Thursday, May 24, 2012

Keajaiban Tuhan sering didengari, pada malam 19 Mei kita telah menyaksikannya: Final Liga Juara-Juara Eropah 2012 Bayern Munich Vs Chelsea






Penantian adalah suatu penyeksaan. Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada perasaan menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba, kesakitan menunggu cahaya yang datang setelah selamanya berada didalam kegelapan, kesakitan yang nyata apabila berusaha gigih, namun masih belum mencapai apa yang diingini. Namun seperti lirik Jason Mraz dalam lagu Life is Wonderful

It takes some work to make it work; it takes some good to make it hurt, it takes some bad for satisfaction’.

Ya, hidup ini memang indah, semuanya berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, dan kegagalan bukannya suatu yang buruk semata-mata. Kepedihan yang dihadapi seabad lamanya, bila Chelsea dikalahkan dalam perlawanan akhir dengan Loteri penalti oleh Manchester United pada 2008, sehingga John Terry dipersendakan seolah-olah dia tidak punya perasaan. Didier Drogba dipersalahkan kerana menerima kad merah. Kemudian pada 2009, disingkirkan oleh Barcelona dengan cara yang amat kejam, tidak pernah dilupakan, tidak pernah dimaafkan. Kemudian bersilih ganti Pengurus, dan dihina dengan pelbagai kata-kata yang tidak enak, kata mereka wang tidak mampu membeli segalanya. Namun pemain-pemain yang telah bersama hampir 10 tahun ini, Terry, Cech, Drogba, Cole, Lampard, Malouda, Essien, Mikel, Kalou tidak pernah berhenti berjuang. Sungguhpun kesukaran yang dihadapi, dengan pertukaran pengurus dengan kerap mereka masih mampu memenangi piala. Cuma satu sahaja yang belum lagi iaitu Piala Eropah. Piala yang memerlukan banyak pengorbanan, kejatuhanan, kebangkitan, malah wang ringgit, namun dia masih belum dapat dimiliki, sungguhpun mereka memang layak. Dan sehingga ada teori menyatakan Chelsea tidak mungkin memperoleh piala itu, dan pemain bintang-bintang semuanya sudah semakin dimamah usia.

Seperti kebanyakan filem-filem Hollywood berunsurkan sukan juga, gemar membuat skrip yang berdasarkan bagaimana mereka yang tidak pernah diberi sebarang harapan akhirnya menjadi pemenang. Namun bezanya kali ini ialah, ia merupakan suatu realiti bukannya lakonan semata-mata. Tidak dapat menolak jika cerita kebangkitan Chelsea akan dibuat skrip filem Hollywood.

This is the real underdog’s story



Semasa perlantikan Andre Vilas Boas yang masih mentah itu, tiada yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku. Kemasukan beberapa pemain baru, dan perubahan taktikal pada mulanya menampakkan kesan positif, sehingga kemudian keputusan perlawanan menjadi buruk, terutamanya apabila tewas kepada pasukan pesaing utama seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool. Mereka kelihatan lemah, malas, pertahanan yang rapuh, tidak bermaya, mereka seperti sudah mati. Semua mula menuding jari kepada AVB, dan pemain-pemain senior yang dikatakan bermain dibawah prestasi sebenar mereka. Semuanya tertanya-tanya mengapakah AVB meletakkan pemain-pemain penting dibangku simpanan dalam perlawanan yang kritikal seperti Liga Juara-Juara Eropah. Frank Lampard, Ashley Cole, Alex, Anelka yang tidak semena-mena diketepikan tanpa sebarang alasan logik. Ketika itu mereka dikatakan menjadi punca kemerosotan Chelsea. Seluruh dunia mengejek Chelsea, kata mereka pemain-pemain senior ini besar kepala, enggan menuruti taktik AVB, dan tidak menghormatinya. Diva-diva ini enggan mengaku bahawa mereka telah tua dan akan digantikan dengan yang lebih muda. Namun semakin lama pemain-pemain baru yang dibentuk oleh AVB, gagal menjadikan keadaan semakin baik. Mereka kelihatan belum bersedia, dan hilang arah bermain tanpa pemain berpengalaman. Ini dapat dilihat dalam perlawanan dengan Napoli di Itali. Kemudian AVB yang enggan mengaku kesilapannya, berterusan mempertahankan egonya. Dan kemudian terjadi siri Rebellion oleh pemain-pemain Chelsea, yang membiarkan kekalahan dan beraksi dengan amat buruk, agar AVB menyedari bahawa mereka ingin perubahan, dan ingin singkirkannya secepat mungkin. Terutamanya Lampard yang terang-terangan tidak berpuas hati. Lampard yang terkenal dengan sikap profesionalnya dan berjaya menyerlah dibawah semua pengurus Chelsea, tiba meletuskan perang. Sehingga ada ura-ura untuk dijual. Akhirnya AVB yang kalah dalam peperangan tersebut. Dia dipecat selepas kekalahan kepada West Brom ketika itu AVB berkata bahawa Chelsea mampu memenangi Liga Juara-Juara Eropah, namun siapa mempercayainya? penyokong mula berasa lega bahawa masalah terbesar telah dibuang. Namun pemain Chelsea terus dikecam kerana sikap besar kepala mereka itu. Terutamanya pemain-pemain senior. Kelegaan yang dirasai tidak dapat meredakan keraguan bahawa apakah pasukan ini masih berupaya untuk mengutip sisa-sisa perjuangan yang tidak seberapa itu.

