1.
Misi menuntut balasan
Mungkin menjadi faktor motivasi
luar biasa buat pemain-pemain The Blues. “The stolen match” separuh akhir Liga
juara-juara 2009/2010 di Stamford Bridge yang diselubungi kontroversi yang
tidak pernah dilupakan, malah antara perlawanan terbaik yang pernah disaksikan
diabad ini. Peluang Chelsea untutk melangkah ke final dinafikan dengan jaringan
Iniesta, namun bukan itu yang menjadi perbualan semua orang, tetapi 4
permintaan penalti yang dinafikan oleh pengadil Ovrebo, sama sekali amat
mengecewakan, jelas ditunjukkan oleh Drogba yang hilang sabar. Unforgiving and
unforgettable. Kali ini Chelsea
pasti ingin menuntut kembali ‘hak’ mereka.
![]() |
| Nasib baik aku tak bunuh pengadil gemuk nih!!! |
2.
Pemain Chelsea mahu bermain untuk
Roberto Di Matteo
![]() |
| Daripada pemecatan kepada pengurus utama |
3.
Stamford
Bridge merupakan gelanggang
berhantu buat Barcelona.
![]() |
| Gelanggang malang buat Barcelona dan juga lain-lain.. |
Memang benar, jika ada satu
gelanggang yang tidak disukai oleh Barcelona
ialah Stamford Bridge.
Dimana mereka cuma menang sekali sepanjang sejarah Liga Juara-Juara iaitu pada
2006. Selebihnya hanya seri dan kalah. Kerana
Stamford Bridge
mempunyai keramat yang tersendiri, Chelsea
juga mempunyai rekod yang cemerlang di stadium mereka sendiri. Dan setiap
pasukan lawan juga harus berasa gentar apabila bermain disini. Ia milik Chelsea
dan tiada pasukan yang akan terselamat.
4.
Kualiti pemain Chelsea
menandingi kualiti pemain Barcelona
Jika dilihat perlawanan akhir
musim lepas faktor utama yang menjadikan Manchester United kelihatan seperti
karam dalam perlawanan itu adalah kerana kualiti individu pemain mereka yang
mempunyai jurang agak besar dengan superstar Barcelona.
Namun Chelsea mempunyai pemain individu yang lebih berkualiti dan berpengalaman
diperingkat antarabangsa.
Perbandingan satu lawan satu
- Cech Vs Valdes (Pemenang Cech)
- Alves Vs Ivanovic (Seri)
- Mascherano Vs Terry (Pemenang Terry)
- Puyol Vs Cahill (Pemenang Puyol)
- Adriano Vs Cole (Pemenang Cole)
- Busquet Vs Mikel (Pemenang Busquet)
- Xavi Vs Lampard (Seri)
- Fabregas Vs Ramires (Pemenang Fabregas)
- Iniesta Vs Mata (Pemenang Iniesta)
- Drogba Vs Messi (Pemenang Messi)
- Meireles Vs Alexis (Seri)
Mereka ini dinilai berdasarkan
pengalaman, teknikal, kebolehan individu, dan juga anggapan umum siapakah
pemain yang lebih baik bukannya sebanyak mana kejuaraan yang diperolehi dan
juga faktor prestasi semasa juga ditolak. Chelsea
memenangi 3 daripada 11 secara keseluruhan. Walaupun faktor individu tidak
selalunya diambil kira dalam permainan, namun individulah yang membentuk
permainan berpasukan. Ini dapat dilihat kualiti pemain Chelsea tidak jauh
berbeza dengan Barcelona, dengan 3 lagi keputusan seri, dimana semua pemain ini
tidak diketahui sejauh mana kehebatan mereka.
5.
Chelsea
ialah pasukan yang bertentangan dengan Barcelona
Bagaimanakah cara terbaik untuk
menewaskan mereka? Xavi Hernandez berkata cara untuk menewaskan Barcelona
ialah bermain bola sepak, namun bola sepak bagaimanakah yang dimaksudkan oleh
Xavi? Adakah bermain seperti Barcelona
juga? jika dilihat pasukan lain, tiada sesiapa yang berjaya bermain seperti
mereka jika adapun hanya Arsenal yang paling hampir, namun mereka turut menjadi
mangsa Barcelona musim lepas. Maka
cara terbaik menewaskan mereka atau sekurang-kurangnya memperlahankan mereka
ialah seperti diterapkan oleh Jose Mourinho dan Guus Hiddink dengan defensif
atau ofensif, atau juga serangan balas. Bermain dengan cara yang berlawanan
dengan mereka. Maka jika anda membuat senarai pasukan yang bertentangan dengan Barcelona,
Chelsea akan berada di tangga
pertama. Kerana Chelsea mempunyai segala yang tidak ada pada Barcelona, kualiti
individu, tahan lasak, kekuatan fizikal, dan bijak menggunakan peluang,
kecemerlangan set pieces, dan tahu mencari gol sungguhpun dalam keadaan mereka
tidak mendominasi perlawanan. Chelsea
semestinya jawapan kepada pasukan bagaimanakah yang mampu menewaskan mereka.
