"Lampard dah TUA, tak larat lari.... sempotttt"
"Lampard hanya score penalti saje"
"Lampard tak boleh main posisi defensif midfielder, dia tak boleh defend"
"Tak faham kenapa Di Matteo nak pakai Lampard nih, BOSAN la tengok dia main"
"Lampard tak boleh terima kenyataan dia diletakkan dibangku simpanan, bajet STAR"
Ini semua adalah kata-kata dari orang yang benci Frank Lampard, mahupun fans Chelsea sendiri. Apa yang boleh disimpulkan disini ialah. MEREKA TIDAK KENAL siapa itu FRANK LAMPARD.
Kata Robert Fanney: “A genius is someone who takes a complex thing and makes it look simple. An academic does the opposite.”
Stail Permainanan
1. Box to Box Midfielder, iaitu dinamik, yang mempersembahkan pemainan midfield serba lengkap, dengan kelebihan di bahagian serangan dan pertahanan, melakukan semuanya defend, attack, tackle, dan mengekalkan bola.
2. Gemar membuat through ball, hantaran terus, mudah, dan efektif.
3. Counter attacker terbaik contoh yang boleh dilihat: Assist semasa lawan Barcelona di Stamford Bridge dimana dia merampas bola dari Messi, dan menghantar bola tinggi kepada Ramires, dan disudahkan oleh Drogba.
4. Jarang melakukan larian pantas, atau kehadapan, disebabkan beliau tahu mana mahu berdiri apabila melihat peluang serangan. Kerana itu anda sering melihat dia berlegar dalam kawasan penalti, dan akan menjaringkan gol. (TIMING)
5. Berkemahiran tinggi, namun jarang melakukan @ menunjukkan skill diatas padang, beliau suka sesuatu yang mudah.
6. Juga boleh menjalankan tugas bertahan dengan baik, iaitu jarang dilakukan oleh seorang play maker.
7. Pakar "DEAD BALL", atau bola mati itu dapat dilihat sebagai antara pengambil sepakan percuma terunggul didunia. Contoh lihat video ini.
8. Disebabkan dia mempunyai banyak kebolehan, dia sering bertukar-tukar posisi, kadangkala dibelakang striker, bahagian tengah, attacking midfielder, sayap kanan, atau defensif play maker. (Verstaliti)
9. Antara pengambil Set Piece terbaik didunia, sepakan penjuru, sepakan penalti, sepakan percuma.
Kesimpulannya: Stail Permainan Frank Lampard ialah dengan 5 perkataan
MUDAH
EFEKTIF
VERSATILE
POSISI
TIMING
Mengapa Lampard seorang Genius?
Kata Getrude Stein: “It takes a lot of time to be a genius. You have to sit around so much, doing nothing, really doing nothing.”
Frank Lampard dikatakan mendapat score IQ yang tinggi, mungkin benar dakwaan itu. Lampard adalah seorang manusia yang bijak dan beliau menterjemahkannya diatas padang.
1. Cara permainan Lampard menunjukkan cara beliau berfikir. Benar bahawa bola sepak menitik beratkan aspek teknikal (Sungguhpun Lampard mempunyai teknikal yang amat baik). Namun kebijaksanaan seorang pemain adalah aspek yang tidak boleh diasah, ada orang dilahirkan sebagai pintar semulajadi namun, ini tidak bermakna Lampard tidak berusaha. Pengurus Liverpool Brendan Rodgers yang merupakan bekas staff Chelsea pernah memuji Lampard sering melakukan extra training dan sentiasa mahu menjadi lebih baik setiap hari. Pintar mestilah diringi dengan usaha.
2. Lampard menjadikan semuanya nampak mudah, jika anda mampu memudahkan sesuatu yang kompleks bagi kebanyakan orang maknanya anda seorang genius. Memang sudah banyak kali kita melihat assist yang dilakukan oleh Lampard kebanyakannya melalui trough ball. Beliau melakukan perkara yang basic, dengan crossing mudah, dan passing yang tepat. Mudah dan efektif.
3. Hakikat bahawa Lampard bukan jenis pemain suka memegang bola, dan mengusai bahagian tengah. Lampard bukan seperti Xavi Hernandez. Namun Lampard amat jarang kehilangan bola, dan memang sukar merampas bola dari kakinya. Ini sebenarnya RAHSIA sebenar mengapa Lampard seorang pemain yang paling konsisten dan Fit, amat jarang mengalami kecederaan. Kerana beliau tahu bagaimana ingin merampas bola (tackle) tanpa risiko kecederaan. Terjahan beliau juga amat jarang menyebabkan kecederaan kepada orang lain kerana amat jarang dikenakan kad. (Good Tackler). Sentiasa mengelakkan diri menjadi sasaran asakan pemain lawan, beliau amat menjaga dirinya.
