Dear Roman,
Aku baru je nak suruh Roberto Di Matteo letak jawatan tapi mu rupanya lebih pantas daripada aku. Sebabnya kesian kat dia. Dah buat mcm-mcm yang terdaya. Baik lagi letak jawatan dari dipecat dan dimalukan didepan sekalian alam. Selain Jose Mourinho dia adalah pengurus yang paling dikasihi oleh penyokong-penyokong dan pemain-pemain.
Roman kenapa la mu ni bangang sangat nak pecat RDM pun tunggu la confirm dapat pengurus dulu. Bodoh sungguh mu ni! Ini entah ada ke tak orang yang sudi nak pegang kerusi hangat dan hangit itu. Siapa yang boleh tahan dengan ketamakan mu itu? Mu ingat kejayaan tu datang berduyun-duyun ke? Pengganti yang mu nak cari tuh pun tidak digemari oleh penyokong Chelsea. Sebabnya? mu who caress je kan? kalau dia lahar mu pecat je.
Wahai Roman,
Kepala hotak mu! Mu tahu tak bila mu kerap tukar pengurus ni akan menganggu sistem keseluruhannya. Dah la RDM dah mulakan revolusi, alih-alih mu nak suruh orang take over. Player nak kena ubah stail permainan, kena ikut taktikal manager baru lagi. Nak cari chemistry dengan dia lagi. Mu ingat senang mcm makan kacang Ngan Yin ke?? Semua kena mula dari zero. Lepas tuh pemain-pemain bintang yang nak datang kelab mu pun terpaksa cancel niat bila nampak kelab mu ni tak stabil. RDM dah buat apa yang mu nak iaitu attractive football dan Piala Eropah yang mu idamkan itu. Jadi apa lagi mahumu?
Wahai Roman.
Aku yakin yang ramai peminat-peminat kelab lain yang gembira dengan apa yang berlaku dengan Chelsea skrg. Mereka boleh bersuka ria celebrate lagi dengan pemecatan pengurus entah kali ke berapa pun aku tak peduli. Pencabar mereka dah terkeluar dari saingan. We are out from their league. Namun begitu tidak bermakna aku berputus asa, Chelsea dah banyak banyak banyak banyak banyak kali mengalami kejatuhan. Tapi mereka berjaya bangkit dengan sendirinya kerana semangat berpasukan dan mereka mampu berdikari walaupun tanpa jurulatih sekalipun. Tapi pasukan Chelsea adalah berbeza skrg tapi ceritanya masih sama. Cuma tahap difficulty sahaja yang berlainan. Sama ada pemain generasi baru ini dapat bangkit @ tidak aku tak pasti, kita seperti mengharapkan bubur menjadi nasik semula. Ia tidak akan mudah seperti yang mu bayangkan.
Wahai Roman,
Kau tolong la lunturkan ego mu untuk memberikan kontrak baru yang dikehendaki oleh The Old Guards. Mu pun memang dah nampak dengan cerah sekali betapa "cemerlangnya" pasukan mu tanpa askar-askar tua itu. Memang mereka dah tua tapi mereka punye kepimpinan masih ditagih oleh pemain-pemain muda. Pemain-pemain muda ini belum bersedia lagi bernafas tanpa The Old Guards. Kata Jose Mourinho kejayaan bukan datang dari wang tapi dari kempimpinan.
Wahai Roman,
Memang besar amat harapan ku dapat maki hamun secara berdepan dengan mu. Kalau aku nak bakar Kapal Besar mu pun aku akan menjadi orang pertama. Nak aje aku pancitkan semua tayar kereta mu tak kira lah berapa puluh bijik yang mu ada. Aku harap sangat business mu ditimpa malang pergi melingkup. Aku peduli apa dengan duit mu tabur kat kelab? Mu pun tak peduli orang-orang yang dipecat oleh mu, kenapa aku mahu peduli dengan mu? Duit boleh dicari. Owner baru pun boleh dicari.
Sedari aku membantah keputusanmu apabila memecat Carlo Ancelotti dan Ray Wilkins. Aku sampai berkabung. Kali ini aku pun akan berkabung untuk RDM juga. Kerana aku sayangkan dia kerana dia melayan semua pemain dia seperti manusia. Dia lelaki yang budiman di mata aku. Tergamak mu melakukan perkara yang kejam itu. Tidak adakah sifat kemanusiaan dalam dirimu? Aku yakin akan berderet kelab yang nak sign RDM, dia tak rugi apa-apa. Sebab dia punye resume cukup hebat 2 piala hanya dalam tempoh 8 bulan sahaje. Yang rugi ialah Chelsea sendiri.
Aku memang Forever The Blues. Tapi aku mengaku dah putus asa dengan Chelsea. Sebab ini bukan pertama kali berlaku. Mu dah ambik semua pengurus terbaik didunia tapi satu pun tak memuaskan nafsu mu itu. Jadi selepas nih aku nak mogok dan berkabung selama sebulan dari menonton game Chelsea. Baik aku ambil pedulik pasal mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestine sana.
Ini janji ku pada mu. Please semua jangan cari aku (Mode merajuk)
Sekian Dari Peminat Tegar Chelsea yang tidak akan mengampunkan mu.
Serikandi Padang Hijau Di Alam Maya.
![]() |
| Stamford The Lion Pun Turut berkabung |

