Saturday, May 28, 2011

Ramalan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 Final: Manchester United Lwn Barcelona


Perbandingan Pengurus

Sir Alex Ferguson

  • Pengurus cemerlang dekad lalu dan juga mungkin dekad kini
  • Pakar dalam permainan kreativiti taktikal
  • Pakar motivasi dan berjaya mendisplinkan pemain-pemain bermasalah
Pep Guardiola
  • Pengurus muda paling dikehendaki
  • Tidak dinafikan berjaya membentuk pasukan yang menghiburkan dan diibaratkan seperti sebuah unit yang bertindak seperti robot yang diprogramkan. 
  • Mencapai kejayaan luar biasa diawal karier kejurulatihannya.
Pemenang: Sir Alex Ferguson
Faktor pengalaman membezakan mereka, Alex Ferguson sudah biasa dengan perlawanan akhir dan amat jarang sekali ditewaskan di pentas akhir. Keupayaan membentuk pasukan yang disegani dan berkualiti disekeliling pemain bertaraf sederhana atau tidak terkenal, pendek kata melahirkan superstar sebenar. 

Perbandingan Pemain: Satu lawan Satu

Edwin Van Der Sar Lwn Victor Valdes

Edwin Van Der Sar
  • Pemenang liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris
  • Penjaga gol utama untuk pasukan Belanda sebelum bersara
  • Antara penjaga gol terbaik di dunia
Victor Valdes
  • Pemenang piala dunia, Liga juara-juara 2 kali, Juara liga Sepanyol
  • Penjaga gol ketiga untuk pasukan Sepanyol
  • Penjaga gol yang peka dan boleh diharapkan
Pemenang: Edwin Van Der Sar
VDS dianggap sebagai perwira di Old Trafford, antara penjaga gol yang banyak menyelamatkan pasukannya. Selain pengalaman yang luas, beliau juga sentiasa fokus dan amat sukar ditewaskan dengan rembatan jarak dekat mahupun jauh. Anda perlu bijak untuk memperdayakannya.

Rio Ferdinand Lwn Carles Puyol

Rio Ferdinand
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Dianggap salah satu pemain generasi emas England.
  • Kuat, kental, serta amat stabil dan tidak gopoh dalam bertindak.
Carles Puyol
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara Eropah, Liga juara-juara, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Anak tempatan yang amat dipercayai dan disayangi oleh penyokong, seorang yang amat berkerja keras.
  • Bukanlah pemain pertahanan terbaik namun beliau berjaya membentuk barisan pertahanan yang mantap dengan pemain gandingannya, serta pilihan utama dalam pasukan kebangsaan.
Pemenang: Carles Puyol
Walaupun pengalaman dan kualiti mereka boleh dikatakan setanding, namun Puyol mengatasi Rio dan cemerlang dalam kejohanan besar.

Gerard Pique Lwn Nemanja Vidic

Gerard Pique
  • Pemenang piala dunia, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Amat mudah sekali menempatkan diri sebagai pemain penting kebangsaan Sepanyol, dengan kualiti pertahanan, kekuatan fizikal serta tidak mengecewakan ketika menyerang.
  • Kejayaan yang melimpah di usia muda.
Nemanja Vidic:
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Antara pemain yang tidak dikenali namun ditukar menjadi antara pemain pertahanan disegani di dunia oleh Fergie.
  • Corak permainan yang bersungguh dan tidak gentar dengan lawannya.
Pemenang: Gerard Pique
Kerana beliau memenangi piala dunia dan melengkapkan pasukan berbakat Sepanyol. Walaupun Vidic lebih berpengalaman namun pencapaian Pique dianggap luar biasa di usia muda dan mungkin banyak lagi di masa akan datang.