4. Personaliti dan always behave with honor diatas padang. Memang jarang kita lihat dia mencari masalah, atau terlibat dengan pergaduhan diatas padang. Sungguhpun memang benar ada sedikit pergaduhan contoh dengan Cesc Fabregas. Tapi kebanyakan masa kita mengakui Lampard amat menjaga professionalism sebagai pemain bola, dia adalah pemain yang mempunyai rekod disiplin yang amat baik. Dan kes diving atau hilang sabar kepada pengadil hampir zero, seorang yang bertenang dan penyabar. Sebab itulah kita akan berasa hairan kenapa pemain seperti Lampard dikenakan kad merah. Personalitinya diluar padang juga sentiasa berhati-hati dengan tutur katanya, dan bercakap seperti orang yang reasonable, dan sentiasa menundukkan kepalanya bila bercakap (merendah diri), matanya bersinar menunjukkan dia tak menipu.
Kenapa Lampard tidak seharusnya dijual oleh Chelsea?
1. Lampard pemain mempunyai pelbagai kebolehan dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jenis taktikal sekalipun. Itu dapat dilihat bagaimana beliau berjaya menyerlah dibawah semua pengurus Chelsea. Kecuali Andre Vilas Boas. Jadi amat sayang untuk pemain yang serba boleh sepertinya dijual atau diletakkan dibangku simpanan.
2. Lampard boleh menjadi pemain yang amat penting dalam beberapa situasi. Semasa Chelsea berhadapan dengan pasukan yang ultra attacking ketika inilah counter attack boleh diadaptasikan, Lampard sangat cemerlang dengan dalam taktikal ini. Situasi dimana Chelsea perlu menjadi lebih defensif, dimana Chelsea sudah mendahului atau hampir menang, Lampard amat berguna ketika ini. Ketiga ialah ketika semua pemain gagal mencari gol melalui open play Lampard amat pakar dalam sepakan percuma, sepakan penalti, sepakan penjuru.
3. Lampard masih mampu menjaringkan gol. Salah satu aspek permainan Lampard yang masih tajam. Beliau sering berlegar dalam kawasan penalti, dan tahu di mana posisi bola jatuh dan membuat follow up.
4. Pengalaman beraksi diperingkat tinggi memberi banyak kelebihan. Salah satu contoh ialah amat penting apabila ada pasukan lawan yang mempunyai play maker yang power atau berpengalaman seperti Juventus yang mempunyai Andrea Pirlo, dan Barcelona yang mempunyai Xavi. Lampard kelihatan mengatasi kedua-dua pemain ini diatas padang, kerana pengalaman dan kematangannya yang amat mengenali pemain-pemain itu. Memang hakikat bahawa Lampard antara play maker tengah terbaik didunia. Dan dia selalu menjadi Big-Game player, sentiasa menyerlah disaat-saat genting.
5. Lampard adalah The Blues yang sejati. Ini penting dalam menerapkan semangat kepada pemain-pemain baru, bahawa mereka akan menjaga maruah Chelsea. Kelab dan pasukan adalah diutamakan dari yang lain. Kepimpinan Lampard amat ditagih ketika semangat pemain-pemain muda jatuh. Lampard mahu Chelsea maju dan diangkat sebagai pasukan terbaik dunia. Chelsea wajar mendapat penghormatan yang sewajarnya.
Kesimpulannya ialah Lampard memang tidak dapat diturunkan sebagai pemain utama dalam setiap perlawanan, namun Lampard pemain yang amat berguna. Dan sudah-sudahlah anda menganggap Lampard lembab kerana His game never about speed. Lampard is about class not form.
Lampard bukan seorang pemain yang suka melakukan dribble 4-5 pemain atau pemain yang kita fantasikan dengan pelbagai trick diatas padang. Tapi Lampard adalah Pemain Paling Genius di Atas Padang Hijau secara Literal dan konseptualnya. The Smartest Player ever born.
Kata Woody Guthrie: “Any fool can make something complicated. It takes a genius to make it simple.”



No comments:
Post a Comment