Albert Einstein berkata: “Whoever is careless with the truth in small matters cannot be trusted with important matters”
Sebagai fans Chelsea amat memahami perasaan penyokong Liverpool selepas mereka menjadi mangsa pengadil yang amat bias itu. Hilang satu pemain setelah Shelvey dibuang padang, dengan tackle yang satu kaki.Yang tackle dua kaki dapat kad kuning saje. Lepas tu, punyelah banyak mintak penalti, satu pun dia tak layan. Tapi bila MU terus dapat penalti. Mana adil mcm nih??
Pastu penyokong MU pulak, mudah membuat kesimpulan janji kami dapat 3 mata. Janji kami menang. Mereka tidak pernah menjadi mangsa ketidakadilan pengadil, memang mudah bagi mereka, kalau ada pun mesti Fergie dan meroyan kat press conference.
Kata JK Rowling Penulis buku Harry Porter: “If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors, not his equals.”
Kami juga pernah menjadi mangsa Rompakan ketika match 2009, semasa menentang Barcelona. 4 permintaan penalti langsung bo layan oleh pengadil Ovrebo. Yang menyebabkan Didier Drogba hilang akal, dan Chelsea tersingkir dari Liga Juara-Juara. Kata mereka Chelsea main parking bus mana layak? Biarlah kami main parking bus pun, yg penting kami menang secara fair kan. Anda tengoklah sendiri, kami fans Chelsea dah malas nak mengungkit pasal ni.
Untuk apa kita menang jika integriti dibuang ke longkang?
Integriti bukan sekadar menolak rasuah.
Integrity ialah: adherence to moral and ethical principles; soundness of moral character honesty.
Maksudnya mesti patuh prinsip etika dan moral. Memang kita selalu gelakkan kerajaan menampal etika berkerja di dinding bangunan-bangunan kerajaan. Atau kita tak faham, kenapa nak buat aku janji sebelum masuk universiti. Apa jadahnya semua ini? Jika tidak ada etika, mana wujudnya manusia yang maju, dan tidak jahil. Sebab itu adanya undang-undang, jika tidak semua manusia akan bertindak ikut suka abah dia. Senang cerita integriti ini ialah cakap mesti serupa bikin.
Kata Spencer Johnson: Integrity is telling myself the truth. And honesty is telling the truth to other people
Buat apa suruh RESPECT pengadil kalau mereka tak respek kepada permainan bola sepak? Buat apa FIFA suruh Fair Play, kalau Fairnya di letakkan dibawah lutut. Memang nak cerita pasal FA, UEFA dan FIFA memang berbakul-bakul kutukan dan makian yang tidak berkesudahan. Kenapa kita tak boleh mencontohi mereka-mereka ini?
Adakah anda seorang yang ada integriti?
# Bernard Levin, wartawan Britain, menceritakan bagaimana seorang Polis di US, menang loteri 6 juta dolar. Dia memberikan separuh dari wang kemenangannya kepada seorang pelayan kedai kopi yang sering dikunjunginya. Bila ditanya kenapa, beliau menjawab dia sering bergurau dengan pelayan itu, jika dia menang loteri dia akan memberi separuh wang kemenangan kepada pelayan itu. Baginya janji mesti dikotakan.**
p/s: Tapi orang Islam main loteri itu haram.
# Seorang pemain racquetball bernama Ruben Gonzalez yang membuat satu pukulan yang dikira sah oleh pengadil. jika dia berdiam diri, dia akan menjadi juara dalam tahun pertamanya sebagai pemain professional. Tetapi dia memberitahu pengadil dan pembantu pengadil bahawa pukulannya tidak boleh dikira kerana sudah terkena lantai dahulu sebelum mencecah dinding. Dengan pengakuan jujur itu, lawannya mengambil semula servis dan menang pertandingan itu. Bila ditanya mengapa dia menolak mata kemenangan itu, dia menjawab itu sahajalah yang dapat menjaga integriti dan harga dirinya kerana tahu bola itu tidak sah.**
![]() | |
| Ini Bukan Ruud Gullit |
# Lagenda Liverpool Robbie Fowler melakukan sesuatu yang jarang dilakukan oleh pemain professional yg lain. Dalam perlawanan dengan Arsenal, dia telah jatuh dalam kotak penalti dan pengadil meniup wisel memberikan penalti, namun Fowler bergegas kepada pengadil mengatakan dia tidak dijatuhkan pemain lawan, dia cuma tergelincir sendiri. Integriti Fowler sebagai pemain tetap utuh sehingga kini. **
![]() |
| RESPECT |
** Cerita ini adalah petikan dari buku berjudul Saya Pun Melayu tulisan Datuk Zahid Ibrahim. Terbitan ZI publications. 2009.
# Costin Lazar, pemain Rapid Bucharest yang terjatuh dalam kotak penalti dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukannya, menolak dan membetulkan kesalahan pengadil.
Memang kami takde bukti Fergie bayar pengadil. Tapi perlukah korang bangga dengan kemenangan korang tuh? Dan juga hanya selepas Fergie buat kenyataan tentang sokongan terhadap tragedi Hillsborough? Janji 3 mata? Bukan ke lebih baik dengan Janji Ditepati?
Kepada fans Liverpool, ambik positif dari kekalahan itu, Chelsea berjaya membalas dendam ketidakadilan pengadil itu 3 tahun kemudian. Dan menjuarai Piala Eropah pada 2012. Jangan risau, jika anda berada dipihak yang benar, pasti kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
Kata Malcom X: “If you don't stand for something you will fall for anything.”
Kebenaran Haruslah Ditegakkan.


No comments:
Post a Comment