Tuesday, April 17, 2012

5 Sebab mengapa Real Madrid akan menang: Ramalan Liga Juara-Juara 2012-2013


Bayern terpaksa menggunakan pemain ''extra" untuk menganggu konsentrasi Real. 
Real Madrid POWER!!! SUPER POWER!!




1. Cristiano Ronaldo
Dia kelihatan mustahil untuk ditangani oleh pemain pertahanan Bayern Munich. Fizikal terbaik, teknik     mengagumkan dan penyudah yang tepat. Pemain yang juga tidak gemar dengan kekalahan, dia pasti ingin menang semuanya. Bayern perlu berharap dia akan tercedera atau demam.

2. Pertahanan Bayern lemah
Bayern mempunyai rangkaian serang yang pasti dicemburui didunia tapi pertahanan mereka mungkin kurang berpengalaman dalam menghalang serangan bukan hanya dari CR namun juga Di Maria, Ozil, Benzema, dan lain-lain.

3. Jose Mourinho terbaik didunia
Apabila pasukan Inter menewaskan Bayern di final CL pada tahun 2010, sudah semestinya beliau akan melakukan sekali lagi. Kerana lawan yang sama, pemain juga hampir sama, cuma yang berbeza kali ini pengurus Bayern adalah Heynckes. Tidak tahu sejauh mana kepandaian Jupp, namun semestinya tidak dapat mengatasi pengalaman Jose.

4. Real Madrid mempuyai barisan pemain simpanan yang berkualiti
Jika diketepikan pemain-pemain utama sekalipun, Real Madrid mempunyai barisan pemain simpanan yang cukup hebat untuk mendapatkan kemenangan. Sahin, Kaka, Higuain sememangnya pemaik berkelas tinggi dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berada diatas padang.

5. Iker Cassilas
Jika Bayern mempunyai kekebalan penjaga gol mereka Neuer namun di Madrid mereka ada penjaga gol terbaik didunia. Sudah tentu amat menarik untuk disaksikan Neuer VS Cassilas nanti, namun dihadapan Cassilas mereka mempunyai barisan pertahanan yang cukup mantap berbanding Bayern. Maka Cassilas yang merupakan ketua pasukan terkenal dengan cara beliau memimpin pertahanannya. Maka adalah sukar bagi Gomez dan Robben untuk merobek gol Madrid.

p/s: Namun mengkin penjaga gawang Bayern Manuel Neuer akan menjadi faktor kritikal kepada keputusan perlawanan itu nanti.

No comments:

Post a Comment