6.
Frank Lampard sentiasa menang pertandingan
dengan Xavi Hernandez
![]() |
| Sorry Xavi aku akan menang seperti biasa |
Tidak kira sama ada bermain untuk
England mahupun
Chelsea, Lampard sentiasa mengatasi
Xavi dalam setiap permainan yang disertai oleh mereka. Sungguhpun Lampard bukan
pemain seperti pada 2005-2009, namun kualiti Lampard menandingi Xavi kerana
kebolehan Lampard tidak pernah pudar. Jika dilihat setiap kelemahan yang pada
Xavi, merupakan kelebihan Lampard, dan apa jua kelemahan Lampard merupakan
kelebihan Xavi. Maka jika kedua-dua ini digabungkan pastinya pemain itu
midfield paling hebat pernah disaksikan. Lampard penjaring gol yang lebih baik,
lebih pakar dalam bola mati, bertahan dengan lebih baik, dan juga pengambil
sepakan penjuru dan percuma yang lebih baik. Xavi pula terkenal dengan dominasi
atas padang, amat jarang kehilangan
bola, hantaran 100 peratus tepat, pemain yang lebih kreatif. Setiap perlawanan
yang dilalui oleh mereka Lampard sentiasa menang, termasuk kali terakhir England
menang ke atas Sepanyol, yang menyaksikan Lampard penjaring tunggal. Lampard
bukan lebih dominan namun beliau sentiasa memberi impak yang mengubah keputusan
perlawanan. Malah semasa perlawanan 2009 juga, Lampard bermain dengan lebih
baik.
7.
Chelsea
mempunyai lebih ramai penjaring gol
Jika dilihat realiti sebenar,
sungguhpun Barcelona pasukan serangan terbaik dunia, namun pemain yang
mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk menjaringkan gol cuma 2-3 orang,
Messi, Fabregas atau Iniesta, selebihnya tidak begitu diharapkan menjaringkan
gol. Maka jika penjaring terbanyak mereka Messi gagal, maka agak sukar buat
mereka. Chelsea pula menghidangkan
sekumpulan pemain yang mampu menjaringkan gol, kecuali Cech, semua pemain Chelsea
juga boleh diharapkan menjaringkan gol. Ini termasuklah semua pemain pertahanan
mereka, sungguhpun penyerang mereka tidak mempunyai jaringan sebanyak Messi.
Ancaman bukan datang dari satu orang malah hampir 9-10 pemain Chelsea,
ini belum termasuk lagi pemain-pemain simpanan mereka.
8.
Chelsea
ditakdirkan untuk menang
Dalam sejarah Liga Juara-Juara,
tidak ada satupun pasukan yang berjaya mempertahankan kejuaraan, Barcelona
terpaksa menerima hakikat seperti kebanyakan juara-juara yang lain,
mempertahankan lebih sukar daripada memenanginya. Kali in Chelsea
akan menjadi pasukan yang menamatkan saingan Barcelona,
jika bukan mereka, pasukan yang akan mereka bertemu akhir nanti. Tuah mungkin akan
menyebelahi Chelsea kali ini, tuah Barcelona
mungkin berakhir musim ini, selepas musim hebat tahun lepas. Saya tidak tahu
bagaimana Chelsea akan menang tapi
mereka akan, somewhere and somehow they going to win. Sebab mereka percaya
mereka akan menang, semuanya didalam minda mereka. Begitu juga dikalangan
penyokong, percaya Chelsea akan
melakukannya kerana ia ditakdirkan untuk mereka.
Artikel ini ditulis pada 18 April beberapa jam sebelum perlawanan bermula.
Artikel ini ditulis pada 18 April beberapa jam sebelum perlawanan bermula.





No comments:
Post a Comment