Friday, October 5, 2012

Pergi Dengan Sanjungan: Tribute to Alex, Malouda, Bosingwa,Belletti, Anelka, Ballack,Ferreira, Carvalho, dan Kalou




1.      Alex Rodrigo Dias Da Costa a.k.a Alex

Torres? No problem

Yang anda tahu:
Memang ramai pemain pertahanan yang berkualiti, tapi berapa ramai yang dari mereka boleh menjaringkan sepakan percuma? Alex terkenal dengan teknik sepakan percuma seperti meriam Bazooka. Sudah semestinya perkara yang terakhir yang anda akan buat sebagai pemain bola sepak adalah cuba menghalang sepakan percuma Alex. Siapa berani nak jadi wall? Boleh mati serta merta. Malah penjaga gol pun tak dapat buat apa-apa kerana ia laju tahap Dewa. Sehingga dia dikenali sebagai The Tank. Tak percaya tengoklah sendiri. 



Yang anda tidak tahu:
Alex antara sekumpulan generasi pemain Brazil terbaik Santos bersama Diego, Elano, dan Robinho. Beliau membantu Santos ke final Copa Libertadores pada 2003. Juga salah seorang anggota skuad Brazil yang menjuarai Copa America 2007. Memenangi 3 Eredivisie iaitu Liga Divisyen 1 Belanda ketika pinjaman di PSV.

Kenangan manis di Chelsea:
 Menjaringkan gol penting menentang ketika menang 4-1 keatas Arsenal. Dan juga gol free kick super power semasa menentang Liverpool dalam Liga Juara-Juara 2008/2009. Memenangi piala FA pada 2009, serta piala berganda pada 2010. Menjaringkan keseluruhan 7 gol, untuk Chelsea dalam 87 perlawanan

2 Florent Malouda
Malouda dan infamous celebration



Yang anda tahu:
Bila sebut sahaja pemain sayap pastinya ciri-ciri seperti hantaran lintang sempurna, menggelecek pemain lawan, pantas, hantaran tepat, serta kemahiran memperdayakan pertahanan lawan. Semua ini ada pada Florent Malouda, ketika zaman kemuncaknya, dia antara pemain sayap terbaik di Liga Perdana Inggeris dan Eropah. Kebolehannya menjaringkan gol juga tidak dapat dinafikan, menggunakan kudrat dan kebijaksanaannya menewaskan pihak lawan. Florent Malouda adalah salah satu dari 7 pemain Chelsea (Generasi Jose Mourinho) yang menjadi Kapten pasukan kebangsaan. Merupakan pemain terbaik Ligue 1 iaitu Liga Divisyen 1 Perancis pada tahun 2006/2007.

Yang anda tidak tahu:
Florent Malouda sebenarnya telah bertemu dengan Didier Drogba dan menjadi gandingannya semasa bermain untuk Guingamp. Memenangi 5 kejuaraan Liga Perancis secara berturut-turut sekitar tahun 2003-2007. Mula menjadi perhatian ketika dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang gergasi Sepanyol Real Madrid dalam Liga Juara-Juara. Juga merupakan rakan sepasukan juga pemain Chelsea Michael Essien ketika di Lyon, dan juga hampir menyertai Liverpool dan Real Madrid sebelum dibeli oleh Chelsea. Juga merupakan Naib Juara Piala Dunia 2006, selepas pasukan Perancis tewas kepada pasukan Itali di Jerman.


Kenangan manis di Chelsea:
Musim 2009/2010 merupakan musim terbaiknya membentuk gandingan trio berbahaya Anelka-Drogba-Malouda menghasilkan 103 gol, dan dianugerahkan sebagai Pemain Tahunan Chelsea oleh rakan-rakan pasukannya. Malouda menjaringkan gol cantik menentang Newcastle United pada musim pertamanya di Chelsea. Dalam perlawanan penting dengan Manchester United pada 2010, menyaksikannya memperkotak-katikkan Fletcher dan Valencia, sebelum membuat hantaran yang disudahkan oleh Joe Cole, dengan back heel. Dianugerahkan pemain terbaik bulanan Mac 2010, namun menghairankan apabila nama dia tidak tersenarai sebagai Pasukan Tahunan PFA pada musim tersebut, walaupun menjaringkan 12 gol dan assist sebanyak 8. Penjaring terbanyak Chelsea pada musim 2010/2011 dengan 13 jaringan. Keseluruhan 45 gol, dalam 220 perlawanan, dan 44 assist. Dengan ini Florent Malouda layak di iktiraf sebagai legenda Chelsea dan juga pemain sayap kiri terbaik yang pernah dimiliki oleh The Blues.

