Penantian adalah suatu penyeksaan.
Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada perasaan menunggu sesuatu
yang tidak kunjung tiba, kesakitan menunggu cahaya yang datang
setelah selamanya berada didalam kegelapan, kesakitan yang nyata
apabila berusaha gigih, namun masih belum mencapai apa yang diingini.
Namun seperti lirik Jason Mraz dalam lagu Life is Wonderful
‘It takes some work to make it work; it takes some good to make it hurt, it takes some bad for satisfaction’.
Ya, hidup ini memang indah, semuanya
berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, dan kegagalan bukannya suatu
yang buruk semata-mata. Kepedihan yang dihadapi seabad lamanya, bila
Chelsea dikalahkan dalam perlawanan akhir dengan Loteri penalti oleh
Manchester United pada 2008, sehingga John Terry dipersendakan
seolah-olah dia tidak punya perasaan. Didier Drogba dipersalahkan
kerana menerima kad merah. Kemudian pada 2009, disingkirkan oleh
Barcelona dengan cara yang amat kejam, tidak pernah dilupakan, tidak
pernah dimaafkan. Kemudian bersilih ganti Pengurus, dan dihina dengan
pelbagai kata-kata yang tidak enak, kata mereka wang tidak mampu
membeli segalanya. Namun pemain-pemain yang telah bersama hampir 10
tahun ini, Terry, Cech, Drogba, Cole, Lampard, Malouda, Essien,
Mikel, Kalou tidak pernah berhenti berjuang. Sungguhpun kesukaran
yang dihadapi, dengan pertukaran pengurus dengan kerap mereka masih
mampu memenangi piala. Cuma satu sahaja yang belum lagi iaitu Piala
Eropah. Piala yang memerlukan banyak pengorbanan, kejatuhanan,
kebangkitan, malah wang ringgit, namun dia masih belum dapat
dimiliki, sungguhpun mereka memang layak. Dan sehingga ada teori
menyatakan Chelsea tidak mungkin memperoleh piala itu, dan pemain
bintang-bintang semuanya sudah semakin dimamah usia.
Seperti kebanyakan filem-filem
Hollywood berunsurkan sukan juga, gemar membuat skrip yang
berdasarkan bagaimana mereka yang tidak pernah diberi sebarang
harapan akhirnya menjadi pemenang. Namun bezanya kali ini ialah, ia
merupakan suatu realiti bukannya lakonan semata-mata. Tidak dapat
menolak jika cerita kebangkitan Chelsea akan dibuat skrip filem
Hollywood.
This is the real underdog’s story
Semasa perlantikan Andre Vilas Boas
yang masih mentah itu, tiada yang dapat meramalkan apa yang akan
berlaku. Kemasukan beberapa pemain baru, dan perubahan taktikal pada
mulanya menampakkan kesan positif, sehingga kemudian keputusan
perlawanan menjadi buruk, terutamanya apabila tewas kepada pasukan
pesaing utama seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool. Mereka
kelihatan lemah, malas, pertahanan yang rapuh, tidak bermaya, mereka
seperti sudah mati. Semua mula menuding jari kepada AVB, dan
pemain-pemain senior yang dikatakan bermain dibawah prestasi sebenar
mereka. Semuanya tertanya-tanya mengapakah AVB meletakkan
pemain-pemain penting dibangku simpanan dalam perlawanan yang
kritikal seperti Liga Juara-Juara Eropah. Frank Lampard, Ashley Cole,
Alex, Anelka yang tidak semena-mena diketepikan tanpa sebarang alasan
logik. Ketika itu mereka dikatakan menjadi punca kemerosotan Chelsea.
Seluruh dunia mengejek Chelsea, kata mereka pemain-pemain senior ini
besar kepala, enggan menuruti taktik AVB, dan tidak menghormatinya.
Diva-diva ini enggan mengaku bahawa mereka telah tua dan akan
digantikan dengan yang lebih muda. Namun semakin lama pemain-pemain
baru yang dibentuk oleh AVB, gagal menjadikan keadaan semakin baik.
Mereka kelihatan belum bersedia, dan hilang arah bermain tanpa pemain
berpengalaman. Ini dapat dilihat dalam perlawanan dengan Napoli di
Itali. Kemudian AVB yang enggan mengaku kesilapannya, berterusan
mempertahankan egonya. Dan kemudian terjadi siri Rebellion oleh
pemain-pemain Chelsea, yang membiarkan kekalahan dan beraksi dengan
amat buruk, agar AVB menyedari bahawa mereka ingin perubahan, dan
ingin singkirkannya secepat mungkin. Terutamanya Lampard yang
terang-terangan tidak berpuas hati. Lampard yang terkenal dengan
sikap profesionalnya dan berjaya menyerlah dibawah semua pengurus
Chelsea, tiba meletuskan perang. Sehingga ada ura-ura untuk dijual.