Pembantu jurulatih Roberto Di Matteo yang dilantik sebagai pengurus sementara, dibebani tugas yang amat berat untuk kembali meyakinkan pemain-pemain bahawa masih ada harapan untuk mereka dan membuktikan kepada dunia The Old Guards atau The Pensioners masih ada sesuatu untuk ditawarkan. Cabaran untuk Di Matteo mengubah Chelsea dalam hanya tempoh 2 bulan sebelum musim 2011/2012 berakhir. Perlawanan pertama Di Matteo diakhiri dengan kemenangan, namun ada perlawanan yang lebih sukar menanti dihadapan. Napoli yang bertandang ke Stamford Bridge dengan bekalan selesa defisit 2 gol. Ramai yang menyatakan Chelsea akan menerima nasib yang sama seperti pasukan-pasukan Inggeris yang lain, tersingkir awal. Gelanggang keramat yang pasti tidak akan dilupakan oleh penyokong Kelab Itali itu, mereka menyaksikan amukan The Old Guards apabila Terry, Drogba dan Lampard menjaringkan gol, dan mengikat perlawanan ke masa tambahan kemudian Ivanovich menjaringkan gol yang memastikan tempat The Blues ke suku akhir. Chelsea hanya pasukan kedua dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menghapuskan defisit 2 gol. Ketika itulah detik kebangkitan Chelsea, inilah diri mereka yang sebenarnya. Pemain-pemain yang tua itulah yang menjadi tunjang kebangkitan luar biasa mereka.




Selepas kemenangan itu, Chelsea semakin menunjukkan pemulihan, dengan kemenangan keatas Birmingham, Leicester City, dan melangkah ke separuh akhir piala FA. Dalam perlawanan Liga juga, sungguhpun keputusan tidak memberangsangkan, namun pertaruhan Di Matteo memang tepat, merehatkan pemain-pemain utama untuk memberi kelebihan mereka bermain dalam pertandingan Eropah dan Piala FA. Perlawanan seterusnya dengan Benfica pula menceritakan skrip yang sama, keraguan orang ramai tentang kemampuan mereka menewaskan pasukan yang memberi kesukaran kepada juara Inggeris Manchester United sehingga membawa kepada penyingkiran mereka dlm pertandingan itu. Perlawanan ditempat lawan dimenangi 1-0, dan perlawanan kedua 2-1. Sungguhpun terdapat kontroversi dalam perlawanan itu, dan ramai menyatakan Chelsea amat bernasib baik. Tuah mungkin benar-benar menyebelahi Chelsea kali ini.





Seperti juga perlawananan yang lalu, separuh akhir Piala FA yang bermula hanya dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan separuh akhir dengan Barcelona. Ramai orang menjangkakan Chelsea tidak akan menang. Berdasarkan faktor mereka kepenatan, dan cara permainan mereka tidak mantap untuk menyekat musuh dari London itu. Namun Spurs yang mengalami kemerosotan juga kelihatan tidak langsung berjaya mencabar Sang Singa yang garang membunuh harapan Spurs untuk memenangi Trofi dengan kemenangan 5-1. Keyakinan Chelsea semakin tinggi, sebelum perlawanan Mega Blockbuster dengan Barcelona. Misi membalas dendam kekalahan pada 3 tahun lalu, langsung tidak mencukupi untuk orang lain memberi sedikit harapan bahawa Chelsea mampu menewaskan pasukan terbaik abad ini. Malah menjadi bahan gurauan dan lawak jenaka, bahawa mustahil Barcelona akan tewas, kerana pasukan Barcelona yang sekarang ini bukan lagi seperti 3 tahun dahulu, dan pasukan Chelsea pula bukannya muda lagi seperti 3 tahun lalu. Permainan Tika Taka Football Barcelona dijangka akan membuatkan Chelsea pening seperti mangsa mereka Milan di suku akhir. Jose Mourinho awal-awal lagi meramalkan kemenangan kelab Catalunya itu, namun bukannya beliau memperkecilkan Chelsea, namun kerana secara sakarstik menyindir Barcelona yang sering digemari pengadil UEFA. Namun Chelsea tetap mempunyai perancangan mereka, pemain-pemain berpengalaman ini tahu apakah kelemahan Barcelona.


