Aku baru je nak suruh Roberto Di Matteo letak jawatan tapi mu rupanya lebih pantas daripada aku. Sebabnya kesian kat dia. Dah buat mcm-mcm yang terdaya. Baik lagi letak jawatan dari dipecat dan dimalukan didepan sekalian alam. Selain Jose Mourinho dia adalah pengurus yang paling dikasihi oleh penyokong-penyokong dan pemain-pemain.
Roman kenapa la mu ni bangang sangat nak pecat RDM pun tunggu la confirm dapat pengurus dulu. Bodoh sungguh mu ni! Ini entah ada ke tak orang yang sudi nak pegang kerusi hangat dan hangit itu. Siapa yang boleh tahan dengan ketamakan mu itu? Mu ingat kejayaan tu datang berduyun-duyun ke? Pengganti yang mu nak cari tuh pun tidak digemari oleh penyokong Chelsea. Sebabnya? mu who caress je kan? kalau dia lahar mu pecat je.
Wahai Roman,
Kepala hotak mu! Mu tahu tak bila mu kerap tukar pengurus ni akan menganggu sistem keseluruhannya. Dah la RDM dah mulakan revolusi, alih-alih mu nak suruh orang take over. Player nak kena ubah stail permainan, kena ikut taktikal manager baru lagi. Nak cari chemistry dengan dia lagi. Mu ingat senang mcm makan kacang Ngan Yin ke?? Semua kena mula dari zero. Lepas tuh pemain-pemain bintang yang nak datang kelab mu pun terpaksa cancel niat bila nampak kelab mu ni tak stabil. RDM dah buat apa yang mu nak iaitu attractive football dan Piala Eropah yang mu idamkan itu. Jadi apa lagi mahumu?
Wahai Roman.
Aku yakin yang ramai peminat-peminat kelab lain yang gembira dengan apa yang berlaku dengan Chelsea skrg. Mereka boleh bersuka ria celebrate lagi dengan pemecatan pengurus entah kali ke berapa pun aku tak peduli. Pencabar mereka dah terkeluar dari saingan. We are out from their league. Namun begitu tidak bermakna aku berputus asa, Chelsea dah banyak banyak banyak banyak banyak kali mengalami kejatuhan. Tapi mereka berjaya bangkit dengan sendirinya kerana semangat berpasukan dan mereka mampu berdikari walaupun tanpa jurulatih sekalipun. Tapi pasukan Chelsea adalah berbeza skrg tapi ceritanya masih sama. Cuma tahap difficulty sahaja yang berlainan. Sama ada pemain generasi baru ini dapat bangkit @ tidak aku tak pasti, kita seperti mengharapkan bubur menjadi nasik semula. Ia tidak akan mudah seperti yang mu bayangkan.
Wahai Roman,
Kau tolong la lunturkan ego mu untuk memberikan kontrak baru yang dikehendaki oleh The Old Guards. Mu pun memang dah nampak dengan cerah sekali betapa "cemerlangnya" pasukan mu tanpa askar-askar tua itu. Memang mereka dah tua tapi mereka punye kepimpinan masih ditagih oleh pemain-pemain muda. Pemain-pemain muda ini belum bersedia lagi bernafas tanpa The Old Guards. Kata Jose Mourinho kejayaan bukan datang dari wang tapi dari kempimpinan.
Wahai Roman,
Memang besar amat harapan ku dapat maki hamun secara berdepan dengan mu. Kalau aku nak bakar Kapal Besar mu pun aku akan menjadi orang pertama. Nak aje aku pancitkan semua tayar kereta mu tak kira lah berapa puluh bijik yang mu ada. Aku harap sangat business mu ditimpa malang pergi melingkup. Aku peduli apa dengan duit mu tabur kat kelab? Mu pun tak peduli orang-orang yang dipecat oleh mu, kenapa aku mahu peduli dengan mu? Duit boleh dicari. Owner baru pun boleh dicari.
Sedari aku membantah keputusanmu apabila memecat Carlo Ancelotti dan Ray Wilkins. Aku sampai berkabung. Kali ini aku pun akan berkabung untuk RDM juga. Kerana aku sayangkan dia kerana dia melayan semua pemain dia seperti manusia. Dia lelaki yang budiman di mata aku. Tergamak mu melakukan perkara yang kejam itu. Tidak adakah sifat kemanusiaan dalam dirimu? Aku yakin akan berderet kelab yang nak sign RDM, dia tak rugi apa-apa. Sebab dia punye resume cukup hebat 2 piala hanya dalam tempoh 8 bulan sahaje. Yang rugi ialah Chelsea sendiri.
Aku memang Forever The Blues. Tapi aku mengaku dah putus asa dengan Chelsea. Sebab ini bukan pertama kali berlaku. Mu dah ambik semua pengurus terbaik didunia tapi satu pun tak memuaskan nafsu mu itu. Jadi selepas nih aku nak mogok dan berkabung selama sebulan dari menonton game Chelsea. Baik aku ambil pedulik pasal mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestine sana.
Ini janji ku pada mu. Please semua jangan cari aku (Mode merajuk)
Sekian Dari Peminat Tegar Chelsea yang tidak akan mengampunkan mu.
"Lampard tak boleh main posisi defensif midfielder, dia tak boleh defend"
"Tak faham kenapa Di Matteo nak pakai Lampard nih, BOSAN la tengok dia main"
"Lampard tak boleh terima kenyataan dia diletakkan dibangku simpanan, bajet STAR"
Ini semua adalah kata-kata dari orang yang benci Frank Lampard, mahupun fans Chelsea sendiri. Apa yang boleh disimpulkan disini ialah. MEREKA TIDAK KENAL siapa itu FRANK LAMPARD.
Kata Robert Fanney: “A genius is someone who takes a complex thing and makes it look simple. An academic does the opposite.”
Stail Permainanan
1. Box to Box Midfielder, iaitu dinamik, yang mempersembahkan pemainan
midfield serba lengkap, dengan kelebihan di bahagian serangan dan
pertahanan, melakukan semuanya defend, attack, tackle, dan mengekalkan
bola.
2. Gemar membuat through ball, hantaran terus, mudah, dan efektif.
3. Counter attacker terbaik contoh yang boleh dilihat: Assist semasa lawan Barcelona di Stamford Bridge dimana dia merampas bola dari Messi, dan menghantar bola tinggi kepada Ramires, dan disudahkan oleh Drogba.
