24. Perang Twitter
Apa?:
Twitter laman sosial ekspresi tidak melebihi 140 aksara
Siapa
terhangat?: Wilshere, Rooney, Nasri, Fabregas, Barton
Tweet terbaik?:
Manuel
Neuer “Aku tidak tahu pula Ramos seronok menyepak penalti melayang ke udara”
(selepas Bayern Munich menang
penalti ke atas Real Madrid Liga Juara-Juara)
Sergio
Ramos: “Aku tidak tahu pula Neuer seronok kalah perlawanan akhir ditempat
sendiri. Sentiasa merendah diri.” (Selepas Bayern Munich tumpas kepada Chelsea
final Liga Juara-Juara.)
![]() |
| Ahhh!! Barca!!! |
![]() |
| Penalti biar sampai ke bulan??? |
23. Siapa perlukan Batman? Kami ada Robin
Pelakon: Robin Van Persie sebagai Robin, Arsene Wenger
sebagai Batman
Plot: Robin yang tidak cedera selama 12 bulan, mengamuk di
EPL dengan 30 Gol, menang kasut emas, dan menang pemain terbaik. Bayangkan jika
dia tidak cedera langsung selama ini?
22. Orgasm Gary Neville.
Siapa?: Bekas pemain Manchester United menjadi pengulas
Channel Sky Sports
Stail: Jeritan aneh selepas Fernando Torres menjaring gol
penyamaan Separuh akhir Chelsea
dengan Barcelona. Orgasm?
21. Kontroversi garisan gol terjadi lagi?
Lokasi 1: Wembley, separuh akhir Piala FA Chelsea Lwn Spurs
Mangsa: Spurs
Pembunuh: Juan Mata
![]() |
| Kau nampak tak? |
Lokasi 2: Wembley: Final Piala FA, Liverpool
Lwn Chelsea
Mangsa: Andy Carroll
Pembunuh: Petr Cech
![]() |
| Tak gol la lahar! |
Pemberita: Apa pendapat anda tentang Goal Line Technology?
Frank Lampard: “F**@##%^3
![]() |
| Frank Lampard punye pun tak disahkan apa yang korang kecoh?? |
20. Skandal mengatur perlawanan Liga Serie A lagi?
Penjenayah: Stefano Amouri, Antonio Conte (pengurus Juventus),
dan Demico Cristo
![]() |
| Tutup muka malu |
![]() |
| Baik kau habaq betul ke tak |
![]() |
| Sudah..sudah la tu you under arrest. |
Akibat: Selepas skandal Calcio Poli Italy
menang Piala Dunia 2006, mungkin Italy
akan menang Euro 2012 pula?
19. Roy Hogdson tidak bagus, Kenny Daglish juga tidak
sesuai, tapi Roberto Martinez?
Dahulu: “Kami tak mahu Hogdson, dia tidak layak jadi
pengurus kelab besar seperti kami. Kami mahu King Kenny”
![]() |
| You are fired! Busuknya... |
Selepas itu: “Kenny beli pemain Inggeris yang terlalu mahal,
dan main macam orang mabuk, kami mahu Pep Guardiola, atau Special One”
![]() |
| akhirnya Kenny dilayan mcam tisu tandas |
Sekarang: “Roberto Martinez? Ingat kita nih pasukan Relegation?”
![]() |
| Akhirnya nak balik orang yang korang buang nih?? |
18. Karenah budak-budak jahat Mario Balotelli, Joey Barton, dan
Delio Rossi (Budak ke?)
Profile 1: Mario Balotelli a.k.a Italian Mafia
Kes: Main mercun dalam bilik, main pelacur, main kayu tiga,
gaduh dengan team-mate, berebut sepakan percuma, banyak kad merah, dan Why
Always me?
Profile 2: Joey Barton a.k.a English Hooligans
Kes: Mulut celupar di Twitter, menyiku Carlos Tevez,
terajang Sergio Aguero, tanduk Vincent Kompany, bergaduh diatas padang,
pernah masuk penjara.