Pada bulan April yang menjadi bulan yang paling penting buat Chelsea. Apabila mereka membuktikan kepada dunia bahawa Barcelona boleh ditewaskan dan jangan sesekali memandang rendah keupayaan Singa-singa tua. Perlawanan di Stamford Bridge sekali lagi menjadi gelanggang berhantu buat Barcelona, mereka tidak pernah menang disitu. Gol Didier Drogba yang mengejutkan semua orang diseluruh dunia. Gerakan cantik daripada Lampard dan Ramires. Yang memastikan kemenangan, Barcelona yang nampak tersentak terus menyerang kubu Chelsea, namun barisan pertahanan Chelsea tetap utuh bertahan, dengan diketuai John Terry. Keazaman mereka begitu terserlah, bersungguh-sungguh mempertahankan pintu gol mereka. Mereka telah melakukan “Performance of their lives”. Tuah juga semakin menyukai Chelsea, dengan beberapa percubaan didepan pintu gol gagal disempurnakan oleh Barcelona. Kemudian perlawanan kedua, Chelsea yang dikritik teruk atas corak permainanan Anti-football atau Park the Plane mereka, tetap menggunakan taktikal yang sama. Namun masih lagi orang ramai meramalkan Chelsea tidak akan dapat menyekat Barcelona di Nou Camp, juga Chelsea tidak menang disitu dalam 8 perlawanan. Serangan Barcelona berjaya dipatahkan dan mereka kekal bersabar dan bertenang. Sehinggalah suatu insiden bodoh yang menyebabkan Terry dibuang padang, semua orang percaya Chelsea akan musnah sebentar lagi, Barcelona menjaringkan 2 gol, dan kelihatan semakin garang untuk menambah lebih lagi gol. Namun entah dari mana Lampard yang menjadi senjata utama Chelsea setiap kali perlawanan dengan Barcelona. Pemain berusia 33 tahun ini, melorongkan bola ditengah-tengah dua permain Barcelona dengan Ramires terus menyepak lambung dan menewaskan Victor Valdes. Pemain Barcelona begitu kecewa dan suasana stadium menjadi sunyi sepi. Lampard sentiasa menang dalam perlawanan besar, dan menyebabkan bintang-bintang Piala Dunia Fabregas, Iniesta, Xavi kelihatan lenyap dari atas padang. Permainan pintar dan efektif itulah yang menyebabkan beliau lawan yang paling sukar dijangka. Separuh masa kedua Drogba memberi sepakan penalti kepada Barcelona, namun Messi menyepak terkena palang, seolah-olah menandakan pemain itu tidak akan menjaringkan gol menentang Chelsea. Mungkin Tuhan sedang melindungi mereka dan Drogba kali ini. Chelsea kekal dengan keazaman mereka yang bermain dengan 10 orang, dan mengotakan janji mereka akan bertahan sehingga mati. Kemudian Torres yang mendapat bola dikawasan yang kosong, menjaringkan gol dan mencipta sejarah kelab mereka, dalam satu perlawanan yang luar biasa. Perlawanan tentang perdebatan falsafah idealogi bola sepak pasti akan diingati sehingga berabad lamanya.




Sungguhpun begitu, Chelsea masih lagi bukan pilihan dalam perlawanan dengan Liverpool di final Piala FA. Liverpool yang menewaskan mereka dalam 2 perlawanan Liga musim ini, dijangka akan mengetepikan Chelsea yang keletihan. Ramires pemain Brazil yang bertubuh kecil dan sangat pantas memperkotak-katikan pertahanan Liverpool Jose Enrique, dan menjaringkan gol pertama. Kemudian separuh masa kedua, gandingan duet yang pada suatu ketika dulu paling berbahaya di Eropah, Lampard-Drogba, memusnahkan pertahanan Liverpool dengan gol bijak daripada Drogba. Liverpool yang memberi saingan yang hebat kepada Chelsea menjaringkan gol melalui Carroll. Dan kemudian kontroversi garisan gol terjadi, namun penjaga gol Chelsea Petr Cech menunjukkan kenapa beliau yang terbaik didunia menepis bola tersebut, sungguhpun bola tandukan itu amat pantas dan kuat. Chelsea dinobatkan sebagai juara piala FA buat kali ke-4. Siapa yang menyangkakannya?