4. Jarang melakukan larian pantas, atau kehadapan, disebabkan beliau tahu mana mahu berdiri apabila melihat peluang serangan. Kerana itu anda sering melihat dia berlegar dalam kawasan penalti, dan akan menjaringkan gol. (TIMING)
5. Berkemahiran tinggi, namun jarang melakukan @ menunjukkan skill diatas padang, beliau suka sesuatu yang mudah.
6. Juga boleh menjalankan tugas bertahan dengan baik, iaitu jarang dilakukan oleh seorang play maker.
7. Pakar "DEAD BALL", atau bola mati itu dapat dilihat sebagai antara pengambil sepakan percuma terunggul didunia. Contoh lihat video ini.
8. Disebabkan dia mempunyai banyak kebolehan, dia sering bertukar-tukar posisi, kadangkala dibelakang striker, bahagian tengah, attacking midfielder, sayap kanan, atau defensif play maker. (Verstaliti)
9. Antara pengambil Set Piece terbaik didunia, sepakan penjuru, sepakan penalti, sepakan percuma.
Kesimpulannya: Stail Permainan Frank Lampard ialah dengan 5 perkataan
MUDAH EFEKTIF VERSATILE POSISI TIMING
Mengapa Lampard seorang Genius? Kata Getrude Stein: “It takes a lot of time to be a genius. You have to sit around so much, doing nothing, really doing nothing.”
Frank Lampard dikatakan mendapat score IQ yang tinggi, mungkin benar dakwaan itu. Lampard adalah seorang manusia yang bijak dan beliau menterjemahkannya diatas padang.
1. Cara permainan Lampard menunjukkan cara beliau berfikir. Benar bahawa bola sepak menitik beratkan aspek teknikal (Sungguhpun Lampard mempunyai teknikal yang amat baik). Namun kebijaksanaan seorang pemain adalah aspek yang tidak boleh diasah, ada orang dilahirkan sebagai pintar semulajadi namun, ini tidak bermakna Lampard tidak berusaha. Pengurus Liverpool Brendan Rodgers yang merupakan bekas staff Chelsea pernah memuji Lampard sering melakukan extra training dan sentiasa mahu menjadi lebih baik setiap hari. Pintar mestilah diringi dengan usaha.
2. Lampard menjadikan semuanya nampak mudah, jika anda mampu memudahkan sesuatu yang kompleks bagi kebanyakan orang maknanya anda seorang genius. Memang sudah banyak kali kita melihat assist yang dilakukan oleh Lampard kebanyakannya melalui trough ball. Beliau melakukan perkara yang basic, dengan crossing mudah, dan passing yang tepat. Mudah dan efektif.
3. Hakikat bahawa Lampard bukan jenis pemain suka memegang bola, dan mengusai bahagian tengah. Lampard bukan seperti Xavi Hernandez. Namun Lampard amat jarang kehilangan bola, dan memang sukar merampas bola dari kakinya. Ini sebenarnya RAHSIA sebenar mengapa Lampard seorang pemain yang paling konsisten dan Fit, amat jarang mengalami kecederaan. Kerana beliau tahu bagaimana ingin merampas bola (tackle) tanpa risiko kecederaan. Terjahan beliau juga amat jarang menyebabkan kecederaan kepada orang lain kerana amat jarang dikenakan kad. (Good Tackler). Sentiasa mengelakkan diri menjadi sasaran asakan pemain lawan, beliau amat menjaga dirinya.
4. Personaliti dan always behave with honor diatas padang. Memang jarang kita lihat dia mencari masalah, atau terlibat dengan pergaduhan diatas padang. Sungguhpun memang benar ada sedikit pergaduhan contoh dengan Cesc Fabregas. Tapi kebanyakan masa kita mengakui Lampard amat menjaga professionalism sebagai pemain bola, dia adalah pemain yang mempunyai rekod disiplin yang amat baik. Dan kes diving atau hilang sabar kepada pengadil hampir zero, seorang yang bertenang dan penyabar. Sebab itulah kita akan berasa hairan kenapa pemain seperti Lampard dikenakan kad merah. Personalitinya diluar padang juga sentiasa berhati-hati dengan tutur katanya, dan bercakap seperti orang yang reasonable, dan sentiasa menundukkan kepalanya bila bercakap (merendah diri), matanya bersinar menunjukkan dia tak menipu.
Kenapa Lampard tidak seharusnya dijual oleh Chelsea?
1. Lampard pemain mempunyai pelbagai kebolehan dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jenis taktikal sekalipun. Itu dapat dilihat bagaimana beliau berjaya menyerlah dibawah semua pengurus Chelsea. Kecuali Andre Vilas Boas. Jadi amat sayang untuk pemain yang serba boleh sepertinya dijual atau diletakkan dibangku simpanan.
2. Lampard boleh menjadi pemain yang amat penting dalam beberapa situasi. Semasa Chelsea berhadapan dengan pasukan yang ultra attacking ketika inilah counter attack boleh diadaptasikan, Lampard sangat cemerlang dengan dalam taktikal ini. Situasi dimana Chelsea perlu menjadi lebih defensif, dimana Chelsea sudah mendahului atau hampir menang, Lampard amat berguna ketika ini. Ketiga ialah ketika semua pemain gagal mencari gol melalui open play Lampard amat pakar dalam sepakan percuma, sepakan penalti, sepakan penjuru.
3. Lampard masih mampu menjaringkan gol. Salah satu aspek permainan Lampard yang masih tajam. Beliau sering berlegar dalam kawasan penalti, dan tahu di mana posisi bola jatuh dan membuat follow up.
4. Pengalaman beraksi diperingkat tinggi memberi banyak kelebihan. Salah satu contoh ialah amat penting apabila ada pasukan lawan yang mempunyai play maker yang power atau berpengalaman seperti Juventus yang mempunyai Andrea Pirlo, dan Barcelona yang mempunyai Xavi. Lampard kelihatan mengatasi kedua-dua pemain ini diatas padang, kerana pengalaman dan kematangannya yang amat mengenali pemain-pemain itu. Memang hakikat bahawa Lampard antara play maker tengah terbaik didunia. Dan dia selalu menjadi Big-Game player, sentiasa menyerlah disaat-saat genting.
5. Lampard adalah The Blues yang sejati. Ini penting dalam menerapkan semangat kepada pemain-pemain baru, bahawa mereka akan menjaga maruah Chelsea. Kelab dan pasukan adalah diutamakan dari yang lain. Kepimpinan Lampard amat ditagih ketika semangat pemain-pemain muda jatuh. Lampard mahu Chelsea maju dan diangkat sebagai pasukan terbaik dunia. Chelsea wajar mendapat penghormatan yang sewajarnya.
Kesimpulannya ialah Lampard memang tidak dapat diturunkan sebagai pemain utama dalam setiap perlawanan, namun Lampard pemain yang amat berguna. Dan sudah-sudahlah anda menganggap Lampard lembab kerana His game never about speed. Lampard is about class not form.
