Ini Pasukan Manchester United yang terburuk yang pernah disaksikan dalam sejarah.
1. Sebelum: Manchester
United menjadikan Arsenal sebagai lauk dengan kemenangan 8-2.
Selepas itu: Manchester
United dimalukan oleh Manchester City
di Old Trafford dengan kekalahan 6-1.
Selepas Johhny Evans dibuang padang, pemain United dan Fergie
yang begitu angkuh enggan bertahan (Cuba tanya Di Matteo bagaimana
memenangi perlawanan dgn 10 org pemain) akhirnya dihukum dengan 6 jaringan.
Sudah semestinya Rooney dan rakan-rakan enggan bercakap lagi tentang itu, dan
tidak mahu ingatkannya lagi. Sebernarnya perlawanan itulah yang menjadi titik
permulaan musim hambar untuk mereka.
2. Sebelum: Ferguson
menganggap pembelian Wesley Sneijder adalah suatu permbaziran, dan lebih baik
menggunakan pemain muda seperti Tom Cleverly. United tidak perlukan playmaker
![]() |
| Pergh...power budak nih... |
.
http://www.guardian.co.uk/football/2011/aug/11/manchester-united-wesley-sneijder
Selepas itu: Tersingkir daripada
kejohanan Eropah dan Tom Cleverly tercedera.
Ferguson nampaknya langsung tidak
sedar, punca utama United diperbudak-budakkan semasa final liga juara-juara
dengan Barcelona adalah kerana bahagian
tengah mereka yang tidak cukup kualiti untuk menyaingi pemain Barcelona. Dan kemudian masih terus
berdegil dan membeli Young pemain sayap yang sudah pun cukup ramai. Walaupun
Young bukanlah terlalu buruk untuk mereka. Dan akhirnya padah paling besar yang
diterima oleh mereka apabila tidak berupaya memenangi perlawanan dengan Benfica
dan Basel, yang menjadi punca kepada
penyingkiran mengejut mereka dalam Liga juara-juara.
3. Sebelum: Mengejek pasukan lain
yang membeli pemain dengan harga terlalu mahal. serta bergaji tinggi.
Manchester United tidak perlu pelaburan tinggi, namun United masih pasukan
terbaik.
![]() |
| Nando Torres menjaringkan gol yang menyebabkan Pep Guardiola Bersara. Kau Hado?? |
![]() |
| Pemenang anugerah bangku emas tahun ini... |
Memang benar beberapa nama besar yang berharga mahal gagal menyerlah seperti Shevchenko, Andy Carroll, Robinho, Fernando Torres, namun jangan lupa pada Dmitar Berbatov pemain termahal mereka juga lambang kegagalan United. Pemain Bulgaria itu yang mempunyai musim terbaiknya tahun lepas, telah disingkirkan secara senyap-senyap dan berterusan diletakkan dibangku simpanan. Walaupun pemain itu tidak menunjukkan permainan terburuk, namun dia masih disisihkan, seolah-oleh Ferguson cuba menyorokkan kesilapannya.
4. Selepas itu: United mengkritik tindakan
Luis Suarez yang menolak untuk bersalaman dengan Patrice Evra. Dan menganggap
pemain itu tidak layak memakai jersi The Reds.
Mereka buat-buat lupa kepada suatu insiden pertelingkahan antara 2 lagenda Arsenal dan United, Patrick Vieira dan Roy Keane, ketika zaman persaingan sengit antara United dan The Gunners. Ketika diatas padang, Keane yang berang, enggan bersalam dengan Vieira yang juga berkulit hitam, dan juga beberapa pemain United melakukan perkara yang sama. Namun pada ketika itu, isu perkauman masih belum menjadi perkara serius, dan tiada media sosial seperti pada hari ini. Maka apakah yang membezakan kedua-dua insiden itu?
5. Sebelum itu: Penyokong United
mengejek pemain lagenda Chelsea, Frank Lampard sebagai “Fat Lamp”, lembab,
bodoh, terlalu tua, mementingkan diri sendiri dan hanya layak memanaskan bangku
simpanan.
