![]() |
| Sang Singa RAJA RIMBA |
![]() |
| Sang MUnyet Setan |
Pada suatu hari, di Rimba Jak Uniyon, tinggal sekelompok kaum Munyet yang diketuai oleh Moyang Ferjie. Dia bersama-sama anak-anak Munyetnya lama hidup bersenang-lenang menakluki Rimba Jak Uniyon. Keturunan mereka tidak pernah ketandusan bekalan pisang, sedangkan kaum lain dibiar kebulur, kaum-kaum yang ditindas di Rimba Jak Uniyon sudah putus harapan, tidak tahan dengan kezaliman Munyet-munyet durjana itu. Sehingga kembali Sang Singa datang untuk menyelamatkan kaum-kaum di Rimba Jak Uniyon dari Rejim Munyet yang berperangai tak ubah seperti Setan. Kehadiran Sang Singa tidak disenangi oleh Moyang Ferjie, katanya ‘Lack of history’, tambahan lagi iri hati dengan Sugar Dedi mereka yang teramat kaya, dan boleh mengimport seberapa banyak makanan untuk santapan anak-anak singa. Moyang Ferjie juga tidak suka dengan Singa Maurinyo yang angkuh, katanya ‘Seperti budak mentah yang datang ke Rimba mencabar Syerip tua’ lalu Singa Maurinyo membidas Moyang Ferjie dengan berkata, “Ferjie seperti perenang yang bagus, cuba untuk mengejar saya tercungap-cungap dari belakang, tapi dia ada sakit jantung, bila dia sampai pantai, dia meninggal”. Lalu bermulalah permusuhan yang ketat, kelat dan sendat antara Sang Singa RAJA RIMBA dan Sang Munyet SETAN MERAH.
#Munyet yang tersengih-sengih dek kerana pencabar-pencabar
mereka yang lain sudah mati ‘kutu’. Arsenal selepas pasukan ‘The Invincible’
mereka mengalami declining stage, dimana revolusi untuk membentuk pasukan yang
lebih muda berlaku (iaitu kemunculan beberapa pemain akademi berbakat seperti
Cesc Fabregas), manakal Liverpool bersama Gerarrd Houlier menyediakan sekelompok
pemain-pemain pasukan kebangsaan England seperti
Michael Owen, Robbie Fowler, Steve Mcmanaman Liverpool telah
cuba mencabar
namun masih gagal. Maka Fergie beranggapan ini merupakan masa terbaik untuk
pasukannya kembali merampas kejuaraan, namun mereka tersilap. Chelsea yang juga
mengalami tranformasi selepas zaman Gianfranco Zola, telah dibeli oleh Roman
Abramovich, beliau merupakan jutawan Russia dengan kekayaan dianggarkan sebanyak
19.6 Billion, kapal mewah sebanyak yang diketahui ialah 5 buah, telah melakukan
rombakan besar-besaran dengan membelanjakan sebanyak pada musim pertamanya 153.4
Juta (Untuk 17 orang pemain), termasuk pembelian penting untuk Chelsea seperti
Paulo Fereira, Arjen Robben, Petr Cech, Claude Makelele, Joe Cole, serta Damien
Duff. Pembelian bintang-bintang ini memang berbaloi dengan kejuaraan yang
mereka berikan setahun kemudian. Sudah semestinya Fergie tidak senang duduk
dengan pembaharuan mendadak yang dilakukan oleh Chelsea.
Kerana kuasa pasaran pembelian pemain yang berkualiti akan dikalahkan oleh
kuasa kewangan Chelsea. Tambahan
lagi kemunculan Jose Mourinho dengan reputasi sebagai Juara Eropah bersama Porto,
juga pasukan yang menyingkirkan MUnyet dari Liga Juara-Juara pada musim
2003/2004.