Lampard bukan seorang pemain yang suka melakukan dribble 4-5 pemain atau pemain yang kita fantasikan dengan pelbagai trick diatas padang. Tapi Lampard adalah Pemain Paling Genius di Atas Padang Hijau secara Literal dan konseptualnya. The Smartest Player ever born. Kata Woody Guthrie: “Any fool can make something complicated. It takes a genius to make it simple.”
Memang ramai pemain pertahanan yang berkualiti, tapi berapa
ramai yang dari mereka boleh menjaringkan sepakan percuma? Alex terkenal dengan
teknik sepakan percuma seperti meriam Bazooka. Sudah semestinya perkara yang
terakhir yang anda akan buat sebagai pemain bola sepak adalah cuba
menghalang sepakan percuma Alex. Siapa berani nak jadi wall? Boleh mati serta
merta. Malah penjaga gol pun tak dapat buat apa-apa kerana ia laju tahap Dewa.
Sehingga dia dikenali sebagai The Tank. Tak percaya tengoklah sendiri.
Yang anda tidak tahu:
Alex antara sekumpulan generasi pemain Brazil
terbaik Santos bersama Diego,
Elano, dan Robinho. Beliau membantu Santos
ke final Copa Libertadores pada 2003. Juga salah seorang anggota skuad Brazil
yang menjuarai Copa America 2007. Memenangi 3 Eredivisie iaitu
Liga Divisyen 1 Belanda ketika pinjaman di PSV.
Kenangan manis di Chelsea:
Menjaringkan gol penting menentang
ketika menang 4-1 keatas Arsenal. Dan juga gol free kick super power semasa
menentang Liverpool dalam Liga Juara-Juara 2008/2009.
Memenangi piala FA pada 2009, serta piala berganda pada 2010. Menjaringkan
keseluruhan 7 gol, untuk Chelsea
dalam 87 perlawanan
2.Florent Malouda
Malouda dan infamous celebration
Yang anda tahu:
Bila sebut sahaja pemain sayap pastinya ciri-ciri seperti
hantaran lintang sempurna, menggelecek pemain lawan, pantas, hantaran tepat,
serta kemahiran memperdayakan pertahanan lawan. Semua ini ada pada Florent
Malouda, ketika zaman kemuncaknya, dia antara pemain sayap terbaik di Liga
Perdana Inggeris dan Eropah. Kebolehannya menjaringkan gol juga tidak dapat
dinafikan, menggunakan kudrat dan kebijaksanaannya menewaskan pihak lawan.
Florent Malouda adalah salah satu dari 7 pemain Chelsea (Generasi Jose
Mourinho) yang menjadi Kapten pasukan kebangsaan. Merupakan pemain terbaik Ligue
1 iaitu Liga Divisyen 1 Perancis pada tahun 2006/2007.
Yang anda tidak tahu:
Florent Malouda sebenarnya telah bertemu dengan Didier
Drogba dan menjadi gandingannya semasa bermain untuk Guingamp.
Memenangi 5 kejuaraan Liga Perancis secara berturut-turut sekitar tahun
2003-2007. Mula menjadi perhatian ketika dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik
Perlawanan ketika menentang gergasi Sepanyol Real Madrid dalam Liga
Juara-Juara. Juga merupakan rakan sepasukan juga pemain Chelsea Michael
Essien ketika di Lyon, dan juga hampir menyertai Liverpool
dan Real Madrid sebelum dibeli oleh Chelsea.
Juga merupakan Naib Juara Piala Dunia 2006, selepas pasukan Perancis tewas
kepada pasukan Itali di Jerman.
Kenangan manis di Chelsea:
Musim 2009/2010 merupakan musim terbaiknya membentuk
gandingan trio berbahaya Anelka-Drogba-Malouda menghasilkan 103 gol, dan
dianugerahkan sebagai Pemain Tahunan Chelsea oleh rakan-rakan pasukannya.
Malouda menjaringkan gol cantik menentang Newcastle United pada musim
pertamanya di Chelsea. Dalam perlawanan penting dengan Manchester United pada
2010, menyaksikannya memperkotak-katikkan Fletcher dan Valencia,
sebelum membuat hantaran yang disudahkan oleh Joe Cole, dengan back
heel. Dianugerahkan pemain terbaik bulanan Mac 2010, namun menghairankan
apabila nama dia tidak tersenarai sebagai Pasukan Tahunan PFA pada musim
tersebut, walaupun menjaringkan 12 gol dan assist sebanyak 8. Penjaring
terbanyak Chelsea pada musim
2010/2011 dengan 13 jaringan. Keseluruhan 45 gol, dalam 220 perlawanan, dan 44
assist. Dengan ini Florent Malouda layak di iktiraf sebagai legenda Chelsea
dan juga pemain sayap kiri terbaik yang pernah dimiliki oleh The Blues.
3. Jose
Bosingwa
Messi? Apa ada hal?
Yang anda tahu:
Bila sebut saje
Bosingwa, anda akan terbayangkan stail permainan Full back ala-ala Brazil.
Bosingwa bukan hanya menjaga pertahanan malah juga terkenal dengan kebolehannya
menyusup masuk ke bahagian serangan, dan melakukan bantuan gol kepada
penyerang. Mempunyai kemahiran yang tinggi, pantas, dan pintar membaca gerakan
pemain lawan. Dia mengingatkan kita kepada Lagenda pemain Full Back kanan Brazil
iaitu Marcus Cafu.
Yang anda tidak tahu:
Merupakan salah seorang anggota skuad Porto
yang menjuarai 2 Piala pada musim 2003/2004 yang dibimbing oleh Jose Mourinho
sungguhpun hanya bermain sebanyak 11 perlawanan. Pernah terlibat dengan
kemalangan yang dasyat semasa musim 2004/2005 menyebabkan salah satu rakannya
lumpuh, dan Jip itu dipandu olehnya akibatnya digantung oleh kelab Porto.
Pada zaman mudanya beliau pada asalnya seorang pemain tengah. Pernah didenda
oleh UEFA setelah mengeluarkan kenyataan tentang pengadil Tom Ovrebo
semasa Chelsea tewas dalam
perlawanan kontroversi dengan Barcelona
dengan berkata “I don`t know wheter he is referee or theft”. Dilahirkan
di negara Afrika Zaire, dan juga pernah dijemput mewakili Republik
Congo kerana itu merupakan negara asal ibunya.
Kenangan manis di Chelsea:
Gol cantik yang dijaringkannya pada musim 2011/2012,
merupakan salah satu gol terbaik Chelsea
pada musim tersebut. Dan juga salah satu wira Chelsea
ketika bertahan habis-habisan ketika perlawanan dengan Barcelona
dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, serta bermain cemerlang di perlawanan
akhir dengan Bayern Munich. Keseluruhan bermain 125 perlawanan menjaringkan 3
gol, dan 10 assist.