3.         Jose Bosingwa 

Messi? Apa ada hal?


Yang anda tahu:
 Bila sebut saje Bosingwa, anda akan terbayangkan stail permainan Full back ala-ala Brazil. Bosingwa bukan hanya menjaga pertahanan malah juga terkenal dengan kebolehannya menyusup masuk ke bahagian serangan, dan melakukan bantuan gol kepada penyerang. Mempunyai kemahiran yang tinggi, pantas, dan pintar membaca gerakan pemain lawan. Dia mengingatkan kita kepada Lagenda pemain Full Back kanan Brazil iaitu Marcus Cafu.

Yang anda tidak tahu:
Merupakan salah seorang anggota skuad Porto yang menjuarai 2 Piala pada musim 2003/2004 yang dibimbing oleh Jose Mourinho sungguhpun hanya bermain sebanyak 11 perlawanan. Pernah terlibat dengan kemalangan yang dasyat semasa musim 2004/2005 menyebabkan salah satu rakannya lumpuh, dan Jip itu dipandu olehnya akibatnya digantung oleh kelab Porto. Pada zaman mudanya beliau pada asalnya seorang pemain tengah. Pernah didenda oleh UEFA setelah mengeluarkan kenyataan tentang pengadil Tom Ovrebo semasa Chelsea tewas dalam perlawanan kontroversi dengan Barcelona dengan berkata “I don`t know wheter he is referee or theft”. Dilahirkan di negara Afrika Zaire, dan juga pernah dijemput mewakili Republik Congo kerana itu merupakan negara asal ibunya.


Kenangan manis di Chelsea:
Gol cantik yang dijaringkannya pada musim 2011/2012, merupakan salah satu gol terbaik Chelsea pada musim tersebut. Dan juga salah satu wira Chelsea ketika bertahan habis-habisan ketika perlawanan dengan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, serta bermain cemerlang di perlawanan akhir dengan Bayern Munich. Keseluruhan bermain 125 perlawanan menjaringkan 3 gol, dan 10 assist.



4.        Juliano Balletti 

Terduduk si Gomes...


Yang anda tahu:
Pemain memakai jersi 35 yang mempunyai corak permainan tipikal sebagai pemain pertahanan sayap Brazil yang juga berkebolehan sebagai pemain sayap kanan. Pantas, gemar membantu serangan, sering membuat larian luar jangkaan ke kawasan serangan. Tenang dan mempunyai teknik yang tinggi. Juga mempunyai trade mark dengan jaringan jarak jauh yang amat digemari oleh penyokong Chelsea. Salah seorang anggota skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002 dibimbing oleh bekas jurulatih Chelsea, Luis Scolari. Diingati sebagai wira Barcelona yang menjaringkan gol kemenangan menentang Arsenal dalam final Liga Juara-Juara 2006.

Yang anda tidak tahu:
Gol yang dijaringkan olehnya semasa di final Liga Juara-Juara itu adalah satu-satunya gol beliau untuk Barcelona. Beliau mempunyai darah campuran Itali dimana saudara jauhnya tinggal di sebuah kampung di Cesena. Semasa muda dia bermain di posisi pemain tengah semasa tahun 1992 di Cruzeiro. Semasa bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk pasukan Atletico Meneiro (pinjaman) dia telah dianugerahkan Silver Ball oleh majalah Placar dalam pasukan Tahunan Liga Brazil 1999. Hampir menyertai Valencia namun disambar oleh Villareal pada 2002.


Kenangan manis di Chelsea:
Sudah semestinya memenangi Liga Perdana Inggeris, dan 2 Piala FA, 1 Prisai komuniti. Dan siapa boleh lupakan gol-gol cantik dari jarak jauh darinya semasa menentang Wigan pada 2007. Serta pada 2008, ketika bermain menentang Spurs yang diundi sebagai Gol Terbaik Tahunan musim 2007/2008 oleh penyokong-penyokong Chelsea. Gol jaringan jarak jauhnya semasa menentang Middlesborough menjadikannya terkenal dikalangan penyokong.