![]() |
| Tiada Roman Tiada Piala. LoVe You Roman! |
# Chelsea sering
dilabel sebagai kelab kaya kononnya ‘There is something else money can’t buy’ Sedangkan
telah berabad lamanya bola sepak mengamalkan jual-beli pemain. Jika anda ingat
Real Madrid dengan Galacticos mereka melaburkan wang yang banyak, mengumpulkan
sekelompok pemain-pemain terbaik didunia Zinedine Zidane, Roberto Carlos,
Ronaldo 9, Luis Figo, manakala pasukan semantap Barcelona juga tidak lokek
berbelanja untuk memperkuatkan pasukan mereka. Memang benar tanpa wang, bola
sepak tidak akan bernyawa, tanpa wang juga manusia tidak mampu hidup. Senang
citer ‘no money no talk’ Maka dakwaan MUnyet bahawa Chelsea membeli kejayaan
adalah sangat kelakar, sedangkan MUnyet telah memecahkan rekod perpindahan
British sebanyak 3 kali dengan pembelian Andy Cole, Rio Ferdinand, dan Dmitar
Berbatov. Pembelian termahal Fernando Torres 50 juta, dikatakan membazir, well
kenapa tidak? Torres bukan calang-calang penyerang dengan reputasi sebagai pemenang
piala dunia dan Euro, penjaring gol yang prolifik, sungguhpun mereka melahar
tentang Andrei Shevchenko, Chelsea
tidak pernah serik seperti kata Pep Guardiola
‘Benda paling risiko yang anda ambil ialah tidak
mengambil sebarang risiko langsung’.
Namanya pun pelaburan memang ada risikonya.
# MUnyet mendakwa Chelsea
membeli ‘Star’ manakala mereka ‘create Star’, berapa banyak STARKAH yang mereka
create itu? STAR mereka juga dibeli dari
kelab lain, jika kita kecualikan skuad Treble 1999 mereka, yang benar-benar STAR
dalam pasukan MUnyet hari ini ialah Patrice Evra, Wayne Rooney, dan Robin Van
Persie, yang lain semuanya pemain tahap sederhana. Jika Chelsea membeli STAR
sekalipun? Berapa ramai? Jika dikira kebanyakan pemain Chelsea
hanya jadi STAR apabila bermain untuk Chelsea.
Contoh Frank Lampard, Didier Drogba, jika hanya STAR
yang dibeli pun cuma Fernando Torres, Ashley Cole, Andriv Shevchenko selebihnya
semua pemain yang sudah establish. Malu sikit dengan Arsenal tuh!! pemain
akademi mereka semuanya jadi rebutan kelab-kelab gergasi. Merekalah kelab yang
melahirkan STAR.
# Mereka kata kita apa ‘Lack of history’? Kita baru nak
bukak citer History Liverpool kau buat-buat tak dengar, nak citer pasal pasukan
Invincible Arsenal, kau melenting, nak citer pasal Chelsea
score 103 gol dalam satu musim kau dah angkat kaki! Kau tengok lagenda-lagenda Chelsea
kebanyakan bukan calang-calang orang:
Bobby Tambling membuat penampilan terbanyak Chelsea
dengan 795 kali, juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea
dengan 202 gol
Jimmy Greaves yang juga lagenda Spurs, merupakan anggota
skuad England Pemenang Piala Dunia 1966. Menjaringkan 5 gol dalam satu
perlawanan sebanyak 3 kali.
Peter Bornetti, juga salah seorang penjaga gol England
semasa menjuarai Piala Dunia 1966
Peter Osgood, menjaringkan 150 gol dan penjaring hat-rik
sebanyak 13 kali antara1957-1961
Ruud Gullit kapten pasukan Belanda yang menjuarai Euro 1988
Marcel Desailly dan Juga Frank Leboeuf kedua-duanya pemenang
Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama skuad Perancis. Marcel Desailly jika
anda masih ingat punca utama mengapa Ronaldo (Bukan CR 7) iaitu Ronaldo Brazil
mati akal masa final piala dunia 1998, dimana Perancis menang 3-0.
![]() |
| Desailly |
![]() |
| Leboeuf |
Ini belum lagi masukan Gianfranco Zola, Ron Harris, Terry Venables,
Claude Makelele, Dan Petrescu, Roberto Di Matteo, Kerry Dixon, Gianluca Vialli,
Dennis Wise, Graham Le Saux. Siapa kata Chelsea
takde history? Ko ingat mereka pernah wakil Chelsea
ni cikai-cikai ke?
Legend MUnyet hado? Ryan Giggs tak pernah bermain di piala
dunia, begitu juga George Best dan Eric Cantona, malah Roy Keane juga lebih
banyak kes bertelagah dengan jurulatih pasukan kebangsaan Republik Ireland.
Apa ada Hal?
# Fans MUnyet kata Chelsea
menjual maruah pasukan Inggeris dengan permainan memalukan masa Champions
League musim lepas. Katanya ‘Parking bas’. Pasukan Greece
yang menang Euro 2004, dan pasukan Italy
yang menang piala dunia 2006 juga menggunakan taktik yang sama. Sebenarnya apa
taktik yang digunakan pun tetap juga dinamakan bola sepak, sebab ia sangat
subjektif, main cantik atau tidak bergantung kepada falsafah dan selera
masing-masing. Tapi aku salute pada team macam Spurs, Arsenal, Barcelona
yang ada trade mark tersendiri. MUnyet? CANTIK sangatKAH permainan MUnyet tuh?
