Thursday, January 5, 2012

10 Detik paling melucukan 2011



1.        Balotelli dan T-Shirt protes ‘why always me?’
Ketika menjaringkan gol menentang Musuh setempat Manchester United, beliau mempamerkan baju yg tertera ‘why always me’. Menjadi buah mulut seluruh dunia, dengan Balotelli merujuk kpd mengapa beliau asyik menjadi mangsa kutukan org ramai.


2.        Trick bodoh Balotelli semasa perlawanan pra-musim
Sekali lagi menjadi perhatian orang ramai, apabila membuat skill yg tidak perlu, semasa perlawanan persahabatan dgn LA Galaxy, dimana kesudahannya tiada jaringan, dikeluarkan dari perlawanan, dan dicemuh oleh penonton seluruh dunia.




3.        David Luiz pemain Play station
Pemain yang digemari di Stamford Bridge, menjadi mangsa kritikan melampau bekas pemain Man United, Gary Neville semasa perlawanan menentang Liverpool. Neville mendakwa Luiz seperti pemain yang dikawal oleh budak 10 tahun dlm play station. 



4.        Persembahan nyanyian pemain-pemain AC Milan
Boateng, Robinho, Pato dan Silva mempersembahkan nyanyian harmoni yang menarik dan boleh membuatkan peserta X-Factor berasa malu. Rakaman ini adalah sempena Ulang Tahun stesen TV AL-Jazeera.


5.        Cadangan pemilik-pemilik asing BPL agar mansuhkan sistem penyingkiran dan naik divisyen dalam Liga Inggeris.
Mengapa ia sesuatu yg lucu? Kerana ia terlalu gila dan tidak masuk akal. Sistem yg di inginkan oleh mereka agar tiada kelab yg tersingkir, dan tiada kenaikan divisyen. Menjadi bahan jenaka kerana ia amat tidak logik.




6.        Pemain Barcelona sertai gelek Shakira
Semasa meraikan kemenangan besar mereka musim lepas, teman wanita Gerard Pique, Shakira menjemput pemain-pemain Barcelona menari bersamanya. Penyanyi yg terkenal dgn gelek mautnya tidak ketinggalan membuli mereka utk gelek bersama.


7.        Topeng Petr Cech
Penjaga gol yang terkenal dengan memakai topi kepala selepas insiden hampir meragut nyawanya 6 tahun lalu. Kemudian menjadi topeng muka, hampir menutup mukanya menyerupai Batman dan tak kurang juga sepeti watak filem Star Wars, Darth Vader. 

8.        Apa sahaja yang berkaitan dengan Fernando Torres
Selepas perpindahan mega ke Chelsea, pemain itu masih gagal mendapatkan kembali prestasinya. Menyebabkan kritikan tidak berkesudahan dan menjadi bahan jenaka penyokong bola sepak, termasuk miss of the season di Old Trafford yg sukar dipercayai.


9.        Pemain sepak penalti pakai tumit kaki
Memang mengejutkan apabila aksi yang tidak pernah dilihat, pemain yang tidak dikenali menjaringkan sepakan penalti menggunakan tumitnya, membuat penjaga gol tersentak. Namun pemain tersebut meninggal dunia pada tahun yg sama.


10.    Akademi lakonan Barcelona
La Masia akademi terkenal yang telah melahirkan bintang-bintang, telah bertukar menjadi akademi lakonan. Menjadi sensasi di internet, apabila org ramai mempersendakan tindakan pemain Barcelona yang pura-pura sakit bila disentuh. 


No comments:

Post a Comment