Akhirnya AVB yang kalah dalam peperangan tersebut. Dia dipecat
selepas kekalahan kepada West Brom ketika itu AVB berkata bahawa
Chelsea mampu memenangi Liga Juara-Juara Eropah, namun siapa
mempercayainya? penyokong mula berasa lega bahawa masalah terbesar
telah dibuang. Namun pemain Chelsea terus dikecam kerana sikap besar
kepala mereka itu. Terutamanya pemain-pemain senior. Kelegaan yang
dirasai tidak dapat meredakan keraguan bahawa apakah pasukan ini
masih berupaya untuk mengutip sisa-sisa perjuangan yang tidak
seberapa itu.
Pembantu jurulatih Roberto Di Matteo
yang dilantik sebagai pengurus sementara, dibebani tugas yang amat
berat untuk kembali meyakinkan pemain-pemain bahawa masih ada harapan
untuk mereka dan membuktikan kepada dunia The Old Guards atau The
Pensioners masih ada sesuatu untuk ditawarkan. Cabaran untuk Di
Matteo mengubah Chelsea dalam hanya tempoh 2 bulan sebelum musim
2011/2012 berakhir. Perlawanan pertama Di Matteo diakhiri dengan
kemenangan, namun ada perlawanan yang lebih sukar menanti dihadapan.
Napoli yang bertandang ke Stamford Bridge dengan bekalan selesa
defisit 2 gol. Ramai yang menyatakan Chelsea akan menerima nasib yang
sama seperti pasukan-pasukan Inggeris yang lain, tersingkir awal.
Gelanggang keramat yang pasti tidak akan dilupakan oleh penyokong
Kelab Itali itu, mereka menyaksikan amukan The Old Guards apabila
Terry, Drogba dan Lampard menjaringkan gol, dan mengikat perlawanan
ke masa tambahan kemudian Ivanovich menjaringkan gol yang memastikan
tempat The Blues ke suku akhir. Chelsea hanya pasukan kedua dalam
sejarah Liga Juara-Juara yang menghapuskan defisit 2 gol. Ketika
itulah detik kebangkitan Chelsea, inilah diri mereka yang sebenarnya.
Pemain-pemain yang tua itulah yang menjadi tunjang kebangkitan luar
biasa mereka.
Selepas kemenangan itu, Chelsea semakin
menunjukkan pemulihan, dengan kemenangan keatas Birmingham, Leicester
City, dan melangkah ke separuh akhir piala FA. Dalam perlawanan Liga
juga, sungguhpun keputusan tidak memberangsangkan, namun pertaruhan
Di Matteo memang tepat, merehatkan pemain-pemain utama untuk memberi
kelebihan mereka bermain dalam pertandingan Eropah dan Piala FA.
Perlawanan seterusnya dengan Benfica pula menceritakan skrip yang
sama, keraguan orang ramai tentang kemampuan mereka menewaskan
pasukan yang memberi kesukaran kepada juara Inggeris Manchester
United sehingga membawa kepada penyingkiran mereka dlm pertandingan
itu. Perlawanan ditempat lawan dimenangi 1-0, dan perlawanan kedua
2-1. Sungguhpun terdapat kontroversi dalam perlawanan itu, dan ramai
menyatakan Chelsea amat bernasib baik. Tuah mungkin benar-benar
menyebelahi Chelsea kali ini.
Seperti juga perlawananan yang lalu,
separuh akhir Piala FA yang bermula hanya dalam tempoh 48 jam sebelum
perlawanan separuh akhir dengan Barcelona. Ramai orang menjangkakan
Chelsea tidak akan menang. Berdasarkan faktor mereka kepenatan, dan
cara permainan mereka tidak mantap untuk menyekat musuh dari London
itu. Namun Spurs yang mengalami kemerosotan juga kelihatan tidak
langsung berjaya mencabar Sang Singa yang garang membunuh harapan
Spurs untuk memenangi Trofi dengan kemenangan 5-1. Keyakinan Chelsea
semakin tinggi, sebelum perlawanan Mega Blockbuster dengan Barcelona.
Misi membalas dendam kekalahan pada 3 tahun lalu, langsung tidak
mencukupi untuk orang lain memberi sedikit harapan bahawa Chelsea
mampu menewaskan pasukan terbaik abad ini. Malah menjadi bahan
gurauan dan lawak jenaka, bahawa mustahil Barcelona akan tewas,
kerana pasukan Barcelona yang sekarang ini bukan lagi seperti 3 tahun
dahulu, dan pasukan Chelsea pula bukannya muda lagi seperti 3 tahun
lalu. Permainan Tika Taka Football Barcelona dijangka akan membuatkan
Chelsea pening seperti mangsa mereka Milan di suku akhir. Jose
Mourinho awal-awal lagi meramalkan kemenangan kelab Catalunya itu,
namun bukannya beliau memperkecilkan Chelsea, namun kerana secara
sakarstik menyindir Barcelona yang sering digemari pengadil UEFA.
