Saya tahu masih ramai fans Arsenal yang masih tidak dapat
menerima pemergian kapten dan juga Robin anda, Robin Van Persie. Terutamanya
sekali apabila anda terpaksa menahan telinga apabila diLahar oleh fans-fans
Munyet. Macam-macam harapan anda agar dapat meranapkan karier RVP di Munyet,
minta dia patah kaki lah, biar dia injured 6 bulan lah. Tambah sakit hati lagi
apabila RVP menjaringkan hat-rick minggu lalu. Tetapi bila anda kenangkan
semula, banyak sangatKAH jasa RVP tuh? Sakit hati dia score gol ke 100 hari
tuh? Atau sebab dia score hat-rick yang ke-4?. Tak payah bersandarkan pada
kenangan, kerana masih ramai LEGEND The Gunners yang selayaknya dikenang.
Mereka ini barulah namanya LEGEND:
# Charlie George bermain ketika tahun 1969-1975,
menjaringkan 49 gol, memenangi Liga 1971, FA Cup 1971, European Fairs Cup 1970.
# David Seaman, yang terkenal dengan fesyen rambut ekornya,
aktif ketika tahun 1990-2003, penjaga gol lagenda pasukan England memenangi
Liga 1991, 1998, 2002, FA Cup 1993, 1998, 2002, 2003, League Cup 1993, European
Cup Winners Cup 1994 (10 trofi)
# Robert Pires, bermain untuk Arsenal semasa 2000-2006, menjaringkan
84 gol, merupakan pemenang piala dunia, menang 4 piala untuk arsenal. Lebih
kurang dia adalah versi Ryan Giggs Arsenal.
# Patrick Vieira, bermain antara 1996-2005, merupakan pemain
yang disisihkan dari kelab gergasi AC Milan, dibeli oleh Wenger digilap menjadi
pemain Defensive Midfielder terbaik didunia, juga pemenang piala dunia dan Euro
bersama pasukan Perancis. Dia juga terkenal dengan pertelingkahan klasik dengan
legenda Munyet iaitu Roy Keane, jika anda tak percaya sila search di you tube
“Tunnel Fight”. Jika anda ingin tahu bagaimana hebatnya dia lebih kurang
campuran Obi Mikel-Nigel De Jong tapi lebih karisma dan pintar membaca
permainan. Menang 6 trofi bersama The Gunners
# Ian Wright juga pemain kebangsaan England, yang bermain
semasa tahun 1991-1998, anggota 100 goal club iaitu sekumpulan pemain yang
menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana, keseluruhan menjaringkan 185 gol. Dia
merupakan penyerang yang digantikan oleh Nicolas Anelka sebelum dia dijual
kepada Real Madrid. Ian adalah lebih
kurang seperti campuran antara Darren Bent-Thierry Henry tapi dengan senyuman
yang sentiasa terukir diwajahnya. Menang 4 trofi untuk Arsenal
# Tony Adams yang juga salah seorang One Man Club (sila
tanya pada Pak Cik Google jika anda tidak tahu), merupakan pemain sejati
akademi Arsenal. Bermain sekitar 1983-2002, penampilan sebanyak 669,
palingbanyak dalam sejarah Arsenal. Salah seorang pemain pertahanan terbaik
yang pernah dilahirkan oleh England.
Jika dia masih bermain sekarang pasti Nemanja Vidic mahupun Rio Ferdinand
berasa segan denggannya, kerana beliau yang juga kapten Arsenal, terkenal
dengan ketenangannya mengawal benteng, macam air yang tenang jangan disangka
takde Munyet. Gandingannya bersama Steve Bould, Martin Keown, Nigel Winterburn,
Lee Dixon ketika itu akan membuatkan “Parking Bas” tidak diperlukan langsung.