Namun persembahan sebenar masih belum dilihat. Dengan beberapa peristiwa luar biasa yang berlaku musim ini, dengan Manchester City yang memperoleh kejuaraan Liga Inggeris dalam perlawanan terakhir musim ini. Dan Chelsea menjadi lambang kepada musim paling menyeronokkan, luar biasa, aneh dan mengujakan dalam sejarah bola sepak. Bayern kelihatan terdesak untuk mengelakkan daripada menamatkan musim tanpa sebarang trofi setelah kalah kepada Juara Bundesliga Borussia Dortmund dalam Piala Jerman. Chelsea selesa menjadi pasukan bukan pilihan diasak bertubi oleh gandingan serangan Batman-Robin Robben dan Ribery. Begitu banyak percubaan Munich namun gagal mencari penyudahnya. Bayern yang bermain di gelanggang sendiri, terlepas banyak peluang didepan pintu gol. Tuah? Mungkin benar, Chelsea benar-benar bertuah. Namun keazaman pemain-pemain Chelsea layak dipuji terutamanya pemain-pemain baru dan muda seperti Luiz, Mata, Cahill, Betrand semangat melawan mereka dan mempertahankan gol mereka serta penuh berdisiplin. Chelsea beberapa kali membuat percubaan di gawang Bayern. Kelihatan seperti tiada harapan buat mereka, apabila Thomas Muller menjaringkan gol pada minit ke-80. Semuanya kelihatan tidak akan menyebelahi Chelsea. Namun, takdir Tuhan tiada siapa yang mampu melawan. Chelsea yang hanya memperoleh sepakan sudut kedua, Mata mencari penyerang Ivory Coast berusia 34 tahun Didier Drogba, yang sering dikritik atas diving dan lakonannya diatas padang, menjaringkan gol paling kritikal buat Chelsea pada minit 88. Tergamam semua penyokong pasukan tuan rumah, serta para tetamu VIP, ahli politik dan para pemain-pemain lagenda Jerman yang berada di stadium itu. Mimpi ngeri kekalahan Bayern kepada Manchester United pada 1999 kembali menghantui mereka. Piala yang sebentar tadi bakal diikat dengan riben merah tiba-tiba bakal bertukar warna riben. Masa tambahan 30 minit, dan Bayern yang tidak kenal erti letih, terus menyerang, Drogba yang bakal menjadikan dirinya daripada hero kepada zero, memberikan sepakan penalti kepada Bayern. Arjen Robben yang membina karier bola sepaknya di Chelsea 7 tahun lalu, menyepak penalti dan diselamatkan wira sejati Petr Cech. Akhirnya Robben yang menjadi Hero kepada Zero. Dan takdir Tuhan tidak dapat dihalang lagi. Dan sepakan penalti akhinya menjadi penentu pemenang. Sekaligus memori pahit final 2008 di Moscow tiba-tiba kembali. Dan kata orang Jerman, Jerman tidak akan kalah penalti. Cech gagal menghalang sepakan Lahm, dan Neuer pula menepis sepakan Mata. Bayern kelihatan yakin, selepas sepakan Gomez, Luiz, Neuer, Lampard berjaya sepakan Olic dari Croatia dinafikan oleh Cech, dan kemudian Cole, dan seterusnya pengambil sepakan terakhir Bayern yang menjadi wira separuh akhir menentang Real Madrid, Bastian Scheweinteiger, menyepak terkena tiang, kini Chelsea mempunyai kelebihan, dengan Zero yang bertukar menjadi Hero Didier Drogba, pengambil sepakan penalti terkahir memperdayakan Neuer dan membawa Piala Eropah ke Stamford Bridge di London itu. Buat kali pertama dalam sejarah mereka. Dan bergembiralah penyokong Chelsea diseluruh dunia, dan wira-wira The Blues mengalirkan air mata kegembiraan atas kemenangan mereka setelah menunggu selama 10 tahun. Penantian akhirnya ditamatkan, piala yang menjadi lambang kepada 7 pertukaran pengurus, pemain-pemain keluar masuk, berbillion yang dibelanjakan terbalas, serta keazaman dan semangat juang mereka yang tidak kenal erti putus asa. Itulah perlawanan terakhir Didier Drogba untuk Chelsea, dan Lampard dan John Terry sama-sama menjulang piala idaman setiap kelab di Eropah itu.