![]() |
| Fat? aku score 180 gol Rooney? pergi main jauh-jauh... |
Selepas itu: Pada tingkap perpindahan
Januari, Manchester United menunjukkan minat untuk mendapatkan tandatangan
pemain ‘Fat’ Lampard itu sebagai pilihan utama untuk menutup kepincangan
bahagian tengah mereka.
![]() |
| My love...Sebab mengapa Manchester United mahukan Lampard |
6. Sebelum itu: Mengkritik Arsenal
yang memanggil semula lagenda mereka Thierry Henry kembali sebagai pemain
pinjaman untuk 3 bulan. Dan menganggap Arsenal berjimat-cermat dan terdesak.
![]() |
| Betul ka Henry? atau aku hanya bermimpi disiang hari?? |
Selepas itu: Alex Ferguson memanggil
semula pemain lagenda mereka yang telah bersara, Paul Scholes.
![]() |
| Terima kasih semua...Aik betul ke Paul bersara nih?? believe it or not? |
Ferguson
menyebabkan semua orang terpinga-pinga mengapa Paul Scholes yang baru sahaja
bersara musim lepas, berada dibangku simpanan dengan memakai jersi United.
Beliau masuk sebagai pemain gantian, kerana Fergie memanggilnya kembali setelah
baru sahaja membuat majlis penghormatan buat Scholes dan juga termasuk
perlawanan persahabatan khas buatnya. Sememangnya sesuatu yang sarkastik bagi
pengurus cemerlang seperti Fergie seharusnya mempunyai idea yang lebih bernas
selain memanggil semula orang yang bersara. Lucu? Memang teramat lucu, dan
lebih lucu lagi apabila walaupun menjana idea yang bagus itu, Manchester United
menghabiskan musim ini tanpa sebarang trofi.
7. Sebelum itu: Mengutuk perbuatan
Mario Balotelli yang meraikan kejayaan Manchester
City dihadapan penyokong mereka
dalam separuh akhir Piala Fa musim lepas. Kata mereka Balotelli adalah
‘disgrace’.
![]() |
| Kawe dah lama nak lekuk mamat Itang nih... |
Selepas itu: Partrice Evra meraikan
kemenangan Manchester United dihadapan Luis Suarez di Old Trafford.
Selepas Luis Suarez enggan
bersalam dengannya, Evra menggalakkan lagi api amarah antara mereka berdua,
apabila secara sengaja meraikannya kemenangan mereka ke atas Liverpool,
seolah-olah memenangi piala Liga. Disgrace? Apa kurangnya Evra tidak perlu
berpura-pura suci.
8. Sebelum itu: Mengejek perbuatan
Luis Suarez, Andy Carroll, dan Didier Drogba yang begitu mudah jatuh apabila
disentuh dan melakukan Diving.
Selepas itu: Ashley Young turut
melakukan diving yang menjadikannya terkenal, dan QPR dan Aston Villa menjadi
mangsanya apabila Manchester United diberikan sepakan penalti. Dan pemain
dibuang padang.
Cuba tanya kepada penyokong Liga Inggeris apa pendapat mereka tentang ‘kaki penipu’ dan ‘kaki diving’? Mereka
amat membencinya. Malah Penyokong Manchester United juga mengkritik Young
dianggap memalukan.
9. Sebelum itu: Mempersendakan
Liverpool yang bermain di Liga Europa, dan menganggap ia adalah pertandingan
kelas kedua.
![]() |
| Kata Man U terror sangat Europa pun tak leh menang |
![]() |
| Inilah dia kelab power yang menyingkirkan Manchester United... |
Kegagalan terbesar dan paling
mengaibkan Manchester United apabila tersungkur dalam Liga Juara-Juara Eropah,
walaupun pasukan lawan dalam kumpulan mereka dianggap agak mudah. Gagal
menewaskan Benfica dan Basel, amat
mengejutkan dengan sebagai reputasi juara Inggeris. Juga memalukan bola sepak
Inggeris, nasib baik ada kelab yang bernama Chelsea
menyelamatkan maruah bola sepak Inggeris, dengan layak ke akhir, jika tidak
tahun hadapan Liga Inggeris hanya boleh menghantar 2 slot sahaja. Dan Liverpool
boleh mendabik dada lagi, apabila pernah juga memenangi Piala UEFA, daripada
Manchester United, yang merendah-rendahkan Liga Europa, akhirnya disingkirkan
oleh Athletic Bilbao.












