Hari ini saya membuat satu
analisis, teori dan fakta tentang MU yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh
mana-mana penyokong MU.
Apabila menyebut Jaguh ia merujuk
kepada individu. Individu bermaksud >> Pemain. Salah satu sebab mengapa
saya mula menyedari tentang hal ini ialah ketika menonton perlawanan akhir Liga
Juara-Juara Eropah tahun 2009 dan 2011 menentang Barcelona. Saya begitu hairan
mengapa MU yang mempunyai 19 Kejuaraan Liga kelihatan tidak bermaya ketika
menentang “Pasukan terbaik dunia” itu. MU bukannnya calang-calang pasukan,
mereka ketika itu Juara Inggeris. Adakah kerana strategi Fergie silap? Namun
bagaimana Fergie silap dua kali? Dia masih gagal mencari jalan untuk menewaskan
Barcelona. Diperingkat “Tertinggi” anak-anak buah Fergie masih gagal
membuktikan potensi mereka. Maka saya membuat perbandingan satu lawan satu,
saya terkejut kerana jurang pengalaman dan kualiti yang besar antara pemain MU
dan Barcelona. Dengan kata lainnya ialah Fergie berjaya membentuk “Pasukan”
yang hebat namun gagal membentuk “Pemain” yang hebat. Jika dibandingkan pemain
MU yang paling berpengalaman sekalipun seperti Ryan Giggs namun dia masih
ketinggalan di belakang pemain Barca seperti Andres Iniesta dari aspek
pengalaman antarabangsa serta kualiti individu. Jadi mengapa ini berlaku? Sila
baca fakta-fakta dibawah:
1. Semenjak
zaman Alex Ferguson, MU memiliki 3 sahaja pemain atau bekas pemain yang
memenangi Piala Dunia (termasuk pemain simpanan) iaitu Fabian Barthez, Laurent Blanc (Piala Dunia 1998) dan Jose Kleberson yang menjuarai
Piala Dunia 2002 bersama Brazil. Berbanding kelab-kelab lain Chelsea (7), Arsenal
(5), Liverpool (4), Man City skuad baru dengan 1 pemenang (David Silva). Skuad 2012/2013 pula MU tiada seorang pun pemenang Piala Dunia Chelsea (2), Man City (1), Liverpool (1). Mungkin penyokong MU merasakan itu tidak penting. Namun sejak
bilakah pula Piala Dunia tidak penting dari 19 Kejuaraan Inggeris? Bak kata
Lionel Messi dia sanggup menukarkan 4 Ballon D`or yang dimenanginya untuk satu
Piala Dunia. Kata Jose Mourinho Liga Juara-Juara lebih penting dari Piala Dunia
ini juga tidak tepat.
![]() |
| Kleberson yang dilupakan oleh peminat MU dan Rahmat Dhany |
Mengapa Piala
Dunia penting?
·
Piala Dunia adalah kejohanan sukan yang paling
berpengaruh di dunia lebih power dari sukan Olimpik sekalipun. Jika tidak
mengapa semua orang dilanda demam bola apabila piala dunia bermula. Semua orang
di setiap pelusuk dunia tidak kira negara miskin, kaya, aman, bergolak, pakcik,
makcik, datuk, nenek, mak saudara, bapak saudara, cucu cicit, sekalipun tidak
mahu ketinggalan menonton Piala Dunia. Inilah istimewanya Piala Dunia mengatasi
sempadan jaringan satelit, geografi, politik dan kebangsaan.
