Monday, September 10, 2012

Kisah Teladan: Sang Singa Raja Rimba dan Sang Munyet Setan Merah: Permusuhan CHELSEA dan MANCHESTER UNITED


Sang Singa RAJA RIMBA
Sang MUnyet Setan





















Pada suatu hari, di Rimba Jak Uniyon, tinggal sekelompok kaum Munyet yang diketuai oleh Moyang Ferjie. Dia bersama-sama anak-anak Munyetnya lama hidup bersenang-lenang menakluki Rimba Jak Uniyon. Keturunan mereka tidak pernah ketandusan bekalan pisang, sedangkan kaum lain dibiar kebulur, kaum-kaum yang ditindas di Rimba Jak Uniyon sudah putus harapan, tidak tahan dengan kezaliman Munyet-munyet durjana itu. Sehingga kembali Sang Singa datang untuk menyelamatkan kaum-kaum di Rimba Jak Uniyon dari Rejim Munyet yang berperangai tak ubah seperti Setan. Kehadiran Sang Singa tidak disenangi oleh Moyang Ferjie, katanya ‘Lack of history’, tambahan lagi iri hati dengan Sugar Dedi mereka yang teramat kaya, dan boleh mengimport seberapa banyak makanan untuk santapan anak-anak singa. Moyang Ferjie juga tidak suka dengan Singa Maurinyo yang angkuh, katanya ‘Seperti budak mentah yang datang ke Rimba mencabar Syerip tua’ lalu Singa Maurinyo membidas Moyang Ferjie dengan berkata, “Ferjie seperti perenang yang bagus, cuba untuk mengejar saya tercungap-cungap dari belakang, tapi dia ada sakit jantung, bila dia sampai pantai, dia meninggal”. Lalu bermulalah permusuhan yang ketat, kelat dan sendat antara Sang Singa RAJA RIMBA dan Sang Munyet SETAN MERAH.


#Munyet yang tersengih-sengih dek kerana pencabar-pencabar mereka yang lain sudah mati ‘kutu’. Arsenal selepas pasukan ‘The Invincible’ mereka mengalami declining stage, dimana revolusi untuk membentuk pasukan yang lebih muda berlaku (iaitu kemunculan beberapa pemain akademi berbakat seperti Cesc Fabregas), manakal Liverpool bersama Gerarrd Houlier menyediakan sekelompok pemain-pemain pasukan kebangsaan England seperti
Michael Owen, Robbie Fowler, Steve Mcmanaman Liverpool telah cuba mencabar namun masih gagal. Maka Fergie beranggapan ini merupakan masa terbaik untuk pasukannya kembali merampas kejuaraan, namun mereka tersilap. Chelsea yang juga mengalami tranformasi selepas zaman Gianfranco Zola, telah dibeli oleh Roman Abramovich, beliau merupakan jutawan Russia dengan kekayaan dianggarkan sebanyak 19.6 Billion, kapal mewah sebanyak yang diketahui ialah 5 buah, telah melakukan rombakan besar-besaran dengan membelanjakan sebanyak pada musim pertamanya 153.4 Juta (Untuk 17 orang pemain), termasuk pembelian penting untuk Chelsea seperti Paulo Fereira, Arjen Robben, Petr Cech, Claude Makelele, Joe Cole, serta Damien Duff. Pembelian bintang-bintang ini memang berbaloi dengan kejuaraan yang mereka berikan setahun kemudian. Sudah semestinya Fergie tidak senang duduk dengan pembaharuan mendadak yang dilakukan oleh Chelsea. Kerana kuasa pasaran pembelian pemain yang berkualiti akan dikalahkan oleh kuasa kewangan Chelsea. Tambahan lagi kemunculan Jose Mourinho dengan reputasi sebagai Juara Eropah bersama Porto, juga pasukan yang menyingkirkan MUnyet dari Liga Juara-Juara pada musim 2003/2004.

Tiada Roman Tiada Piala. LoVe You Roman!