Profile 3: Delio Rossi a.k.a Old Gangster
Kes: Memukul pemainnya Adem Ljajic selepas pemain itu tepuk
tangan menyindir pengurus yang mengeluarkannya. Ambik kau!!
17. Samir Nasri menang dan Cesc Fabregas kalah, tiada piala untuk Arsenal lagi.
Cesc Fabregas: “Celaka betul budak2 Chelsea
parking kapal Abramovich depan pintu gol”
![]() |
| Cheh! aku dah 33 tahun pun masih bagus daripada kau |
![]() |
| Dah lama kawe dendam dengan si gemuk nih. |
16. Carlos Tevez enggan bermain tapi kembali dan kemudian ‘RIP Fergie’
Carlos Tevez di Munich: “Aku tak mahu main, pergi mampus la aku
makan gaji buta pun, ada aku kesah?”
Carlos Tevez di Norwich: “Ha..ha.. Tengok aku main bagus
siap score hat-rick lagi. Kenapa korang boo aku?”
Penyokong City:
“Boo….boo….booo”
Carlos Tevez di Manchester: “Tengok aku Fergie, aku dah siap
tempah keranda untuk kau. Welcome to Manchester
lagi. Padan muka kau!”
15. Ancelotti tidak, Jose Mourinho tidak, Luiz Filipe Scolari bukan, AVB bukan tapi Roberto di Matteo adalah jawapannya.
![]() |
| Ceh! kau tengok nih, habis duit aku belanja makan lagi |
One di Matteo: Bos, buat apa la bayar mahal-mahal, aku yang
dekat nih, tak nak pandang, yang jauh jugak yang dipuja-puja.
14. Manchester United tumpas kepada “Jiran Bising” 6-1 di Old Trafford.
Lokasi: Old Trafford, Manchester
Pasukan otai: Manchester
United a.k.a Setan merah menyala
Pasukan yang kononnya otai: Manchester
City a.k.a Noisy Neighbor
Bangang perlawanan: Johnny Evans, why me?
13. Juventus “The Unbreakable”
The Old Lady: Kami the Invincible.
The Gunners: Tak payah kekwat sangat, kau punye manager kena
tahan makan suap kau tak tahu ke?
12. Pep Guardiola tinggalkan Barcelona
Pep Guardiola: “Tidak!!! Torres pun boleh score!!! Aku
quit!”
Fernando Torres: “Aku tak jaringkan banyak gol, tapi bila
aku jaringkan gol sampai bersara pengurus pasukan lawan. Messi hado?”
Jose Mourinho: “Pep, apo la bangang ekau nih, kalau banyak
menang kan lagi bagus, pasal
banyak menang pun kau letak jawatan ke?”
11. Kematian mengejut Marosini, dan Fabrice Muamba yang terselamat dari maut
Sorang pemain divisyen Serie B Italy Marosini meninggal
dunia akibat serangan jantung, kes yang kembali menghantui dunia bola sepak,
kematian mengejut berlaku sekali lagi.
Manakala semua orang berasa lega apabila pemain EPL, Bolton
Wanderas, terselamat dari maut, setelah tidak sedarkan diri diatas padang,
semangat sokongan yang diberikan kepadanya amat menyentuh perasaan dan luar
biasa sekali.
10. Kedua-dua pasukan Manchester tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah.
Kita serupa…kita serupa…. You never walk alone….
9. Borussia Dortmund juara berganda buat kali pertama dalam sejarah
Bayern Munich berangan nak kalahkan Chelsea?
Kah..kah…
8. Isu perkauman jadi semakin serius
Kes 1: Luis Suarez Liverpool a.k.a Diver Racist arnab
Kenapa dia racist: Kerana mengeluarkan kenyataan yang
melambangkan warna atau bangsa, atau keturunan adalah satu kesalahan.