9 kebodohan artikel ini:
ReplyDelete1. kenapa nak tanya Di Matteo? Chelsea ada menang lawan United tahun ni? keh keh
2. Manchester United mengamalkan konsep menyerang melalui bahagian sayap. Maka logiklah mereka menitikberatkan bahagian sayap lebih daripada tengah. Cleverley ialah player daripada Akademi, sekali lagi logiklah bagi chance terhadap player akademi sebab sejarah Man Utd membuktikan player akademi mereka cukup bagus, (kalau tak cukup bagus pun, lagi bagus la daripada akademi bola sepak kat London, kui kui kui)
Memang benar Man Utd kalah kepada Barcelona sebab Midfield yang rapuh, tapi perlawanan pertama Cleverley vs Barcelona, walaupun hanya off-season game, dan Barcelona HANYA menurunkan pemain-pemain seperti Iniseta dan Villa, Man utd memenangi perlawanan tersebut dan Cleverley dapat satu assist...
Dah dia injured, sape nak sangka plak kan?
3. OK, yang ni kelakar, sebab Torres dibeli Chelsea selepas Berba ke Man Utd.
Secara kasarnya, nampak macam silap kerana tidak bagi banyak peluang kepada Berba pada tahun ini. Berba mungkin bukan pelaburan yang paling bijak, tetapi jasanya melengkapi price tag dia. Top scorer musim lepas, namun apa yang SAF lihat ialah untuk menggandingkan tenaga muda di bahagian serangan, sekali gus memberi peluang dan ruang kepada Welbeck dan Hernandez...
Tapi apa yang peminat Chelsea tahu pasal develop a team dan develop a youngster, ye dok? keh keh
4. Isu Keane dan Viera takde kaitan pun ngan racism ataupun seperti Suarez dan Evra, racism slur... dan Suarez dikritik tidak bersalaman walaupun sebelum itu dia ada janji dengan Kenny di depan media yang dia akan bersalam dengan Evra. Ye, mungkin Evra ada provok sikit supaya Suarez tidak bersalam, tapi still, dua-dua isu ini (Keane-Viera dan Suarez-Evra) adalah tidak berkaitan... LOL!
5. Penyokong Man Utd dan kelab Man Utd adalah entiti berbeza. Jangan lupa, peminat Man Utd ada di seluruh dunia, dan mengata pemain lawan adalah salah satu bentuk perang psikologi (atas padang) dan hiburan (di kalangan peminat kelab berbeza). Jadi tindakan pengurusan untuk mengambil Lampard tidak ada kaitan dengan apa yang penyokong United katakan. Kalau management dengar kata fans selama ini, maka point nombor 2 anda akan jadi invalid, sebab Sneijdeir pasti datang ke OT jika SAF dengar cakap fan United.
Lagipun, bukan fan United sahaja yang cakap Lampard gemuk, tapi takde pulak artikel 9 kebodohan Arsenal/Liverpool/Spurs/Newcastle musim ini? LOLOL!!
6. Ada perbezaan besar antara dipanggil semula dengan mahu kembali bermain. Scholes dalam satu wawancara selepas kepulangannya mengakui yang dia mahu kembali dan memohon Fergie memasukkannya kembali pada musim perpindahan Januari.
7. SAF sediri mengkritik perbuatan Evra, dengan kata lain, Evra bertindak sendiri dan bukannya atas dasar nama kelab. Namun, kebodohan Evra adalah dengan menyambut di hadapan Suarez, manakala kebodohan Balotelli adalah menyambut di depan penyokong UNITED! Get your fact right, little girl... :p
8. OK, yang ni anda sendiri katakan yang peminat United juga mengkritik dia... so, apa yang bangangnya? Mungkin bangang, tapi perkara sama dilakukan oleh kelab lain, at least SAF sendiri bagi teguran peribadi kepada Young. Nak harapkan Kenny atau AVB/RDM?? Sedangkan Mourinho sendiri mengakui yang Drogba adalah diver selepas meninggalkan Chelsea... LOL!