Keajaiban Tuhan yang sering didengari dapat disaksikan di Allianze Arena

Selamat Tinggal Didier Drogba

Roberto Di Matteo lagenda Chelsea

Chelsea ditubuhkan pada 1905 dan memenangi Piala Eropah pertama pada 19.05.2012

Friday, May 18, 2012

Chelsea Telah Ditakdirkan Untuk Menang: Final Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012





“Chelsea berada ditangga diluar zon Liga Juar-Juara dalam Liga Inggeris”

“Chelsea tewas dengan jaringan besar kepada Arsenal”

“Chelsea bergelut dalam Liga Juara-Juara dengan tewas kepada Bayer Leverkursen”

“Chelsea dijadikan lauk oleh Napoli 3-1 di tempat lawan”

“Lagenda Chelsea Frank Lampard hanya layak duduk dibangku simpanan”

“Chelsea ditewaskan mengejut oleh West Brom Albion”

Ini semua adalah cerita hampir 3/4 musim 2011/2012 yang dijamin akan menjadi musim paling mengerikan buat Chelsea. Pada bulan Mac 2012, akhirnya selepas menerima tekanan begitu hebat, pengurus muda Andre Vilas Boas dipecat. Seluruh dunia menganggap pemecatan itu bukanlah suatu yg mengejutkan. Dan ramai pihak yang menyalahkan pemain-pemain senior yang menjadi punca kepada musim buruk mereka. The Old Guards dituduh sebagai pengkhianat dan memalukan diri mereka sendiri. Pada ketika AVB masih berkuasa, tiada siapa yang memandang kepada penolongnya yang dipecat daripada West Brom, bekas pemain Chelsea, Roberto Di Matteo. Beliau yang diberikan tugas paling sukar didunia untuk membimbing Chelsea yang telah rapuh, dan punah setelah hilang keyakinan dan tidak lagi mempunyai sebab mengapa mereka perlu terus berjuang dalam musim yang tiada harapan langsung untuk memenangi sebarang piala. Tiada siapa yang menyangka musim yang wajar dibuang ke dalam tong sampah itu, menjadi musim paling gemilang dalam sejarah kelab, tiada siapa menyangka termasuk pemain Chelsea sendiri.

Roberto Di Matteo yang tidak banyak pengalaman, dan tidak melakar kejayaan yang besar dalam karier pengurusannya tiba-tiba menjadi penyelamat The Blues, penyelamat yang ditunggu-tunggu oleh penyokong Chelsea selama ini, bukannya Ancelotti, Mourinho, mahupun Hiddink, sebaliknya Di Matteo yang bakal menjadi pengurus yang membawa kejuaraan Eropah pertama ke Stamford Bridge. Seperti sudah tertulis bahawa Di Matteo dipecat daripada jawatannya, dan kemudian ditakdirkan kembali ke Chelsea dan mengubah sejarah bola sepak buat selama-lamanya.

Chelsea melakukan kebangkitan luar biasa ibarat Singa yang mati berperang dan dihidupkan semula, dalam perlawanan dengan Napoli, semua menganggap adalah mustahil untuk Chelsea mengatasi agregat 2 gol itu. Namun pada malam yang luar biasa itu, The Old Guards frasa dipopularkan oleh media British, merujuk kepada Lampard, Drogba, Terry yang dikritik dengan teruk atas pemecatan AVB, tiba-tiba membuktikan kepada dunia mengapa mereka adalah lagenda dalam bola sepak Inggeris. Kaki-kaki yang tua itu, masih mempunyai semangat juang yang tinggi, yang menyebabkan kudrat-kudrat muda berasa malu dengan mereka. Mereka menjaringkan 3 gol, dan seterusnya Ivanovich menjaringkan 1 gol untuk memusnahkan defisit 2 gol Napoli. Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Namun itu bukan pengakhirannya. Dalam perlawanan dengan Benfica juga Chelsea masih lagi pasukan Underdog, kata mereka jika Manchester United gagal, mampukah Chelsea? Namun Chelsea tetap melangkah gagah, walaupun diselubungi kontroversi, namun Chelsea telah pun beberapa kali menjadi mangsa kekejaman bola sepak. Tuah mungkin menyebelahi Chelsea kali ini. Chelsea menang untuk bertemu pasukan yang datang dari planet lain Barcelona, pasukan yang menyingkirkan mereka dengan cara yang kejam pada 2009. Dendam yang tidak berkesudahan, hak Chelsea yang sepatutnya ke final untuk kali kedua musnah akibat pengadil yang tidak bijaksana.

