Wednesday, September 19, 2012

Mari Berdiskusi Tentang Rasis Dalam Bola Sepak: Dari Perspektif yang Berbeza




Mengaku sahaja, kebanyakan kita di Malaysia hanya memandang SERIUS perkara rasis dalam bola sepak ketika Kes Luis Suarez-Patrice Evra menjadi tajuk-tajuk utama di akhbar-akhbar bahagian sukan di Malaysia. Begitu juga kes John Terry-Anton Ferdinand, yang menjadi panas apabila Rio Ferdinand MUnyet masuk campur. Ditambah lagi media England yang suka buat heboh, dengan penglibatan pasukan berprofil tinggi macam MUnyet, serta ditambah perisa garam lagi dengan penglibatan media sosial FB dan Twitter.. Tapi sebenarnya isu Rasis telah lama berada dalam bola sepak.

Mari kita tengok dahulu apakah itu Rasis?

Racism in association football is the abuse of players, officials and fans because of their skin colour, nationality, religion or ethnicity. Some may be targeted (also) because of their association with an opposing team. However, there have been instances of individuals being targeted”

Maksudnya disini, kutukan terhadap seseorang kerana warna kulit, warganegara, agama atau etnik, ada yang menjadi sasaran kerana perkaitan (permusuhan) terhadap pasukan lawan, namun selalunya individu menjadi sasaran. Jika dianalisis perkara diatas, memang ia terlalu umum, serta tidak jelas maksudnya. Kita fahamkan macam ni je la,

sebarang kata-kata atau perbuatan yang menjurus kepada warna kulit, keturunan seseorang, memberi gelaran kurang enak seperti

ü        Monyet (Bukan MUnyet)
ü        Banana (Pisang),
ü        Hitam @ Black
ü        Negro

Atau menambah pernyataan negatif tentang bangsa seseorang seperti

ü        Muslim Terrorist
ü        Negro C**T

Atau melalui perbuatan seperti

ü        Membaling Pisang,
ü        menyanyikan lagu menghina sesuatu kaum seperti “We don’t want the Nigger
ü        membawa kain rentang seperti “Neo Nazi”
ü        membuat bunyi Monyet.

*Nigger bermaksud perkataan negatif atau perkauman, perhambaan (sejarah) terhadap kaum berkulit hitam.
*Neo Nazi ialah ideologi Nazism termasuk Rasis, Xenophobia (benci kepada Negara lain), Homophobia, Militant, Nationalism, anti Semitism (diskriminasi terhadap keturunan Jewish Yahudi). 



Ya memang kita rasa ini kelakar SERIUS, sila SERIUS. Kerana kita tidak mengalaminya sendiri. Di Malaysia takde siapa akan baling pisang kat anda, tapi anda mestinya marah kepada TEAM Indonesia yang panggil kita MALAYSIAL, tapi kita tidak menyatakan protes secara terbuka. Tapi cuba anda bayangkan jika anda tinggal di Amerika, dan ada orang yang anti Islam atau Anti Asia ke, mereka tak suka anda pakai Kopiah, atau berjambang, bertudung, pastu kata anda Terrorist lebih teruk lagi tak suka semua orang Asia. Memang benar siapa yang tak naik angin?. Sebelum kita emosi kat Evra atau Ferdinand dulu apa kata kita letakkan diri kita sebagai orang Kulit Hitam.


# Di Perancis, pada 2008, pemain Abdeslam Ouaddu kelab Valenciennes telah dikutuk berbaur perkauman oleh penyokong Metz, menyebabkan dia berang dan cuba confront dengan fans-fans tersebut

# Di Jerman, semenjak 1992, kumpulan neo-Nazi telah menggunakan bola sepak untuk menjalankan agenda mereka mengutuk komuniti tempatan, timur Eropah, terutamanya bangsa Turkish dan kaum pelarian. 



# Di Serie A, pula pemain berkulit hitam seperti Ruud Gullit, Aron Winter dan Paul Ince telah menjadi mangsa kutukan perkauman antara 1992-1997.

