Yang Tersurat:
# Mengikut perlembagaan FIFA artikel 55
“Kelab yang didapati berlaku Rasis, Homophobic, atau
bersikap jijik boleh dikenakan denda 3 mata bg kesalahan pertaman, 6 mata bagi
kesalahan kedua. Untuk kesalahan ketiga akan disingkirkan ke divisyen bawah,
tidak dibenarkan bertandingan melibatkan kejohanan tempatan, antarabangsa,
termasuk Liga Juara-Juara, dan semua bentuk kejohanan”
Jika benarlah FIFA melaksanakan hukuman diatas
mengapa kes seperti Penjaga Gol Gillingham, Jason Brown telah
dikutuk perkauman di Chesterfield tidak dikenakan denda potongan mata
dan sebagainya, ini adalah kerana FA lebih banyak mengambil tindakan individu. Semestinya
badan disiplin tidak mengambil tindakan terhadap individu membawa kain rentang
bertulis perkataan offensive. Ini bermakna penguatkuasaan tidak berlaku
mengikut undang-undang. Atau dengan kata lain tidak berkesan langsung.
# Pada satu ketika dulu isu Rasis memang perkara yang Taboo
untuk dibincangkan. Dahulu pernah Pasukan West Brom kelab inggeris
pertama yang memiliki 3 pemain kulit hitam, masuk ke padang kemudian berduyun-duyun
penonton membaling pisang, dan pemain mereka diboo setiap kali memegang bola. Peminat
masa kini lebih matang namun, tidak dapat dinafikan Rasis ada dan hidup
dimana-mana sahaja didunia.
# Kekeliruan tentang apakah rasis dan apakah yang tidak
rasis. Kerana setiap budaya manusia berbeza. Seperti kes Luis Suarez, di
negaranya panggilan Negro itu tidak bermaksud perkauman. Tapi jika
fikirkan semula, apabila kita marah, kita akan mengeluarkan perkataan yang
tidak enak kepada sesiapa sahaje tidak mengira apa juga warna kulit mereka.Jika
fikirkan secara rasional pemain-pemain berkulit hitam yang sering dibenci
seperti Didier Drogba atau Mario Balotelli, tidak mungkin tidak ada
pemain lawan yang pernah memanggil mereka Negro atau Black (Apabila
bergaduh). Dalam hal ini, adalah tentang sikap individu bukan apa bangsa
mereka. Contohnya jika Joey Barton berkulit hitam atau putih akan adakah perbezaan? Dia tetap dilabel sebagai pemain bermasalah. Stan
Collymore bekas pemain Aston Villa yang berdarah campuran pernah
menerjah pemain yang mengeluarkan perkataan rasis kepadanya “Your mother
sleeps with a Coon” sehingga Steve Harkeness tercedera dan
dikeluarkan. Is all about ATTITUDE.
*Coon bermaksud perkataan
perkauman terhadap orang kulit hitam atau bermaksud Anjing Raccoon.
Yang Tersirat
# Diskriminasi sebenarnya masalah yang lebih besar. Perhatikan
memang sukar untuk menemui pengurus berkulit hitam dia Liga Inggeris.
Negara Brazil
pula jarang menjumpai pengurus berkulit putih. Berapa ramai pengurus berbangsa Perancis
yang berkulit hitam selain Jean Tigana dan Antoine Kambouare?. Pengurus
Belanda yang bukan berkulit putih hanya Ruud Gullit dan Frank Rijkaard.
Serie A tidak pernah ada pengurus berkulit hitam. Pengadil berkulit
hitam juga jarang sekali. (yang terakhir ialah Uriah Rennie). Seperti
pengakuan Sol Campbell bekas lagenda Arsenal, pernah berputus asa
ketika berusia 17/18 tahun, dimana dia menyaksikan pemain berkuit putih yang
tidak berapa bagus mendapat gaji yang lebih tinggi. Diskriminasi ini jelas.
Namun ia tidak bermaksud anda seorang Rasis
# Stereotaip pula dikaitkan dengan kebiasaan yang
lazimnya terdapat pada seseorang berdasarkan bangsanya atau perkerjaannya.
Seperti mengapa amat sukar sekali kita menemui penjaga gol berkulit hitam di Eropah?
Kerana pemain berkulit hitam sering dikaitkan dengan atletik, kuat, tinggi dan
sasa iaitu sinonim dengan peranan seorang penyerang. Atau Scout pernah
disuruh supaya tidak mencari bakat dari benua Asia
kerana:
a)
Mereka bukan pemain bola sepak
yang baik
b)
Tidak berminat bermain bola
sepak
c)
Budaya mereka tidak sesuai
dengan bola sepak.
Contoh yang lain pula, pemain kulit hitam sering dikaitkan
tidak bersiplin, kaki mabuk,kelakuan ganas. Terdapatnya pembahagian pemain
dalam skuad Crystal Palace,
dimana klik Afro-Carribean yang gemar muzik R&B dan Hip Hop tidak
bercampur dengan pemain kulit putih yang mempunyai hobi bermain golf dan
kriket. Stereotaip adalah biasa, namun tidak semestinya mereka rasis.
# Adanya perbezaan antara berkelakuan Rasis dan Rasis.
Orang yang membawa kain rentang offensive, membuat bunyi monyet,
memanggil orang Nigger, atau menyumpah orang kulit hitam seperti F***ing
Black adakah mereka ini Rasis? Mereka ini berkelakuan Rasis, namun mereka
bukannya Rasis. Kelakuan adalah sesuatu yang amat jelas dan boleh dikenal
pasti. Bukan hanya mengenakan denda sahaja atau tiada sesiapa yang membaling
pisang maknanya tiada rasis. Maka apakah maksud Rasis sebenarnya? Ia perkara
yang lebih ekstrem lagi, dan tidak semestinya ditunjukkan secara terbuka. Sebagai
contoh jika anda tidak membenarkan anak anda dating dengan bangsa lain,
atau anda enggan menaikan pangkat seseorang kerana bangsanya atau agamanya,
atau juga anda mengharapkan orang dari bangsa tertentu tidak duduk disebelah
anda di dalam bas. Jika anda begini maknanya anda seorang rasis menurut
definisi. Dan ia adalah masalah yang lebih besar selain mendenda mereka yang
membuat bunyi monyet kepada Mario Balotelli atau Shaun Wright Phillips. Oleh
kerana itu, Patrice Evra juga bersetuju bahawa Suarez bukannya
Rasis.
Morgan Freeman pernah berkata, bagaimana untuk
menghentikan Rasis, ialah dengan berhenti bercakap tentangnya. Sebelum anda
ingin memanggil seseorang itu Rasis atau tidak seperti “John Terry Racist
Prick” Baik anda berfikir dahulu sama ada dia Racist atau Racist
Behavior. Yang pasti kita harus faham ialah dimana-mana didunia terdapat
penindasan terhadap golongan minoriti kerana Human Is Political Animal.

No comments:
Post a Comment