![]() |
| Stamford Bridge yang aman makmur |
Sebelum menyinggung mana-mana pihak
tulisan ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
“Chelsea is the world`s most
frustrating club to support”
Ini adalah kata-kata dari salah seorang
penyokong Chelsea.
Apa yang dimaksudkan oleh penyokong
diatas ialah, merujuk kepada Roman Abramovich dan pengurusannya yang
bertindak berlawanan dengan kehendak penyokong. Dan mungkin juga
Chelsea sering menjadi mangsa malang yang bertimpa-timpa. Namun
penyokong Chelsea tidak pernah berpaling dan berterusan memberi
sokongan walau apa jua yang berlaku sekalipun. Bersama-sama
menghadapi cabaran dan tekanan dari pihak luar dan pihak dalam
Chelsea itu sendiri.
Kata orang cinta itu buta anda tidak
akan nampak apa jua kelemahan dan kekurangan mereka apabila anda
cinta. Jika anda penyokong begini, maknanya anda cintakan Chelsea.
Ada beberapa isu yang perlu kita bincangkan untuk menjadikan Chelsea
pasukan yang lebih baik, dan juga menjadikan anda lebih faham dan
berfikir dengan lebih logik tentang apa yang berlaku di Chelsea.
- Yang perlu Diakur: Chelsea adalah pasukan yang menerima tekanan media massa yang paling dahsyat.
Ini adalah kerana
reputasi Chelsea sebagai kelab mewah yang berbelanja mahal, mempunyai
pemilik yang dikenali ramai, serta mencipta kontroversi seperti kerap
memecat pengurusnya, serta masalah peribadi pemain. Ini adalah anda
perlu akui, setiap kali perpindahan dibuka banyak media yang sibuk
ingin mengetahui perancangan siapa yang dibeli oleh Chelsea sehingga
hampir setiap pemain terbaik di atas planet dikaitkan dengan Chelsea.
Jadi anda jangan hairan mengapa pihak media sering menjadikan Chelsea
sebagai sasaran untuk mendapatkan cerita sensasi. Dan mereka juga
bersikap agak bias kepada Chelsea.
Yang perlu
Dibangkang: Tekanan media begitu dahsyat tidak bermakna penyokong
juga perlu mengikut arus yang sama.
Kadang-kala kita
terlalu mengikut emosi dan keterlaluan mengkritik taktikal, pemilihan
pemain utama serta urusan jual beli pemain. Chelsea sudah cukup
menerima tekanan anda cuba elakkan agar menambah tekanan tersebut.
Fungsi penyokong adalah menyokong. Dan mempertahankan kelab anda
apabila penyokong pasukan lain mengkritik pasukan anda. Dan yang
paling penting ialah jangan terpengaruh dengan dakyah media tersebut.
- Yang perlu Diakur: Chelsea adalah pasukan baru.
Jika anda mengikuti
Chelsea semenjak zaman Empayar Roman, Chelsea mengalami 3 fasa
revolusi iaitu: Generasi Jose Mourinho 2004-2007, generasi selepas
Jose Mourinho 2008-2012 dan generasi selepas The Champions of Europe
(sekarang). Generasi ke-3 ini sama ketika Roman membeli 14 pemain
semasa dia mula-mula menakluki Stamford Bridge. Kejayaan tidak
datang dengan segera, ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun
untuk Chelsea mula mengutip piala untuk dijadikan koleksi. Namun sama
tapi tak serupa, ketika permulaan era Roman tersebut Chelsea hanyalah
kelab klasik London yang usang, dimana tiada siapa yang memandang
tinggi kepada Chelsea ketika itu berbanding sekarang. Chelsea kini
adalah Juara Eropah, dan kelab elit yang mempunyai berjuta-juta
penyokong di seluruh dunia. Ternyata malam di Munich tersebut adalah
suatu permulaan bukannya suatu pengakhiran.