Namun Chelsea tetap mempunyai perancangan mereka, pemain-pemain
berpengalaman ini tahu apakah kelemahan Barcelona.
Pada bulan April yang menjadi bulan
yang paling penting buat Chelsea. Apabila mereka membuktikan kepada
dunia bahawa Barcelona boleh ditewaskan dan jangan sesekali memandang
rendah keupayaan Singa-singa tua. Perlawanan di Stamford Bridge
sekali lagi menjadi gelanggang berhantu buat Barcelona, mereka tidak
pernah menang disitu. Gol Didier Drogba yang mengejutkan semua orang
diseluruh dunia. Gerakan cantik daripada Lampard dan Ramires. Yang
memastikan kemenangan, Barcelona yang nampak tersentak terus
menyerang kubu Chelsea, namun barisan pertahanan Chelsea tetap utuh
bertahan, dengan diketuai John Terry. Keazaman mereka begitu
terserlah, bersungguh-sungguh mempertahankan pintu gol mereka. Mereka
telah melakukan “Performance of their lives”. Tuah juga semakin
menyukai Chelsea, dengan beberapa percubaan didepan pintu gol gagal
disempurnakan oleh Barcelona. Kemudian perlawanan kedua, Chelsea yang
dikritik teruk atas corak permainanan Anti-football atau Park the
Plane mereka, tetap menggunakan taktikal yang sama. Namun masih lagi
orang ramai meramalkan Chelsea tidak akan dapat menyekat Barcelona di
Nou Camp, juga Chelsea tidak menang disitu dalam 8 perlawanan.
Serangan Barcelona berjaya dipatahkan dan mereka kekal bersabar dan
bertenang. Sehinggalah suatu insiden bodoh yang menyebabkan Terry
dibuang padang, semua orang percaya Chelsea akan musnah sebentar
lagi, Barcelona menjaringkan 2 gol, dan kelihatan semakin garang
untuk menambah lebih lagi gol. Namun entah dari mana Lampard yang
menjadi senjata utama Chelsea setiap kali perlawanan dengan
Barcelona. Pemain berusia 33 tahun ini, melorongkan bola
ditengah-tengah dua permain Barcelona dengan Ramires terus menyepak
lambung dan menewaskan Victor Valdes. Pemain Barcelona begitu kecewa
dan suasana stadium menjadi sunyi sepi. Lampard sentiasa menang dalam
perlawanan besar, dan menyebabkan bintang-bintang Piala Dunia
Fabregas, Iniesta, Xavi kelihatan lenyap dari atas padang. Permainan
pintar dan efektif itulah yang menyebabkan beliau lawan yang paling
sukar dijangka. Separuh masa kedua Drogba memberi sepakan penalti
kepada Barcelona, namun Messi menyepak terkena palang, seolah-olah
menandakan pemain itu tidak akan menjaringkan gol menentang Chelsea.
Mungkin Tuhan sedang melindungi mereka dan Drogba kali ini. Chelsea
kekal dengan keazaman mereka yang bermain dengan 10 orang, dan
mengotakan janji mereka akan bertahan sehingga mati. Kemudian Torres
yang mendapat bola dikawasan yang kosong, menjaringkan gol dan
mencipta sejarah kelab mereka, dalam satu perlawanan yang luar biasa.
Perlawanan tentang perdebatan falsafah idealogi bola sepak pasti akan
diingati sehingga berabad lamanya.
Sungguhpun begitu, Chelsea masih lagi bukan pilihan dalam perlawanan dengan Liverpool di final Piala FA. Liverpool yang menewaskan mereka dalam 2 perlawanan Liga musim ini, dijangka akan mengetepikan Chelsea yang keletihan. Ramires pemain Brazil yang bertubuh kecil dan sangat pantas memperkotak-katikan pertahanan Liverpool Jose Enrique, dan menjaringkan gol pertama. Kemudian separuh masa kedua, gandingan duet yang pada suatu ketika dulu paling berbahaya di Eropah, Lampard-Drogba, memusnahkan pertahanan Liverpool dengan gol bijak daripada Drogba. Liverpool yang memberi saingan yang hebat kepada Chelsea menjaringkan gol melalui Carroll. Dan kemudian kontroversi garisan gol terjadi, namun penjaga gol Chelsea Petr Cech menunjukkan kenapa beliau yang terbaik didunia menepis bola tersebut, sungguhpun bola tandukan itu amat pantas dan kuat. Chelsea dinobatkan sebagai juara piala FA buat kali ke-4. Siapa yang menyangkakannya?