Belumpun perlawanan bermula, awal-awal lagi orang ramai meramalkan Chelsea bakal menjadi belasahan Barcelona. Mustahil Chelsea akan menang, kosong peratus peluang untuk menang. Malah menjadi bahan ketawa orang ramai, tiada yang yakin dengan Chelsea, hanya pemain-pemain Chelsea sahaja yang mempercayainya. Kata mereka Chelsea terlalu tua, lembab, tidak mempunyai seni dalam permainan mereka. Mustahil untuk mengatasi kelab Catalunya itu yang terdiri daripada pemenang-pemenang piala dunia, dan pemain terbaik dunia 3 kali. Chelsea pasti akan terpegun dengan keindahan bola sepak Total Football. Malam yang menjadi detik paling diingati oleh penyokong Chelsea di Stamford Bridge, Barcelona yang menguasai perlawanan sebanyak 70 peratus, ditewaskan oleh gol jaringan Didier Drogba pemain dikritik semasa menyumpah dan mengamuk kepada pengadil Ovrebo 3 tahun lepas. Seperti telah tertulis bahawa kali ini Tuhan memberikan Drogba satu peluang lagi. Statistik nampak tidak langsung berguna dalam bola sepak, Chelsea telah menunjukkannya. Dalam perlawanan kedua Chelsea yang mendapat kritikan hebat atas permainan mereka semasa perlawanan pertama, kata mereka Park the bus depan pintu gol. Namun perlawanan kedua, yang dikatakan menjadi pesta gol untuk Barcelona, menjadi malam paling diingati dalam sejarah bola sepak dunia, bahawa tidak ada yang mustahil didunia ini, dan keajaiban Tuhan yang sering didengari akhirnya disaksikan sendiri pada malam di Nou Camp. Chelsea kehilangan 1 pemain, ketua pasukan John Terry akibat kad merah, dan Cahill yang cedera, ini bermakna hanya tinggal Ivanovich sahaja yang benar-benar pemain pertahanan tengah. Kehilangan 2 pemain itu dirasai hanya beberapa minit selepas itu, Barcelona menjaringkan 2 gol. Pada ketika itu, penyokong Chelsea menyangkakan semuanya sudah berakhir, namun pemain Brazil, Ramires, entah dari mana datangnya, menyambut hantaran Lampard, dan menjaringkan gol yang begitu cantik, menyebabkan semua orang didunia terpaku dan terkejut. Pemain itu telah pun disebut-sebut sebagai lagenda Chelsea. Tidak mempedulikan kad kuning yang diterima dan memastikan beliau tiada di final. Wira sejati The Blues itulah Ramires. Chelsea yang kelihatan lesu dan tiada harapan kini kembali bernyawa. Semasa separuh masa kedua, penyokong Chelsea tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, dan juga gusar dengan keadaan yang kurang 1 pemain, semestinya Barcelona akan menyerang habis-habisan. Dan kegusaran itu semakin membimbangkan apabila Barcelona dihadiahkan sepakan penalti. Pemain terbaik dunia Lionel Messi menyepak bola dan melantak terkena palang, menjadi malang berpanjangan buat pemain itu, kemarau gol menentang Chelsea sebanyak 8 perlawanan. Ketika itu, seolah-seolah Tuhan menyebelahi Chelsea. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membantu 10 orang pemain Chelsea yang berjuang bermatian utk memastikan tempat mereka ke final. Kemudian pemain telah disumpah selama bertahun-tahun lamanya semenjak kehilangan prestasi terbaiknya, Fernando Torres yang berseorang dihadapan, apabila semua pemain Barcelona menyerang kubu lawan, menjaringkan gol yang paling penting dalam kebangkitannya, gol berharga 50 Juta. Walaupun ia bukanlah gol yang kritikal dlm permainan itu, namun ia sangat ironik bahawa orang yang menjaringkan gol itu, ialah Fernando Torres yang ditinggalkan oleh skuad Sepanyol selepas prestasi hambarnya beberapa tahun ini, seolah-seolah pengakhiran yang sempurna ibarat penglipur lara kepada sebuah kisah dongeng, wira tumpul yang telah lama dilupakan, kembali untuk mengakhiri rejim terbaik dunia Pep Guardiola. Wira-wira Chelsea yang memenangi perlawanan tersebut dengan kudrat, keringat dan semangat Singa mereka, dan bukannya dengan duit Roman Abromovich.

Chelsea terselamat daripada perlawanan yang paling banyak diperdebatkan dalam bola sepak dunia. Kerana ia bukan sekadar perlawanan untuk mendapatkan tempat ke final, namun ia adalah perdebatan antara idealogi dan falsafah bola sepak, bagaimana Beautiful football dikalahkan oleh Ugly Football, bagaimana tiada yang mustahil dalam bola sepak, bagaimana Kuasa Tuhan mengatasi segala-segalanya, bagaimana manusia tidak mampu melawan takdir, bagaimana orang ditindas itu akhirnya mendapat pembelaan. Chelsea akan lebih banyak kerugian jika kalah perlawanan ini, bukan sekadar tempat ke Liga Juara, malah perjuangan mereka selama ini kelihatan sia-sia sahaja. Jika mereka menang mereka akan mereka akan mengubah selama-lamanya perspektif orang ramai tentang kelab Chelsea, bahawa Chelsea tidak pernah membeli kejayaan, kerana mereka juga tidak terkecuali seperti juga pasukan lain, mengalami kegagalan, kekecewaan, kegemilangan, dan kejatuhan, kebangkitan, sebelum akhirnya mereka di iktiraf oleh semua sebagai kelab yang terbaik di Eropah. Entri ini bukannya untuk meramalkan siapa yang menang, kerana sudah tentu sebagai penyokong Chelsea akan menjangkakan Chelsea akan menang. Dan juga mengapa Chelsea akan menang? Kerana ia sudah ditakdirkan begitu, sudah pun tertulis, tiada siapa yang mampu menghalang Chelsea untuk menjulang piala yang paling penting didunia ini.

