“Chelsea mungkin
ada peluang 50 peratus kalau lawan dengan Real Madrid, tapi Barcelona?
Tidak ada peluang langsung”
“Maaf Chelsea tidak akan menang dan tidak ada sesiapa pun
jua yang mampu”
“Pasukan Chelsea dah tua, pemain yang bermain 3 tahun lepas
bukan lagi pemain yang sama”
“Saya berharap Chelsea
akan tunjukkan betapa bodohnya saya, Chelsea
boleh menang jika meletakkan batu-bata yang disimen dihadapan pintu gol mereka”
“Chelsea menang
pun sebabkan tuah sahaja”
Ini semua kata-kata dari individu-individu yang meragui Chelsea,
seolah-olah Chelsea hanyalah sebuah
‘penyapu’ jika dibandingkan dengan Barcelona.
Namun penyokong Chelsea tidak
pernah pedulikan kata-kata mereka, kerana kita tahu siapa Chelsea
dan sungguhpun Chelsea mungkin tua,
lembab, membosankan, namun mereka lupa yang Chelsea
tidak bodoh. Seperti yang dikatakan oleh Frank Lampard “kami ada rancangan
untuk menewaskan Barcelona”, namun
semua orang merasakan itu amat kelakar. Frank tidak pernah menipu, he is the
real gentleman dan begitu juga dia diatas padang,
seperti namanya juga Frank. Dia memberitahu kebenaran, Chelsea
memang percaya mereka adalah pasukan yang akan menamatkan legasi cemerlang Barcelona
dalam bola sepak dunia. Semua ada didalam minda mereka. Chelsea
tahu apa yang perlu lakukan ialah bermain sama seperti 3 tahun lepas, Cuma
menambah baik dari segi taktik serangan.
Barcelona ialah
pasukan terbaik dunia dan mungkin juga yang terbaik pernah disaksikan dalam
sejarah. Semua pasukan hebat lain seperti Real Madrid, AC Milan, Arsenal,
Manchester United gagal menghalang mereka. Corak permainan Total Football atau
Tiki Taka Pep Guardiola, amat menarik untuk disaksikan, pergerakan mengawal
permainan dengan mendominasi bola, membuat lawan mereka sakit jiwa, dan
seterusnya mereka pasti akan menerima padahnya. Sehingga pada suatu ketika Barcelona
kelihatan mustahil untuk dikalahkan. Seperti dikatakan oleh Xavi Hernandez,
untuk menewaskan Barcelona anda
perlu bermain bola sepak. Namun adakah ini bermakna hanya Barcelona
sahaja yang bermain bola sepak, dan yang lainnya tidak? Sebenarnya apa jua cara
bola sepak dimainkan, ia tetap dipanggil bola sepak, ia adalah tentang strategi.
Banyak lawan Barcelona menggunakan
corak defensif dan serangan balas namun semuanya gagal menewaskan mereka,
kecuali Inter Milan pada musim 2009/2010. Jadi apakah yang menjadikan Chelsea
begitu istimewa sehingga mereka percaya mereka akan melakukannya?
Pada musim 2008/2009, perlawanan paling kontroversi dan
paling menarik yang pernah disaksikan dalam sejarah bola sepak moden, pusingan
separuh akhir di Stamford Bridge. Dimana strategi pengurus gantian Chelsea Guus
Hiddink berjaya menyekat Barcelona
dalam perlawanan di Nou Camp. Kemudian dalam perlawanan pusingan kedua, Chelsea
mendahului 1-0 sebelum pengadil Norway Ovrebo menafikan sekurang-kurangnya 4
permintaan penalti Chelsea, walaupun beberapa daripadanya amat jelas sekali,
dan tidak masuk akal. Kemudian gol minit akhir Iniesta menafikan peluang Chelsea
mara. Perlawanan itu berakhir dengan penuh rasa kecewa, kemarahan dan tidak
dapat diterima langsung oleh penyokong Chelsea.
Pada ketika itulah titik permulaan musim dimana Barcelona
mendominasi bola sepak Eropah, Semua pemain mereka dianggap sebagai kelas dunia
atau ‘datang dari planet lain’. Ia kemudian berterusan sehingga tahun 2011,
dimana semua pasukan handal mahu menewaskan Barcelona.
Jika pada ketika itu Ovrebo memberikan sekurang-kurangnya satu penalti kepada Chelsea,
Barcelona sebagai terbaik didunia mungkin
tidak akan wujud. Selepas Chelsea melalui beberapa fasa yang sukar, mereka
gagal dalam Liga Juara-Juara. Namun penyokong Chelsea
tidak pernah melupakan perlawanan tersebut, dan terus percaya bahawa Chelsea
adalah pasukan yang memulakannya dan mereka jugalah yang akan mengakhirinya.
Mereka juga berharap suatu hari nanti Chelsea
akan bertembung mereka sekali lagi untuk menuntut hak mereka yang ‘dicuri’.
Chelsea ada
segalanya yang wajar digeruni oleh pasukan lain, dan Barcelona
juga perlu mengakuinya, Chelsea
adalah pasukan bertentangan dengan mereka. Chelsea
adalah jawapan pasukan bagaimanakah mampu menewaskan Barcelona.
Sebab pertama ialah, Legasi Jose Mourinho masih ada dalam di Chelsea,
sungguhpun tidak semua pemainnya masih kekal, namun kekuatan Chelsea selama ini
memang terletak pada The Old Guards iaitu John Terry, Didier Drogba, Frank
Lampard, Petr Cech, Ashley Cole, juga pemain lain Paulo Ferreira, Obi Mikel,
Michael Essien, Florent Malouda, Salomon Kalou. Mereka ini tentera Jose Mourinho,
the survival daripada kehidupan Chelsea
selepas tanpa Mourinho. Jose telah menjadikan siapa mereka pada hari ini, dan
juga menjadikan mereka pemain yang bangkit selepas ditinggalkan oleh ‘bapa’ mereka
itu. Semangat enggan mengalah, taktikal bijak, dibina kuat dari segi fizikal
dan juga corak permainan yang ringkas semuanya datang dari Jose Mourinho. Kedua,
Barcelona tahu mereka tidak akan menang pertandingan fizikal dengan pemain-pemain
Chelsea, namun mereka silap, Chelsea sebenarnya lebih dari sebuah pasukan
fizikal, pemain-pemain mereka berkualiti, dan anda tidak boleh menewaskan
mereka walaupun mereka tidak menguasai perlawanan dan tahu bagaimana mencari
gol dalam apa juga tekanan sekalipun ini adalah diterapkan oleh bekas pengurus
mereka Carlo Ancelotti. Chelsea
sebenarnya adalah pasukan gabungan daripada beberapa orang pengurus yang
dipecat oleh Roman Abramovich. Ini termasuklah projek singkat Guus Hiddink. Chelsea
adalah unik, dan tidak akan ada pasukan yang menyamai mereka, sungguhpun
kelab-kelab kaya yang lain. Memang benar Chelsea
dibentuk daripada wang yang banyak, namun pelaburan itu tidak ada gunanya jika Chelsea
tidak bersatu dan bermain sebagai satu unit yang mantap. Pemain-pemain yang dibeli
ini dan beberapa watak-watak penting pasukan membentuk satu pasukan yang kuat
dan semakin lama keserasian mereka semakin kukuh, kesusahan dan dugaan yang
mereka hadapi bersama-sama akhirnya menjadikan mereka antara pasukan terbaik di
Eropah.






No comments:
Post a Comment