Wednesday, September 5, 2012

Kepada Fans ARSENAL: Untuk apa anda SENTAP sangat pemergian RVP? Dia hanyalah SOMEBODY that I USED TO KNOW (Warkah Berdarah Untuk Munyet)



Saya tahu masih ramai fans Arsenal yang masih tidak dapat menerima pemergian kapten dan juga Robin anda, Robin Van Persie. Terutamanya sekali apabila anda terpaksa menahan telinga apabila diLahar oleh fans-fans Munyet. Macam-macam harapan anda agar dapat meranapkan karier RVP di Munyet, minta dia patah kaki lah, biar dia injured 6 bulan lah. Tambah sakit hati lagi apabila RVP menjaringkan hat-rick minggu lalu. Tetapi bila anda kenangkan semula, banyak sangatKAH jasa RVP tuh? Sakit hati dia score gol ke 100 hari tuh? Atau sebab dia score hat-rick yang ke-4?. Tak payah bersandarkan pada kenangan, kerana masih ramai LEGEND The Gunners yang selayaknya dikenang.

Mereka ini barulah namanya LEGEND:

# Charlie George bermain ketika tahun 1969-1975, menjaringkan 49 gol, memenangi Liga 1971, FA Cup 1971, European Fairs Cup 1970.


# David Seaman, yang terkenal dengan fesyen rambut ekornya, aktif ketika tahun 1990-2003, penjaga gol lagenda pasukan England memenangi Liga 1991, 1998, 2002, FA Cup 1993, 1998, 2002, 2003, League Cup 1993, European Cup Winners Cup 1994 (10 trofi)



# Robert Pires, bermain untuk Arsenal semasa 2000-2006, menjaringkan 84 gol, merupakan pemenang piala dunia, menang 4 piala untuk arsenal. Lebih kurang dia adalah versi Ryan Giggs Arsenal. 



# Patrick Vieira, bermain antara 1996-2005, merupakan pemain yang disisihkan dari kelab gergasi AC Milan, dibeli oleh Wenger digilap menjadi pemain Defensive Midfielder terbaik didunia, juga pemenang piala dunia dan Euro bersama pasukan Perancis. Dia juga terkenal dengan pertelingkahan klasik dengan legenda Munyet iaitu Roy Keane, jika anda tak percaya sila search di you tube “Tunnel Fight”. Jika anda ingin tahu bagaimana hebatnya dia lebih kurang campuran Obi Mikel-Nigel De Jong tapi lebih karisma dan pintar membaca permainan. Menang 6 trofi bersama The Gunners



# Ian Wright juga pemain kebangsaan England, yang bermain semasa tahun 1991-1998, anggota 100 goal club iaitu sekumpulan pemain yang menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana, keseluruhan menjaringkan 185 gol. Dia merupakan penyerang yang digantikan oleh Nicolas Anelka sebelum dia dijual kepada Real Madrid. Ian adalah lebih kurang seperti campuran antara Darren Bent-Thierry Henry tapi dengan senyuman yang sentiasa terukir diwajahnya. Menang 4 trofi untuk Arsenal 



# Tony Adams yang juga salah seorang One Man Club (sila tanya pada Pak Cik Google jika anda tidak tahu), merupakan pemain sejati akademi Arsenal. Bermain sekitar 1983-2002, penampilan sebanyak 669, palingbanyak dalam sejarah Arsenal. Salah seorang pemain pertahanan terbaik yang pernah dilahirkan oleh England. Jika dia masih bermain sekarang pasti Nemanja Vidic mahupun Rio Ferdinand berasa segan denggannya, kerana beliau yang juga kapten Arsenal, terkenal dengan ketenangannya mengawal benteng, macam air yang tenang jangan disangka takde Munyet. Gandingannya bersama Steve Bould, Martin Keown, Nigel Winterburn, Lee Dixon ketika itu akan membuatkan “Parking Bas” tidak diperlukan langsung. Pemenang 10 piala bersama Arsenal

Banyak sangatkah Piala MU RVP?