Apa yang kepoh sangat: Pasal Evra tu mengada-mengada sangat
emosi dipanggil Negro, dan juga media dan Manchester United mengapi-apikan
antara kedua-dua kelab.
Kes 2: John Terry Chelsea a.k.a Wags hunter
Kenapa dia racist: Kerana mengeluarkan kenyataan yang
melambangkan warna atau bangsa, atau keturunan adalah satu kesalahan. Dan juga
menambahkan perkataan dibelakangnya seperti C**t, F**K. Ops tidak perlu
dinyatakan disini.
Siapa mangsanya: Adek kesayangan pemain Manchester United
Rio Ferdinand iaitu Anton Ferdinand.
Apa yang kepoh sangat: Bila John Terry buat hal mesti jadi
berita muka depan punye, cuba
kalau orang lain?
Kes 3: Lionel Messi a.k.a faking innocent, and Chelsea
flopper.
Kenapa dia racist: Sama macam kes Suarez tadi, Negro..negro…
Siapa mangsanya: Bekas pemain Real Madrid Royston Drenthe
Apa yang kepoh sangat: Sudah tentu kalau pemain terbaik
dunia yang buat hal mestilah kepoh, tapi buat masa sekarang dia ada prisai,
tidak boleh disentuh.
Kes 4: Cesc Fabregas a.k.a trophy less and I hate that Chelsea
number 8.
Kenapa dia racist: Mengatakan kepada pemain beragama Islam
Muslim terrorist.
Siapa mangsanya: Fredric Kanoute, Sevilla
Apa yang kepoh sangat: Tak begitu dipandang serius walaupun
ada bukti video, mungkin sebab orang tak peduli pasal Islam, atau di Sepanyol
tidak kecoh macam media di England.
7. Fabio Capello meletak jawatan pengurus England, dan digantikan dengan yang tidak dikehendaki Roy Hodgson.
Sebelum: Fabio Capello amat membosankan semua salah dia
sebab England
main macam standard budak sekolah rendah di Piala Dunia 2010
Selepas: Kami mahu Harry Redknapp jadi pengurus, dia paling
layak.
Terkini: Roy Hodgson?? Ha..ha… padan muka korang Harry konon
berangan!
6. Gol “Anti Fizik” Papiss Cisse.
Albert Einstein pasti tidak menggemarinya, kerana gol ini
tidak mematuhi hukum fizik, lencongan cantik menyerupai sepakan percuma Roberto
Carlos yang terkenal pada 1997, anda pasti ingin mengulanginya banyak kali,
lagi dan lagi.
5. Real Madrid akhirnya mengatasi Barcelona dalam La Liga
4. Pemain terbaik dunia dan tempat kedua pemain terbaik dunia gagal menyempurnakan sepakan penaliti.
Lampard: Hehh…heh.. U olz, I nih tak perlu jadi pemain
terbaik dunia pun boleh score 50 penalti! Apahkah??
Neuer: Woi mandi bunga tuh nak mintak jodoh la mangkuk! aku
yang kaki buta nih pun boleh score penalti. Apa ada hal?
3. Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan terakhir yang paling mendebarkan dalam sejarah.
Lokasi: Etihad Stadium, Manchester
City
Filem: Even the Noisy Neighbor can win the crown
Pengarah: Roberto Mancini
Pelakon utama: Pablo Zabeleta, Eden Dzeko, Vincent Kompany
Hero: Sergio Aguero
Penjahat: Joey Barton
Penampilan cameo: Mario Balotelli
Minit ke 48: Juara Manchester United, gol Cisse QPR
Minit ke 66: Juara Manchester United, gol Mackie QPR
Minit ke 90 plus 5: Juara
Manchester City,
gol Aguero
Fergie: Tak aci la diorang banyak duit, mana boleh diorang
main lebih masa??
Oliver Kahn: Oit Fergie!! lupa ke masa match dengan Bayern
Munich 1999 dulu, masa tambahan la sebab team kau menang! Nyanyuk betul orang
tua nih.
