Sunday, September 16, 2012

Kepada Penyokong Liverpool We Won’t Give Up: Kerana mereka ini telah membuktikannya



MUnyet mampoo bangkit 3-0 difinal dan lawan pasukan terbaik Eropah ketika itu?



Keresahan penyokong The Reds tidak dapat dipujuk dengan apa jua kata-kata. Dengan 2 kekalahan dan 2 seri, dan meletakkan Liverpool berada ditangga ke 17 Liga (Sehingga pagi ini 16 September). Memang benar sukar untuk menerima hakikat bahawa kelab terbaik dalam sejarah bola sepak England, berada dalam kondisi sekarang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang benar penyokong Liverpool berhak untuk bermuram, kerana permulaan musim yang meragukan. Terutamanya penyokong MUnyet yang nampaknya bergembira kerana musuh utama mereka semakin lemah. Namun apa kata jika kita ketepikan semua emosi dan ketidakpuasan hati itu? Kerana manusia apabila emosi mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Sebenarnya apakah masalah Liverpool?

# Setiap pengurus mempunyai cara tersendiri, ini mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Dan anda harus bertimbang-rasa kepada pengurus muda seperti Brendan Rodgers yang kekurangan pengalaman. Mereka akan lebih baik semasa ke semasa.



# Kurang sokongan dan perhatian dari pihak pengurusan. Ini bukan dari aspek dana, tetapi sokongan moral. Kerana kejayaan Chelsea bukannya datang dari wang Roman Abramovich tetapi kerana sokongan dan kesungguhannya untuk memajukan kelab. Namun jika anda fikir dari segi logiknya, FSG sports group sebenarnya memandang kepada keuntungan yang boleh diperolehi dari kelab, mereka juga sama seperti pemilik-pemilik yang lain. Jika lebih banyak kejayaan yang dirangkul, lebih banyak sokongan moral dan kebendaan yang diperoleh oleh kelab, atau win-win situation.

# Permainan short-passing seperti Barcelona yang ingin diperkenalkan oleh BR mungkin kurang sesuai diadaptasikan kepada pasukan teknikal seperti Liverpool (cuba anda membayangkan pasukan Chelsea tiba-tiba bertukar kepada tiki-taka football, banyak masalah akan timbul kerana ia lebih sesuai dengan skuad yang lebih ringan dan fizikal lebih kecil), dan bukan semua pemain dapat membiasakan diri dengan taktikal baru ini. Namun ia tidak mustahil dilaksanakan, tetapi hanya masa yang menentukan, dalam tempoh ini peminat hendaklah bersabar. Jika BR yakin dengannya, jadi biar dia melakukan tugasnya.


# Persembahan beberapa pemain-pemain senior kurang memberangsangkan, mungkin kerana mereka struggle untuk membiasakan diri dengan taktikal baru. Steven Gerrard juga tidak seperti yang sering kita lihat, begitu juga dengan Pepe Reina. Adakah sudah masanya kedua-dua pemain senior ini digugurkan? Mungkin ya, mungkin tidak. Penjaga gol kedua Liverpool iaitu Brad Jones boleh dikatakan agak bagus, Jonjo Shelvey semakin membayangi Stevie G,. Jamie Carragher juga diketepikan oleh Agger dan Skrtel. Namun pemain senior sebenarnya adalah sumber kekuatan Liverpool, kerana motivasi dan semangat jati Liverpool telah lama mengalir dalam darah mereka. Ini sama juga seperti The Old Guard Chelsea yang menjadi watak penting kepada kebangkitan luar biasa musim lepas. Mereka ini adalah nyawa pasukan. Namun mereka akan kembali ke tempat kelas asal mereka, kerana mereka adalah tentang kelas bukannya prestasi.  

# Masalah penjaring gol boleh diatasi seperti yang dilakukan oleh Arsenal selepas mereka kehilangan RVP. Bukan hanya Luis Suarez mampu, Borini juga mampu (jika dia lebih kehadapan), begitu juga Shelvey, Gerrard (jika kembali menemui sentuhannya), Glen Johnson, Jordan Henderson, Stewart Downing malah juga Raheem Sterling, Nuri Sahin. Kenapa tidak? Ini semua adalah tentang keberanian dan keyakinan. Kerana itu Arsene Wenger tidak gusar melepaskan RVP, kerana dia yakin dengan kebolehan pemain-pemain yang lain.

# Masalah motivasi ialah masalah pokok Liverpool, kerana mereka tidak percaya kepada diri masing-masing (dengan kemasukan pemain-pemain baru), mereka lebih TAKUT untuk KALAH daripada berusaha untuk MENANG.. Jadi ini adalah berbalik kepada keupayaan seorang pengurus. Jika kita mengambil iktibar daripada kes Fernando Torres, yang pernah mengalami zaman kegelapan selepas berpindah ke Chelsea dia bangkit apabila Di Matteo menghantarnya ke pakar psikologi. Masalah Torres ialah dia keliru dengan persekitaran dan rakan-rakan pasukan baru, semua ini tentang masalah mentaliti. Apa yang anda boleh ambil pengajaran disini ialah, sokongan pengurus amat penting, dan juga minda positif faktor kritikal kepada Liverpool sekarang. Semuanya tentang mentaliti. Begitu juga dengan penyokong Liverpool, perlulah berfikiran positif. Dari aspek positifnya anda dapat lihat beberapa nama baru yang meningkat naik seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling, Joe Allen, Martin Kelly.



Jika Arsenal mampu untuk bangkit dari kekalahan memalukan 8-2 pada awal musim, kehilangan pemain-pemain penting mereka dan akhirnya mereka berada di tangga-3 pada akhir musim? Jika Chelsea yang mengalami malapetaka akibat Andre Vilas Boas musim lepas mampu menghabiskan musim dengan 2 piala? Malah Manchester City yang berabad lamanya berada dibawah bayang-bayang MUnyet, akhirnya suatu hari berada diatas MUnyet? Dan juga betapa hebatnya pasukan yang bangkit dari ketinggalan 3-0 menentang pasukan terbaik didunia ketika itu, seterusnya memenangi Piala Eropah di Istanbul? Ia pernah berlaku dan hanya Liverpool sahaja yang mampu melakukannya. Liverpool bukan mahu menunjuk-nunjukkan sejarahnya tetapi mereka ingin di iktiraf dan dihormati dan Never Ever Forgot Them. Setiap pemain berbangga memakai jersi The Reds, inilah keunikan Liverpool, yang tidak ada pada pasukan lain. TEAM OF PRIDE itulah Liverpool, The think is all over? They were wrong!

 
p/s: Merindui zaman permusuhan Chelsea-Liverpool dalam Liga Juara-Juara yang dahulu. Ingat lagi? Liverpool amat liat untuk dikalahkan sama juga Liverpool yang sekarang masih liat untuk ditundukkan oleh Chelsea. COME ON! Bangkitlah The Reds!



1 comment:

  1. thankz to all comment...ada point yg sy nmpk disitu...mmg skrg liverpool tgah off form...kami liverpool fan mngharapkan liverpool kembali spt zaman kegemilangn dulu...tapi itu bkn mudah...mngmbil masa yg lama... YNWA!! Keep the Blues Fly Highs

    ReplyDelete