Sunday, September 11, 2011

10 individu paling dibenci dalam bola sepak


Kebencian datang dari hati, dan ia juga amat subjektif utk dibicarakan. Diatas padang bola sepak mengumpulkan pelbagai jenis manusia, karenah, dan personaliti. Pemain bola sepak dilahirkan sebagai atlit dan juga manusia biasa, adakala baik, adakala buruk perangainya. Kadang kala mereka dibenci kerana “lemah gemalai” pantang diterjah asyik jatuh saja, ada juga dibenci kerana perangai buaya darat, ada juga dibenci kerana sombong juga kerana asyik membebel spt emak-emak kpd setiap keputusan pengadil. Berikut merupakan 10 individu paling dibenci dalam bola sepak

10. Adrian Mutu
Pemain harapan pasukn Romania, tapi menghancurkan karier sendiri. Berada dalam senarai ini kerana masalah penyalahgunaan dadah semasa bermain untuk Chelsea, tapi bukan sekali, lebih dari dua kali. Ingat dah insaf rupanya “banana fruit twice” seperti kata Adnan Sempit.

Madah-madah kebencian: “Saya rasa ini keras hukuman, beliau berkata “ia nampak terlalu banyak. Saya sangka kurang kerana, ya, silap telah dilakukan ia berhak untuk dibayar tapi tidak terlalu banyak”

Yang penting bini aku cantek!!!
9. Diego Maradona
Anda mungkin menyatakan Maradona seorang lagenda dan digemari semua orang. Tapi soal kehebatannya telah lama berlalu, kita dah masuk alaf baru!! Kebencian terhadap Maradona meluap-luap semasa menjadi jurulatih Argentina, ada sahaja pelbagai karenah peliknya, dan ke”over”an melampaunya, kemudian degil dan perasan dia coach yg bagus, tak mahu dengar nasihat orang lain. Semua orang tahu awak pemain terbaik sepanjang zaman, tapi tak bermakna awak boleh buat perangai sesuka hati!

Madah-madah kebencian: “Saya benci semua yang datang dari Amerika, saya membenci dengan seluruh kekuatan saya”

Nasib baik kau kena pecat..kalau tak haru..

8. Didier Drogba
Pemain yang amat popular dalam senarai pemain dibenci, pada awal kariernya di Chelsea dia amat dibenci oleh penyokong sendiri kerana sering amat suka “terjun” dalam kotak penalti. Pastu tak cukup dengan itu dia juga banyak songeh dan gemar komplen dengan setiap keputusan pengadil. Siapa boleh lupakan peristiwa dia menerkam pengadil semasa perlawanan separuh akhir dengan Barcelona, mcm harimau kumbang woo!!

Madah-madah kebencian: “Saya penyokong Arsenal, dan saya benci lelaki ini dan berhajat dia mampus” “Penerjun nafas anjing harus dibuang keluar dari bola sepak titik noktah”

Dah la dibenci pastu disamakan dgn uruk hai pulak??

7. Marco Materazzi
Pemain yang tiba-tiba mencapai kemuncak populariti bukan kerana menjadi wira Piala Dunia Itali, tapi kerana insiden ditanduk oleh Zinedine Zidane yang menyebabkan pemain lagenda itu dibuang padang. Kemudian Materazzi dikatakan telah mempersendakan Zidane dan mengejek keluarganya. Tak cukup lagi? Pemain ini juga terkenal dgn beberapa insiden keganasan diatas padang, dan pemain yang sinonim dengan kad merah di Serie A.

Madah-madah kebencian: “Milan, Juve, Roma peminat benci Materazzi, Itali peminat benci Materazzi, Perancis peminat benci Materazzi, Zidane peminat benci Materazzi, dan Inter peminat benci Materazzi”

Aku dapat gak piala ni korang ade ke??
 
6. John Terry
Chelsea mmg terkenal sebagai kelab budak-budak nakal?. Sudahlah selepas dihina setelah tergelincir dan sepakan tersasar seolah menyepak keluar piala yang di idamkan oleh Abramovich, pada mulanya disanjung sebagai “John The Leader”, tercalar reputasinya apabila dikaitkan dengan skandal meniduri awek Perancis hot yang juga bekas tunang bekas rakan sepasukannya Wayne Bridge. Kesannya? dia dihambur dan diejek secara berjemaah oleh semua penyokong bola sepak, baik pasukan lawan mahupun penyokong sendiri. Tak cukup dgn itu, dia dilucut jawatan ketua pasukan kebanggsaan. Mungkin leader pasukan sorak lebih sesuai buatnya?

Madah-madah kebencian: “Kenapa saya benci John terry? pertama Tanya Wayne Brigde dari Manchester City kedua dia memberi UCL 2007-2008 kepada Man Utd walaupun mereka layak”

Dah 3 tahun berlalu korang masih belum habis ke? Hu..hu....
5. Jose Mourinho
Apalagi yang boleh dikomen pasal lelaki yang terkenal dengan madah berbisanya? Semasa tiba di Chelsea, (Chelsea lagi?) dia telah membuat media di England membencinya dan pengurus-pengurus lain tidak berpuas hati dengannya, kerana sikap angkuhnya, dan sering menganggap dirinya begitu istimewa. Namun media amat menyukai sikap berterus terangnya, dan tidak peduli apa org lain kata “Who Caress??” Antara madah-madah terkenalnya ialah “Anda patut takutkan wabak selsema burung bukan apa yang berlaku kepada pasukan saya” “Ini rancangan bola sepak bukan? anda harus bertanya soalan berkaitan bola sepak sahaja.”. Gelaran The Special one juga pada mulanya diberikan olehnya sendiri.

Madah-madah kebencian: “Dalam 5 tahun saya tidak pernah punya perlawanan mana pasukan saya punya kurang penguasaan daripada lawan”

Apa mesej yg cuba disampaikan??

4. Cristiano Ronaldo
Jika Drogba ialah Raja “Terjun” ini adalah Maharaja Terjun. Kebencian terhadapnya setibanya di Old Trafford, peminat menggemari aksi “tarian” diatas padang yg membuatnya terkenal. Namun begitu sikap angkuh, sombong, gemar membuat larian deras agar diterjah oleh pemain lawan, pandai berlakon, pernah membuat provokasi mnyebabkan Rooney dibuang padang, juga beranggapan pasukannya berjaya kerana dirinya. Sering diejek oleh penyokong namun dia kata “ada aku kesah?”, juga seorang kaki perempuan. CR7 merupakan ikon kepada superstar tapi angkuh, pendek kata superstar sebenar.

Madah-madah kebencian: “Saya benci Ronaldo ialah salah satu frasa paling popular di Google dalam 2007 telah didedahkan, Pemain Manchester United itu teratas dalam undian benci”

Okey gak kalau join olimpik kan??