5.        Nicolas Anelka

Salah satu award dimenangi oleh Bilal

Yang anda tahu:
Le Sulk atau Nomad, gelaran kepada beliau kerana penyokong Arsenal yang berang dengannya setelah berpindah ke Real Madrid kerana wang. Nomad pula merujuk kepada kegemarannya bertukar-tukar kelab sepanjang kariernya sehingga membawa kepada jumlah perpindahan keseluruhan mencecah 90 juta dan telah mewakili 10 kelab yang berbeza sepanjang tempoh 16 tahun. Mungkin kerana sering berpindah kelab dia adalah pemain yang paling cepat menyesuaikan diri dengan pasukan baru, dan peka dengan persekitarannnya. Antara salah satu penyerang yang mampu memainkan dua peranan sebagai penyerang tunggal mahupun penyerang sokongan. Kedua-dua peranan itu, dibawa dengan amat baik sekali. Berkemahiran tinggi, pintar, serta pemain yang paling sempurna sebagai Team Player kerana sifat kurang mementingkan diri, dan sering fokus kepada permainan dan kemenangan pasukannya.


Yang anda tidak tahu:
Pemain ini merupakan salah seorang pemain skuad Perancis yang menjuarai Euro 2000, dan kejohanan Konfederasi FIFA 2001. Anelka juga antara 3 pemain (bersama Ashley Cole dan Henning Beg) yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan 2 kelab berbeza iaitu Arsenal dan Chelsea. Anelka memeluk agama Islam semasa di UAE pada 2004, dan nama Islamnya ialah Abdul-Salam Bilal. Dibeli oleh Arsenal hanya pada harga 500,000 pound dan memenangi anugerah Pemain Muda Tahunan PFA pada musim 1998/1999. Mendakwa kelab Real Madrid sebagai kejam dan pilih kasih ketika beliau berpindah kesana. Kemudian mencetuskan kontroversi semasa Piala Dunia 2010, dengan mengeluarkan kenyataan kepada jurulatih Perancis, Raymond Domenech “Go f**k yourself, dirty son of a whore” ketika Perancis tewas kepada Mexico, yang menyebabkan dia dihantar pulang oleh Persatuan Bola Sepak Perancis.


Kenangan manis di Chelsea:
Ketika dia Arsenal dia dikenali sebagai budak yang pendiam dan naif oleh rakan sepasukannya. Namun dia berpendapat dia mula berubah menjadi ceria dan sering membuat lawak jenaka ketika berada di Chelsea, kerana dia akhirnya menemui tempat yang paling serasi buatnya setelah berkelana merantau dia seluruh benua Eropah. Dia merupakan pemenang kasut emas khas Liga Perdana Inggeris ketika menjadi pemain paling pantas menjaringkan 10 gol pada November 2008. Yang kemudian memenangi kasut emas keseluruhan musim 2008/2009. Menjaringkan antara gol terbaik Liga Juara-Juara Musim 2009/2010 menentang APOEL. Keseluruhan menjaringkan 59 gol dari 182 perlawanan.

6.        Michael Ballack

Ballack nyaris membunuh Ovrebo Go Ballack!



Yang anda tahu:
Bekas pemain Bayer Leverkursen yang menjadi tunggak penting membawa Bayer Leverkursen ke final Liga Juara-Juara pada tahun 2002, namun kalah kepada Zinedine Zidane dan The Galacticos. Kemudian mempunyai karier gemilang bersama Bayern Munich, dimana beliau memenangi 3 Bundesliga (Liga divisyen 1 Jerman) dan 3 kali menjadi juara berganda. Ketua pasukan Jerman semenjak tahun 2004, mengambil alih dari seorang Lagenda Penjaga Gol Oliver Kahn. Terkenal dengan kebolehan merembat dan menghantar bola dengan kedua-dua kaki kiri dan kanannya. Boleh bermain disemua posisi di midfield, DM, AM atau CM, semuanya dibawa dengan baik. Juga terbaik dalam perebutan dan tandukan bola tinggi, kuat, atletik, berkerja keras, juga salah satu pengambil set piece yang terunggul didunia. Mula menjadi perhatian ketika di kejohanan Piala Dunia 2002, dimana beliau disenaraikan sebagai salah satu Pasukan Terbaik Kejohanan (All Star). Pada tahun yg sama dinobatkan sebagai Pemain Tengah Tahunan UEFA 2002.