Yang perlu
Dibangkang: Jangan kecewa (jika) kita tidak berjaya musim ini.
Ia adalah suatu
proses yang panjang sebelum kita boleh bermimpi indah untuk mengutip
piala dan menjadi kelab dihormati didunia. Dimana saya percaya kita
akan sampai kesitu suatu hari nanti. Anda buat tak peduli saja atau
buat tak reti jika ada penyokong pasukan lain yang mengejek anda
apabila kita terlepas 3 piala musim ini. Mereka tidak faham, banyak
yang menanti dimasa hadapan. Kejayaan tidak datang dengan mudah.
Sekurang-kurangnya kita telah memulakan langkah kehadapan.
![]() |
| Roman is The Next Machiavelli |
- Yang perlu Diakur: Chelsea hanyalah suatu perniagaan bagi Roman Abramovich.
Chelsea adalah
pembelian yang bijak bagi Roman, mendatangkan keuntungan yang besar.
Apa juga tindakan beliau hanyalah semata-mata untuk perniagaannya,
dan menjaga aset pemegang saham. Jadi dia tidak peduli apa juga
bangkangan dari kita, bagi beliau Chelsea hanyalah salah satu
(picisan) cabang perniagaan untuk keuntungan peribadi. Kita perlu
menerima hakikat bahawa Roman tidak cintakan Chelsea seperti kita
pihak penyokong. Dia tidak akan faham soal jiwa sentimen kita
terhadap Chelsea. Namun tidak bermakna Roman tidak ambil berat (care)
tentang Chelsea. Ini semua adalah hati manusia hanya Tuhan dan Roman
sahaja yang tahu
Yang perlu
Dibangkang: Roman berkuasa mutlak namun tidak bermakna kita perlu
tunduk kepada dia dan pengurusannya.
Penyokong mempunyai
hak, dan keupayaan kita sebenarnya mampu menjatuhkan kelab itu
sendiri. Tanpa pelanggan tiada perniagaan. Tanpa kita Chelsea tidak
akan berdiri. Apabila anda berfikir tentang Chelsea adalah milik
Roman dan tiada apa yang kita boleh lakukan anda silap. Chelsea
secara literalnya milik Roman, namun secara konseptualnya milik
penyokong. Saya bagi contoh
Penyokong Newcastle United yang membantah penukaran nama Stadium St. James Park, akhirnya Mike Ashley akur dengan kehendak penyokong.
Jadi jika anda
tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan Chelsea, anda boleh
membantah. Walaupun saya kedengaran agak radikal namun ia tidak
mustahil boleh dilaksanakan. Roman adalah Diktaktor, dan menurut
sejarah Diktaktor suatu hari akan digulingkan namun tidak pernah
dilupakan. Ia bergantung kepada keberanian anda penyokong Chelsea.
Anda tidak perlu takut bahawa Roman akan menarik segala dana
dilaburkan kepada kelab. Chelsea mampu berdiri sendiri dan membangun
tanpa Roman sekalipun. Kerana Chelsea adalah pasukan yang hebat ia
datang dari semangat berpasukan bukannya dari tangan Roman. Roman hanyalah manusia bukannya Tuhan. Namun
begitu, bilakah masanya ini semua berlaku? Tiada siapa yang
mengetahui.
![]() |
| Boleh sesiapa tolong sekeh kepala dia nih?? |
- Yang perlu Diakur: Roman memang tidak mahukan Roberto Di Matteo pada asalnya.
Ada banyak
spekulasi tentang sebab mengapa RDM dipecat. Pertama RDM pada asalnya
hanyalah interim manager yang menggantikan Andre Vilas Boas. Apabila
RDM berjaya Roman memang terkejut dan langsung tidak menduga dengan
pencapaian beliau. Roman tidak yakin dengan keupayaan taktikal RDM.
Dia mengidamkan orang yang lebih berpengalaman seperti Pep Guardiola.