3. Wayne Rooney
Walaupun ramai individu didalam senarai ini terlibat dalam pasukan “Sang Singa Biru Stamford.” Namun dua pemain Manchester United berada dlm 5 paling dibenci didunia. (Motif??) anak emas Si Setan merah, dianggap jelmaan Pele walaupun jurang yg amat ketara antara kedua2 mereka. (Papan catur warna apa??). Pada awalnya Rooney tidak tersenarai, namun apabila kronologi kisah daripada sindrom bercakap tentang “Rooney The best player in the world” kepada maki hamun penyokong England ketika Piala Dunia setelah diejek bermain seperti mengigau si siang hari, kepada skandal seks dengan pelacur semasa isterinya hamil, kepada membuat perangai mengada-ngada dan merengek seperti budak darjah 1 semasa ingin memperbaharui kontraknya, kepada meraikan jaringan Hat-rick di Upton Park dengan sumpah seranah dan F*** words kepada berjuta-juta penonton diseluruh dunia!! Tarik nafas sekejap... entah apalagi karenahnya selepas ini menjadikannya semakin popular dimuka hadapan akhbar-akhbar tapi bukan cerita kehebatannya.

Madah-madah kebencian: “Saya benci Rooney meraikan gol, atau ia kerana dia adalah Rooney” “Jangan Bimbang Wayne Rooney itu bukan anak awak tapi Adebayor ” Lagu anti-Rooney.
Uwekkk!!uwekk!! 

2. Mario Balotelli
Jika anda bertanya kepada pakcik Google nescaya anda akan menemui lebih byk perkara negatif daripada perkara positif tentang dirinya. Jika di Malaysia kita ada Si tanggang, dia pula Tanggang versi Afrika diambil sebagai anak angkat oleh pasangan kaya Itali. Namun begitu beliau tidak tahu bersyukur dan sikap angkuhnya semakin menjadi-jadi. Walaupun dianggap sebagai bakat besar buat pasukan Itali, namun kebencian peminat Itali tidak dapat dibendung lagi. Semasa di Inter pernah diejek oleh penyokong kerana enggan mengejar bola, pernah didenda oleh pengurus Itali kerana melanggar etika, selain Mourinho juga fed-up dengannya dan sudah banyak kali ditegur namun masih tetap dengan perangainya., di Manchester City, mendatangkan lebih byk masalah 2 kali dibuang padang, pergaduhan telah menjadi rutin hariannya, selain mengeluarkan kata-kata angkuhnya spt tidak mengenali Jack Wilshere, dan mempersendakan Rooney (Kau fikir kau bagus kah??), didenda kerana membaling dat ke arah pemain skuad remaja, dan yang terbaru membuat lawak meraikan kemenangan dihadapan penyokong Manchester United semasa perlawanan piala FA. Adakah anda tidak cukup membencinya lagi??

Madah-madah kebencian: “Hanya ada seorang pemain lebih sedikit kuat daripada saya ialah Messi, pemain lain semuanya dibawah saya”

Aku super mario!! tentulah aku paling hebat!!

1.       Sepp Blatter
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa beliau berada di tangga pertama? Siapa yang tahu apa itu sukan bola sepak, maka anda wajib mengenali siapa itu Blatter, sedari saya mengenali sukan bola sepak, Presiden masih dipegang olehnya hingga kini. Kenapa dia begitu dibenci? Kerana dialah punca kepada segala masalah berkaitan dengan bola sepak sama ada etika kejohanan, perundangan, pengadilan. Jika anda amat bencikan mutu pengadilan yang Lahar (Singkatan untuk lakhanat), juga undang-undang yang tidak masuk akal, mahupun sistem pengundian pemilihan pemain terbaik, dan kadangkala mengenakan hukuman yang tidak sepatutnya. Sudah semestinya anda berkata YA! jika ingin mengungkit peristiwa yang mempertikaikan FIFA, semestinya akan berbakul-bakul komplen anda, malah tidak akan cukup untuk satu entri blog. Contoh yang paling ketara ialah teknologi garisan gol selepas kontroversi penjaga garisan gagal mengesan gol Frank Lampard, namun FIFA buat bo-layan, sekejap kata akan dipertimbangkan, sekejap kata tidak Ahhh!! Bangang sungguh! Malah banyak kali FIFA diminta guna teknologi video tidak diendahkan, kononnya menjaga kredibiliti pengadil! Ahhh!! Benci aku!!!.Ini belum masuk lagi komplen tentang pengadil-pengadil FIFA, siapa boleh lupakan betapa Gaya Mutu dan Keunggulan pengadilan perlawanan Piala Dunia 2002?? ramai mempertikaikan, namun hingga ke piala dunia 2010, masalah belum selesai, Bengap!! Bengap!! Bagaimana pula reaksi FIFA semasa begitu ramai pihak hairan bagaimana Wesley Sneijder tidak berada dalam senarai 3 calon Ballon D`or, beliau menjawab sistem pengadilan mmg adil. Jika Tanya kepada budak umur 3 tahun pun tahu Sneijder mmg layak. Selagi orang tua ini masih berada dalam FIFA, bagaimanakan kita dapat menikmati bola sepak dengan tenang??

Madah-madah kebencian: Bila Thiery Henry menjaringkan gol menggunakan tangan, reaksi bodoh Blatter  ialah “Ireland tidak akan mendapat pampasan wang tapi mereka seharusnya mendapat pampasan moral”

Aku dah bagi duit kopi pun masih nombor 1 jugak?? 




Saturday, May 28, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 Final: Manchester United Lwn Barcelona


Perbandingan Pengurus

Sir Alex Ferguson

  • Pengurus cemerlang dekad lalu dan juga mungkin dekad kini
  • Pakar dalam permainan kreativiti taktikal
  • Pakar motivasi dan berjaya mendisplinkan pemain-pemain bermasalah
Pep Guardiola
  • Pengurus muda paling dikehendaki
  • Tidak dinafikan berjaya membentuk pasukan yang menghiburkan dan diibaratkan seperti sebuah unit yang bertindak seperti robot yang diprogramkan. 
  • Mencapai kejayaan luar biasa diawal karier kejurulatihannya.
Pemenang: Sir Alex Ferguson
Faktor pengalaman membezakan mereka, Alex Ferguson sudah biasa dengan perlawanan akhir dan amat jarang sekali ditewaskan di pentas akhir. Keupayaan membentuk pasukan yang disegani dan berkualiti disekeliling pemain bertaraf sederhana atau tidak terkenal, pendek kata melahirkan superstar sebenar. 

Perbandingan Pemain: Satu lawan Satu

Edwin Van Der Sar Lwn Victor Valdes

Edwin Van Der Sar
  • Pemenang liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris
  • Penjaga gol utama untuk pasukan Belanda sebelum bersara
  • Antara penjaga gol terbaik di dunia
Victor Valdes
  • Pemenang piala dunia, Liga juara-juara 2 kali, Juara liga Sepanyol
  • Penjaga gol ketiga untuk pasukan Sepanyol
  • Penjaga gol yang peka dan boleh diharapkan
Pemenang: Edwin Van Der Sar
VDS dianggap sebagai perwira di Old Trafford, antara penjaga gol yang banyak menyelamatkan pasukannya. Selain pengalaman yang luas, beliau juga sentiasa fokus dan amat sukar ditewaskan dengan rembatan jarak dekat mahupun jauh. Anda perlu bijak untuk memperdayakannya.