4.Juliano Balletti
Terduduk si Gomes...
Yang anda tahu:
Pemain memakai jersi 35 yang mempunyai corak permainan
tipikal sebagai pemain pertahanan sayap Brazil
yang juga berkebolehan sebagai pemain sayap kanan. Pantas, gemar membantu
serangan, sering membuat larian luar jangkaan ke kawasan serangan. Tenang dan
mempunyai teknik yang tinggi. Juga mempunyai trade mark dengan jaringan
jarak jauh yang amat digemari oleh penyokong Chelsea.
Salah seorang anggota skuad Brazil
yang menjuarai Piala Dunia 2002 dibimbing oleh bekas jurulatih Chelsea,
Luis Scolari. Diingati sebagai wira Barcelona
yang menjaringkan gol kemenangan menentang Arsenal dalam final Liga Juara-Juara
2006.
Yang anda tidak tahu:
Gol yang dijaringkan olehnya semasa di final Liga
Juara-Juara itu adalah satu-satunya gol beliau untuk Barcelona.
Beliau mempunyai darah campuran Itali dimana saudara jauhnya tinggal di sebuah kampung
di Cesena. Semasa muda dia
bermain di posisi pemain tengah semasa tahun 1992 di Cruzeiro. Semasa
bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk pasukan Atletico Meneiro
(pinjaman) dia telah dianugerahkan Silver Ball oleh majalah Placar
dalam pasukan Tahunan Liga Brazil
1999. Hampir menyertai Valencia
namun disambar oleh Villareal pada 2002.
Kenangan manis di Chelsea:
Sudah semestinya memenangi Liga Perdana Inggeris, dan 2
Piala FA, 1 Prisai komuniti. Dan siapa boleh lupakan gol-gol cantik dari jarak
jauh darinya semasa menentang Wigan pada 2007. Serta
pada 2008, ketika bermain menentang Spurs yang diundi sebagai Gol Terbaik
Tahunan musim 2007/2008 oleh penyokong-penyokong Chelsea.
Gol jaringan jarak jauhnya semasa menentang Middlesborough menjadikannya
terkenal dikalangan penyokong.
5.Nicolas Anelka
Salah satu award dimenangi oleh Bilal
Yang anda tahu:
Le Sulk atau Nomad, gelaran kepada beliau kerana
penyokong Arsenal yang berang dengannya setelah berpindah ke Real Madrid kerana
wang. Nomad pula merujuk kepada kegemarannya bertukar-tukar kelab sepanjang
kariernya sehingga membawa kepada jumlah perpindahan keseluruhan mencecah 90
juta dan telah mewakili 10 kelab yang berbeza sepanjang tempoh 16 tahun.
Mungkin kerana sering berpindah kelab dia adalah pemain yang paling cepat
menyesuaikan diri dengan pasukan baru, dan peka dengan persekitarannnya. Antara
salah satu penyerang yang mampu memainkan dua peranan sebagai penyerang tunggal
mahupun penyerang sokongan. Kedua-dua peranan itu, dibawa dengan amat baik
sekali. Berkemahiran tinggi, pintar, serta pemain yang paling sempurna sebagai Team
Player kerana sifat kurang mementingkan diri, dan sering fokus kepada
permainan dan kemenangan pasukannya.
Yang anda tidak tahu:
Pemain ini merupakan salah seorang pemain skuad Perancis
yang menjuarai Euro 2000, dan kejohanan Konfederasi FIFA 2001.
Anelka juga antara 3 pemain (bersama Ashley Cole dan Henning Beg) yang
pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan 2 kelab berbeza iaitu Arsenal dan
Chelsea. Anelka memeluk agama Islam
semasa di UAE pada 2004, dan nama Islamnya ialah Abdul-Salam Bilal. Dibeli
oleh Arsenal hanya pada harga 500,000 pound dan memenangi anugerah Pemain Muda
Tahunan PFA pada musim 1998/1999. Mendakwa kelab Real Madrid sebagai
kejam dan pilih kasih ketika beliau berpindah kesana. Kemudian mencetuskan
kontroversi semasa Piala Dunia 2010, dengan mengeluarkan kenyataan kepada
jurulatih Perancis, Raymond Domenech“Go f**k yourself, dirty son of
a whore” ketika Perancis tewas kepada Mexico,
yang menyebabkan dia dihantar pulang oleh Persatuan Bola Sepak Perancis.
Kenangan manis di Chelsea:
Ketika dia Arsenal dia dikenali sebagai budak yang pendiam
dan naif oleh rakan sepasukannya. Namun dia berpendapat dia mula berubah
menjadi ceria dan sering membuat lawak jenaka ketika berada di Chelsea, kerana
dia akhirnya menemui tempat yang paling serasi buatnya setelah berkelana
merantau dia seluruh benua Eropah. Dia merupakan pemenang kasut emas khas Liga
Perdana Inggeris ketika menjadi pemain paling pantas menjaringkan 10 gol pada
November 2008. Yang kemudian memenangi kasut emas keseluruhan musim 2008/2009.
Menjaringkan antara gol terbaik Liga Juara-Juara Musim 2009/2010 menentang
APOEL. Keseluruhan menjaringkan 59 gol dari 182 perlawanan.
6.Michael Ballack
Ballack nyaris membunuh Ovrebo Go Ballack!
Yang anda tahu:
Bekas pemain Bayer Leverkursen yang menjadi tunggak penting
membawa Bayer Leverkursen ke final Liga Juara-Juara pada tahun 2002, namun
kalah kepada Zinedine Zidane dan The Galacticos. Kemudian
mempunyai karier gemilang bersama Bayern Munich, dimana beliau memenangi 3
Bundesliga (Liga divisyen 1 Jerman) dan 3 kali menjadi juara berganda.
Ketua pasukan Jerman semenjak tahun 2004, mengambil alih dari seorang Lagenda
Penjaga Gol Oliver Kahn. Terkenal dengan kebolehan merembat dan
menghantar bola dengan kedua-dua kaki kiri dan kanannya. Boleh bermain disemua
posisi di midfield, DM, AM atau CM, semuanya dibawa dengan baik. Juga
terbaik dalam perebutan dan tandukan bola tinggi, kuat, atletik, berkerja
keras, juga salah satu pengambil set piece yang terunggul didunia. Mula
menjadi perhatian ketika di kejohanan Piala Dunia 2002, dimana beliau disenaraikan
sebagai salah satu Pasukan Terbaik Kejohanan (All Star). Pada tahun yg
sama dinobatkan sebagai Pemain Tengah Tahunan UEFA 2002.