Kedua pengurusan Chelsea tidak sukakan RDM secara peribadinya
disebabkan pengaruhnya kepada pemain amat kuat, dia tidak boleh
dipermainkan. Ketiga mungkin kerana RDM sering mempertahankan The Old
Guards, dimana (ura-uranya) mahu disingkir dengan segera oleh
pengurusan Chelsea. Keempat ialah Chelsea tersingkir dari Liga
Juara-Juara. RDM memang The Blues yang sejati namun benar kekurangan
pengalaman dan pengetahuan taktikal menjadi masalah. Namun dia
melaksanakan tugas yang baik (luar biasa) pada awal musim
memandangkan pasukan ini baru dibentuk. Personaliti RDM yang
disenangi menyebabkan penyokong amat menyayanginya. Kekalahan kepada
Juventus hanyalah sebagai satu alasan untuk memecat RDM, sedangkan
mereka tahu (RDM juga tahu) dia tidak akan kekal disitu.
Yang perlu
Dibangkang: Pemecatan RDM ibarat mencantas pucuk yang baru tumbuh
Pemecatan RDM
mungkin adalah perkara yang paling bodoh yang pernah dilakukan Roman.
RDM memberikan segalanya untuk pasukannya, dan dia merupakan peminat
Chelsea yang sejati dia adalah orang yang benar-benar mahu Chelsea
berjaya. Kerana itu dia orang yang paling sempurna untuk membimbing
Chelsea. Terdapat persamaan antara Jose Mourinho dan RDM iaitu
kedua-duanya sayangkan Chelsea. Mereka menguruskan Chelsea bukan
kerana harta yang ditawarkan namun kerana ia adalah tanggungjawab.
Permainan menarik yang ditunjukkan merupakan idea RDM dan
pembantu-pembantunya. Dan ia merupakan corak permainan terbaik yang
pernah disaksikan oleh Stamford Bridge sejak sekian lamanya. Yang
menghairankan mengapa Roman beriya-iya mahukan Pep Guardiola kalau
bukan kerana corak Tiki-taka nya? RDM telah memulakan revolusi dengan
jayanya membawa masuk pemain-pemain berbakat Oscar, Hazard, Marin,
Moses. Ia adalah permulaan yang baik, ibarat pucuk yang baru tumbuh.
Pemecatan RDM mengganggu proses yang baru bermula itu. Atau dengan
kata lain mematikan proses tersebut buat selamanya. Pep Guardiola
sekalipun amat bertuah kerana di Barcelona permainan tiki-taka
tersebut telah diserapkan kepada pemain-pemain akademi mereka sejak
kanak-kanak tersebut mula bermain bola sepak lagi. Apa yang cuba
dibawakan oleh RDM ialah paten permainan bola sepak yang belum
dijumpai lagi. Paten tersebut mungkin mampu membawa bola sepak ke era
baru atau tahap seterusnya. Apabila arkitek disingkirkan, paten
tersebut akan hilang atau lesap sama sekali. Memang benar keputusan
lebih penting berbanding corak permainan menarik. Namun apa yang RDM
lihat ialah masa hadapan, visi dan wawasan yang tidak difahami oleh
Roman. Dan yang rugi ialah Chelsea sendiri, kita mungkin suatu hari
akan dinamakan sebagai “The Dream Team”. Namun impian itu
(mungkin) akan berkubur sahaja.
- Yang perlu Diakur: Fernando Torres telah tamat.
Sebelum itu saya
ingin membuat kenyataan bahawa saya bukan anti-Fernando Torres. Kita
cuba meletakkan diri kita ditempat Torres. Dalam kesemua pemain
Chelsea, Torres menerima tekanan yang paling hebat. Dia merupakan
pemain termahal, dia merupakan penyerang tunggal kepada pasukan
terbaik di Eropah, dia merupakan Juara Dunia dan Juara Eropah, dan
juga dibayangi oleh lagenda Didier Drogba. Kesukaran Torres adalah
kerana tekanan yang dihadapinya agak berat sebelah dan tidak adil.