# Dennis Bergkam, a.k.a ‘Orang Belanda Tak Terbang’gelaran untuknya kerana dia merupakan seorang yang fobia menaiki kapal terbang. Namun kerana kegigihan dan kesungguhannya untuk kelab, dia sanggup menaiki keretapi setiap kali terdapatnya perlawanan di Eropah atau jarak jauh. Naik kapal terbang? Dia lebih sanggup menahan kesakitan pungkok dek kerana duduk dalam keretapi berjam-jam lamanya.Yang lebih penting dia merupakan ahli 100 club gol, menjaringkan 120 gol untuk Arsenal, merupakan gandingan terbaik untuk Thierry Henry. Bermain dari tahun 1995-2006, pemenang 6 piala utama. Kalau nak dibandingkan dengan RVP ? Aku jamin RVP pun sanggup kambus tanah tanam kepala, kerana malu yang amat sangat dengan Bergkam, dia juga menjaringkan 37 gol untuk Belanda. RVP? Ceh! kat Euro 2012 pehal tiba2 terlupa pulak mana tiang gol mana jaring gol? Kalau korang tak percaya betapa powernya dia nih korang pergi lihat gol Dennis masa lawan Newcastle nih, RVP Mampoo??



# Thierry Henry saya jamin kebanyakan anda mengenalinya sebagai pemain dalam Liga MLS. Tapi kepowerannya dan apa yang dilakukan olehnya untuk Arsenal ibarat cerita 1001 hikayat. Pengakuan Carlo Ancelotti tentang kekesalannya tersilap menilai Thierry Henry bakal superstar yang dijual kepada Arsenal, pada ketika itu Arsene Wenger melihat potensinya ternyata Wenger tidak pernah silap melihat bakat pemain muda. Thierry yang pada asalnya merupakan pemain Winger, telah diyakinkan oleh Wenger untuk bermain posisi Striker, seperti telah ditakdirkan dia bertukar kepada LEGEND teragung Arsenal dengan 226 gol dalam 380 perlawanan, jika nak dibandingkan dengan RVP score 100 gol. Dan juga trofi yang dimenanginya 4. Menang kasut emas sebanyak 4 kali dan pemain PFA sebanyak 2 kali. Jika dibawak si RVP kepada Henry pastinya dia berkata “132 gol nak jadi Legend? Ptuiii!!! Budak tadika pergi main-main jauh-jauh sana!!”

RVP belum tentu ada statue lagi Ceh!


Mereka diataslah yang harus dikenang, atau kata orang Puteh ‘Gone but never been forgotten’ Cuba anda kenangkan kembali jasa RVP tuh? Selain daripada kesabaran anda apabila dia injured banyak kali, dan 7 tahun tunggu dia menang kasut emas? Dan juga jasanya kerana tiba-tiba menjadi pekak tak dengar bunyi wisel pengadil?, malah menjadi punca kekalahan Arsenal kepada Barcelona? Untuk apa diSENTAPkan dengan pemergian dia tuh? Pemain datang dan pergi itu adat dalam bola sepak. Macam lagu Goyte ‘Somebody I Used to Know’. Kelab-kelab lain harus berasa malu dengan Arsenal sungguhpun anda menggunakan paling ramai pemain akademi tapi masih mampu maintain top 4 sehingga kini. Arsenal will be fine like they always been. Akan muncul legenda baru di Arsenal, kerana Arsene Wenger tidak pernah silap, Dia hanyalah salah satu pemain Arsenal sahaja, anda tak perlukan ‘Batman’ ataupun ‘Robin’. IN ARSENE WE TRUST.

2 comments:

  1. artikel anda memang power walaupun anda adalah The Blues. terbaik. salute for you girl! :)

    ReplyDelete
  2. saudari adalah antara contoh peminat bolasepak yang rasional dan matang..tahniah atas entry ini..

    ReplyDelete