Rio Ferdinand Lwn Carles Puyol

Rio Ferdinand
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Dianggap salah satu pemain generasi emas England.
  • Kuat, kental, serta amat stabil dan tidak gopoh dalam bertindak.
Carles Puyol
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara Eropah, Liga juara-juara, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Anak tempatan yang amat dipercayai dan disayangi oleh penyokong, seorang yang amat berkerja keras.
  • Bukanlah pemain pertahanan terbaik namun beliau berjaya membentuk barisan pertahanan yang mantap dengan pemain gandingannya, serta pilihan utama dalam pasukan kebangsaan.
Pemenang: Carles Puyol
Walaupun pengalaman dan kualiti mereka boleh dikatakan setanding, namun Puyol mengatasi Rio dan cemerlang dalam kejohanan besar.

Gerard Pique Lwn Nemanja Vidic

Gerard Pique
  • Pemenang piala dunia, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Amat mudah sekali menempatkan diri sebagai pemain penting kebangsaan Sepanyol, dengan kualiti pertahanan, kekuatan fizikal serta tidak mengecewakan ketika menyerang.
  • Kejayaan yang melimpah di usia muda.
Nemanja Vidic:
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Antara pemain yang tidak dikenali namun ditukar menjadi antara pemain pertahanan disegani di dunia oleh Fergie.
  • Corak permainan yang bersungguh dan tidak gentar dengan lawannya.
Pemenang: Gerard Pique
Kerana beliau memenangi piala dunia dan melengkapkan pasukan berbakat Sepanyol. Walaupun Vidic lebih berpengalaman namun pencapaian Pique dianggap luar biasa di usia muda dan mungkin banyak lagi di masa akan datang.

Dani Alves Lwn Fabio Da Silva

Dani Alves
  •  Pemenang  liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Terkenal dengan permainan lasak dan gemar menyerang seperti kebanyakan pemain bek Brazil yang lain.
  • Seorang yang bersungguh-sungguh dan boleh dipercayai ketika berhadapan dengan penyerang pantas.
Fabio Da Silva
  • Pemenang Liga perdana Inggeris.
  • Yakin dan juga bijak dalam membantu serangan.
  • Dianggap pengganti kepada pemain lagenda Gary Neville.
Pemenang: Dani Alves
Alves amat jelas pemain paling cemerlang Brazil dalam beberapa tahun ini. Fabio yang lebih muda namun mungkin bakal menempah lebih banyak kejayaan lebih besar. Secara individu kualiti dan kesungguhan Alves tiada tandingan. 

Eric Abidal Lwn Patrice Evra

Eric Abidal
  • Pemenang  liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol
  • Dalam pasukan kebangsaan Perancis pernah diletakkan sebagai pemain bek tengah.
  • Fleksibel, dan kemampuan untuk bertenang dalam apa jua situasi.
Patrice Evra

  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Antara pemain bek kiri terbaik di dunia.
  • Pantas, kualiti sebagai ketua dan menjadi contoh yang baik, bijak melakukan terjahan tepat pada masanya.
Pemenang: Patrice Evra
Evra menjadi bek kiri yang paling dikehendaki di dunia, Evra juga mengatasi Abidal dalam perebutan posisi bek kiri pasukan Perancis. Abidal pemain yang bagus, namun beliau bukanlah pemain terbaik di Barcelona.

Sergio Busquet Lwn Michael Carrick

Sergio Busquet

  • Pemenang piala dunia, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol
  • Merupakan pemain penting yang membolehkan bola dikawal oleh Barcelona
  • Pemain utama pasukan kebangsaan Sepanyol
Michael Carrick
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris
  • Semakin melihatkan peningkatan dalam permainannya terutamanya musim ini.
  • Pemain yang masih ketinggalan di belakang Gareth Barry dalam pasukan kebangsaan England.
Pemenang: Sergio Busquet
Jelas sekali Busquet menikmati kejayaan cemerlang walaupun Carrick lebih berusia. Carrick juga ketinggalan dalam aspek pengalaman antarabangsa. 

Xavi Hernandez Lwn Ryan Giggs

Xavi Hernandez
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Tempat ketiga pemain terbaik FIFA
  • Seorang playmaker dan nadi tengah pasukan Barcelona.
  • Terkenal dengan visi dan hantaran tepatnya yang merupakan kunci utama unit serangan Barcelona.
Ryan Giggs
  • Pemenang Liga juara-juara 2 kali, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Pemain sayap lagenda di Liga Inggeris dekad lepas malah masih cemerlang sehingga kehari ini.
  • Larian deras, hantaran lintang  yang tepat. serta kebolehan menjaringkan gol merupakan igauan ngeri pasukan lawan.
Pemenang: Xavi Hernandez
Mungkin kelihatan agak kejam buat pemain lagenda seperti Giggs, namun kejayaan yang dikecapi Xavi mengatasi Giggs walaupun Giggs ketika seusia dengannya. Xavi juga antara yang terbaik didunia dan di iktiraf dan Giggs tidak mendapat penghargaan sepertinya.

Andres Iniesta Lwn Nani

Andres Iniesta
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Tempat kedua pemain terbaik FIFA
  • Larian pantas dan kelicikannya menghidu peluang amat sukar disekat.
  • Pemain yang ditakuti kerana sering menjaringkan gol ketika di saat genting.
Nani
  • Juara liga perdana Inggeris
  • Mampu bangkit daripada kemerosotan prestasi musim lepas apabila hampir disingkirkan daripada pasukan.
  • Bakat menghantar bola lintang dan juga gemar melakukan larian kedalam kawasan penalti juga penjaring go yang semulajadi,
Pemenang: Andres Iniesta
Iniesta bukan sahaja pemenang malah memainkan peranan penting dalam kejayaan Sepanyol dan Barcelona. Nani masih banyak yang perlu dibuktikan di masa akan datang, namun bakatnya tidak boleh diragui.

David Villa Lwn Park Ji Sung

David Villa
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik FIFA.
  • Rekod jaringan yang menakjubkan ketika mewakili Valencia dan juga Sepanyol.
  • Penjaring gol yang semulajadi dan gemar membuat tindakan di luar dugaan.
Park Ji Sung
  • Pemenang Liga juara-juara  kali, Juara liga perdana Inggeris
  • Pemain Asia pertama memenangi liga Inggeris dan liga Juara-juara
  • Terkenal dengan jolokan 3 Lungs Park merujuk kepada larian tanpa hentinya di atas padang.
Pemenang: David Villa
Penyerang prolifik yang dikagumi kerana rekod jaringannya malah bakal menambah lagi koleksi trofinya tahun ini. Ji Sung pula pemain yang tidak pernah mengecewakan.