Namun hanya Tuhan sahaja yang mampu menghalangnya.

Monday, May 14, 2012

9 Kebodohan, Kelaharan dan Kelucuan (3K) Manchester United Musim 2011/2012

Manchester United telah disenaraikan sebagai kelab terkaya didunia dan juga lebih kaya daripada mana-mana pasukan dalam semua acara sukan. Namun pada musim ini, mereka bukan sekadar menghabiskan musim tanpa sebarang piala, namun ia lebih daripada itu, 

Ini Pasukan Manchester United yang terburuk yang pernah disaksikan dalam sejarah. 

 
1.       Sebelum: Manchester United menjadikan Arsenal sebagai lauk dengan kemenangan 8-2.



Selepas itu: Manchester United dimalukan oleh Manchester City di Old Trafford dengan kekalahan 6-1.

 Selepas Johhny Evans dibuang padang, pemain United dan Fergie yang begitu angkuh enggan bertahan (Cuba tanya Di Matteo bagaimana memenangi perlawanan dgn 10 org pemain) akhirnya dihukum dengan 6 jaringan. Sudah semestinya Rooney dan rakan-rakan enggan bercakap lagi tentang itu, dan tidak mahu ingatkannya lagi. Sebernarnya perlawanan itulah yang menjadi titik permulaan musim hambar untuk mereka.

2.  Sebelum: Ferguson menganggap pembelian Wesley Sneijder adalah suatu permbaziran, dan lebih baik menggunakan pemain muda seperti Tom Cleverly. United tidak perlukan playmaker

Pergh...power budak nih...
http://www.guardian.co.uk/football/2011/aug/11/manchester-united-wesley-sneijder

Selepas itu: Tersingkir daripada kejohanan Eropah dan Tom Cleverly tercedera.  


 Ferguson nampaknya langsung tidak sedar, punca utama United diperbudak-budakkan semasa final liga juara-juara dengan Barcelona adalah kerana bahagian tengah mereka yang tidak cukup kualiti untuk menyaingi pemain Barcelona. Dan kemudian masih terus berdegil dan membeli Young pemain sayap yang sudah pun cukup ramai. Walaupun Young bukanlah terlalu buruk untuk mereka. Dan akhirnya padah paling besar yang diterima oleh mereka apabila tidak berupaya memenangi perlawanan dengan Benfica dan Basel, yang menjadi punca kepada penyingkiran mengejut mereka dalam Liga juara-juara. 


 3. Sebelum: Mengejek pasukan lain yang membeli pemain dengan harga terlalu mahal. serta bergaji tinggi. Manchester United tidak perlu pelaburan tinggi, namun United masih pasukan terbaik.
Nando Torres menjaringkan gol yang menyebabkan Pep Guardiola Bersara. Kau Hado??


   Selepas itu: Dmitar Berbatov adalah pelaburan yang gagal.

Pemenang anugerah bangku emas tahun ini...

 Memang benar beberapa nama besar yang berharga mahal gagal menyerlah seperti Shevchenko, Andy Carroll, Robinho, Fernando Torres, namun jangan lupa pada Dmitar Berbatov pemain termahal mereka juga lambang kegagalan United. Pemain Bulgaria itu yang mempunyai musim terbaiknya tahun lepas, telah disingkirkan secara senyap-senyap dan berterusan diletakkan dibangku simpanan. Walaupun pemain itu tidak menunjukkan permainan terburuk, namun dia masih disisihkan, seolah-oleh Ferguson cuba menyorokkan kesilapannya.

 
4. Selepas itu: United mengkritik tindakan Luis Suarez yang menolak untuk bersalaman dengan Patrice Evra. Dan menganggap pemain itu tidak layak memakai jersi The Reds.


Beberapa tahun sebelum itu: Roy Keane dan pemain-pemain Manchester United enggan bersalam dengan pemain Arsenal berkulit hitam, Patrick Vieira



Mereka buat-buat lupa kepada suatu insiden pertelingkahan antara 2 lagenda Arsenal dan United, Patrick Vieira dan Roy Keane, ketika zaman persaingan sengit antara United dan The Gunners. Ketika diatas padang, Keane yang berang, enggan bersalam dengan Vieira yang juga berkulit hitam, dan juga beberapa pemain United melakukan perkara yang sama. Namun pada ketika itu, isu perkauman masih belum menjadi perkara serius, dan tiada media sosial seperti pada hari ini. Maka apakah yang membezakan kedua-dua insiden itu? 