Yang anda tidak tahu:
Pada tahun 2002, merupakan tahun gemilang buat Ballack, dengan berada selesa di puncak Liga Jerman, bermain di Final Liga Juara-Juara, layak ke final Piala Jerman. Namun semuanya bertukar kepada malapetaka apabila, Leverkursen kehilangan 5 kelebihan mata dalam 3 perlawanan terakhir dan hanya menjadi naib juara, kemudian tewas di final Piala Jerman, diikuti final Liga Juara-Juara. Pemerhati menggelarkan ini sebagai Treble Horror, dan Leverkursen digelar sebagai Vizekusen (Bayer Neverkursen). Dan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2002, Jerman pula tewas kepada Brazil 2-0 dimana Ballack digantung dan tidak beraksi di final. Dan malang itu tidak berhenti disitu sahaja, pada tahun 2008, Chelsea hanya menamatkan sebagai naib juara Piala Carling, Naib Juara Liga Perdana, dan Naib Juara Liga Juara-Juara. Pasukan Jerman juga mendapat tempat kedua apabila tewas kepada Pasukan Sepanyol di Kejohanan Negara Eropah 2008. Semasa zaman mudanya, Ballack digelar Little Kaiser yang merujuk kepada persamaan dengan Lagenda Bola Sepak Franz Beckenbauer yang digelar The Kaiser. Sepanjang kariernya beliau hanya memakai jersi bernombor 13 kecuali ketika dia bermain untuk Kaiserslautern.


Kenangan manis di Chelsea:
Menjaringkan gol pertama buat Chelsea ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Werder Bremen. Menjaringkan sepakan percuma yang cantik semasa menentang Everton pada musim 2006/2007. Memenangi Piala Carling dan Piala Fa pada musim tersebut. Mengetuai Chelsea pertama kali ketika perlawanan dengan Newcastle United pada Disember 2007. Menjaringkan gol kemenangan menentang Fernebahce yang membawa Chelsea ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2007/2008. Pada April 2008, beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan ketika menewaskan Manchester United dengan menjaringkan 2 gol. Membantu Chelsea memenangi Piala Fa 2009. Dan juga sebahagian dari skuad musim paling gemilang dalam sejarah Chelsea memenangi Juara Berganda musim 2009/2010. Keseluruhan membuat sebanyak 167 penampilan dengan 26 gol.

7.         Paulo Ferreira

Setia dan tepat pada masanya


Yang anda tahu:
Pemain antarabangsa pasukan Portugal yang membuat penampilan sebanyak 61 kali. Pernah membawa pasukan Portugal mendapat tempat kedua ketika Euro 2004, yang tewas mengejut kepada Greece. Serta pernah bermain di Piala Dunia 2006, dimana Portugal tamat ditempat ke-4 selepas tewas kepada Jerman dalam play off tempat ke-3. Memenangi bersama Porto Piala Liga Portugal dan Piala UEFA pada musim 2002/2003. Dan kemudian bermain untuk semua perlawanan dalam musim bersejarah untuk kelab Porto 2003/2004 dengan juara berganda Liga Portugal dan Liga Juara-Juara. 

Yang anda tidak tahu:
Pemain pertahahanan serba boleh yang terkenal dengan kebolehan bermain di bahagian kiri atau kanan pertahanan. Pada mula-mula bermain untuk Chelsea beliau memakai jersi bernombor 20, sebelum bertukar kepada 19, kerana memberi laluan kepada pemain baru Deco. Jose Mourinho pernah berkata bahawa Paulo Ferreira tidak akan memenangi pemain terbaik perlawanan namun akan mendapat rating minimum 7/10 dalam setiap perlawanan. Konsisten dan tenang mengawasi bahagian pertahanan.