# Chelsea sering dilabel sebagai kelab kaya kononnya ‘There is something else money can’t buy’ Sedangkan telah berabad lamanya bola sepak mengamalkan jual-beli pemain. Jika anda ingat Real Madrid dengan Galacticos mereka melaburkan wang yang banyak, mengumpulkan sekelompok pemain-pemain terbaik didunia Zinedine Zidane, Roberto Carlos, Ronaldo 9, Luis Figo, manakala pasukan semantap Barcelona juga tidak lokek berbelanja untuk memperkuatkan pasukan mereka. Memang benar tanpa wang, bola sepak tidak akan bernyawa, tanpa wang juga manusia tidak mampu hidup. Senang citer ‘no money no talk’ Maka dakwaan MUnyet bahawa Chelsea membeli kejayaan adalah sangat kelakar, sedangkan MUnyet telah memecahkan rekod perpindahan British sebanyak 3 kali dengan pembelian Andy Cole, Rio Ferdinand, dan Dmitar Berbatov. Pembelian termahal Fernando Torres 50 juta, dikatakan membazir, well kenapa tidak? Torres bukan calang-calang penyerang dengan reputasi sebagai pemenang piala dunia dan Euro, penjaring gol yang prolifik, sungguhpun mereka melahar tentang Andrei Shevchenko, Chelsea tidak pernah serik seperti kata Pep Guardiola

‘Benda paling risiko yang anda ambil ialah tidak mengambil sebarang risiko langsung’.
Namanya pun pelaburan memang ada risikonya.

# MUnyet mendakwa Chelsea membeli ‘Star’ manakala mereka ‘create Star’, berapa banyak STARKAH yang mereka create itu? STAR mereka juga dibeli dari kelab lain, jika kita kecualikan skuad Treble 1999 mereka, yang benar-benar STAR dalam pasukan MUnyet hari ini ialah Patrice Evra, Wayne Rooney, dan Robin Van Persie, yang lain semuanya pemain tahap sederhana. Jika Chelsea membeli STAR sekalipun? Berapa ramai? Jika dikira kebanyakan pemain Chelsea hanya jadi STAR apabila bermain untuk Chelsea. Contoh Frank Lampard, Didier Drogba, jika hanya STAR yang dibeli pun cuma Fernando Torres, Ashley Cole, Andriv Shevchenko selebihnya semua pemain yang sudah establish. Malu sikit dengan Arsenal tuh!! pemain akademi mereka semuanya jadi rebutan kelab-kelab gergasi. Merekalah kelab yang melahirkan STAR.

# Mereka kata kita apa ‘Lack of history’? Kita baru nak bukak citer History Liverpool kau buat-buat tak dengar, nak citer pasal pasukan Invincible Arsenal, kau melenting, nak citer pasal Chelsea score 103 gol dalam satu musim kau dah angkat kaki! Kau tengok lagenda-lagenda Chelsea kebanyakan bukan calang-calang orang:

Bobby Tambling membuat penampilan terbanyak Chelsea dengan 795 kali, juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan 202 gol



Jimmy Greaves yang juga lagenda Spurs, merupakan anggota skuad England Pemenang Piala Dunia 1966. Menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan sebanyak 3 kali.



Peter Bornetti, juga salah seorang penjaga gol England semasa menjuarai Piala Dunia 1966



Peter Osgood, menjaringkan 150 gol dan penjaring hat-rik sebanyak 13 kali antara1957-1961



Ruud Gullit kapten pasukan Belanda yang menjuarai Euro 1988



Marcel Desailly dan Juga Frank Leboeuf kedua-duanya pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama skuad Perancis. Marcel Desailly jika anda masih ingat punca utama mengapa Ronaldo (Bukan CR 7) iaitu Ronaldo Brazil mati akal masa final piala dunia 1998, dimana Perancis menang 3-0.


Desailly
Leboeuf

Ini belum lagi masukan Gianfranco Zola, Ron Harris, Terry Venables, Claude Makelele, Dan Petrescu, Roberto Di Matteo, Kerry Dixon, Gianluca Vialli, Dennis Wise, Graham Le Saux. Siapa kata Chelsea takde history? Ko ingat mereka pernah wakil Chelsea ni cikai-cikai ke?

Legend MUnyet hado? Ryan Giggs tak pernah bermain di piala dunia, begitu juga George Best dan Eric Cantona, malah Roy Keane juga lebih banyak kes bertelagah dengan jurulatih pasukan kebangsaan Republik Ireland. Apa ada Hal?

# Fans MUnyet kata Chelsea menjual maruah pasukan Inggeris dengan permainan memalukan masa Champions League musim lepas. Katanya ‘Parking bas’. Pasukan Greece yang menang Euro 2004, dan pasukan Italy yang menang piala dunia 2006 juga menggunakan taktik yang sama. Sebenarnya apa taktik yang digunakan pun tetap juga dinamakan bola sepak, sebab ia sangat subjektif, main cantik atau tidak bergantung kepada falsafah dan selera masing-masing. Tapi aku salute pada team macam Spurs, Arsenal, Barcelona yang ada trade mark tersendiri. MUnyet? CANTIK sangatKAH permainan MUnyet tuh? Macam aku tak tahu je taktik Fergie tuh:

*Mesti nak buat banyak crossing, crossing sampai ke laut
*Membawak masuk seberapa banyak pemain menyerbu dalam kotak penalti
*Pastu bila dah agak2 tak boleh score bawak masuk orang Tua Giggs atau Scholes
*Bila nak kalah minta pengadil ke-4 bagi masa lebih.
*Kalau Howard Webb jadi pengadil mintak dia bagi 1-2 penalti.
*Bila nak menang, tunjuk jam kat tangan ‘Bila nak tiup wisel ni ref?’