Pedro Rodriguez Lwn Javier Hernandez

Pedro Rodriguez
  • Pemenang piala dunia,  Liga Sepanyol
  • Merupakan satu lagi produk akademi bola sepak Barcelona
  • Bergandingan baik dengan Villa dan Messi namun juga perlu diberi perhatian ketika dalam kotak penalti kerana mampu menjaring gol.
Javier Hernandez
  • Pemenang liga perdana Inggeris
  • Dibeli dengan harga yang murah, dan membalas dengan persembahan menakjubkan dalam musim pertamanya.
  • Tajam menghidu bola, pantas, bijak serta pergerakan yang sering mengelirukan lawan.
Pemenang: Jika hanya kemenanga piala dunia yang membezakan mereka ia mungkin agak berat sebelah. Maka saya memutuskan pertandingan ini seri kerana faktor kedua-dua mereka masih belum membuktikan potensi sebenar mereka.

Lionel Messi Lwn Wayne Rooney

Lionel Messi
  • Pemenang liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Pemain terbaik FIFA dua kali.
  • Pemain superstar yang mempunyai rekod jaringan yang luar biasa.
  • Sentiasa menghiburkan dengan teknik mengelecek pemain lawan dan sungguhpun banyak cara di cari untuk menyekatnya namun masih gagal.
Wayne Rooney
  • Pemenang Liga juara-juara  kali, Juara liga perdana Inggeris
  • Pemain sensasi England ketika di awal kemunculannya dan di gelar Pele putih 
  • Semakin meningkatkan permainannya sebagai pencipta peluang dan juga penjaring gol semula jadi.
Pemenang: Lionel Messi
Tidak syak lagi Messi pemain terbaik pernah disaksikan di abad baru ini. Rooney juga belum membuktikan kemampuannya memenangi perlawanan penting. 

Keseluruhan:

Tiada yang dapat menghalang kemaraan Barcelona ketika ini, jika meneruskan konsep dominasi bola mereka atau total football. Dan sekiranya Messi terus menjadi ancaman dan berterusan menjadi faktor kemenangan mereka. Dan ketika ini hampir mustahil untuk menyekat mereka. Namun mereka perlu berhati-hati dengan kehadiran Chicharito merbahaya dan kerana corak permainannya masih belum diterokai mungkin mampu membunuh mereka. Manchester United perlu yakin dan harus mengabaikan permainan psikologi pemain Barcelona dan cuba menyekat Xavi dan Iniesta, walaupun kelihatan agak mustahil dan Chicharito mungkin pemain yang akan memberi perbezaan. 

Wednesday, April 27, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan separuh akhir: Barcelona lwn Real Madrid

Alah..aku sorang pun boleh lawan diorang tau...



Huahhhh!!! Real ibarat Jerung menunggu mangsa??
Suku akhir:

Barcelona:
Menentang Shakhtar ibarat seperti durian runtuh buat mereka, dan juga malapetaka buat pasukan lawan, mungkin kedengaran seperti kejam, sungguhpun mereka tidak bermain dgn sepenuh hati mereka masih mampu menang.

Real Madrid:
Menentang pasukan yang bersemangat seperti Tottenham Hotspurs merupakan ujian hebat buat pasukan Mourinho, dan mereka melakukan dengan penuh bergaya secara tiba-tiba meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan.

Rekod 5 perlawanan terakhir:

Barcelona
Menang 3, seri 1, kalah 1

Real Madrid
Menang 4, seri 1

Perbandingan Pengurus:

Pep Guardiola Lwn Jose Mourinho
Pertarungan yang dianggap paling tegang pada musim ini, sungguhpun Mourinho menang musim lepas ketika mengendalikan Inter. Namun pasukan Guardiola ibarat seperti pahlawan handal apabila menang besar 5-0 di tempat sendiri. Kelihatan seperti jurang yang amat besar antara kedua pasukan. Namun semuanya berubah apabila Real mencipta kejutan dengan merampas Piala Copa Del Rey. Ternyata Mourinho yang terkenal dgn kehandalan taktikalnya, telah membuat pendekatan offensive dan menyeru pemainnya menggunakan taktik psikologi ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya. Namun Guardiola pula tidak kurang hebat dengan kepercayaan terhadap falsafah Total Football dan juga pakar dalam memotivasikan pemainnya.

Pemain penting:

Lionel Messi lwn Cristiano Ronaldo
Memang aneh apabila kedua-dua pemain berkelas tinggi ini mejaringkan jumlah gol yang hampir serupa, mereka seperti bersaing sesama sendiri walaupun tidak secara rasmi. Perlawanan ini akan menentukan siapa jaguh dan Raja Gol sebenar. Messi tidak pernah mengecewakan pasukannya dan amat dipercayai oleh rakan-rakannya. Setakat ini pelbagai cara dicari untuk mengatasi pemain ini, namun pemain ini ternyata kreatif dan tidak kering dengan idea, kemaraan yang sukar dihalang. Ronaldo pula kekal menjadi penyerang yang sentiasa boleh diharapkan, kini semakin digemari sebagai penyerang sejati walaupun pada mulanya seorang pemain sayap, kerana rekod jaringan dan bakat semula jadinya beliau telah ditranformasikan sepenuhnya. Sekiranya Puyol diturunkan dalam perlawanan ini, mungkin akan menyukarkan Ronaldo untuk bergerak.

Siapa akan memenanginya?
Dalam pertemuan mereka yang terbaru, kedua-dua pasukan telah dikritik hebat kerana corak permainan yang agresif, dan tidak bersikap professional, atau dengan kata lainnya bermain seperti “neraka” terutamanya pasukan Real Madrid yang menggunakan psikologi sedikit kekerasan, dan menggunakan kelebihan fizikal pemainnya. Ini membuatkan pasukan Barcelona tertekan terutamanya apabila mereka gagal menjaringkan gol. Namun, saya secara peribadinya memilih Barcelona untuk menang berdasarkan permainan berpasukan mereka dan semangat enggan kalah dalam diri pemain mereka. Namun dengan syarat mereka tidak harus melayan karenah dan psikologi yang digunakan pemain Madrid, mereka harus bertenang dan fokus kepada permainan dan mengelakkan diri menjadi mangsa provokasi. Walau apapun, perlawanan ini pastinya menjanjikan saingan menarik, drama tanpa batasan melibatkan perseteruan paling dasyat dalam sejarah bola sepak Eropah.

Ramalan Keputusan:
Barcelona 3 Real Madrid 2.

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan separuh akhir: Mancheshter United lwn Schalke 04

Osama juga peminat MU??
Inilah dikatakan makin tua makin menjadi

Perlawanan Suku akhir:
Manchester United:
Mencatat persembahan cemerlang menewaskan musuh dan juga pesaing utama mereka, Chelsea adalah satu pencapaian hebat. Mereka juga menyingkirkan satu lagi pasukan pilihan kejohanan.

Schalke 04:
Ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi kepada mereka, tetapi ternyata pasukan Underdog yang dikehendaki dalam kejohanan ini telah membelasah juara bertahan Inter Milan merupakan detik bersejarah.