Yang anda tidak tahu:
Pada tahun 2002, merupakan tahun gemilang buat Ballack,
dengan berada selesa di puncak Liga Jerman, bermain di Final Liga Juara-Juara,
layak ke final Piala Jerman. Namun semuanya bertukar kepada malapetaka apabila,
Leverkursen kehilangan 5 kelebihan mata dalam 3 perlawanan terakhir dan hanya
menjadi naib juara, kemudian tewas di final Piala Jerman, diikuti final Liga
Juara-Juara. Pemerhati menggelarkan ini sebagai Treble Horror, dan
Leverkursen digelar sebagai Vizekusen (Bayer Neverkursen). Dan pada
perlawanan akhir Piala Dunia 2002, Jerman pula tewas kepada Brazil
2-0 dimana Ballack digantung dan tidak beraksi di final. Dan malang
itu tidak berhenti disitu sahaja, pada tahun 2008, Chelsea
hanya menamatkan sebagai naib juara Piala Carling, Naib Juara Liga Perdana, dan
Naib Juara Liga Juara-Juara. Pasukan Jerman juga mendapat tempat kedua apabila
tewas kepada Pasukan Sepanyol di Kejohanan Negara Eropah 2008. Semasa zaman
mudanya, Ballack digelar Little Kaiser yang merujuk kepada persamaan
dengan Lagenda Bola Sepak Franz Beckenbauer yang digelar The Kaiser.
Sepanjang kariernya beliau hanya memakai jersi bernombor 13 kecuali ketika dia
bermain untuk Kaiserslautern.
Kenangan manis di Chelsea:
Menjaringkan gol pertama buat Chelsea
ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Werder Bremen.
Menjaringkan sepakan percuma yang cantik semasa menentang Everton pada musim
2006/2007. Memenangi Piala Carling dan Piala Fa pada musim tersebut. Mengetuai
Chelsea pertama kali ketika perlawanan dengan Newcastle United pada Disember
2007. Menjaringkan gol kemenangan menentang Fernebahce yang membawa Chelsea
ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2007/2008. Pada April 2008, beliau
dianugerahkan pemain terbaik perlawanan ketika menewaskan Manchester United
dengan menjaringkan 2 gol. Membantu Chelsea memenangi Piala Fa 2009. Dan juga
sebahagian dari skuad musim paling gemilang dalam sejarah Chelsea
memenangi Juara Berganda musim 2009/2010. Keseluruhan membuat sebanyak 167
penampilan dengan 26 gol.
7.Paulo Ferreira
Setia dan tepat pada masanya
Yang anda tahu:
Pemain antarabangsa pasukan Portugal
yang membuat penampilan sebanyak 61 kali. Pernah membawa pasukan Portugal
mendapat tempat kedua ketika Euro 2004, yang tewas mengejut kepada Greece.
Serta pernah bermain di Piala Dunia 2006, dimana Portugal
tamat ditempat ke-4 selepas tewas kepada Jerman dalam play off tempat ke-3.
Memenangi bersama Porto Piala Liga Portugal
dan Piala UEFA pada musim 2002/2003. Dan kemudian bermain untuk semua
perlawanan dalam musim bersejarah untuk kelab Porto 2003/2004 dengan juara
berganda Liga Portugal
dan Liga Juara-Juara.
Yang anda tidak tahu:
Pemain pertahahanan serba boleh yang terkenal dengan
kebolehan bermain di bahagian kiri atau kanan pertahanan. Pada mula-mula
bermain untuk Chelsea beliau
memakai jersi bernombor 20, sebelum bertukar kepada 19, kerana memberi laluan
kepada pemain baru Deco. Jose Mourinho pernah berkata bahawa
Paulo Ferreira tidak akan memenangi pemain terbaik perlawanan namun akan
mendapat rating minimum 7/10 dalam setiap perlawanan. Konsisten dan tenang
mengawasi bahagian pertahanan.
Kenangan manis di Chelsea
Menjaringkan gol pertamanya buat Chelsea
ketika menentang Colchester United ketika Piala FA pusingan ke-4 pada musim
2004/2005. Bermain penuh ketika membantu Chelsea
memenangi Piala Fa menewaskan Manchester United musim 2006/2007. Semasa musim
2008/2009 menjadi penjaring gol yang tidak dijangka ketika perlawanan suku
akhir Piala Carling disaat-saat akhir masa kecederaan namun Chelsea
tewas ketika penentuan penalti. Pada musim 2009/2010 bermain keseluruhan
sebanyak 20 perlawanan termasuk yang penting ketika menewaskan Manchester United.
Pada musim 2011/2012 membuat penampilan dalam perlawanan suku akhir menentang
Benfica. Dan bermain dengan cemerlang ketika perlawanan penutup musim menentang
Blackburn dan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong The
Blues yang melaungkan namanya. Keseluruhan beraksi sebanyak 207 perlawanan
dengan 2 gol.
8.Ricardo Carvalho
The Great Wall of Chelsea
Yang anda tahu:
Jika ditanya siapa gandingan terbaik buat John Terry
pasti jawapannya ialah Carvalho. Beliau adalah sebab mengapa Chelsea
memiliki pertahanan yang utuh yang berkelas dunia dan membantu Chelsea
memenangi 3 Piala Liga Perdana Inggeris. Tanpa diragui salah seorang pemain
pertahanan terbaik didunia ketika era Roman Abramovich. Malah Chelsea
adalah kelab yang memainkan peranan penting kepada pasukan kebangsaan Portugal
dimana terdapatnya Carvalho, Ferreira, dan Bosingwa bergandingan. Mudah
sahaja, Carvalho memiliki segalanya sebagai pemain pertahanan tengah, kuat,
pantas, arif tentang posisinya, terbaik merebut bola tinggi, teknik hebat,
serta tidak segan melakukan sliding tackle yang gila. Malah dibandingkan
dengan bekas lagenda pertahanan Itali, Franco Baresi. Sungguhpun
berketinggian hanya 6 kaki, namun beliau sentiasa menang bola tinggi,
berbanding dengan pemain pertahanan yang lebih tinggi daripadanya.
Yang anda tidak tahu:
Beliau tidak pernah mengambil masa yang lama untuk dikesan
bakat dan kebolehannya. Semasa bermain untuk Amarente, sekejap sahaja
beliau dikenalpasti oleh kelab gergasi Porto lantas
dibawa ke pasukan muda Porto. Selepas beberapa tahun
dipinjamkan beliau kembali ke Porto, beliau pada ketika
itu hanya diletakkan sebagai pilihan ketiga dibelakang Jorge Costa dan Jorge
Andrade pada tahun 2002, kecemerlangannya menyebabkan kapten Jorge Costa
dijual dan Ricardo terus meletakkan diri sebagai pemain kesebelasan utama Porto.