Kenangan manis di Chelsea
Menjaringkan gol pertamanya buat Chelsea ketika menentang Colchester United ketika Piala FA pusingan ke-4 pada musim 2004/2005. Bermain penuh ketika membantu Chelsea memenangi Piala Fa menewaskan Manchester United musim 2006/2007. Semasa musim 2008/2009 menjadi penjaring gol yang tidak dijangka ketika perlawanan suku akhir Piala Carling disaat-saat akhir masa kecederaan namun Chelsea tewas ketika penentuan penalti. Pada musim 2009/2010 bermain keseluruhan sebanyak 20 perlawanan termasuk yang penting ketika menewaskan Manchester United. Pada musim 2011/2012 membuat penampilan dalam perlawanan suku akhir menentang Benfica. Dan bermain dengan cemerlang ketika perlawanan penutup musim menentang Blackburn dan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong The Blues yang melaungkan namanya. Keseluruhan beraksi sebanyak 207 perlawanan dengan 2 gol.

8.        Ricardo Carvalho

The Great Wall of Chelsea


Yang anda tahu:
Jika ditanya siapa gandingan terbaik buat John Terry pasti jawapannya ialah Carvalho. Beliau adalah sebab mengapa Chelsea memiliki pertahanan yang utuh yang berkelas dunia dan membantu Chelsea memenangi 3 Piala Liga Perdana Inggeris. Tanpa diragui salah seorang pemain pertahanan terbaik didunia ketika era Roman Abramovich. Malah Chelsea adalah kelab yang memainkan peranan penting kepada pasukan kebangsaan Portugal dimana terdapatnya Carvalho, Ferreira, dan Bosingwa bergandingan. Mudah sahaja, Carvalho memiliki segalanya sebagai pemain pertahanan tengah, kuat, pantas, arif tentang posisinya, terbaik merebut bola tinggi, teknik hebat, serta tidak segan melakukan sliding tackle yang gila. Malah dibandingkan dengan bekas lagenda pertahanan Itali, Franco Baresi. Sungguhpun berketinggian hanya 6 kaki, namun beliau sentiasa menang bola tinggi, berbanding dengan pemain pertahanan yang lebih tinggi daripadanya.

Yang anda tidak tahu:
Beliau tidak pernah mengambil masa yang lama untuk dikesan bakat dan kebolehannya. Semasa bermain untuk Amarente, sekejap sahaja beliau dikenalpasti oleh kelab gergasi Porto lantas dibawa ke pasukan muda Porto. Selepas beberapa tahun dipinjamkan beliau kembali ke Porto, beliau pada ketika itu hanya diletakkan sebagai pilihan ketiga dibelakang Jorge Costa dan Jorge Andrade pada tahun 2002, kecemerlangannya menyebabkan kapten Jorge Costa dijual dan Ricardo terus meletakkan diri sebagai pemain kesebelasan utama Porto. Kemudian dengan kehadiran Jose Mourinho beliau memenangi Piala UEFA dan Liga Portugal pada musim 2002/2003 dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Liga Portugal. Musim 2003/2004 beliau diiktiraf sebagai pemain pertahanan berkelas dunia apabila memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Portugal, malah dianugerahkan sebagai Pemain Pertahanan Tahunan UEFA 2004. Semasa musim 2005/2006 pernah mempertikaikan keputusan Jose Mourinho kerana tidak menurunkannya semasa perlawanan pertama musim itu, lalu Jose Mourinho membidas dengan berkata "Carvalho seems to have problems understanding things, maybe he should have an IQ test,", menyebabkan beliau digugurkan dari kesebelasan utama dan didenda. 




Kenangan manis di Chelsea
Menjaringkan gol pertama untuk Chelsea ketika menentang Real Betis pada Oktober 2006. Menjaringkan gol cantik dengan membawa bola dari kawasan pertahanan ke hadapan dan merembat dengan yakin ketika Chelsea menang bergaya keatas Manchester United 3-0. Ketika April 2007, menjaringkan gol dari jarak 30 meter menewaskan penjaga gol Spurs, Paul Robinson. Pada musim seterusnya persembahan konsistennya, membuahkan hasil apabila menjaringkan gol kemenangan keatas Middlesbrough, semasa membuat penampilan ke 150 buat Chelsea. Pada musim itu juga beliau diundi sebagai Pemain Tahunan Chelsea pilihan Pemain. Pada 2009/2010, beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan semasa Piala Prisai Komuniti menewaskan Manchester United dan membantu pasukan memenangi kejuaraan berganda. Keseluruhan memenangi 3 Liga Perdana, 3 Piala FA, 2 Piala Carling, 2 Prisai Komuniti, menjaringkan 11 gol dalam 210 perlawanan.

