Wednesday, September 5, 2012

Khas Buat GLORY HUNTER Munyet yang hanya tahu menyokong, tapi bengap sejarah: Sebab-sebab mengapa The Reds benci dengan Setan merah

# Sejarah Scouse-Mancunian, kedua-dua mereka ini mempunyai bandar industri yang berjaya ketika zaman Revolusi Industri Eropah. Dimana pelabuhan Merseyside tempat import-eksport dahulu adalah paling maju di Britain, manakalah Manchester pula terkenal dgn industri tekstil (Iaitu jersi kain pelikat yang korang buat alas meja itu). Pada 1894 pedagang-pedagang dari Manchester ini membina pelabuhan kerana tidak senang dengan aktiviti eksport-import di Merseyside. Kemudian, pelabuhan Manchester maju, dan menyebabkan semua kapal yang lalu akan berdagang disitu tanpa perlu melalui Merseyside. 

# Penyokong Munyet seperti diceritakan dalam artikel saya tentang Man City, kebanyakan datang dari luar Manchester. Penyokong Liverpool tidak suka dengan penyokong baru ini, kerana mereka tidak ada pengetahuan sebenar, serta tidak menghormati hal-hal lepas, mereka ini hanya riuh dan ambil kisah apabila menang sahaja. (Glory Hunter).

# “Fergie time” seperti yang anda baca sebelum ini, merujuk kepada perangai Fergie yang sering meminta pengadil ke-4 memberikan lebih masa kepada pasukannya. Mungkin kerana itu RVP score ahad lalu. Well memang bukan satu kebetulan.

# Fergie, pemain dan pegawai-pegawai Munyet memang terkenal dengan taktik menyerbu pengadil apabila mereka tidak berpuas hati agar keputusan pengadil berpihak kepada mereka. Jika anda masih ingat Rafael Benitez pernah membuat bantahan apabila Fergie bercakap dengan pengadil ketika masa rehat separuh masa. Kelakuan mereka selepas perlawanan juga, termasuk membuat kenyataan, dan komplen kepada media, ini memberi tekanan kepada FA agar sentiasa menyebelahi mereka. 

# Jika anda fikirkan kejayaan Manchester United adalah kebanyakan daripada Alex Ferguson sepanjang zaman. Namun Liverpool berjaya bukan hanya dibawah satu pengurus sahaja, Shankly, Paisley, Fagan, Dalglish semuanya pengurus cemerlang yang membawa kejayaan kepada Liverpool, merentasi zaman. Inilah sebabnya Liverpool tidak tahan dengan sikap Munyet yang berlagak seperti mereka mendominasi era bola sepak Inggeris. 

# Penyokong Liverpool tidak suka pada pada sikap pemain-pemain Munyet yang arrogant terutamanya gaya Eric Cantona yang annoying, Gary Neville yang pernah mencium bagde kelab Setan itu dihadapan penyokong Liverpool, Wayne Rooney yang membesar di Merseyside, mendakwa dari kecil dia membenci Liverpool,dan yang terbaru Patrice Evra yang meraikan kemenangan dihadapan Luis Suarez. Malah terdapat dakwaan yang pemain Liverpool dan Manchester United diasingkan ketika kem latihan pasukan England. 

# 19th merujuk kepada jumlah Piala Liga Inggeris yang dimenangi oleh Manchester United. Mereka juga menunjuk-nunjukkan dengan bangganya dengan mempamirkan dihadapan stadium Old Trafford. Membuatkan Liverpool rasa mual dengan sikap mereka, dan jika difikirkan kelab yang mempunyai sejarah hebat seperti Real Madrid yang memenangi 32 La Liga juga tidak berlagak seperti mereka. 

# Stadium Old Trafford hanya bergema apabila pasukan Munyet mendahului perlawanan, apabila ketinggalan suasana akan sunyi sepi. Berbandingan dengan stadium Anfield yang sentiasa meriah, bersemangat riuh, dengan suara penyokong menyanyi. Theater of Dreams kata kau? Membosankan.

# Fergie juga seperti Tuhan di Old Trafford, apabila terdapat pemain-pemain yang bertentangan dengan kehendak dan prinsipnya pasti dia akan menyingkirkan mereka. Sebab itu David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, dan juga Dmitar Berbatov dijual apabila mereka berselisih paham dengan Fergie. Dan juga Alex Ferguson juga tidak membenarkan pemain-pemainya berpindah ke Liverpool. Kenapa? Because I said so. 

# Dan juga sebab yang menjadi bapa kepada permusuhan Scouse-Mancunian ialah penyokong Liverpool yang menyanyikan lagi “Heysel” merujuk kepada peristiwa Munich Disaster (Kapal terbang terhempas yang mengorbankan beberapa pemain Munyet). Selepas itu penyokong Liverpool telah menghentikannya, tetapi penyokong Munyet pula membalas pula dengan lagu Hillsborough merujuk kepada peristiwa penyokong-penyokong Liverpool yang mati ketika menonton bola. Menyebabkan mereka saling berdendam sehingga kini. 

Benarlah kata ungkapan frasa bola sepak terkenal “Form is temporary Class is permanent”. Maka walaupun Liverpool memenangi 18 kejuaraan Liga, namun mereka lebih hebat di Eropah memenangi 5 kali, berbanding Munyet 3 kali. Liverpool adalah tentang kelas, dan Munyet adalah tentang Form. Faham tak? Tak faham sudah. 

Kepada Liverpool fans anda bukan berseorangan bermusuhan dengan Munyet. Kami juga bersama anda. You`ll Never Walk Alone!



No comments:

Post a Comment