Kemudian dengan kehadiran Jose Mourinho beliau memenangi Piala UEFA dan
Liga Portugal
pada musim 2002/2003 dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Liga Portugal.
Musim 2003/2004 beliau diiktiraf sebagai pemain pertahanan berkelas dunia
apabila memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Portugal,
malah dianugerahkan sebagai Pemain Pertahanan Tahunan UEFA 2004. Semasa musim
2005/2006 pernah mempertikaikan keputusan Jose Mourinho kerana tidak
menurunkannya semasa perlawanan pertama musim itu, lalu Jose Mourinho membidas
dengan berkata "Carvalho seems to have problems understanding things,
maybe he should have an IQ test,", menyebabkan beliau digugurkan dari
kesebelasan utama dan didenda.
Kenangan manis di Chelsea
Menjaringkan gol pertama untuk Chelsea
ketika menentang Real Betis pada Oktober 2006. Menjaringkan gol cantik dengan
membawa bola dari kawasan pertahanan ke hadapan dan merembat dengan yakin
ketika Chelsea menang bergaya
keatas Manchester United 3-0. Ketika April 2007, menjaringkan gol dari jarak 30
meter menewaskan penjaga gol Spurs, Paul Robinson. Pada musim seterusnya
persembahan konsistennya, membuahkan hasil apabila menjaringkan gol kemenangan
keatas Middlesbrough, semasa membuat penampilan ke 150
buat Chelsea. Pada musim itu juga
beliau diundi sebagai Pemain Tahunan Chelsea
pilihan Pemain. Pada 2009/2010, beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan
semasa Piala Prisai Komuniti menewaskan Manchester United dan membantu pasukan
memenangi kejuaraan berganda. Keseluruhan memenangi 3 Liga Perdana, 3 Piala FA,
2 Piala Carling, 2 Prisai Komuniti, menjaringkan 11 gol dalam 210 perlawanan.
9.Solomon Kalou
The Super-Sub
Yang anda tahu:
Dilahirkan pada 5 Ogos 1985 di Abidjan Ivory
Coast. Seorang lagi pemain yang menjadi
faktor kebangkitan Ivory Coast
di pentas bola sepak dunia. Dibeli semasa musim 2005/2006, dari kelab Belanda Fayenoord
dengan harga sekitar 9 Juta Pound. Pemain yang digambarkan oleh Jose Mourinho sebagai
rajin, versatile, gemar meningkatkan diri, dan juga tahan lasak dengan
permainan fizikal. Pemain super-sub yang terbaik dimiliki oleh Chelsea
selepas lagenda Norway
penyerang Tore Andre Flo.
Yang anda tidak tahu:
Pernah membentuk gandingan mantap bersama penyerang Liverpool
Dirk Kuyt semasa di Fayenoord, dengan digelar oleh media Belanda K2.
Menjaringkan 35 gol dari 67 perlawanan dan memenangi anugerah Johan Cruyff.
Pernah beberapa kali memohon untuk kewargenaraan Belanda namun ditolak oleh majlis
tempatan. Jurulatih Belanda ketika itu, Marco Van Basten juga menyokong
beliau bermain untuk Belanda, dan Johan Cruyff pula mendakwa pasukan
Belanda pasti akan lebih berjaya jika Kalou bermain untuk mereka. Isu ini
begitu hangat sehingga terdapatnya iklan sindiran di Televsiyen Belanda, yang
memaparkan Kalou kononnya bermain untuk Jerman bukannya Belanda. Ini merujuk
kepada seorang pemain Angola
bernama Nando Rafael yang berhijrah ke Jerman dan mewakili Jerman
setelah gagal mendapat kerakyatan dari Belanda. Sungguhpun begitu Kalou
akhirnya membuat keputusan untuk bermain untuk Ivory
Coast. Pernah membawa kamera video semasa
sesi latihan pertamanya untuk Chelsea
kerana begitu teruja dapat bermain bersama Michael Ballack, Didier Drogba
dan John Terry. Mempunyai seorang abang bernama Bonaventure Kalou
yang bermain untuk Rotterdam.
Memiliki kucing bernama Katou yang berkawan dengan kucing-kucing milik Didier
Drogba (Kitier Katba) dan Daniel Sturridge (Purridge).
Kenangan manis di Chelsea
Gol pertamanya buat Chelsea
semasa perlawanan pusingan ke-3 dalam Piala Liga menentang Blackburn Rovers.
Menjaringkan gol pada minit ke 93 dimana Chelsea
menang 1-0 keatas Watford. Memenangi Piala Liga dan
Piala FA semasa musim pertamanya di Chelsea. Pada 18 oktober 2008, menjaringkan
dua gol semasa berlawan dengan Middlesbrough. Pada
perlawanan pembukaan musim 2009/2010 Prisai Komuniti menentang Manchester
United beliau menjadi wira apabila menjaringkan gol penalti kemenangan dimana Chelsea
menang menerusi penentuan penalti. Semasa perlawanan penting Liga Juara-Juara
Kalou menjaringkan gol tunggal buat Chelsea
menentang pasukan Jose Mourinho, Inter Milan di stadium San Siro. Kalou
menang double pertamanya dibawah bimbingan Carlo Ancelotti,
dengan memecah rekod jaringan 103 gol dalam satu musim. Mencapai 10 gol pertama
dalam Liga Perdana Inggeris semasa musim 2010/2011. Musim 2011/2012 dimana
Kalou merupakan antara dua pemain bersama Sergio Aguero yang mencatat
jaringan dalam semua pertandingan, Liga Perdana, Piala Fa, Piala Liga dan Liga Juara-Juara.
Menjaringkan gol semasa membantu Chelsea
layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara menewaskan Benfica 0-1. Kalou bermain
di final Liga Juara-Juara dimana akhirnya beliau dinobatkan sebagai juara
Eropah. Keseluruhan bermain 251 perlawanan, 59 gol, dan 40 bantuan gol.
Semua pemain Chelsea
ini UNIK dan ISTIMEWA. Mari kita menghargai mereka sungguhpun ketika mereka
bermain dengan baik atau tidak. Kerana kita adalah penyokong Chelsea
yang menyanjung semua wira-wira ini.
Albert Einstein berkata: “Whoever is careless with the truth in small matters cannot be trusted with important matters”
Sebagai fans Chelsea amat memahami perasaan penyokong Liverpool selepas mereka menjadi mangsa pengadil yang amat bias itu. Hilang satu pemain setelah Shelvey dibuang padang, dengan tackle yang satu kaki.Yang tackle dua kaki dapat kad kuning saje. Lepas tu, punyelah banyak mintak penalti, satu pun dia tak layan. Tapi bila MU terus dapat penalti. Mana adil mcm nih??