Rekod 5 perlawanan terakhir:

Manchester United

Menang 4, Seri 1, Kalah 0

Schalke 04 

Menang: 2, Seri: 1, Kalah: 2

Perbandingan pengurus:

Alex Ferguson Vs Ralf Rangnick

Otai lama dalam bola sepak Ferguson terkenal dengan kedegilan, sifat enggan mengalah, dan juga bijak dalam taktikal, manakala lawannya Rangnick yang tidak mempunyai senarai kejayaan yang panjang seperti Fergie. Namun sudah tentu seluruh Eropah mendengar cerita sentuhan ajaibnya, membawa pasukannya layak ke separuh akhir dengan agregat 7-3 dalam masa hanya seminggu dilantik. Namun Ferguson dijangka akan menunjuk-nunjuk kekebalannya dan menang dengan yakin.

Pemain penting:

Raul Gonzalez Vs Javier Hernandez
Tiada siapa menyangka penyerang lagenda yang dikatakan telah tamat kariernya  membuat kejutan dengan persembahan mengagumkan dan berjaya memimpin pasukannya dalam liga juara-juara. Ternyata pemegang rekod penjaring terbanyak dalam liga juara-juara Eropah tidak mensia-siakan pengalamannya. Manakala Hernandez yang mempunyai musim sensasi dalam liga juara-juara pertamanya telah mula membuka mata kelab-kelab besar di Eropah, mereka pasti akan berhati-hati dengan kelibatnya. Menjadi faktor penting buat kecemerlangan Manchester United dalam liga Inggeris mahupun di peringkat Eropah. Saingan Eropah ternyata tidak membuatnya gentar, menggunakan naluri jaringannya yang luar biasa dan gerakannya amat mengelirukan pihak lawan.

Siapa akan menang?

Pilihan saya semestinya Manchester United berdasarkan pengalaman pengurus, pemain serta kualiti persembahan mereka, mereka juga terkenal dengan sikap bangkit pada saat akhir mampu membunuh sesiapa sahaja, namun kita tidak harus memandang rendah keupayaan pasukan Schalke.

Ramalan keputusan:
Manchester United 4 Schalke 1

Wednesday, April 6, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Barcelona Lwn Shakhtar Donetsk

Mungkin ini senjata rahsia Shakthar

Ninja di Barcelona????



Perlawanan pusingan 16 terakhir

Barcelona:
Walaupun pada mulanya dikejutkan dengan kekalahan di Emirates, namun mereka ternyata terlalu unggul buat “kembar Inggeris’ mereka Arsenal.

Shakhtar Donetsk:
 Pasukan Underdog paling digemari pada tahun ini memperbudak-budakan pasukan bermasalah As Roma pasti suatu kenangan manis buat mereka.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Victor Valdes lwn Rustam Khudzamov

Pertarungan tahap yang amat jauh. Valdes amat bernasib baik masih kekal sebagai pilihan utama Guardioala kerana tiada saingan buatnya. Valdes masih belum mencapai tahap kemuncaknya sungguhpun telah memenangi pelbagai trofi. Khuzamov pula walaupun dlm nada berbeza, beliau beraksi dengan baik di peringkat kumpulan dan juga perlawanan menentang Roma. Namun lawannya nanti bukan calang-calang pemainVilla, Messi dan rakan-rakan.

Pertahanan

Gerard Pique lwn Dmytro Chygrynskiy

Pernah sesiapa terfikir untuk membandingkan mereka? Pique dianggap begitu mudah membiasakan diri dengan saingan Liga, Eropah mahupun peringkat antarabangsa walaupun baru dipertengahan usia. Manakala Chygrynskiy pula pemain antarabangsa Ukraine ini juga dianggap pemain harapan negaranya dan kelab. Namun perlawanan dengan Barcelona mungkin akan memberinya pengalaman berguna.


Tengah

Andres Iniesta lwn Jadson Da Silva

Iniesta amat sinonim dengan repustasi sebagai pemusnah atau lebih tepat “pembawa malapetaka”. Menyerlah disaat pasukan amat memerlukannya, dan ancaman apabila di dalam tekanan. Jadson satu lagi pemain berbakat dari Brazil pernah mewakili Brazil dan juga salah penyumbang gol dalam perlawanan menentang Roma. Mungkin pertahanan Barcelona perlu memberi perhatian kepadanya. Siapa pemenang? Iniesta sudah tentu.

Serangan

David Villa lwn Eduardo Da Silva

Villa antara segelintir penyerang yang berbakat semulajadi, kerana itu setiap tindakannya adalah diluar jangkaan. Peranan barunya di Barcelona sebagai pembantu Messi mengurangkan bahayanya, namun dia masih pemain penting dalam jentera serangan Barcelona. Eduardo bekas pemain Arsenal ini semakin menjadi semenjak meninggalkan kelab London itu. Mungkin kerana dihargai dan diberi tempat kesebelasan utama berjaya menyerlahkan naluri “pembunuhnya”. Villa seperti biasa pemain yang boleh disandarkan. Namun kelibat Eduardo mungkin tidak boleh dipandang rendah.

Kesimpulan:

Dalam keempat-empat perlawanan suku akhir, perlawanan ini dikatakan amat jelas kelihatan pemenangnya. Barcelona dijangka menang mudah, dan akan menunjukkan mereka berada di kelas mereka sendiri. Jika berlaku sebaliknya, kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara telah berlaku.

Ramalan keputusan:
Barcelona 4 Shakhtar Donestk 0

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Chelsea Lwn Manchester United

Eleh..orang tua ni takut dengan aku la tu

Singa bakal menyelamatkan manusia dari disesatkan Si Setan?


Perlawanan pusingan 16 terakhir

Chelsea:
Dalam keributan yang berlaku di Stamford Bridge, mereka masih mampu menang perlawanan  dengan FC Copenhagen yang pada mulanya diramalkan sukar buat mereka.

Manchester United:
Walaupun mereka berada di prestasi tertinggi merea, mereka pada mulanya diragui apabila seri tanpa jaringan dengan Marseille, namun Chicharito menjadi penyelamat.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Petr Cech lwn Edwin Van Der Sar

Satu pertarungan yang sama handal. Jika dinilai dari segi prestasi semasa, Cech kelihatan semakin yakin dengan menyelamatkan pelbagai percubaan merbahaya. Van Der Sar pula membuktikan usia tidak menjejaskan kepercayaan pasukan kepadanya, namun dia tidak segagah dulu pada musim ini. Cech pasti memiliki motivasi lebih utk menang Piala Eropah, dan beliau pasti tidak mahu melakukan apa-apa kesilapan

Pertahanan

David Luiz lwn Nemanja Vidic

Mungkin suatu perbandingan yang berat sebelah, namun Vidic masih lagi cemerlang di posisinya dan dianggap antara terbaik didunia. Namun apa yang diragui ialah rakan gandingannya nanti, tanpa Ferdinand dan Evans. David pula pendatang baru yang semakin meningkat popularitinya selepas persembahan “menyeronokkan” bulan lepas, kehadiran pemain ini memberi nafas baru kepada Chelsea. Berdasarkan perbandingan ini Luiz pasti meneruskan kejutannya di saingan peringkat Eropah.

