mereka bukan sahaja perlu bergusti dengannya, malah mengelak daripada menjadi mangsa lakonannya. Setakat ini, dia penyerang paling sukar dikawal, panggillah sesiapa juga, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Carles Puyol, Gerard Pique, Jamie Carragher, semuanya punya kenangan buruk apabila berlawan dengannya.




Lagenda Chelsea

Memang benar perjalanan karier Drogba penuh berwarni-warni dan begitu dramatik seperti dirinya juga. Daripada seorang pemain yang dibenci, kepada pemain pencetus kontroversi, kepada superstar, dan akhir sekali lagenda. Yang penting sekali ialah Pemain ini merupakan ikon kepada negaranya Ivory Coast, beliau antara individu penting yang menjadi faktor kebangkitan negara tersebut dalam bola sepak dunia. Beliau merupakan pemain dari benua Afrika yang paling berjaya di Liga Perdana Inggeris. Pemain yang menjaringkan 130 gol untuk Chelsea, dan pasti akan dikenang sebagai lelaki yang membawa kejuaraan Eropah pertama ke Stamford Bridge. 



You won’t find anybody like Didier in any part of this world, because he is the ONLY ONE.

He used to be Didier, now he is Didier Drogba.GONE BUT NEVER BEEN FORGOTTEN


No comments:

Post a Comment