![]() |
| Media Sepanyol langsung tak peduli pasal ombak rindu MU. Heart of champions kata mereka |
Merujuk kepada artikel kontroversi saya yang berjudul: MU
tidak lebih dari sekadar jaguh kampung telah menerima kutukan yang amat teruk
dari fans MU. Macam-macam mereka katakan termasuk membuat serangan berbentuk
peribadi, memanggil saya dengan pelbagai perkataan tidak enak bagi seorang
wanita seperti saya. Anda boleh baca sendiri komen mereka dalam artikel
dibawah, malu saya ingin menyebut semula apa yang mereka katakan.
Mereka dengan
mudah sahaja membuat kesimpulan bahawa saya kaki kelentong, “Cakap kosong”,takde
fakta. Sedangkan saya mencari dan merujuk internet malah majalah bola sepak
bagi melihat semula pemain-pemain bagi skuad Big Five, skuad Piala dunia dari
1998-2010, dan lain-lain sekurang-kurangnya untuk rekod 14 tahun lamanya. Namun ternyata apa
yang saya ramalkan didalam artikel tersebut benar belaka. Apabila mereka kalah
kepada Real Madrid semalam.
Punca kekalahan MU bukannya terletak kepada Nani mahupun
Pengadil.
![]() |
| Mungkin beberapa fans MU yang tak tahu CR dah main di Real Madrid. Awww!! |
Tetapi 2 sebab utama iaitu:
1.
Strategi Alex Ferguson
2.
Jurang pengalaman antarabangsa antara mereka dan
pemain Real Madrid.
Apa yang Fergie silap dalam match tersebut?
A.
Fergie kononnya ingin membuat kejutan buat
Mourinho apabila tidak menurunkan pemain penting mereka iaitu Wayne Rooney
sebaliknya meletakkan “Outcast” Nani. Jika Rooney yang bermain mungkin Nani
tidak dibuang padang, dan MU juga selamat hendaknya.
B.
Fergie lambat membuat respons apabila pasukannya
kehilangan seorang pemain. Nani dikenakan kad merah pada minit ke 56, namun
Fergie yang emosi ombak rindu mungkin terlupa untuk fokus pada permainan dengan
tidak memasukkan pemain gantian. Sehingga pada minit ke 73 iaitu 17 minit
selepas itu.
C.
Dalam tempoh tersebut Real Madrid menjaringkan 2
gol, dimana orang yang tak reti bola sepak pasti tahu, apabila anda hilang satu
pemain anda harus menjadi lebih defensif bukan lebih attacking tambahan lagi
anda sedang mendahului.
D.
Nani yang menjadi cover buat Evra di posisi
belah kiri, ternyata celaru apabila Nani tiada. Dimana Real Madrid mengambil
kesempatan dengan kebanyakan menyerang dari sebelah kiri. Gol kedua jaringan
Ronaldo datangnya dari sebelah kiri. Jose Mourinho cukup bijak mengeluarkan
pemain pertahanan utk menambah satu lagi pemain serangan iaitu Modric.
E.
Selepas itu baru Fergie terhegeh-hegeh membuat
substitution dimana Rooney, Valencia, dan Young (semuanya pemain menyerang),
tetapi sudah terlambat.
![]() |
| 18 hari sebelum:" Suku akhir di tangan kami". Atuk hang! |
Ada peminat MU yang beranggapan
permainan Parking Bas Chelsea season lepas sebagai sesuatu yang pengecut atau
memalukan. Sedangkan Mereka tidak sedar Chelsea berlawan dengan pasukan terbaik
dunia ketika itu, di tempat lawan dan juga sekarang mendahului La Liga.
Sekurang-kurangnya gol Chelsea dijaringkan oleh pemain Chelsea sendiri bukannya
pemain pasukan lawan.
Peminat MU mengatakan “Sekurang-kurangnya kami
tak main parking bas”. Tetapi siapa yang main untuk kalah? Semua orang main
untuk menang. Orang hanya ingat siapa yang menang, bukannya betapa cantik anda
bermain atau berapa banyak shot on target dalam satu perlawanan.