Namun persembahan sebenar masih belum
dilihat. Dengan beberapa peristiwa luar biasa yang berlaku musim ini,
dengan Manchester City yang memperoleh kejuaraan Liga Inggeris dalam
perlawanan terakhir musim ini. Dan Chelsea menjadi lambang kepada
musim paling menyeronokkan, luar biasa, aneh dan mengujakan dalam
sejarah bola sepak. Bayern kelihatan terdesak untuk mengelakkan
daripada menamatkan musim tanpa sebarang trofi setelah kalah kepada
Juara Bundesliga Borussia Dortmund dalam Piala Jerman. Chelsea selesa
menjadi pasukan bukan pilihan diasak bertubi oleh gandingan serangan
Batman-Robin Robben dan Ribery. Begitu banyak percubaan Munich namun
gagal mencari penyudahnya. Bayern yang bermain di gelanggang sendiri,
terlepas banyak peluang didepan pintu gol. Tuah? Mungkin benar,
Chelsea benar-benar bertuah. Namun keazaman pemain-pemain Chelsea
layak dipuji terutamanya pemain-pemain baru dan muda seperti Luiz,
Mata, Cahill, Betrand semangat melawan mereka dan mempertahankan gol
mereka serta penuh berdisiplin. Chelsea beberapa kali membuat
percubaan di gawang Bayern. Kelihatan seperti tiada harapan buat
mereka, apabila Thomas Muller menjaringkan gol pada minit ke-80.
Semuanya kelihatan tidak akan menyebelahi Chelsea. Namun, takdir
Tuhan tiada siapa yang mampu melawan. Chelsea yang hanya memperoleh
sepakan sudut kedua, Mata mencari penyerang Ivory Coast berusia 34
tahun Didier Drogba, yang sering dikritik atas diving dan lakonannya
diatas padang, menjaringkan gol paling kritikal buat Chelsea pada
minit 88. Tergamam semua penyokong pasukan tuan rumah, serta para
tetamu VIP, ahli politik dan para pemain-pemain lagenda Jerman yang
berada di stadium itu. Mimpi ngeri kekalahan Bayern kepada Manchester
United pada 1999 kembali menghantui mereka. Piala yang sebentar tadi
bakal diikat dengan riben merah tiba-tiba bakal bertukar warna riben.
Masa tambahan 30 minit, dan Bayern yang tidak kenal erti letih, terus
menyerang, Drogba yang bakal menjadikan dirinya daripada hero kepada
zero, memberikan sepakan penalti kepada Bayern. Arjen Robben yang
membina karier bola sepaknya di Chelsea 7 tahun lalu, menyepak
penalti dan diselamatkan wira sejati Petr Cech. Akhirnya Robben yang
menjadi Hero kepada Zero. Dan takdir Tuhan tidak dapat dihalang lagi.
Dan sepakan penalti akhinya menjadi penentu pemenang. Sekaligus
memori pahit final 2008 di Moscow tiba-tiba kembali. Dan kata orang
Jerman, Jerman tidak akan kalah penalti. Cech gagal menghalang
sepakan Lahm, dan Neuer pula menepis sepakan Mata. Bayern kelihatan
yakin, selepas sepakan Gomez, Luiz, Neuer, Lampard berjaya sepakan
Olic dari Croatia dinafikan oleh Cech, dan kemudian Cole, dan
seterusnya pengambil sepakan terakhir Bayern yang menjadi wira
separuh akhir menentang Real Madrid, Bastian Scheweinteiger, menyepak
terkena tiang, kini Chelsea mempunyai kelebihan, dengan Zero yang
bertukar menjadi Hero Didier Drogba, pengambil sepakan penalti
terkahir memperdayakan Neuer dan membawa Piala Eropah ke Stamford
Bridge di London itu. Buat kali pertama dalam sejarah mereka. Dan
bergembiralah penyokong Chelsea diseluruh dunia, dan wira-wira The
Blues mengalirkan air mata kegembiraan atas kemenangan mereka setelah
menunggu selama 10 tahun. Penantian akhirnya ditamatkan, piala yang
menjadi lambang kepada 7 pertukaran pengurus, pemain-pemain keluar
masuk, berbillion yang dibelanjakan terbalas, serta keazaman dan
semangat juang mereka yang tidak kenal erti putus asa. Itulah
perlawanan terakhir Didier Drogba untuk Chelsea, dan Lampard dan John
Terry sama-sama menjulang piala idaman setiap kelab di Eropah itu.
Keajaiban Tuhan yang sering didengari
dapat disaksikan di Allianze Arena
Selamat Tinggal Didier Drogba
Roberto Di Matteo lagenda Chelsea
Chelsea ditubuhkan pada 1905 dan
memenangi Piala Eropah pertama pada 19.05.2012









No comments:
Post a Comment