Dani Alves Lwn Fabio Da Silva

Dani Alves
  •  Pemenang  liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Terkenal dengan permainan lasak dan gemar menyerang seperti kebanyakan pemain bek Brazil yang lain.
  • Seorang yang bersungguh-sungguh dan boleh dipercayai ketika berhadapan dengan penyerang pantas.
Fabio Da Silva
  • Pemenang Liga perdana Inggeris.
  • Yakin dan juga bijak dalam membantu serangan.
  • Dianggap pengganti kepada pemain lagenda Gary Neville.
Pemenang: Dani Alves
Alves amat jelas pemain paling cemerlang Brazil dalam beberapa tahun ini. Fabio yang lebih muda namun mungkin bakal menempah lebih banyak kejayaan lebih besar. Secara individu kualiti dan kesungguhan Alves tiada tandingan. 

Eric Abidal Lwn Patrice Evra

Eric Abidal
  • Pemenang  liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol
  • Dalam pasukan kebangsaan Perancis pernah diletakkan sebagai pemain bek tengah.
  • Fleksibel, dan kemampuan untuk bertenang dalam apa jua situasi.
Patrice Evra

  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA.
  • Antara pemain bek kiri terbaik di dunia.
  • Pantas, kualiti sebagai ketua dan menjadi contoh yang baik, bijak melakukan terjahan tepat pada masanya.
Pemenang: Patrice Evra
Evra menjadi bek kiri yang paling dikehendaki di dunia, Evra juga mengatasi Abidal dalam perebutan posisi bek kiri pasukan Perancis. Abidal pemain yang bagus, namun beliau bukanlah pemain terbaik di Barcelona.

Sergio Busquet Lwn Michael Carrick

Sergio Busquet

  • Pemenang piala dunia, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol
  • Merupakan pemain penting yang membolehkan bola dikawal oleh Barcelona
  • Pemain utama pasukan kebangsaan Sepanyol
Michael Carrick
  • Pemenang Liga juara-juara, Juara liga perdana Inggeris
  • Semakin melihatkan peningkatan dalam permainannya terutamanya musim ini.
  • Pemain yang masih ketinggalan di belakang Gareth Barry dalam pasukan kebangsaan England.
Pemenang: Sergio Busquet
Jelas sekali Busquet menikmati kejayaan cemerlang walaupun Carrick lebih berusia. Carrick juga ketinggalan dalam aspek pengalaman antarabangsa. 

Xavi Hernandez Lwn Ryan Giggs

Xavi Hernandez
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Tempat ketiga pemain terbaik FIFA
  • Seorang playmaker dan nadi tengah pasukan Barcelona.
  • Terkenal dengan visi dan hantaran tepatnya yang merupakan kunci utama unit serangan Barcelona.
Ryan Giggs
  • Pemenang Liga juara-juara 2 kali, Juara liga perdana Inggeris, Kesebelasan terbaik dunia FIFA
  • Pemain sayap lagenda di Liga Inggeris dekad lepas malah masih cemerlang sehingga kehari ini.
  • Larian deras, hantaran lintang  yang tepat. serta kebolehan menjaringkan gol merupakan igauan ngeri pasukan lawan.
Pemenang: Xavi Hernandez
Mungkin kelihatan agak kejam buat pemain lagenda seperti Giggs, namun kejayaan yang dikecapi Xavi mengatasi Giggs walaupun Giggs ketika seusia dengannya. Xavi juga antara yang terbaik didunia dan di iktiraf dan Giggs tidak mendapat penghargaan sepertinya.

Andres Iniesta Lwn Nani

Andres Iniesta
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Tempat kedua pemain terbaik FIFA
  • Larian pantas dan kelicikannya menghidu peluang amat sukar disekat.
  • Pemain yang ditakuti kerana sering menjaringkan gol ketika di saat genting.
Nani
  • Juara liga perdana Inggeris
  • Mampu bangkit daripada kemerosotan prestasi musim lepas apabila hampir disingkirkan daripada pasukan.
  • Bakat menghantar bola lintang dan juga gemar melakukan larian kedalam kawasan penalti juga penjaring go yang semulajadi,
Pemenang: Andres Iniesta
Iniesta bukan sahaja pemenang malah memainkan peranan penting dalam kejayaan Sepanyol dan Barcelona. Nani masih banyak yang perlu dibuktikan di masa akan datang, namun bakatnya tidak boleh diragui.

