![]() |
| MUnyet mampoo bangkit 3-0 difinal dan lawan pasukan terbaik Eropah ketika itu? |
Keresahan penyokong The Reds tidak dapat dipujuk
dengan apa jua kata-kata. Dengan 2 kekalahan dan 2 seri, dan meletakkan Liverpool
berada ditangga ke 17 Liga (Sehingga pagi ini 16 September). Memang benar sukar
untuk menerima hakikat bahawa kelab terbaik dalam sejarah bola sepak England,
berada dalam kondisi sekarang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul. Memang benar penyokong Liverpool berhak
untuk bermuram, kerana permulaan musim yang meragukan. Terutamanya penyokong
MUnyet yang nampaknya bergembira kerana musuh utama mereka semakin lemah. Namun
apa kata jika kita ketepikan semua emosi dan ketidakpuasan hati itu? Kerana
manusia apabila emosi mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Sebenarnya
apakah masalah Liverpool?
# Setiap pengurus mempunyai cara tersendiri, ini mengambil
masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Dan anda harus bertimbang-rasa kepada
pengurus muda seperti Brendan Rodgers yang kekurangan pengalaman. Mereka
akan lebih baik semasa ke semasa.
# Kurang sokongan dan perhatian dari pihak pengurusan. Ini
bukan dari aspek dana, tetapi sokongan moral. Kerana kejayaan Chelsea
bukannya datang dari wang Roman Abramovich tetapi kerana sokongan dan
kesungguhannya untuk memajukan kelab. Namun jika anda fikir dari segi logiknya,
FSG sports group sebenarnya memandang kepada keuntungan yang boleh
diperolehi dari kelab, mereka juga sama seperti pemilik-pemilik yang lain. Jika
lebih banyak kejayaan yang dirangkul, lebih banyak sokongan moral dan kebendaan
yang diperoleh oleh kelab, atau win-win situation.
# Permainan short-passing seperti Barcelona
yang ingin diperkenalkan oleh BR mungkin kurang sesuai diadaptasikan
kepada pasukan teknikal seperti Liverpool (cuba
anda membayangkan pasukan Chelsea
tiba-tiba bertukar kepada tiki-taka football, banyak masalah akan timbul
kerana ia lebih sesuai dengan skuad yang lebih ringan dan fizikal lebih kecil),
dan bukan semua pemain dapat membiasakan diri dengan taktikal baru ini. Namun
ia tidak mustahil dilaksanakan, tetapi hanya masa yang menentukan, dalam tempoh
ini peminat hendaklah bersabar. Jika BR yakin dengannya, jadi biar dia
melakukan tugasnya.
# Persembahan beberapa pemain-pemain senior kurang
memberangsangkan, mungkin kerana mereka struggle untuk membiasakan diri dengan
taktikal baru. Steven Gerrard juga tidak seperti yang sering kita lihat,
begitu juga dengan Pepe Reina. Adakah sudah masanya kedua-dua pemain
senior ini digugurkan? Mungkin ya, mungkin tidak. Penjaga gol kedua Liverpool
iaitu Brad Jones boleh dikatakan agak bagus, Jonjo Shelvey
semakin membayangi Stevie G,. Jamie Carragher juga diketepikan oleh Agger
dan Skrtel. Namun pemain senior sebenarnya adalah sumber kekuatan Liverpool,
kerana motivasi dan semangat jati Liverpool telah lama
mengalir dalam darah mereka. Ini sama juga seperti The Old Guard Chelsea
yang menjadi watak penting kepada kebangkitan luar biasa musim lepas. Mereka
ini adalah nyawa pasukan. Namun mereka akan kembali ke tempat kelas asal mereka,
kerana mereka adalah tentang kelas bukannya prestasi.
# Masalah penjaring gol boleh diatasi seperti yang dilakukan
oleh Arsenal selepas mereka kehilangan RVP. Bukan hanya Luis Suarez
mampu, Borini juga mampu (jika dia lebih kehadapan), begitu juga Shelvey,
Gerrard (jika kembali menemui sentuhannya), Glen Johnson, Jordan
Henderson, Stewart Downing malah juga Raheem Sterling,
Nuri Sahin. Kenapa tidak? Ini semua adalah tentang keberanian dan
keyakinan. Kerana itu Arsene Wenger tidak gusar melepaskan RVP,
kerana dia yakin dengan kebolehan pemain-pemain yang lain.
# Masalah motivasi ialah masalah pokok Liverpool,
kerana mereka tidak percaya kepada diri masing-masing (dengan kemasukan pemain-pemain
baru), mereka lebih TAKUT untuk KALAH daripada berusaha untuk MENANG.. Jadi
ini adalah berbalik kepada keupayaan seorang pengurus. Jika kita mengambil
iktibar daripada kes Fernando Torres, yang pernah mengalami zaman
kegelapan selepas berpindah ke Chelsea
dia bangkit apabila Di Matteo menghantarnya ke pakar psikologi. Masalah Torres
ialah dia keliru dengan persekitaran dan rakan-rakan pasukan baru, semua ini
tentang masalah mentaliti. Apa yang anda boleh ambil pengajaran disini ialah,
sokongan pengurus amat penting, dan juga minda positif faktor kritikal kepada Liverpool
sekarang. Semuanya tentang mentaliti. Begitu juga dengan penyokong Liverpool,
perlulah berfikiran positif. Dari aspek positifnya anda dapat lihat beberapa
nama baru yang meningkat naik seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling, Joe Allen,
Martin Kelly.
Jika Arsenal mampu untuk bangkit dari kekalahan memalukan
8-2 pada awal musim, kehilangan pemain-pemain penting mereka dan akhirnya mereka
berada di tangga-3 pada akhir musim? Jika Chelsea yang mengalami malapetaka
akibat Andre Vilas Boas musim lepas mampu menghabiskan musim dengan 2
piala? Malah Manchester
City yang berabad lamanya berada
dibawah bayang-bayang MUnyet, akhirnya suatu hari berada diatas MUnyet? Dan
juga betapa hebatnya pasukan yang bangkit dari ketinggalan 3-0 menentang
pasukan terbaik didunia ketika itu, seterusnya memenangi Piala Eropah di
Istanbul? Ia pernah berlaku dan hanya Liverpool sahaja
yang mampu melakukannya. Liverpool bukan mahu
menunjuk-nunjukkan sejarahnya tetapi mereka ingin di iktiraf dan dihormati dan Never
Ever Forgot Them. Setiap pemain berbangga memakai jersi The Reds,
inilah keunikan Liverpool, yang tidak ada pada pasukan
lain. TEAM OF PRIDE itulah Liverpool,
The think is all over? They were wrong!
p/s: Merindui zaman permusuhan Chelsea-Liverpool dalam Liga
Juara-Juara yang dahulu. Ingat lagi? Liverpool amat liat
untuk dikalahkan sama juga Liverpool yang sekarang masih
liat untuk ditundukkan oleh Chelsea.
COME ON! Bangkitlah The Reds!




thankz to all comment...ada point yg sy nmpk disitu...mmg skrg liverpool tgah off form...kami liverpool fan mngharapkan liverpool kembali spt zaman kegemilangn dulu...tapi itu bkn mudah...mngmbil masa yg lama... YNWA!! Keep the Blues Fly Highs
ReplyDelete