Pastu penyokong MU pulak, mudah membuat kesimpulan janji kami dapat 3 mata. Janji kami menang. Mereka tidak pernah menjadi mangsa ketidakadilan pengadil, memang mudah bagi mereka, kalau ada pun mesti Fergie dan meroyan kat press conference.
Kata JK Rowling Penulis buku Harry Porter: “If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors, not his equals.”
Kami juga pernah menjadi mangsa Rompakan ketika match 2009, semasa menentang Barcelona. 4 permintaan penalti langsung bo layan oleh pengadil Ovrebo. Yang menyebabkan Didier Drogba hilang akal, dan Chelsea tersingkir dari Liga Juara-Juara. Kata mereka Chelsea main parking bus mana layak? Biarlah kami main parking bus pun, yg penting kami menang secara fair kan. Anda tengoklah sendiri, kami fans Chelsea dah malas nak mengungkit pasal ni.
Untuk apa kita menang jika integriti dibuang ke longkang?
Integriti bukan sekadar menolak rasuah.
Integrity ialah: adherencetomoralandethicalprinciples;soundnessofmoral character honesty.
Maksudnya mesti patuh prinsip etika dan moral. Memang kita selalu gelakkan kerajaan menampal etika berkerja di dinding bangunan-bangunan kerajaan. Atau kita tak faham, kenapa nak buat aku janji sebelum masuk universiti. Apa jadahnya semua ini? Jika tidak ada etika, mana wujudnya manusia yang maju, dan tidak jahil. Sebab itu adanya undang-undang, jika tidak semua manusia akan bertindak ikut suka abah dia. Senang cerita integriti ini ialah cakap mesti serupa bikin.
Kata Spencer Johnson: Integrity is telling myself the truth. And honesty is telling the truth to other people
Buat apa suruh RESPECT pengadil kalau mereka tak respek kepada
permainan bola sepak? Buat apa FIFA suruh Fair Play, kalau Fairnya di
letakkan dibawah lutut. Memang nak cerita pasal FA, UEFA dan FIFA memang
berbakul-bakul kutukan dan makian yang tidak berkesudahan. Kenapa kita
tak boleh mencontohi mereka-mereka ini?
Adakah anda seorang yang ada integriti?
# Bernard Levin, wartawan Britain, menceritakan bagaimana seorang Polis di US, menang loteri 6 juta dolar. Dia memberikan separuh dari wang kemenangannya kepada seorang pelayan kedai kopi yang sering dikunjunginya. Bila ditanya kenapa, beliau menjawab dia sering bergurau dengan pelayan itu, jika dia menang loteri dia akan memberi separuh wang kemenangan kepada pelayan itu. Baginya janji mesti dikotakan.**
p/s: Tapi orang Islam main loteri itu haram.
# Seorang pemain racquetball bernama Ruben Gonzalez yang membuat satu pukulan yang dikira sah oleh pengadil. jika dia berdiam diri, dia akan menjadi juara dalam tahun pertamanya sebagai pemain professional. Tetapi dia memberitahu pengadil dan pembantu pengadil bahawa pukulannya tidak boleh dikira kerana sudah terkena lantai dahulu sebelum mencecah dinding. Dengan pengakuan jujur itu, lawannya mengambil semula servis dan menang pertandingan itu. Bila ditanya mengapa dia menolak mata kemenangan itu, dia menjawab itu sahajalah yang dapat menjaga integriti dan harga dirinya kerana tahu bola itu tidak sah.**
Ini Bukan Ruud Gullit
# Lagenda Liverpool Robbie Fowler melakukan sesuatu yang jarang dilakukan oleh pemain professional yg lain. Dalam perlawanan dengan Arsenal, dia telah jatuh dalam kotak penalti dan pengadil meniup wisel memberikan penalti, namun Fowler bergegas kepada pengadil mengatakan dia tidak dijatuhkan pemain lawan, dia cuma tergelincir sendiri. Integriti Fowler sebagai pemain tetap utuh sehingga kini. **
RESPECT
** Cerita ini adalah petikan dari buku berjudul Saya Pun Melayu tulisan Datuk Zahid Ibrahim. Terbitan ZI publications. 2009. # Costin Lazar, pemain Rapid Bucharest yang terjatuh dalam kotak penalti dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukannya, menolak dan membetulkan kesalahan pengadil.
Memang kami takde bukti Fergie bayar pengadil. Tapi perlukah korang bangga dengan kemenangan korang tuh? Dan juga hanya selepas Fergie buat kenyataan tentang sokongan terhadap tragedi Hillsborough? Janji 3 mata? Bukan ke lebih baik dengan Janji Ditepati?
Kepada fans Liverpool, ambik positif dari kekalahan itu, Chelsea berjaya membalas dendam ketidakadilan pengadil itu 3 tahun kemudian. Dan menjuarai Piala Eropah pada 2012. Jangan risau, jika anda berada dipihak yang benar, pasti kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
Kata Malcom X: “If you don't stand for something you will fall for anything.”
Mengaku sahaja, kebanyakan kita diMalaysia
hanya memandang SERIUS perkara rasis dalam bola sepak ketika Kes Luis
Suarez-Patrice Evra menjadi tajuk-tajuk utama di akhbar-akhbar bahagian
sukan di Malaysia.
Begitu juga kes John Terry-Anton Ferdinand, yang menjadi panas apabila Rio
Ferdinand MUnyet masuk campur. Ditambah lagi media England
yang suka buat heboh, dengan penglibatan pasukan berprofil tinggi macam MUnyet,
serta ditambah perisa garam lagi dengan penglibatan media sosial FB dan Twitter..
Tapi sebenarnya isu Rasis telah lama berada dalam bola sepak.
Mari kita tengok dahulu apakah itu Rasis?
“Racism in association footballis the abuse of players, officials
and fans because of their skin colour, nationality, religion or ethnicity. Some
may be targeted (also) because of their association with an opposing team.
However, there have been instances of individuals being targeted”
Maksudnya disini, kutukan terhadap seseorang kerana warna
kulit, warganegara, agama atau etnik, ada yang menjadi sasaran kerana perkaitan
(permusuhan) terhadap pasukan lawan, namun selalunya individu menjadi sasaran. Jika
dianalisis perkara diatas, memang ia terlalu umum, serta tidak jelas maksudnya.