Tengah
Frank Lampard lwn Nani

Frank yang kembali pulih selepas kecederaan panjang tidak menunggu masa yang lama untuk kembali ke prestasi konsistennya. Nani pula telah membuktikan beliau menjadi tunggak penting buat United, larian mengelirukan, hantaran lintang yang sempurna serta keberanian melakukan percubaan, pemain ini akan menjadi ancaman buat mana-mana pasukan jika beliau meneruskan komitmennya. Dalam pertarungan ini Nani memenanginya, namun Lampard tidak perlu beraksi cemerlang utk berasa diatas padang kerana kebolehannya tetap diperlukan.

Serangan

Wayne Rooney lwn Nicolas Anelka

Rooney kelihatan semakin yakin setelah menjaringkan Hat-rick minggu ini, dan diabermain dengan cemerlang semasa perlawanan dengan Chelsea. Jika Chelsea pasti berwaspada dengan kegembiraan Rooney baru-baru ini. Anelka pula beberapa kali menjadi penyelamat Chelsea di peringkat Eropah. Malah dia bermain lebih cemerlang daripada Drogba, mungkin beliau tidak akn menjaringkan gol, namun dia amat terkenal sebagai supporting striker yang berguna. Dalam situasi ini Rooney memenanginya berdasarkan bahagian serangan Chelsea yang tumpul.

Kesimpulan:

Ini adalah pertarungan yang amat dinanti-nantikan, apabila bertembung pasti menimbulkan pelbagai drama dan kontroversi, semua peminat bola sepak seluruh dunia pasti mengharapkan pertarungan klasik Inggeris ini bertukar menjadi pertarungan bersejarah Eropah. Atas pandangan peribadi, perlawanan pasti amat sengit, namun yang akan menentukan ialah bukan sekadar jumlah jaringan, namun juga pertahanan mana yang mampu bertahan. Dalam situasi ini saya menyatakan Chelsea akan memenanginya.

Ramalan keputusan:
Chelsea 2 Manchester United 1

Tuesday, April 5, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Inter Milan Lwn Schalke 04

Apadaa....? Mana aci cam ni?


Bukak mata besar sikit ha...Raul is coming!!

Perlawanan pusingan 16 terakhir

Inter Milan:
Tiada siapa menyangka Inter Milan yang goyah diperingkat kumpulan berjaya mengatasi pasukan handal Bayern Munich. Ternyata Inter masih “hidup”.

Schalke 04:
Sungguhpun pada mulanya Schalke dijangka tewas kepada Valencia. Namun keupayaan pasukan Jerman tidak boleh dipertikaikan.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Julio Caesar lwn Manuel Neuer

Dua penjaga gol yang berada dalam situasi amat berbeza, Caesar antara penjaga gol yang paling cemerlang musim lepas. Neuer pula dianggap generasi hebat penjaga gol Jerman menyerlah di Piala Dunia. Dari aspek prestasi dalam Liga Juara-Juara Neuer lebih baik, namun persembahan hebat Caesar dlm perlawanan dgn Bayern mungkin dinafikan Kedua-dua mereka mungkin menjadi faktor penting Namun tahap kesukaran dihadapi oleh Neuer (penyerang E to`o, Milito, Sneijder) akn memberi perbezaan.

Pertahanan

Maicon lwn Christoph Metzelder

Maicon antara pemain yang mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, pada masa yang sama bertahan dengan hebat. Metzelder yang sekian lama pupus di peringkat antarabangsa namun pengalamannya mungkin berguna. Namun Maicon bukan sahaja tunggak pertahanan penting, namun juga tunggak serangan Inter.

Tengah

Wesley Sneijder lwn Jose Manuel Jurado

Satu lagi perbandingan bagai “langit dan bumi” namun pasukan masing-masing amat bergantung kepada mereka. Jurado pemain Sepanyol yang tidak dikenali dan “sesat” di Liga Jerman, mula mendapat perhatian remai dengan idea dan skill mengelecek hebat. Namun Sneijder seperti “Raja” dibahagian midfield, hanya pemain bertaraf tinggi seperti Xavi, Lampard sahaja yang boleh dibandingkan dengannya.

Serangan

Samuel Eto`o lwn Raul Gonzalez

Jika 8 tahun dahulu Raul dianggap antara penyerang terbaik dunia, kini beliau didalam situasi amat berbeza, namun bertanding di peringkat Eropah bukan suatu yang janggal dengan dirinya. Dan rekod penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara amat berguna buat Schalke. Namun Eto`o juag tidak kurang hebatnya, pemenang dua kali Juara Eropah dilihat tidak pernah mengecewakan. Dalam pertarungan menarik ini agak sukar menentukan akan menyerlah. Eto`o agak bertuah dikelilingi oleh ramai pemain berkualiti disekelilingnya.

Kesimpulan:

Selepas memandang rendah keupayaan Inter dalam perlawanan sebelum ini memang suatu kesilapan. Mereka membuktikan mereka masih menpunyai semangat perjuangan yang membara utk mempertahankan kejuaraan. Namun Schalke juga mampu mencipta kejutan.

Ramalan keputusan:
Inter Milan 3 Schalke 1

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan suku akhir: Real Madrid Lwn Tottenham Hotpurs

Buat kira-kira pulak?


Spurs just have to smile.....

Perlawanan pusingan 16 terakhir

Real Madrid:
Perlawanan dengan Lyon pada mulanya agak mengecewakan di Stade Gerland, dengan seri tanpa jaringan, namun Real menunjukkan kecemerlangan di tempat sendiri.

Tottenham Hotspurs:
AC Milan merupakan lawan yang sukar, namun semangat berpasukan mereka telah memacu kejayaan mereka. Kini banyakl pasukan mula memberi perhatian kepada mereka.

Perbandingan posisi

Penjaga Gol

Iker Cassilas lwn Heurelho Gomes

Perbandingan yang ketara perbezaannya. Iker Cassilas dijangka meneruskan kecemerlangan dgn reputasi penjaga gol bertaraf dunia. Namun Gomes kadang kala mampu menyelamatkan pasukannya. Namun Cassilas dijangka tidak menghadapi masalah berdepan penyerang Spurs yang semakin diragui prestasi mereka.

Pertahanan

William Gallas lwn Sergio Ramos

Walaupun Gallas dianggap berpengalaman, namun profil Ramos juga setanding dengan lawannya. Gallas masih boleh diharapkan namun mungkin terpaksa berkerja keras untuk menangkis serangan pemain-pemain handal Ronaldo atau Benzema. Ramos lebih gagah namun perlu berhati-hati dengan kelibat Bale.

Tengah

Gareth Bale lwn Mesut Ozil

Perbandingan pemain muda yang paling berpotensi didunia, walaupun Ozil lebih berpengalaman diperingkat antarabangsa. Ozil dianggap permata Jerman, namun belum menunjukkan kemampuan sebenar di Madrid. Bale pula pemain muda sensasi dunia, jika cergas akan mendatangakan masalah kepada pertahanan Real. Untuk perbandingan ini, kelihatan seperti Bale memenanginya.