9.   Solomon Kalou

The Super-Sub

Yang anda tahu:
Dilahirkan pada 5 Ogos 1985 di Abidjan Ivory Coast. Seorang lagi pemain yang menjadi faktor kebangkitan Ivory Coast di pentas bola sepak dunia. Dibeli semasa musim 2005/2006, dari kelab Belanda Fayenoord dengan harga sekitar 9 Juta Pound. Pemain yang digambarkan oleh Jose Mourinho sebagai rajin, versatile, gemar meningkatkan diri, dan juga tahan lasak dengan permainan fizikal. Pemain super-sub yang terbaik dimiliki oleh Chelsea selepas lagenda Norway penyerang Tore Andre Flo.

Yang anda tidak tahu:
Pernah membentuk gandingan mantap bersama penyerang Liverpool Dirk Kuyt semasa di Fayenoord, dengan digelar oleh media Belanda K2. Menjaringkan 35 gol dari 67 perlawanan dan memenangi anugerah Johan Cruyff. Pernah beberapa kali memohon untuk kewargenaraan Belanda namun ditolak oleh majlis tempatan. Jurulatih Belanda ketika itu, Marco Van Basten juga menyokong beliau bermain untuk Belanda, dan Johan Cruyff pula mendakwa pasukan Belanda pasti akan lebih berjaya jika Kalou bermain untuk mereka. Isu ini begitu hangat sehingga terdapatnya iklan sindiran di Televsiyen Belanda, yang memaparkan Kalou kononnya bermain untuk Jerman bukannya Belanda. Ini merujuk kepada seorang pemain Angola bernama Nando Rafael yang berhijrah ke Jerman dan mewakili Jerman setelah gagal mendapat kerakyatan dari Belanda. Sungguhpun begitu Kalou akhirnya membuat keputusan untuk bermain untuk Ivory Coast. Pernah membawa kamera video semasa sesi latihan pertamanya untuk Chelsea kerana begitu teruja dapat bermain bersama Michael Ballack, Didier Drogba dan John Terry. Mempunyai seorang abang bernama Bonaventure Kalou yang bermain untuk Rotterdam. Memiliki kucing bernama Katou yang berkawan dengan kucing-kucing milik Didier Drogba (Kitier Katba) dan Daniel Sturridge (Purridge).


Kenangan manis di Chelsea
Gol pertamanya buat Chelsea semasa perlawanan pusingan ke-3 dalam Piala Liga menentang Blackburn Rovers. Menjaringkan gol pada minit ke 93 dimana Chelsea menang 1-0 keatas Watford. Memenangi Piala Liga dan Piala FA semasa musim pertamanya di Chelsea. Pada 18 oktober 2008, menjaringkan dua gol semasa berlawan dengan Middlesbrough. Pada perlawanan pembukaan musim 2009/2010 Prisai Komuniti menentang Manchester United beliau menjadi wira apabila menjaringkan gol penalti kemenangan dimana Chelsea menang menerusi penentuan penalti. Semasa perlawanan penting Liga Juara-Juara Kalou menjaringkan gol tunggal buat Chelsea menentang pasukan Jose Mourinho, Inter Milan di stadium San Siro. Kalou menang double pertamanya dibawah bimbingan Carlo Ancelotti, dengan memecah rekod jaringan 103 gol dalam satu musim. Mencapai 10 gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris semasa musim 2010/2011. Musim 2011/2012 dimana Kalou merupakan antara dua pemain bersama Sergio Aguero yang mencatat jaringan dalam semua pertandingan, Liga Perdana, Piala Fa, Piala Liga dan Liga Juara-Juara. Menjaringkan gol semasa membantu Chelsea layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara menewaskan Benfica 0-1. Kalou bermain di final Liga Juara-Juara dimana akhirnya beliau dinobatkan sebagai juara Eropah. Keseluruhan bermain 251 perlawanan, 59 gol, dan 40 bantuan gol.

Semua pemain Chelsea ini UNIK dan ISTIMEWA. Mari kita menghargai mereka sungguhpun ketika mereka bermain dengan baik atau tidak. Kerana kita adalah penyokong Chelsea yang menyanjung semua wira-wira ini.

THE BLUES ALWAYS BE THE BLUES
THANK YOU AND GOOD BYE

No comments:

Post a Comment