Kita fahamkan macam ni je la,
sebarang kata-kata atau perbuatan yang menjurus kepada warna
kulit, keturunan seseorang, memberi gelaran kurang enak seperti
üMonyet (Bukan MUnyet)
üBanana (Pisang),
üHitam @ Black
üNegro
Atau menambah pernyataan negatif tentang bangsa seseorang
seperti
üMuslim Terrorist
üNegro C**T
Atau melalui perbuatan seperti
üMembaling Pisang,
ümenyanyikan lagu menghina sesuatu
kaum seperti “We don’t want the Nigger”
ümembawa kain rentang seperti “Neo
Nazi”
ümembuat bunyi Monyet.
*Nigger bermaksud perkataan negatif atau perkauman,
perhambaan (sejarah) terhadap kaum berkulit hitam.
*Neo Nazi ialah ideologi Nazism termasuk Rasis,
Xenophobia (benci kepada Negara lain), Homophobia, Militant, Nationalism, anti
Semitism (diskriminasi terhadap keturunan Jewish Yahudi).
Ya memang kita rasa ini kelakar SERIUS, sila SERIUS. Kerana
kita tidak mengalaminya sendiri. Di Malaysia takde siapa akan baling pisang kat
anda, tapi anda mestinya marah kepada TEAM
Indonesia yang panggil kita MALAYSIAL, tapi kita tidak menyatakan
protes secara terbuka. Tapi cuba anda bayangkan jika anda tinggal di Amerika,
dan ada orang yang anti Islam atau Anti Asia ke, mereka tak suka anda pakai
Kopiah, atau berjambang, bertudung, pastu kata anda Terrorist lebih teruk lagi
tak suka semua orang Asia. Memang benar siapa yang tak naik angin?. Sebelum
kita emosi kat Evra atau Ferdinand dulu apa kata kita letakkan
diri kita sebagai orang Kulit Hitam.
# Di Perancis, pada 2008, pemain Abdeslam Ouaddu kelab
Valenciennes telah dikutuk berbaur perkauman oleh penyokong Metz,
menyebabkan dia berang dan cuba confront dengan fans-fans tersebut
# Di Jerman, semenjak 1992, kumpulan neo-Nazi
telah menggunakan bola sepak untuk menjalankan agenda mereka mengutuk komuniti
tempatan, timur Eropah, terutamanya bangsa Turkish dan kaum pelarian.
# Di Serie A, pula pemain berkulit hitam seperti Ruud
Gullit, Aron Winter dan Paul Ince telah menjadi mangsa kutukan perkauman antara
1992-1997.
# Di England Paul Canoville pemain Chelsea dikutuk
oleh penyokong sendiri, Garth Grooks menjadi mangsa lagu berbaur
perkauman dari penyokong lawan ketika bermain di Spurs, Cyrille Regis
mangsa penyokong Newcastle membuat bunyi Monyet, semasa bermain untuk West
Brom, dan juga pernah menerima peluru apabila dipanggil untuk pasukan
kebangsaan England
# 1987, John Barnes diambil gambarnya (palsu) back
heel pisang ketika perlawanan Liverpool-Everton, dan penyokong menyanyikan
‘Everton is white’. Pada 2004 Ron Atkinson meletak jawatan sebagai pengulas setelah mengeluarkan
kenyataan “Desailly is
what is known in some schools as a fucking lazy thick nigger” tanpa
menyedari mikrofon terpasang. Mido beragama Islam menjadi mangsa lagu Islamofobia
oleh fans Newcastle. Pada 2007,
pengurus Chelsea Avram Grant
warganegara Israel
telah menjadi mangsa kutukan Anti-Semitic oleh penyokong Chelsea
dan menerima ugutan bunuh juga. Pada 2012, seorang penyokong Arsenal ditangkap
selepas mengutuk perkauman pemain Newcastle
Cheik Tiote.
# Kes berpofil tinggi Luis Suarez dan Patrice Evra:
Kenyataan dari Patrice Evra berbunyi:
Suarez bercakap dalam bahasa Sepanyol,
Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Kerana kamu hitam
Evra: Kalau kamu cakap lagi saya tumbuk kamu!
Suarez: Saya tidak bercakap dengan orang Hitam. Baik la
Negro, negro, negro.
Kemudian Suarez mendekatkan lengannya dengan lengan Evra.
Evra komplen pada pengadil kata “dia panggil saya F***ing black”
Kenyataan Luis Suarez
Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Ia biasa dan mengangkat bahu.
Evra: Saya akan tendang awak
Suarez: Diamlah
Suarez menyentuh lengan Evra seperti mencubit, dia tidak
pernah guna perkataan Negro.
Bila pengadil meniup wisel,
Evra: Jangan sentuh aku orang Amerika selatan
Suarez: Kenapa Negro?
Dengan menggunakan perkataan Negro, FA sudah cukup
mendakwa Luis Suarez, namun Luis Suarez mendakwa dia tidak tahu Negro
adalah perkataan bermaksud lain.
# Kes John Terry dan Anton Ferdinand
Anton mendakwa dia rasa dia terdengar perkataan
berulang kali F***ing Black C**t dari John Terry. Ashley Cole
yang menjadi saksi berkata, Anton menunjukkan penumbuk kpd John,
mungkin berasakan John seperti bercakap Black atau Bridgey.
Kemudian Anton enggan berjabat dengan John, menyebabkan John
bertanya kenapa, kemudian Cole bertanya kepada Anton adakah
apabila John berkata Black C**t maknanya dia rasis? Anton menjawab
tidak. Kemudian mereka berjabat tangan.
Namun dalam kes Suarez-Evra itu tadi, Suarez
hanya didakwa kerana perkataan Negro, kerana kenyataan dari kedua-duanya
bercanggah dan tidak tahu yang mana sahih atau tidak. Tapi jika melihat
kenyataan Evra tadi memang agak keterlaluan (pandangan peribadi),
sejujurnya adakah lelaki seperti Suarez mengeluarkan kenyataan seperti
itu? Tapi mungkin juga kita tidak memahami pengalaman pahit Evra yg
sering menjadi mangsa kutukan perkauman menyebabkan dia hilang sabar dengan
orang rasis ni.
Dalam kes Ferdinand pula, memang benar Anton
tidak ada bukti yang kukuh untuk mendakwa John, sebab itu Terry dilepaskan.
Tapi yang menjadi panas ialah masuk campur Rio Ferdinand pemain MUnyet,
menyelar Ashley Cole yg menjadi saksi membuat Tweet ‘Choc Ice’ (Ashley
Cole), dan bertambah lagi dengan tindakan Anton yg tidak matang enggan
bersalam dengan Ashley serta di ikuti oleh Park Ji Sung juga
bekas MUnyet. Apakah ini semua maknanya PROPAGANDA Setan dimana-mana?