Thursday, January 5, 2012

12 Berita Terhangat Bola Sepak Eropah 2011


1.      Carlo Ancelotti pengurus Chelsea dipecat
Pemenang 2 kali Piala Liga Juara-Juara dipecat selepas musim cemerlang. Merupakan pengurus pertama yg dipecat selepas memenangi kejuaraan berkembar. Pemecatan yang tidak dialu-alukan oleh penyokong The Blues. 

Ancelotti masa muda...Gitu!


2.      El Classico Welcome to the Hell
Memang menghairankan bagaimana 2 pasukan yang terdiri daripada pemain terbaik dunia, melakukan aksi yang memalukan, diving, berlakon, terjahan yang menakutkan, rasis, serang menyerang. Mereka dikritik hebat oleh seluruh dunia atas ‘show ’ hebat mereka. 
Apasal Messi kerdil nih?


3.      Penonton mangsa sumpahan Wayne Rooney
‘Pele Putih’ yang disanjung dan dimanjakan England, menyumpah seranah penonton selepas menjaringkan Hat-Rick. Membuat semua org terpinga-pinga mencari apakah kesalahan kami yg membayar cukai utk menonton aksi EPL setiap minggu. 

What The??%##)****


4.      Jose Mourinho Menyerang jurulatih Barcelona
Salah satu kontroversi El Classico, dalam pelbagai karenah gila Mourinho, ini boleh dikatakan paling mengejutkan sekali. Hilang pertimbangan apabila mencucuk mata salah satu pegawai Barcelona. Tetapi seperti biasa Mourinho sudah immun dgn kontroversi. 




5.      Manchester United dibelasah oleh ‘Busy neighbor’ mereka
Dalam beberapa kekalahan memalukan yg dialami oleh pasukan Alex Ferguson, ini mungkin yang paling memalukan sekali dalam sejarah mereka. Keputusan 6-1, dan tewas kepada jiran yang mereka anggap ‘adik’, amat memeranjatkan seluruh dunia. 

Ini bukan gambar Photoshop, ini betul2 punye..


6.      Manchester United gagal layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Setelah dimalukan oleh Manchester City, satu lagi tragedi buat mereka apabila gagal layak ke pusingan kalah mati. Pada mulanya dianggap kumpulan yg mudah, Manchester United tewas kepada Basel, yg memakai jersi menyerupai Barcelona.

Ini bukan pasukan Barcelona


7.      Carlos Tevez enggan turun ke padang
Dalam pelbagai masalah disiplin pemain, ini adalah sesuatu yg paling tidak dapat diterima. Mancini meminta Tevez masuk ke padang sebagai pemain gantian, namun enggan kerana dia berasa belum bersedia. Jersi Tevez dibakar oleh penyokong sbg protes. 



8.      Skandal Ryan Giggs
Pemain lagenda yg dikenali dgn imej bersihnya, akhirnya tercemar apabila terlibat dengan skandal seks dgn selebriti, dan juga dgn adik iparnya sendiri. Apa yg melucukan lagi ialah Giggs mendapatkan perlindungan mahkamah utk memelihara namanya.  

Giggs dan skandalousnya...


9.      Manchester United menang kejuaraan liga ke-19
Mereka mencatat sejarah sebagai pasukan yang paling berjaya dalam bola sepak tertinggi Inggeris. Dan yang lebih manis lagi ialah mengatasi rekod yang dipegang oleh musuh tradisi Liverpool.

Nyah kau dari sini pasukan 'cap ayam''!

10.  Barcelona dinobatkan sebagai Raja Bola Sepak Eropah
Sungguhpun ini bukan kali pertama mereka memenanginya, namun kejayaan kali ini diiringi dengan jolokan pasukan terbaik abad ini, dengan permainan mengagumkan di Wembley, menyebabkan Juara Inggeris Manchester United kelihatan terlalu mudah. 

Asyik kita je menang..depa ni tak muak ke??


11.  Porto Juara Piala Europa
Pasukan kendalian Andre Vilas Boas, Porto menjuarai Liga Europa yang juga merupakan piala ketiga yang dimenangi oleh mereka pada musim tersebut, membangkitkan semula memori Jose Mourinho pada 2003. Namun bezanya Vilas Boas hanya berusia 33 tahun. 

Bosarnya piala!!!


12.  Fernando Torres pembelian termahal Liga Inggeris
Penyerang pujaan Liverpool, membuat kejutan dengan berpindah ke Chelsea dgn perpindahan bernilai 50 Juta. Ia mungkin perpindahan paling mengejutkan abad ini. Namun perpindahannya disambut dgn ‘korban’ penyerang itu oleh penyokong Liverpool.  

Reds never be blue??

No comments:

Post a Comment