9. Walaupun Man Utd jatuh ke Liga Europa, tapi Liverpool langsung tak layak ke Eropah. Motif utama adalah mengkritik Liverpool kerana mereka adalah musuh tradisi. Perkara yang sama akan dilakukan peminat Chelsea terhadap Fulham atau Arsenal, cuma mereka tidak lalukan kerana.. oh ya, Chelsea mana ada tradisi!! LOLOLOLOL!!
Kelab bernama Chelsea yang menjual maruah bola sepak dan bermain dengan 12 orang di depan gol memang sangat-sangat membanggakan kelab Inggeris. Walaupun hantar 2 pasukan Inggeris ke slot Liga Juara-Juara, apparently, pasukan bodoh macam Man Utd tidaklah risau sangat. Mungkin ada pasukan lain yang 'lebih hebat' yang lebih risau?
ReplyDeleteWell, disebabkan aku lagi bencikan Barcelona, maka aku buat-buat setuju je lah dengan point akhir yang tiada maksud tertentu melainkan untuk masuk bakul angkat sendiri. Jangan lupa, kelab Chelsea ini juga adalah kelab yang kalah 4-1 di Anfield dengan pasukan yang lebih banyak sepak tiang daripada menjaringkan gol di EPL musim ini dan kelab yang sama yang kalah dengan Swansea di tempat sendiri.
Good luck lawan Bayern Munich, sebab kalau kalah, ha-HA!
Good bye European Champions League tahun depan dan selamat datang ke artikel 9 kebodohan Chelsea musim ini (2011/2012) LOLOLOLOLOL!!!
:p
Ha...ha..Terima kasih atas komen anda.
ReplyDeletePasukan Manchester United tahun ini pasukan mereka yang terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah. Mana ada satu season pun yang kita nampak Man United out CL, main kat Europa, fail FA Cup, Carling cup pun kalah, dapat naib juara saje pun. Pernah??
2. Pasal young development, hampir kesemua player utama kt Man United tu bukannya pemain akademi pun kecuali Welbeck Giggs, Scholes, Da SIlva kebanyakan SAF beli jugak. Pastu nak kutuk orang lain beli 'kejayaan'. Well bila Arsenal menggunakan pemain akademi muda mereka, korang kutuk tak hingat pulak. Ha..ha..
3. Rio Ferdinand dan Berbatov dibeli dengan harga yang agak gila pada zaman itu. Dan masa tuh Man United telah pun dikenali sebagai kelab berbelanja besar, hingga datang Roman Abramovich. Pastu mula la kecoh pasal 'money cannot buy success' Dan Man United juga adalah kelab terkaya dunia, dan lebih kaya dari mana2 pasukan dalam semua acara sukan pun. Ini fakta FORBES.
4. Menang dngn friendly? ha..ha..ada aku kesah?? Ada sesiapa kesah??
5. Apa bezanya kau celebrate depan penyokong lawan dengan depan pemain lawan. Kan sama jah tuh?? Evra tu main teruk pun musim nih, korang pergi la carik pengganti dia cepat2.
6. Chelsea main 12 pemain? ha..ha.. mana ada orang main utk kalah, kitaorang mengambil inspirasi dari kejadian Man United dijadikan lauk selama 2 musim oleh Barcelona. So korang agak berjasa jugak la jugak la kan.. Yelah Man United tak kisah dijadikan lauk, janji kitaorang main cantik tak gitu? Masalahnya cantik kah?
7. Chelsea seri 3-3 dgn Man United masa bawah AVB, bukannya bawah Di Matteo. Korang tgk la musim depan nanti.
8. Panggil Henry tuh, sekurang-kurangnya dia belum bersara lagi dan masih lagi aktif bermain. Kalau Scholes dgn rela hati pun, kenapa Alex bangang sgt approved.
SAF memang lawak bila Man City menang liga, alasan dia ialah, FA patut beri perhatian, mana boleh ada pasukan yang bermain lebih masa dari pasukan lain yang telah tamat permainan?? alasan apa nih? Kata manager of the century.
Kepada semua yang mendoakan Chelsea kalah di final Liga Juara-juara terima masih banyak, bila lagi banyak orang kata kami tak boleh menang, mesti kitaorang menang punye lah. Mcm game dgn Napoli, Barcelona, Liverpool jugak.
Keep The Blues Flag Flying High! And Manchester City >> Manchester United