Kita harus fahami bebanan yang dipikul olehnya. Torres sungguhpun
tidak menjaringkan gol dia masih melaksanakan tugasnya dengan baik
sebagai sebahagian dari pasukan. Jadi bagaimanana kita harus
membantunya ialah dengan menerima dirinya seadanya. Menerima hakikat
bahawa dia tidak akan menjadi seperti dahulu lagi, dia bukan lagi
pemain yang sama seperti dia di Liverpool dulu. Torres telah tamat
dia sudah sampai ke tahap dia tidak boleh meningkat lagi, kerana itu
sahaja kemampuannya. Penyelesaian kedua ialah menjualnya (dalam kata
yang lebih berhemah melepaskannya), kepada pasukan yang tidak
menerima tekanan yang begitu besar seperti Chelsea. Demi
menyelamatkan karier dan diri Torres sendiri.
Yang perlu
Dibangkang: Melepaskan Torres penyelesaian terbaik namun bukan yang
paling bijak.
Roman melaburkan
wang yang banyak terhadapnya, ia adalah merupakan suatu pembaziran
jika kita menjualnya. Pengalaman Torres amat berguna, dia telah
beraksi diperingkat tertinggi dan pencapaian yang diperolehi olehnya
merupakan idaman setiap pemain bola sepak. Adalah terlalu sayang
melepaskannya pemain yang begitu berpengalaman sepertinya. Torres
boleh diberi tanggungjawab yang lebih besar contoh sebagai pemain
senior dan juga pemimpin, agar beliau berasa lebih selamat,dihargai,
dan dipunyai. Ia mungkin membantu prestasinya diatas padang. Atau
juga kehadiran Demba Ba bukan untuk singkirkan Torres namun
mengurangkan beban dibahunya. Torres boleh diletakkan sebagai
penyerang sokongan bukannya sebagai penyerang utama seperti semula
jadinya. Namun Torres harus mengorbankan nafsu menjaringkan golnya
demi pasukan. Torres perlu dibantu bukan disisihkan. Namun hanya
Torres sahaja yang dapat membantu dirinya sendiri.
![]() |
| Pengacau keharmonian rumah tangga kita |
- Yang perlu Diakur: Rafa Benitez merupakan genius taktikal.
Kata penyokong
Liverpool, Rafa genius dalam taktikal bola sepak. Mungkin benar,
beliau memang pakar mengubah taktik yang bersesuaian agar dapat
menewaskan pasukan lawan. Dia juga tahu bagaimana mencari taktik yang
sesuai dengan pemain. Dia tidak gentar mengambil risiko, dan berani
membuat keputusan gila seperti meletakkan David Luiz di bahagian
tengah. Dalam aspek ini Rafa berjaya mengubah nasib dan mood Chelsea
yang berduka selepas pemecatan RDM. Rafa memang memberi kita
kelebihan dan faedah daripada genius sepertinya. Jika Rafa diberi
kontrak tetap sekalipun, saya tidak kisah, namun soalnya adakah Rafa
mahu atau tidak?
Yang perlu
Dibangkang: Niat sebenar Rafa tidak diketahui.
Rafa memang bijak
dalam bola sepak dan juga bijak memperdayakan orang disekelilingnya.