Serangan

Karim Benzema lwn Jermaine Defoe

Kedua-dua pemain yang prestasinya seperti yoyo, naik dan turun. Dari segi pengalaman Benzema telah beberapa kali beraksi di Liga Juara-juara, Defoe pula tiada pengalaman langsung, namun beliau amat sukar dijangka. Berdasarkan peluang yang terbuka luas buat Benzema selepas kecederaan Higuain, dan Ronaldo (mungkin) akn memberinya suntikan baru utk menyerlah.

Kesimpulan:

Perlawanan yang kelihatan berat sebelah, Real Madrid mampu menang jika diambil kira pengalaman pemain dan pengurus mereka serta kualiti setiap pemain mereka, dijangka Real Madrid mampu menang, namun mungkin menghadapi sedikit kesukaran bedepan dengan pasukan yang bersemangat tinggi.

Ramalan keputusan:
Real Madrid 3 Spurs 1

Monday, February 21, 2011

Ramalan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 Matchday 4

Perlawanan: Inter Milan Vs Bayern Munich

Hello! Ikat tali kasut I, kami Champ tau
Inter Milan
Jurulatih: Leonardo

Kelebihan: Terdiri daripada pemain berpengalaman di peringkat antarabangsa, Kekuatan fizikal, benteng pertahanan yang kukuh, serta bijak melakukan serangan balas.
Kelemahan: Kurang idea taktikal, permainan keras serta sukar menemui penyudah berkesan.
Mampu menang jika: Mengembalikan keutuhan benteng pertahanan, menggunakan kelebihan Wesley Sneijder dan Samuel Eto`o.

Bayern Munich
Jurulatih: Louis Van Gaal

Walaupun kitaorang tak menang tapi yang penting dapat hanfon free...

Kelebihan: Mengamalkan prinsip bola sepak Jerman yang sejati, penuh taktikal, kelicikan menyerang, dan kreatif.
Kelemahan: Bahagian pertahanan tengah yang mudah diperdayakan oleh pemain yang licik. Barisan pertahanan terletak terlalu kehadapan disebabkan oleg tumpuan kepada serangan. Tidak mempunyai penyerang yang mampu berlawan fizikal dengan pemain pertahanan gagah.
Mampu menang jika: Menggunakan keistimewaan pemain sayap mereka seperti Arjen Robben, Frank Ribery untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Inter.

Ramalan saya: Memang sesuatu yang ajaib apabila dua finalis musim lepas bertembung sekali lagi. Bayern pasti mahu membalas keaiban mereka.Saya memilih pasukan yang lebih muda dan berpotensi. Inter bukan pasukan sama yang mereka tentang tahun lepas dan juga tanpa Jose Mourinho, Namun Bayern perlu berhati-hati dengan kelibat Wesley Sneijder.
Keputusan: Inter Milan 0 Bayern Munich 2

Perlawanan: Olympique Marseille Vs Manchester United
Apa kaitan Marseille dan Penguin?...

Olympique Marseille
Jurulatih: Didier Deschamps

Kelebihan: Bersemangat, fizikal yang kuat, teguh, kerjasama pasukan yang mantap, serta tidak gentar dengan sesiapa.
Kelemahan: Kurang kreativti permainan menyebabkan gerakan mereka sentiasa terbatas, selain tidak mempunyai pemain yang benar bertaraf tinggi untuk bersaing di peringkat yang lebih getir.
Mampu menang jika: Perlu berani mengambil risiko untuk menyerang pertahanan Manchester United yang sering leka dengan bola silang.


Rahsia kejayaan United...
Manchester United
Jurulatih: Alex Ferguson

Kelebihan: Kreatif, corak permainan yang tidak mudah dibaca, kepelbagaian taktikal, kombinasi antara pemain yang mantap kemampuan pemain yang sama rata serta hantaran bola silang yang sering tepat
Kelemahan: Bukannya pertahanan Manchester United lemah cuma mereka mudah leka kadang melepaskan gol yang bodoh selain bermasalah apabila bertemu pasukan yang bermain dengan tempo yang pantas.
Mampu menang jika: Meneruskan prinsip bola sepak Alex Ferguson, pelbagaikan kaedah menyerang, dan jika gagal mencari gol boleh mengharapkan kepada Javier Hernandez untuk memeningkan pemain pertahanan.

Ramalan saya: Manchester United memang pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Pasukan Alex Ferguson tidak ada alasan untuk tewas, mereka mesti menang. Keputusan yang sebaliknya akan mengejutkan ramai orang.
Keputusan: Olympique Marseille 0 Manchester United 3.

Ramalan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 Matchday 3

Perlawanan: Olympique Lyon Vs Real Madrid

Real Madrid ada berani? Ngaummmm!!!!

Olympique Lyon
Jurulatih: Claude Puel

Kelebihan: Tidak gentar, pragmatik, serangan intensif, dan fizikal yang lasak.
Kelemahan: Bahagian pertahanan yang sering leka dan senang ditewaskn penyerang pantas dibuktikan dgn dibolosi sebanyak 10 kali di peringkat kumpulan.
Mampu menang jika: Menggunakan kelebihan bahagian tengah, cuba menguasai bola dan perlu mengambil kesempatan ke atas serangan balas.

Sekiranya bola itu boleh bercakap....
Real Madrid
Jurulatih: Jose Mourinho

Kelebihan: Barisan pemain yang berkelas dunia menjamin kualiti maksima. Selain daripada corak permainan berpasukan yang mantap dibentuk daripada Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil, Angel Di Maria. Kekebalan Iker Cassilas dan juga The “Special One”.
Kelemahan: Kurang kesefahaman, kadangkala agak mementingkan diri, serta tiada penyerang sejati yang bertaraf dunia walaupun dengan kehadiran Emmanuel Adebayor.
Mampu menang jika: Mengharapkan sentuhan ajaib Jose Mourinho dan bintang-bintang mereka perlu berada dalam prestasi terbaik.

Ramalan saya: Walaupun Real Madrid gagal menundukkan Lyon dalam 3 perlawanan sebelum ini, namun pasukan Los Blancos sama sekali berbeza dengan musim lalu. Jose Mourinho pasti enggan menerima sekadar hadiah saguhati, akan mengerah anak-anak buahnya untuk membawa pulang kejuaraan ke Santiago Barnabeu.
Keputusan: Lyon 0 Real Madrid 3

Perlawanan: FC Copenhagen Vs Chelsea

Korang mesti rindu kat aku kan? I`m back!!

FC Copenhagen
Jurulatih: Stale Solbakken

Kelebihan: Yakin, tidak gentar menghadapi lawan yang lebih besar, serta corak permainan yang efektif. Jentera tengah yang pantas dan mantap.
Kelemahan: Tidak mempunyai penyerang yang berkualiti serta kurang pemain yang dianggap berpengalaman kecuali Jesper Gronkjaer.
Mampu menang jika: Mengambil kesempatan dengan serangan balas serta mungkin mengamalkan corak permainan defensif.