Memang benar untuk menang perlawanan terutamanya kehilangan
pemain memang perkara yang hampir mustahil. Namun tidak bermakna anda harus
berhenti bermain dan putus asa. Dimana Chelsea berjaya melakukannya pada musim
lepas, dimana keazaman dan disiplin menyebabkan mereka bertahan dalam tempoh
lebih dari 50 minit dengan kurang satu pemain. Ini bukan soal kalah bermaruah
atau pun tidak tapi soal fighting spirit. Pemain MU ternyata kecewa apabila
mereka hilang satu pemain dan berputus asa. Fergie juga lebih memikirkan amarahnya kepada
pengadil bukannya menumpukan kepada kemenangan pasukannya.
Menurut Penulis Bola sepak Jamie Jackson yang menjawab
soalan seorang peminat berkata:
"Saya bukan seorang peminat
Chelsea, tetapi Chelsea
melalui 54 minit
menentang Barcelona dengan 10pemain
Kerana kekalkan kesabaran
mereka, mengubah taktik
mereka dan membuat penyesuaian kepada bentuk pasukan. Fergie
lebih menumpukan kemarahan daripada
membuat anjakan taktikal. merit pasukan yang
terbaik dinilai dalam kesusahan dan Man U
gagal ujian yang malam
tadi."
Ini adalah pemerhatian yang hebat: Chelsea berjaya menentang Barcelona selepas John Terry telah dibuang padang
'Merit pasukan terbaik diadili dalam kesusahan dan Man U gagal malam itu ujian terakhir' disamping SAF akan belajar dari kesilapan.
Ini adalah pemerhatian yang hebat: Chelsea berjaya menentang Barcelona selepas John Terry telah dibuang padang
'Merit pasukan terbaik diadili dalam kesusahan dan Man U gagal malam itu ujian terakhir' disamping SAF akan belajar dari kesilapan.
![]() |
| Mana ada orang main nak kalah ye tak? Mampus la parking bus sekalipun |
Dalam kes MU, mereka gagal menunjukkan semangat melawan dan meresap
tekanan yang hebat dalam match yang begitu besar. Anak-anak buah Fergie terus
diragui sama ada mereka mampu menangani tekanan hebat dalam perlawanan bertaraf
tinggi. Kenapa ini
berlaku??
Sebabnya ialah jurang pengalaman antarabangsa antara pemain
MU dan Pemain Real Madrid.
Dibawah perbandingan satu lawan satu.
![]() |
| De Gea yang dikatakan bakal pengganti Cassilas, kemungkinan besar tiada peluang selepas persembahan cemerlang Diego Lopez semalam |
MU
1.
De Gea
Cap antarabangsa: Tiada
Kejohanan Antarabangsa: Tiada
2.
Evra
Cap antarabangsa: 48
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia, Euro
3.
Rafael
Cap antarabangsa: 2
Kejohanan antarabangsa: Tiada
4.
Vidic
Cap antarabangsa: 56
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia
5.
Ferdinand
Cap antarabangsa: 81
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia
6.
Carrick
Cap antarabangsa: 26
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia
7.
Cleverly
Cap antarabangsa: 7
Kejohanan antarabangsa: Tiada
8.
Giggs
Cap antarabangsa: 64
Kejohanan antarabangsa: Tiada
9.
Nani
Cap antarabangsa: 62
Kejohanan antarabangsa: Euro
10.
Van Persie
Cap antarabangsa: 71
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro
11.
Welbeck
Cap antarabangsa: 15
Kejohanan antarabangsa: Euro
![]() |
| Kagawa yang dikatakan legend berada dibangku simpanan salah siapa?? |
Pemain Simpanan yang digunakan:
A.
Rooney
Cap antarabangsa: 79
Kejohanan antarabangsa: Piala
Dunia dan Euro
B.
A. Young
Cap antarabangsa:: 27
Kejohanan antarabangsa: Euro
C.
Valencia
Cap antarabangsa: 58
Kejohanan
antarabangsa: Piala Dunia dan Copa America
![]() |
| Mengambil dari inspirasi Gol Super Frankie masa Lawan Brazil tempoh hari Modric menjaringkan gol yang sangat superb!! |
Real Madrid
1.
Diego Lopez
Cap antarabangsa: 1
Kejohanan antarabangsa: Tiada
2.
Arbeloa
Cap antarabangsa: 45
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala
Dunia dan Euro
3.
Varane
Cap antarabangsa: Tiada
Kejohanan antarabangsa: Tiada
4.
Ramos
Cap antarabangsa: 99
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala
Dunia dan Euro
5.