Tactik Klise Fergie

 Cantik ko main? Cantik SANGAT!!

# Dia kata kabinet trofi dia besar? Ceh! Apa aku kesah? Kabinet trofi Liverpool pun besar jugak, kabinet AC Milan dengan 7 Piala Eropah, Juventus dengan 53 piala, Real Madrid dengan 76 piala, Barcelona dengan 53 piala. Apa kau kecoh?

Salah satu dari trofi kabinet Real Madrid. I Iktiraf!
9 Piala Eropah

# Rekod pertemuan Chelsea-Manchester United:

*Chelsea 5-0 Manchester United (1999)
*Chelsea 1-0 Manchester United (2004)
* Manchester United 1 Chelsea 3 (2005)
* Chelsea 3 Manchester United 0 (2006)


*Chelsea 1-0 Manchester United (a.e.t) (2007)
* Chelsea 2 Manchester United 1 (2008) (Dikenali sebagai Battle of the Bridge iaitu selepas pergaduhan antara staff Chelsea dan pemain MUnyet sebelum match)

*Chelsea (5) 1-1 Manchester United (6) (2008) (Final Liga Juara-Juara yang menyaksikan John Terry dipersendakan dengan dahsyat selepas pemain itu tergelincir dan miss penalti)



*Chelsea 2-1 Manchester United (2010)

* Pasukan Fergie juga tewas paling banyak kepada pasukan yang bernama Chelsea dalam 1000 match EPL iaitu sebanyak 16 kali. Kih…kih…kih…

Tak Payah Cek yang Menang, cuba tengok most Defeat dan juga Heaviest Defeat


# Diorang selalu kata perangai budak-budak Chelsea ni cam cipan, tapi dia punye player tu alim ko?

*Bila time skandal John Terry dulu, semua orang boo dia, tapi bila Ryan Giggs punye skandal kemain pulak korang sokong dia. Kata kau yang penting dia main bagus, pergi lantak hal-hal luar padang tuh. Chelsea fans pun sama, kami tetap sayang John Terry, yang penting dia main bagus, lantak la kau nak kata apa pun pasal dia.


* Dan banyak lagi perangai KeMUnyetan budak Munyet nih, kalau nak citer nanti aku buat entri lain.

Kata Peter Kenyon, Chelsea akan menjadi kelab terbaik didunia pada tahun 2016, dulu kau gelakan, sekarang nampak tak mustahil, Piala Eropah di tangan dan dengan cita-cita ingin membolot segala piala yang ada. Chelsea ada matlamat yang jelas mereka ingin menjadi lebih kaya, ingin meningkatkan jenama kelab Chelsea, ingin jadi pasukan paling menghiburkan, ingin menang seberapa banyak lagi Piala Eropah, ingin bawak masuk seberapa ramai lagi bakat-bakat muda terbaik didunia, ingin diiktiraf sebagai kelab terbaik didunia. Sebab itu Eden Hazard pilih Chelsea bukannya MUnyet. Yang penting kami maju kedepan, bersama-sama Arsenal, Manchester City, dan Liverpool.

Buat masa sekarang (Sehingga Mei 2013)

Chelsea adalah The European Champions

Reds hanyalah Liverpool

Manchester is Blue

The Invincible hanyalah Arsenal

Setan hanyalah MUnyet

P/S: Pengajaran dari kisah teladan diatas ialah: Sila hormat pada sejarah orang lain. Sekian.

2 comments:

  1. hahaha..entry yang benar dan berani..mereka menyelar chelsea dan city yang berbelanja besar membeli pemain dan menegaskan wang tidak boleh membeli kejayaan..namun, mereka lupa mereka juga sama sebelum glazer datang dan menghempuk kepala mereka dengan hutang...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen anda, terma Membeli kejayaan hanyalah satu dari taktik psikologi Alex Ferguson supaya fans-fans yang lain membenci Chelsea. Tapi jelas sekarang M.U adalah pasukan yang paling ramai hater.

    ReplyDelete