Torres telah pun bersedia nak main untuk Chelsea rupenya....

Chelsea
Jurulatih: Carlo Ancelotti

Kelebihan: Corak serangan total tanpa henti akan meletihkan lawan, pemain-pemain yang tahan lasak dan kuat fizikal. Kombinasi hebat antara pertahanan dan serangan.
Kelemahan: Kurang kreativiti taktikal, prestasi tidak menentu penyerang-penyerang utama, serta bahagian bek sayap mudah dicerobohi.
Mampu menang jika: Berhati-hati dengan pemain sayap yang pantas, mengubah gaya permainan supaya tidak dapat dihidu lawan, dan meletakkan kepercayaan kepada pemain baru dan muda.

Ramalan saya: Chelsea dilihat sebagai pasukan pilihan, namun mereka dijangka mengalami kesukaran untuk menundukkan Copenhagen jika dinilai prestasi mereka diperingkat kumpulan. Namun Chelsea masih lagi mampu melangkah kerana mempunyai jurulatih yang sinonim dengan liga juara-juara, Carlo Ancelotti.
Keputusan: Copenhagen 1 Chelsea 2

Wednesday, February 16, 2011

Ramalan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 Matchday 2

Perlawanan: Valencia Vs Shalke 04

Valencia
Jurulatih: Unai Emery


Sedapnya lena beralaskan Valencia 

Kelebihan: Gemar permainan menyerang dan corak yang kemas. Mempunyai barisan tengah yang mantap diketuai oleh Juan Mata, Joaquin, Ever Barnega.
Kelemahan: Tidak mempunyai penyerang berpengalaman atau bertaraf dunia.
Mampu jika menang jika: Pemain pertahanan perlu bekerja keras dan mengamalkan corak permainan menyerang yang mampu mengelirukan pihak lawan.


Tunjukkan kesetiaan anda kepada pasukan kegemaran anda...

Shalke 04
Jurulatih: Feliz Magath

Kelebihan: Barisan serangan yang dibarisi penyerang kelas dunia seperti Klaas-Jan Huntelaar dan Raul Gonzalez. Penjaga gol yang boleh dipercayai serta reputasi hebat Felix Magath.
Kelemahan: Pertahanan tengah yang goyah dalam perlawanan domestik mungkin akan memberi masalah menangani serangan kemas Valencia.
Mampu menang jika: Memperkemaskan bahagian pertahanan serta mengharap kecemerlangan Raul Gonzalez dan Manuel Neuer.

Ramalan saya: Tiada pasukan patut memperlekeh kemampuan pasukan Jerman. Dan Mereka semestinya bertuah dengan memiliki pengalaman Raul Gonzalez dalam liga Juara-Juara.
Keputusan: Valencia 2 Shalke 3

Perlawanan: Arsenal Vs Barcelona


Arsenal teringin menang piala...

Arsenal
Jurulatih: Arsene Wenger

Kelebihan: Barisan pemain muda yang matang dan meningkat naik amat digeruni pihak lawan. Corak permainan hantaran pendek amat menghiburkan dan mengelirukan.
Kelemahan: Barisan pertahanan tidak konsisten, penjaga gawang yang goyah, kurang berdisiplin, mudah dipatahkan lawan yang berciri atletik.
Mampu menang jika: Bertenang didalam situasi tegang dan kadang kala perlu mengamalkan corak defensif bila berhadapan lawan seperti Barcelona.


Ronaldo tetap gagal atasi Lionel Messi...
Barcelona
Jurulatih: Josep Guardiola

Kelebihan: Lionel Messi dan corak permainan mendominasi bahagian tengah, tidak mudah hilang kawalan bola serta terus menyerang tanpa penat. Mereka adalah pasukan paling lagenda hidup dalam dekad ini.
Kelemahan: Walaupun dibarisi oleh pemain pertahanan kelas dunia seperti Carles Puyol, Gerard Pique, namun mereka masih lemah dibahagian bek sayap. Dan mengalami kesukaran apabila berdepan lawan defensif, atletik, dan mengamalkan serangan balas.
Mampu menang jika: Mereka memang pasukan pilihan untuk perlawanan ini dan juga kejohanan ini. Jika merekan tewas bermakna satu kejutan telah berlaku.

Ramalan saya: Pertembungan yang mempertemukan dua pasukan mengamalkan corak permainan hamper serupa pasti menjanjikan drama yang menarik. Barcelona menang dengan kelebihan Lionel Messi akan memeningkan pertahanan Arsenal.
Keputusan: Arsenal 2 Barcelona 4

Tuesday, February 15, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010-2011 Pusingan 16 Terakhir Matchday 1

Perlawanan: AS Roma Vs Shakhtar Donestk





AS Roma
Jurulatih Claudio Ranieri

Kelebihan: Dibarisi pemain-pemain berpengalaman luas di peringkat antarabangsa seperti Nicolas Burdisso, Daniele De Rossi, Francesco Totti.
Kelemahan: Panas baran, kasar dan masalah disiplin.
Mampu menang jika: FrancescoTotti tidak mendatangkan masalah dan mengharap sentuhan Marco Boriello untuk menjaringkan gol.


Shakhtar Donestk
Jurulatih: Mircea Lucescu

Kelebihan: Permainan tersusun dan dibarisi 6 pemain Brazil yang menjadi tunggak penting.
Kelemahan: Prestasi penyerang yang tidak menentu. Tidak bersedia menentang pasukan yang lebih berpengalaman.
Mampu menang jika: Teruskan amal corak permainan tersusun dan mengharapkan Eduardo untuk menyerlah.

Ramalan saya: Berdasakan kecemerlangan Shakhtar di peringkat kumpulan, mereka dijangka akan menjadi pasukan bukan pilihan yang perlu diberi perhatian.
Keputusan: Shakhtar Donestk 2 AS Roma 1

Perlawanan: AC Milan Vs Tottenham Hotspurs





AC Milan
Jurulatih: Massimiliano Allegri

Kelebihan: Kualiti penyerang yang dibarisi Kevin Boateng, Zlatan Ibrahimovic, Robinho, Alex Pato
Kelemahan: Lemah di bahagian bek sayap dan pemain-pemain yang berusia.
Mampu menang jika: Berjaya memanfaatkan sepenuhnya daripada bahagian serangan.


Tottenham Hotspurs
Jurulatih: Harry Redknapp

Kelebihan: Bersemangat, muda dan bertenaga.
Kelemahan: Pertahanan yang rapuh dan penjaga gol yang kurang pengalaman beraksi di peringkat tinggi.
Mampu menang jika: Memanfaatkan pengalaman Rafael Van Der Vaart dan kelajuan Gareth Bale.

Ramalan saya: Tottenham Hotspurs mempunyai kekebalan di tempat sendiri dan mereka tidak gentar cabaran. Pasukan muda Spurs akan menundukkan gergasi Milan.
Keputusan: Tottenham Hotspurs 3 AC Milan 1