Coentrao
Cap antarabangsa: 32
Kejohanan antarabangsa:Piala Dunia dan Euro
6.
Khedira
Cap antarabangsa: 37
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan
Euro
7.
Alonso
Cap antarabangsa: 106
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala
Dunia dan Euro
8.
Ozil
Cap antarabangsa: 44
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan
Euro
9.
Di Maria
Cap antarabangsa: 36
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan
Copa America
10.
Higuain
Cap antarabangsa: 31
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan
Copa America
11.
Ronaldo
Cap antarabangsa: 101
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan
Euro
Pemain simpanan yang digunakan:
1.
Ricardo Kaka
Cap antarabangsa: 85
Kejohanan antarabangsa: Pemenang Piala Dunia dan bermain di Copa America
2.
Modric
Cap antarabangsa: 63
Kejohanan antarabangsa: Piala Dunia dan Euro
3.
Benzema
Cap antarabangsa: 55
Kejohanan antarabangsa: Euro
![]() |
| Bakal didenda oleh UEFA itulah Choco Ice lagi?? |
A.
MU mempunyai 7 pemain antarabangsa (Pernah
beraksi di Piala Dunia atau Kejohanan peringkat benua), berbanding Real Madrid
9 pemain. 4 pemain MU yang bukan pemain antarabangsa ialah De Gea, Rafael,
Cleverly dan Giggs. Manakala Real Madrid Varane dan Diego Lopez.
B.
MU tiada seorang pun pemenang Piala Dunia
mahupun pemenang kejohanan Benua (seperti Euro, African Cup of Nations, Copa
America). Dimana Real Madrid mempunyai 3 pemenang Piala Dunia dan Euro. Pemain
Real Madrid ternyata lebih berpengalaman dan lebih ramai Star berbanding MU. Dimana
jurang pengalaman antarabangsa amat ketara sekali.
![]() |
| Yang menghairankan dimana RVP dalam game tersebut?? |
Saya tahu peminat MU akan menggunakan
pelbagai alasan tentang kekalahan mereka terutamanya melahar team lain yang tak
main Champions League pun. Tapi ada aku kesah??
Yang Penting saya berjaya membuktikan teori
saya itu betul.
Saya suka apabila saya betul.









Aku dah baca. Anda mungkin tertinggal satu benda. Sir Alex kebanyakkannya membuat bintang, membeli bintang adalah bonus baginya. CR7 x kan wujud kalau Sir Alex x membelinya dan melatihnya sehingga mencapai ke tahap sekarang ni. Gerard Pique pun dibeli oleh Sir Alex masa beliau berada dlm akademi Barca dan dibeli semula oleh Barca selepas nampak kemajuan Pique di Manchester United. Lagi satu, jangan seskali memandang rendah kepada pemain yang tiada apa2 dlm kejohanan antarabangsa. At least mereka cuba sedaya upaya untuk memenangi mana2 perlawanan yang mereka sertai. Apa-apa pun tahniah kepada Real Madrid kerana berjaya meneruskan kempen Liga Juara-juara Eropah.
ReplyDeleteApa yang penting pasal membuat bintang ke, bulan ke, kalau sudah kalah dan tak mampu menyerap tekanan bermain 10 orang?
ReplyDeleteJust saying dude.
Just saying.
Saya tidak memandang rendah pada pemain yang tak dapat peluang bermain di kejohanan besar. Tapi mereka bukan pemain antarabangsa dan pengalaman beraksi di kejohanan besar memang merupakan impian setiap pemain bola sepak. Saya bercakap tentang berbezaan pengalaman. Tapi terima kasih atas komen anda. azmir.
ReplyDeleteLightprose saya setuju dengan komen anda. Apa yang penting ialah semangat bersama dan berpasukan. Namun individu juga yang membentuk pasukan. Dalam bola sepak masa kini, kekuatan pasukan terletak pada bintang2 yang bermain. Dalam kes diatas pemain MU gagal menyerap tekanan. Sebabnya? Pengalaman. Namun ini cuma teori sahaje. Mungkin ia berbeza mengikut kemampuan pasukan.
ReplyDeleteAwak ni...peminat Chelsea ke..atau pembenci ManU...Blog awak lebih bnyk mengutuk ManU..berbanding menganalisis Chelsea...just saying....:-)....no offense
ReplyDelete