2. Barcelona Vs Chelsea bukan sekadar perlawanan bola sepak biasa.
El Clasico yang dicemari dengan pergaduhan, pertikaian,
racist, cucuk-mencucuk mata, dan terjahan nak kasi orang mampus, dan lakonan
tidak berkesudahan, tidak dapat menandingi kehebatan perlawanan Mega
Blockbuster Chelsea dan Barcelona, kenapa ia perlawanan yang luar biasa pernah
disaksikan?
2.
Chelsea
adalah pasukan yang sering memberi kesukaran dan juga masalah kepada Barcelona.
3.
Kedua-dua pasukan juga tidak
pernah menang dalam perlawanan di tempat lawan masing-masing.
4.
Mereka telah bertembung sebanyak 8 kali, jumlah menang, kalah, dan seri adalah sama bagi kedua-dua pasukan.
5.
Kali terakhir bertemu pada 2009,
dengan perlawanan paling kontroversi dalam sejarah Liga Juara-Juara.
6.
Sentiasa akan ada kontroversi
dalam setiap pertemuan mereka, kad merah, pergaduhan, kontroversi pengadil.
7.
Perdebatan yang tidak akan
berkesudahan, sama ada memilih untuk bermain dengan cantik atau tidak bermain
dengan cantik tapi memenangi perlawanan.
![]() |
| Sebenarnya Chelsea parking kapal Roman |
1. 3 bulan sahaja Chelsea bertransformasi daripada sampah kepada kisah dongeng Hikayat 1001 malam
Sebelum
Cerita dongeng sama ada Cinderella, Snow White, mahupun Jack
dan kacang hijau, semuanya berakhir dengan Happy Ending. Cerita tentang
kebangkitan Chelsea yang pada permulaan musim Ogos sehingga Mac, nampak seperti
sampah yang harus dibuang dan dicampak ke laut, atau dibakar dengan Incinerator
supaya mendapat alam sekitar yang lebih bersih, akibat pencemaran yang
dilakukan oleh Roman Abramovich membuat sampah pakai dan buang sebanyak 7 kali.
Andre Vilas Boas yang dikatakan special one number 2, ternyata tidak sama
langsung dengan Masternya itu. Berada jauh daripada saingan ke Liga Juara-Juara
musim depan, dan apatah lagi memenangi Liga Perdana Inggeris, apatah lagi
memenangi Liga Juara-Juara piala yang diidamkan oleh Roman itu, ,menang
sebarang trofi? Tidak mungkin. Atau dengan kata mudahnya boleh pergi main
jauh-jauh atau angan-angan mat jenin.
Selepas
Namun seperti cerita dongeng yang lain juga, berahkhir
dengan happy ever after, begitu juga Chelsea
yang dalam tempoh 3 bulan ya, 3 bulan sahaja (atau kurang daripada itu)
bertukar kepada pasukan juara bukan satu tapi berkembar dan dimahkotakan
sebagai Juara Eropah. Ya memang benar ia berlaku, jika saya juga tidak pernah
mempercayainya, tiada siapa juga dapat mempercayai ini. Jika diberitahu kepada
pemain-pemain Chelsea semasa AVB
masih berkuasa, bahawa mereka bakal juara Eropah, pastinya mereka akan gelak
berguling-guling. Kenapa ia berada ditangga pertama? Bukan kerana aku penyokong
Chelsea, namun tiada kejutan dan
keterujaan pada musim 2011/2012 yang lebih baik daripada ini. Atau dengan mudah
lagi, mereka adalah simbol kepada musim paling gila dalam sejarah bola sepak.
Ibarat cerita hikayat dongeng zaman moden.











































































No comments:
Post a Comment