·
Selain
daripada itu Piala Dunia juga merupakan tempat pencari bakat (Scout)
kelab-kelab ternama memancing pemain-pemain. Piala Dunia ialah medan terbaik melahirkan Superstar sebenar
dan lagenda agung bola sepak. Malah jika tanpa Arsene Wenger, mungkin Perancis
tidak akan memenangi Piala Dunia 1998, kerana 4 (Vieira, Petit, Pires, Henry)
anak didiknya didalam skuad Les Blues. Bagi setiap pemain bola sepak, tiada
gunanya jika mereka menang sebanyak mana piala bersama kelab, namun gagal
memenangi piala yang diperbuat daripada emas itu. Kerana dengan cara itu sahaja
nama mereka akan abadi
·
Pemain yang memenangi Piala Dunia secara
automatik potensi dan kualitinya akan dipandang tinggi oleh komuniti bola
sepak. Maka apabila pasukan memiliki mereka secara mudahnya mempunyai pemain
yang berkualiti. Skuad Piala Dunia Sepanyol contohnya setiap pemain mereka
dianggap amat bernilai dalam bola sepak, dan mereka akan dipandang “gah” kerana
menang piala dunia. Siapa yang tak bangga bila dipanggil secara eksklusif
“World Champion” oleh komentator?
![]() |
| 4 dari skuad Perancis merupakan pemain Arsenal |
2. Sebab
kedua ialah MU tidak memiliki ramai pemain bertaraf antarabangsa. Memang anda
akan mempertikaikan tentang “Taraf antarabangsa” itu. Setiap pemain yang
mewakili negara juga dilabel sebagai antarabangsa. Maka untuk tidak
mengelirukan semua orang, pemain taraf antarabangsa ini ialah:
![]() |
| Piala Idaman setiap pemain bola sepak |
a)
Pemain yang pernah tersenarai dalam skuad Piala
Dunia (termasuk pemain simpanan). Piala Dunia ialah tempat menguji pemain di
tahap yang paling tinggi. Maka pengalaman yang mereka kutip di Piala Dunia amat
berharga apabila mereka pulang ke kelab masing-masing. Maka pemain yang tidak
beraksi di Piala Dunia akan ketinggalan atau kerugian yang amat sangat kerana
tidak dapat merasakan persaingan di peringkat tertinggi yang menguji keupayaan
sebenar pemain. Dalam Piala Dunia 2010, MU mempunyai 9 pemain yang dipanggil ke
Piala Dunia, namun pasukan lain seperti Man City (13), Chelsea (13), Arsenal
(10), Liverpool (10) mempunyai lebih ramai pemain dalam skuad Piala Dunia. Ini
adalah kerana Man City dan Chelsea dikenali sebagai kelab yang mengumpulkan
pemain dari pelbagai negara berbeza. Maka kerana itu MU gagal di final Liga
Juara-Juara 2011 kerana Cuma 8 dari 11 pemain kesebelasan utama pernah
dipanggil ke Piala Dunia. Berbanding Barcelona kesemua 11 pemain mereka pernah
beraksi di Piala Dunia. Itupun tidak mengambil kira pemain simpanan.
b)
Pemain yang pernah dipanggil ke kejohanan
peringkat benua contohnya Euro, Africa Cup of Nations, Copa America dan
sebagainya.
i.
Di Euro 2012, MU mempunyai 6 pemain yang
dipanggil sama dengan Man City namun, 50 peratus pemain MU yang tersenarai
ialah dalam skuad England. Manakala lain-lain Arsenal (10), Liverpool (8),
Chelsea (7).
ii.
Di Copa America 2011 Man City dan Chelsea,dan
Liverpool mempunyai 2 pemain, MU (1), Arsenal tiada
iii.
African Cup of Nations 2013 Dengan Man City dan
Chelsea mempunyai 2, Arsenal (1), Liverpool dan MU pula tiada seorang pun.
iv.
Cuma kelebihan MU ialah mereka mempunyai pemain
yang beraksi di Piala Emas CONCACAF iaitu Javier Hernandez, dan Piala Asia 2011
iaitu Park Ji Sung.
Skuad 2012/2013 MU tiada pemenang Euro mahupun Copa America, Chelsea (2), Liverpool (2), Man City (1), Arsenal (1)
Skuad 2012/2013 MU tiada pemenang Euro mahupun Copa America, Chelsea (2), Liverpool (2), Man City (1), Arsenal (1)
![]() |
| Luis Suarez pemain paling berharga di Amerika Selatan. Mampu? |
Setelah meneliti semua fakta mari
kita lihat mengapa ini berlaku?