 5.  Sebelum itu: Penyokong United mengejek pemain lagenda Chelsea, Frank Lampard sebagai “Fat Lamp”, lembab, bodoh, terlalu tua, mementingkan diri sendiri dan hanya layak memanaskan bangku simpanan.

Fat? aku score 180 gol Rooney? pergi main jauh-jauh...


Selepas itu: Pada tingkap perpindahan Januari, Manchester United menunjukkan minat untuk mendapatkan tandatangan pemain ‘Fat’ Lampard itu sebagai pilihan utama untuk menutup kepincangan bahagian tengah mereka.
  
My love...Sebab mengapa Manchester United mahukan Lampard

Apa lagi yang perlu diulas? Berita paling melucukan untuk tahun ini.

6. Sebelum itu: Mengkritik Arsenal yang memanggil semula lagenda mereka Thierry Henry kembali sebagai pemain pinjaman untuk 3 bulan. Dan menganggap Arsenal berjimat-cermat dan terdesak.
Betul ka Henry? atau aku hanya bermimpi disiang hari??

  

Selepas itu: Alex Ferguson memanggil semula pemain lagenda mereka yang telah bersara, Paul Scholes. 

Terima kasih semua...Aik betul ke Paul bersara nih?? believe it or not?

Ferguson menyebabkan semua orang terpinga-pinga mengapa Paul Scholes yang baru sahaja bersara musim lepas, berada dibangku simpanan dengan memakai jersi United. Beliau masuk sebagai pemain gantian, kerana Fergie memanggilnya kembali setelah baru sahaja membuat majlis penghormatan buat Scholes dan juga termasuk perlawanan persahabatan khas buatnya. Sememangnya sesuatu yang sarkastik bagi pengurus cemerlang seperti Fergie seharusnya mempunyai idea yang lebih bernas selain memanggil semula orang yang bersara. Lucu? Memang teramat lucu, dan lebih lucu lagi apabila walaupun menjana idea yang bagus itu, Manchester United menghabiskan musim ini tanpa sebarang trofi. 

 
7. Sebelum itu: Mengutuk perbuatan Mario Balotelli yang meraikan kejayaan Manchester City dihadapan penyokong mereka dalam separuh akhir Piala Fa musim lepas. Kata mereka Balotelli adalah ‘disgrace’.

Kawe dah lama nak lekuk mamat Itang nih...


Selepas itu: Partrice Evra meraikan kemenangan Manchester United dihadapan Luis Suarez di Old Trafford. 



Selepas Luis Suarez enggan bersalam dengannya, Evra menggalakkan lagi api amarah antara mereka berdua, apabila secara sengaja meraikannya kemenangan mereka ke atas Liverpool, seolah-olah memenangi piala Liga. Disgrace? Apa kurangnya Evra tidak perlu berpura-pura suci.


8.    Sebelum itu: Mengejek perbuatan Luis Suarez, Andy Carroll, dan Didier Drogba yang begitu mudah jatuh apabila disentuh dan melakukan Diving.


Selepas itu: Ashley Young turut melakukan diving yang menjadikannya terkenal, dan QPR dan Aston Villa menjadi mangsanya apabila Manchester United diberikan sepakan penalti. Dan pemain dibuang padang. 



 Cuba tanya kepada penyokong Liga Inggeris apa pendapat mereka tentang ‘kaki penipu’ dan ‘kaki diving’? Mereka amat membencinya. Malah Penyokong Manchester United juga mengkritik Young dianggap memalukan. 
9.   Sebelum itu: Mempersendakan Liverpool yang bermain di Liga Europa, dan menganggap ia adalah pertandingan kelas kedua.

Kata Man U terror sangat Europa pun tak leh menang


  Selepas itu: Manchester United gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dan melayakkan diri bermain di Liga Europa

Inilah dia kelab power yang menyingkirkan Manchester United...



Kegagalan terbesar dan paling mengaibkan Manchester United apabila tersungkur dalam Liga Juara-Juara Eropah, walaupun pasukan lawan dalam kumpulan mereka dianggap agak mudah. Gagal menewaskan Benfica dan Basel, amat mengejutkan dengan sebagai reputasi juara Inggeris. Juga memalukan bola sepak Inggeris, nasib baik ada kelab yang bernama Chelsea menyelamatkan maruah bola sepak Inggeris, dengan layak ke akhir, jika tidak tahun hadapan Liga Inggeris hanya boleh menghantar 2 slot sahaja. Dan Liverpool boleh mendabik dada lagi, apabila pernah juga memenangi Piala UEFA, daripada Manchester United, yang merendah-rendahkan Liga Europa, akhirnya disingkirkan oleh Athletic Bilbao.