# Di England Paul Canoville pemain Chelsea dikutuk oleh penyokong sendiri, Garth Grooks menjadi mangsa lagu berbaur perkauman dari penyokong lawan ketika bermain di Spurs, Cyrille Regis mangsa penyokong Newcastle membuat bunyi Monyet, semasa bermain untuk West Brom, dan juga pernah menerima peluru apabila dipanggil untuk pasukan kebangsaan England 



# 1987, John Barnes diambil gambarnya (palsu) back heel pisang ketika perlawanan Liverpool-Everton, dan penyokong menyanyikan ‘Everton is white’. Pada 2004 Ron Atkinson meletak jawatan  sebagai pengulas setelah mengeluarkan kenyataan Desailly is what is known in some schools as a fucking lazy thick nigger” tanpa menyedari mikrofon terpasang. Mido beragama Islam menjadi mangsa lagu Islamofobia oleh fans Newcastle. Pada 2007, pengurus Chelsea Avram Grant warganegara Israel telah menjadi mangsa kutukan Anti-Semitic oleh penyokong Chelsea dan menerima ugutan bunuh juga. Pada 2012, seorang penyokong Arsenal ditangkap selepas mengutuk perkauman pemain Newcastle Cheik Tiote. 



# Kes berpofil tinggi Luis Suarez dan Patrice Evra:



Kenyataan dari Patrice Evra berbunyi:

Suarez bercakap dalam bahasa Sepanyol,
Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Kerana kamu hitam
Evra: Kalau kamu cakap lagi saya tumbuk kamu!
Suarez: Saya tidak bercakap dengan orang Hitam. Baik la Negro, negro, negro.
Kemudian Suarez mendekatkan lengannya dengan lengan Evra. Evra komplen pada pengadil kata “dia panggil saya F***ing black”

Kenyataan Luis Suarez

Evra: Kenapa kamu tendang saya?
Suarez: Ia biasa dan mengangkat bahu.
Evra: Saya akan tendang awak
Suarez: Diamlah
Suarez menyentuh lengan Evra seperti mencubit, dia tidak pernah guna perkataan Negro.
Bila pengadil meniup wisel,
Evra: Jangan sentuh aku orang Amerika selatan
Suarez: Kenapa Negro?

Dengan menggunakan perkataan Negro, FA sudah cukup mendakwa Luis Suarez, namun Luis Suarez mendakwa dia tidak tahu Negro adalah perkataan bermaksud lain.

# Kes John Terry dan Anton Ferdinand



Anton mendakwa dia rasa dia terdengar perkataan berulang kali F***ing Black C**t dari John Terry. Ashley Cole yang menjadi saksi berkata, Anton menunjukkan penumbuk kpd John, mungkin berasakan John seperti bercakap Black atau Bridgey. Kemudian Anton enggan berjabat dengan John, menyebabkan John bertanya kenapa, kemudian Cole bertanya kepada Anton adakah apabila John berkata Black C**t maknanya dia rasis? Anton menjawab tidak. Kemudian mereka berjabat tangan.

Namun dalam kes Suarez-Evra itu tadi, Suarez hanya didakwa kerana perkataan Negro, kerana kenyataan dari kedua-duanya bercanggah dan tidak tahu yang mana sahih atau tidak. Tapi jika melihat kenyataan Evra tadi memang agak keterlaluan (pandangan peribadi), sejujurnya adakah lelaki seperti Suarez mengeluarkan kenyataan seperti itu? Tapi mungkin juga kita tidak memahami pengalaman pahit Evra yg sering menjadi mangsa kutukan perkauman menyebabkan dia hilang sabar dengan orang rasis ni.

Dalam kes Ferdinand pula, memang benar Anton tidak ada bukti yang kukuh untuk mendakwa John, sebab itu Terry dilepaskan. Tapi yang menjadi panas ialah masuk campur Rio Ferdinand pemain MUnyet, menyelar Ashley Cole yg menjadi saksi membuat Tweet ‘Choc Ice’ (Ashley Cole), dan bertambah lagi dengan tindakan Anton yg tidak matang enggan bersalam dengan Ashley serta di ikuti oleh Park Ji Sung juga bekas MUnyet. Apakah ini semua maknanya PROPAGANDA Setan dimana-mana?

Bersambung ke entri seterusnya. 

No comments:

Post a Comment