1. Polisi
pembelian Alex Ferguson, beliau amat berhati-hati dalam soal perpindahan
pemain. Beliau jarang membeli nama-nama besar atau pemain sekurang-kurangnya
dikenali di peringkat antarabangsa. Sungguhpun Arsene Wenger juga membeli
pemain tidak dikenali, namun beliau mula berubah, dan ramai pemain yang dididik
olehnya berjaya tersenarai dalam pertandingan antarabangsa.
2. Alex
Ferguson beranggapan pemain yang beraksi kerap di peringkat antarabangsa akan
menjejaskan kecergasan pemainnnya sekaligus menganggu prestasi pasukannya.
Kerana itu Fergie tidak menggalakkan pemainnya beraksi kerap, kerana takut
dilanda kecederaan, selain keletihan. Contohnya Paul Scholes yang bersara awal
pada usia 29 tahun, kerana ingin menumpukan kariernya bersama kelab. Pernah
berlaku insiden Fergie menghalang Cristiano Ronaldo dari mewakili pasukan
Portugal dalam sukan Olimpik. Kerana itu banyak jurulatih mengalami masalah
memanggil pemain MU kerana terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi
MU. Dalam kata lain Fergie bijak menjaga
pasukannya, namun pemainnya kelihatan jauh berbeza apabila berdepan skuad yang
lebih ramai pemain antarabangsa contohnya Bayern Munich.
3. Pemain
MU lebih suka mencari masalah apabila beraksi di peringkat antarabangsa. Contoh
Roy Keane yang dikeluarkan dr skuad Republik Ireland ketika Piala Dunia 2002,
dimana dia berselisih faham dengan jurulatih. Pemain-pemain MU juga pernah
menyatakan mereka tidak suka pemain Liverpool, menyebabkan terdapat dakwaan
dari Paul Scholes tentang pengasingan dalam skuad England. Selain dari kes
terkenal Patrice Evra yang enggan turun berlatih dan tidak menghadiri sesi
media semasa Piala Dunia 2010. Wayne Rooney menyalahkan cara pengendalian Fabio
Capello yang dikatakannya tidak faham dengan bahasa Inggeris Capello
menyebabkan punca kegagalan England. Dan siapa boleh melupakan Rio Ferdinand yang mengutuk Roy Hodgson kerana tidak memilihnya ke Euro 2012. Semua kes diatas mungkin menyebabkan
jurulatih skuad kebangsaan tidak mahu memanggil pemain MU.
4. Ramai
pemain antarabangsa meninggalkan MU. Ini termasuk David Beckham, Ruud Van
Nistelrooy, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez. Pemain ini pergi atas sebab
peribadi mahupun merasakan tiada masa hadapan di MU. Mereka beranggapan Fergie
tidak akan berubah, dan kegagalan Fergie membawa masuk pemain bertaraf bintang
menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada kekuatan skuad MU.
![]() |
| Nistelrooy Juga angkat kaki |
Kesimpulannya
skuad MU Cuma hebat dalam kejohanan domestik, namun di peringkat antarabangsa mereka tidak setara dengan Gah mereka di England. Fergie cemerlang membentuk pasukan yang hebat, namun
gagal membentuk pemain yang hebat dalam bola sepak peringkat dunia.
Sungguhpun
begitu, ada sesuatu yang positif tentang ini iaitu MU mempunyai rekod yang baik
apabila bertemu pasukan dari EPL di peringkat Eropah kerana pengalaman luas,
kearifan taktikal pasukan Inggeris Fergie jadi MU mempunyai kelebihan. Namun mereka
tenggelam apabila menentang pasukan besar dalam Liga Juara-Juara termasuklah
Real Madrid (1999/2000, 2002-2003), Bayern Munich (2000/2001, 2009/2010), dan
AC Milan (2004/2005).
Dalam
perlawanan dengan Real Madrid minggu depan dalam keadaan keributan yang melanda
Real, MU merupakan favorite dalam match ini. Namun berita kurang baik ialah
Real Madrid mempunyai 18 pemain antarbangsa dengan 6 pemenang Piala Dunia,
manakala MU 14 pemain antarabangsa.