David Villa Lwn Park Ji Sung

David Villa
  • Pemenang piala dunia, Kejohanan negara-negara Eropah, Liga Sepanyol, Kesebelasan terbaik FIFA.
  • Rekod jaringan yang menakjubkan ketika mewakili Valencia dan juga Sepanyol.
  • Penjaring gol yang semulajadi dan gemar membuat tindakan di luar dugaan.
Park Ji Sung
  • Pemenang Liga juara-juara  kali, Juara liga perdana Inggeris
  • Pemain Asia pertama memenangi liga Inggeris dan liga Juara-juara
  • Terkenal dengan jolokan 3 Lungs Park merujuk kepada larian tanpa hentinya di atas padang.
Pemenang: David Villa
Penyerang prolifik yang dikagumi kerana rekod jaringannya malah bakal menambah lagi koleksi trofinya tahun ini. Ji Sung pula pemain yang tidak pernah mengecewakan.

Pedro Rodriguez Lwn Javier Hernandez

Pedro Rodriguez
  • Pemenang piala dunia,  Liga Sepanyol
  • Merupakan satu lagi produk akademi bola sepak Barcelona
  • Bergandingan baik dengan Villa dan Messi namun juga perlu diberi perhatian ketika dalam kotak penalti kerana mampu menjaring gol.
Javier Hernandez
  • Pemenang liga perdana Inggeris
  • Dibeli dengan harga yang murah, dan membalas dengan persembahan menakjubkan dalam musim pertamanya.
  • Tajam menghidu bola, pantas, bijak serta pergerakan yang sering mengelirukan lawan.
Pemenang: Jika hanya kemenanga piala dunia yang membezakan mereka ia mungkin agak berat sebelah. Maka saya memutuskan pertandingan ini seri kerana faktor kedua-dua mereka masih belum membuktikan potensi sebenar mereka.

Lionel Messi Lwn Wayne Rooney

Lionel Messi
  • Pemenang liga juara-juara Eropah, Liga Sepanyol, Pemain terbaik FIFA dua kali.
  • Pemain superstar yang mempunyai rekod jaringan yang luar biasa.
  • Sentiasa menghiburkan dengan teknik mengelecek pemain lawan dan sungguhpun banyak cara di cari untuk menyekatnya namun masih gagal.
Wayne Rooney
  • Pemenang Liga juara-juara  kali, Juara liga perdana Inggeris
  • Pemain sensasi England ketika di awal kemunculannya dan di gelar Pele putih 
  • Semakin meningkatkan permainannya sebagai pencipta peluang dan juga penjaring gol semula jadi.
Pemenang: Lionel Messi
Tidak syak lagi Messi pemain terbaik pernah disaksikan di abad baru ini. Rooney juga belum membuktikan kemampuannya memenangi perlawanan penting. 

Keseluruhan:

Tiada yang dapat menghalang kemaraan Barcelona ketika ini, jika meneruskan konsep dominasi bola mereka atau total football. Dan sekiranya Messi terus menjadi ancaman dan berterusan menjadi faktor kemenangan mereka. Dan ketika ini hampir mustahil untuk menyekat mereka. Namun mereka perlu berhati-hati dengan kehadiran Chicharito merbahaya dan kerana corak permainannya masih belum diterokai mungkin mampu membunuh mereka. Manchester United perlu yakin dan harus mengabaikan permainan psikologi pemain Barcelona dan cuba menyekat Xavi dan Iniesta, walaupun kelihatan agak mustahil dan Chicharito mungkin pemain yang akan memberi perbezaan. 

2 comments:

  1. pergh tabik kak.. terer gile analysis..

    join je sokernet..

    ReplyDelete
  2. Ha..ha..Mmg nak join pun tapi tak tahu cam na. Thanks bg sokongan

    ReplyDelete