Rafa mungkin menjadikan Chelsea sebagai batu loncatan buatnya untuk
mendapat kerja atau jawatan di kelab yang lebih baik seperti Real
Madrid. Buat masa sekarang Rafa hanya melaksanakan tugasnya, dan
tidak lebih daripada itu. Dia sedar dia hanya interim manager, kuasa
dan masa hadapan Chelsea tidak terletak ditangannya. Dan menurut
sejarah, Roman tidak sukakan pengurus sementara. Jadi kemungkinan
besar Rafa tidak akan kekal lama. Kini Rafa lebih gemar berdiam diri
dan tidak mengeluarkan kata-kata yang berbisa seperti dia di
Liverpool dahulu. Kerana dia sedar penyokong Chelsea tidak
menggemarinya. Ada beberapa aspek yang tidak saya sukai tentang Rafa
seperti dia agak kuat kroni iaitu memberi kelebihan kepada pemain
yang senegara dengannya. Dia gemarkan pemain dari Sepanyol, tidak
hairan mengapa semasa dia Liverpool, ramai pemain Sepanyol dalam
pasukan. Sama ada Rafa benar-benar ikhlas mahukan The Old Guards
dalam pasukannya juga tidak diketahui, atau dia tidak peduli. Kerana
jika dia dipecat sekalipun dia akan mendapat pampasan yang banyak,
dan yang rugi hanyalah Chelsea. Apa yang dapat disimpulkan ialah
mengambil Rafa secara tetap merupakan keputusan bijak namun risikonya
perlu difikirkan. Kecuali jika sesuatu berlaku dalam tahun ini,
tiba-tiba Rafa benar-benar mahu membimbing Chelsea dan menunjukkan
keikhlasannya.
- Yang perlu Diakur: The Old Guards akan tinggalkan Chelsea juga suatu hari nanti.
Kata Frank Lampard
tiada yang kekal selama-lamanya. Generasi tentera Tua Jose Mourinho
akan tamat suatu hari nanti. Chelsea bukan seperti kelab lain, yang
boleh menawarkan kontrak berterusan kepada pemain veteran mereka.
Steven Gerrard di Liverpool juga ditawarkan bermain selama mana yang
dia mahu. Sama ada dari aspek kewangan atau kuasa politik dalaman,
Chelsea mahu singkirkan pemain-pemain The Old Guards tersebut.
Penyokong Chelsea harus terima hakikat bahawa lagenda-lagenda kelab
tidak akan berada di Stamford Bridge selamanya untuk memberi
kemenangan kepada pasukan.
Yang perlu
Dibangkang: Kenapa menyingkirkan mereka sekarang?
Jika memecat RDM adalah perkaran terbodoh yang dilakukan oleh Roman, menyingkirkan The Old Guards adalah di nombor 2.The Old Guards
masih diperlukan. Itu kebenaran yang kita harus terima. Bukan satu
kebetulan bahawa prestasi Chelsea semasa November merosot dengan
kecederaan Frank Lampard dan John Terry. Chelsea perlukan pemimpin,
dan apabila mereka tiada Chelsea mula hilang arah. Pemain muda dan
baru terutamanya perlukan pemain yang lebih berpengalaman, agar
mereka terus berada di landasan yang betul.
Apa yang saya tulis bukannya mahu anda mengikut apa yang saya katakan. Namun ia cuma membantu anda membuat analisis dan berfikir dengan logik.Maka sama ada anda dipihak yang akur atau membangkang. Semuanya ditangan anda sendiri.




"Apa yang cuba
ReplyDeletedibawakan oleh RDM ialah
paten permainan bola sepak
yang belum dijumpai lagi.
Paten tersebut mungkin
mampu membawa bola
sepak ke era baru atau tahap
seterusnya. "
#ada ka dgn menggunakan taktik "parking bas" ia bleh dianggap mampu membawa bola sepak baru?!taktik sebegini la yg membunuh bola sepak..roman melakukan perkara yg betul dgn memecat RDM kerana chelsea akan dianggap klub yg penakut kalau terus dilatih RDM..hanya berkampung di kawasan sendiri..sungguh memalukan..dan ya..musim nie RDM cuba tuk tkar taktik "parking bas"..dan ternyata..chelsea hanyalah pasukan cap ayam tanpa taktik "parking bas"..
Taktik parking bus la yang kalahkan pasukan terbaik dunia. Ada kami kesah pasal yang lain2? Taktikal yang RDM bawak adalah pada awal musim sebelum dia dipecat. Awak tak baca betul2 kot nih. Heh...heh..
ReplyDelete