Macam aku tak tahu je taktik Fergie tuh:
*Mesti nak buat banyak crossing, crossing sampai ke laut
*Membawak masuk seberapa banyak pemain menyerbu dalam kotak
penalti
*Pastu bila dah agak2 tak boleh score bawak masuk orang Tua
Giggs atau Scholes
*Bila nak kalah minta pengadil ke-4 bagi masa lebih.
*Kalau Howard Webb jadi pengadil mintak dia bagi 1-2
penalti.
Cantik ko main? Cantik
SANGAT!!
# Dia kata kabinet trofi dia besar? Ceh! Apa aku kesah?
Kabinet trofi Liverpool pun besar jugak, kabinet AC Milan dengan 7 Piala Eropah,
Juventus dengan 53 piala, Real Madrid dengan 76 piala, Barcelona dengan 53
piala. Apa kau kecoh?
# Rekod pertemuan Chelsea-Manchester United:
*Chelsea 5-0 Manchester
United (1999)
*Chelsea 1-0 Manchester
United (2004)
* Manchester
United 1 Chelsea 3 (2005)
* Chelsea 3 Manchester
United 0 (2006)
*Chelsea 1-0 Manchester United (a.e.t) (2007)
*Chelsea (5) 1-1 Manchester United (6) (2008) (Final Liga Juara-Juara yang menyaksikan John Terry dipersendakan dengan dahsyat selepas pemain itu tergelincir dan miss penalti)
*Chelsea 2-1 Manchester United (2010)
* Pasukan Fergie juga tewas paling banyak kepada pasukan yang bernama Chelsea dalam 1000 match EPL iaitu sebanyak 16 kali. Kih…kih…kih…
![]() |
| Tak Payah Cek yang Menang, cuba tengok most Defeat dan juga Heaviest Defeat |
# Diorang selalu kata perangai budak-budak Chelsea ni cam cipan, tapi dia punye player tu alim ko?
*Bila time skandal John Terry dulu, semua orang boo dia, tapi bila Ryan Giggs punye skandal kemain pulak korang sokong dia. Kata kau yang penting dia main bagus, pergi lantak hal-hal luar padang tuh. Chelsea fans pun sama, kami tetap sayang John Terry, yang penting dia main bagus, lantak la kau nak kata apa pun pasal dia.
* Dan banyak lagi perangai KeMUnyetan budak Munyet nih, kalau nak citer nanti aku buat entri lain.
Kata Peter Kenyon, Chelsea akan menjadi kelab terbaik didunia pada tahun 2016, dulu kau gelakan, sekarang nampak tak mustahil, Piala Eropah di tangan dan dengan cita-cita ingin membolot segala piala yang ada. Chelsea ada matlamat yang jelas mereka ingin menjadi lebih kaya, ingin meningkatkan jenama kelab Chelsea, ingin jadi pasukan paling menghiburkan, ingin menang seberapa banyak lagi Piala Eropah, ingin bawak masuk seberapa ramai lagi bakat-bakat muda terbaik didunia, ingin diiktiraf sebagai kelab terbaik didunia. Sebab itu Eden Hazard pilih Chelsea bukannya MUnyet. Yang penting kami maju kedepan, bersama-sama Arsenal, Manchester City, dan Liverpool.
Buat masa sekarang (Sehingga Mei 2013)
Chelsea adalah The European Champions
Reds hanyalah Liverpool
Manchester is Blue
The Invincible hanyalah Arsenal
Setan hanyalah MUnyet
P/S: Pengajaran dari kisah teladan diatas ialah: Sila hormat pada sejarah orang lain. Sekian.
















hahaha..entry yang benar dan berani..mereka menyelar chelsea dan city yang berbelanja besar membeli pemain dan menegaskan wang tidak boleh membeli kejayaan..namun, mereka lupa mereka juga sama sebelum glazer datang dan menghempuk kepala mereka dengan hutang...
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda, terma Membeli kejayaan hanyalah satu dari taktik psikologi Alex Ferguson supaya fans-fans yang lain membenci Chelsea. Tapi jelas sekarang M.U adalah pasukan yang paling ramai hater.
ReplyDelete