1.
Isu perkauman di England
Secara tiba-tiba terdapat isu
over-sensitif perkauman di England,
apabila Luis Suarez dan John Terry didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur
perkauman. Isu ini menjadi perdebatan hangat seluruh dunia sama ada yang
menyokong @ membantah.
![]() |
| Negro? Nah! |
2.
Argentina
tersingkir dari Copa America 2011
Pasukan ‘hebat’ Argentina yang
juga merupakan pasukan tuan rumah, disandarkan harapan begitu tinggi, akhirnya
dikejutkan oleh pasukan ‘bersemangat’ Uruguay, tewas penalti 5-4, apabila Tevez
yang masih ‘dibuai-buai’ gagal menyempurnakan sepakan.
![]() |
| Moh la kita bertaubat...hu..hu Xavi mano ekau nih?? |
3.
Isu kad merah Wayne Rooney
Anak emas bola sepak England, Rooney
mencetuskan kontroversi untuk kali yang entah keberapa, apabila mendapat kad
merah ‘bodoh’ semasa perlawanan terakhir kelayakan Euro 2012, menyebabkan
beliau terlepas 2 perlawanan kumpulan pada tahun hadapan.
4.
Kehilangan 2 lagenda bola
sepak: Gary Speed dan Socrates
Socrates lagenda Brazil,
yang digelar ‘The Doctor’ meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kerana
tabiat ketagihan alkohol. Manakala Speed juga jurulatih Wales,
lebih mengejutkan lagi dengan ditemui menggantung dirinya pada November 2011.
![]() |
| RIP |
5.
Ronnie Wallwork Bekas
pemain Manchester
United dipenjarakan
Satu lagi pemain yang menambahkan
senarai pemain bermasalah Fergie, merupakan salah satu pemain cemerlang ketika
era Keane, Giggs, Beckham. Dipenjarakan selama 15 bulan kerana kesalahan
menjual bahagian kereta yang dicuri.
![]() |
| Ronnie..ketika zaman baiknya.. |
6.
Uruguay
Juara Copa America 2011
Pasukan ‘bersemangat’ Uruguay
memenangi piala Copa America,
meskipun pada mulanya pasukan pilihan ke-3 kejohanan dibelakang Argentina
dan Brazil.
Diketuai oleh pemain kontroversi Luis Suarez, menunjukkan permainan berpasukan
yang terbaik.
![]() |
| Pasukan Juara..... |
![]() |
| Punca kekalahan Paraguay.... |
7.
Jepun Juara Dunia Bola
Sepak Wanita
Bola sepak Asia
akhirnya mendapat pengiktirafan tertinggi bola sepak, apabila pasukan
Wanita-wanita hebat Jepun menewaskan pasukan USA
pada perlawanan akhir untuk menjulang piala dunia wanita.
![]() |
| Wanita Jepun melawan Tsunami sebenar... |
8.
Lionel Messi Pemain Terbaik
Dunia
Sungguhpun Ballon D`or dilanda
kontroversi, kerana Wesley Sneijder yg tidak tersenarai sbg calon akhir. Messi
memenangi anugerah tersebut, menewaskan 2 Juara Piala Dunia Andres Iniesta dan
Xavi Hernandez yang juga rakan sepasukannya.
![]() |
| Messi ibarat dewa kayangan |
9.
Kontroversi Rasis Sepp
Blatter
Presiden FIFA yang kebanyakan
tidak digemari oleh peminat bola sepak dunia sekali lagi mengeluarkan kenyataan
kontroversi “Pemain hanya perlu bersalam selepas dikecam rasis”. Menimbulkan kekeliruan tentang kempen Kick out Racism yang
dijalankan FIFA.
![]() |
| Blatter menambah lagi senarai org membencinya.. |
10.
Sepanyol tewas kepada England
Tiada siapa yg mempedulikan
perlawanan persahabatan, namun perlawanan ini mendapat perhatian kerana,
pasukan lemah England
mengalah pasukan ‘Mighty Spain’. Seperti biasa pemain Sepanyol tidak gemar
permainan pasif England.










No comments:
Post a Comment