Pemenang 10 piala bersama Arsenal
![]() |
| Banyak sangatkah Piala MU RVP? |
# Dennis Bergkam, a.k.a ‘Orang Belanda Tak Terbang’gelaran
untuknya kerana dia merupakan seorang yang fobia menaiki kapal terbang. Namun kerana
kegigihan dan kesungguhannya untuk kelab, dia sanggup menaiki keretapi setiap
kali terdapatnya perlawanan di Eropah atau jarak jauh. Naik kapal terbang? Dia
lebih sanggup menahan kesakitan pungkok dek kerana duduk dalam keretapi
berjam-jam lamanya.Yang lebih penting dia merupakan ahli 100 club gol,
menjaringkan 120 gol untuk Arsenal, merupakan gandingan terbaik untuk Thierry
Henry. Bermain dari tahun 1995-2006, pemenang 6 piala utama. Kalau nak
dibandingkan dengan RVP ? Aku jamin RVP pun sanggup kambus tanah tanam kepala,
kerana malu yang amat sangat dengan Bergkam, dia juga menjaringkan 37 gol untuk
Belanda. RVP? Ceh! kat Euro 2012 pehal tiba2 terlupa pulak mana tiang gol mana
jaring gol? Kalau korang tak percaya betapa powernya dia nih korang pergi lihat
gol Dennis masa lawan Newcastle
nih, RVP Mampoo??
# Thierry Henry saya jamin kebanyakan anda mengenalinya
sebagai pemain dalam Liga MLS. Tapi
kepowerannya dan apa yang dilakukan olehnya untuk Arsenal ibarat cerita 1001
hikayat. Pengakuan Carlo Ancelotti tentang kekesalannya tersilap menilai
Thierry Henry bakal superstar yang dijual kepada Arsenal, pada ketika itu
Arsene Wenger melihat potensinya ternyata Wenger tidak pernah silap melihat
bakat pemain muda. Thierry yang pada asalnya merupakan pemain Winger, telah
diyakinkan oleh Wenger untuk bermain posisi Striker, seperti telah ditakdirkan
dia bertukar kepada LEGEND teragung Arsenal dengan 226 gol dalam 380
perlawanan, jika nak dibandingkan dengan RVP score 100 gol. Dan juga trofi yang
dimenanginya 4. Menang kasut emas sebanyak 4 kali dan pemain PFA sebanyak 2
kali. Jika dibawak si RVP kepada Henry pastinya dia berkata “132 gol nak jadi
Legend? Ptuiii!!! Budak tadika pergi main-main jauh-jauh sana!!”
![]() |
| RVP belum tentu ada statue lagi Ceh! |
Mereka diataslah yang harus dikenang, atau kata orang Puteh
‘Gone but never been forgotten’ Cuba
anda kenangkan kembali jasa RVP tuh? Selain daripada kesabaran anda apabila dia
injured banyak kali, dan 7 tahun tunggu dia menang kasut emas? Dan juga jasanya
kerana tiba-tiba menjadi pekak tak dengar bunyi wisel pengadil?, malah menjadi
punca kekalahan Arsenal kepada Barcelona?
Untuk apa diSENTAPkan dengan pemergian dia tuh? Pemain datang dan pergi itu
adat dalam bola sepak. Macam lagu Goyte ‘Somebody I Used to Know’. Kelab-kelab
lain harus berasa malu dengan Arsenal sungguhpun anda menggunakan paling ramai
pemain akademi tapi masih mampu maintain top 4 sehingga kini. Arsenal will be
fine like they always been. Akan muncul legenda baru di Arsenal, kerana Arsene
Wenger tidak pernah silap, Dia hanyalah salah satu pemain Arsenal sahaja, anda
tak perlukan ‘Batman’ ataupun ‘Robin’. IN ARSENE WE TRUST.







artikel anda memang power walaupun anda adalah The Blues. terbaik. salute for you girl! :)
ReplyDeletesaudari adalah antara contoh peminat bolasepak yang rasional dan matang..tahniah atas entry ini..
ReplyDelete